Teruja Tengok Perkembangan Pelajaran Anak..

Wednesday 24 August 2022

Assalamualaikum & petang Everyone..


Haritu tengok cikgu update perkembangan penulisan anak anak pra. So cik mimi pun komen la kat sttus wsap cikgu tu. Kalau zhareef yang menulis, tak tahu la font apa dia gunakan. 😅

Serius tau. Kalau dia tulis nama, habih meringkuk ringkuk. Tak tahu huruf apa..

Awal tahun.

Pastu cikgu share hasil penulisan dia awal tahun dulu dengan yang sekarang. Alhamdulillah nampak kemajuan. Tulisan nampak kemas berbanding dulu. 

Terkini (Ogos 2022)


Bukan dekat rumah cik mimi tak ajar dia ye. Tapi bila dia sekolah pagi, petang pun sekolah agama, balik malam pergi ngaji, so harap hari cuti je la kalau nak ajar. Itu pun kalau takde urusan diluar. 


Rasanya tulisan zhareef ni lagi kemas dari tulisan zara. Kalau tulisan zara tu susah nak kata. Tegur pun tak nak perbetulkan dah. Asalkan kerja siap. Tu je dia tahu. Zhareef ni kalau suruh membaca kadang liat sikit. Tapi kalau bab mengira tu in Shaa Allah.. 


Cik mimi jadi teruja sekejap sebab yela, dia 6tahun. Masa 5tahun pun sekolah sekejap je. Alhamdulillah la sekarang takde nak cuti cuti kena PDPR. Kalau masih berPDPR, alamatnya macam takde ilmu yang melekat dalam kepala dia. 




1 comment

  1. Belajar rajin-rajin tau Zhareef dan Zara. Moga makin maju dalam pelajaran

    ReplyDelete