Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Friday 24 June 2022

Assalamualaikum.. Morning everyone..


Pejam celik pejam celik dah masuk hari jumaat.

Kalau duduk johor ni, hari Jumaat hari kelegaan sikit laa.. sebab budak budak tak sekolah. So dapat la bangun lewat. Tapi tak la lewat sampai tak bangun subuh ye. Atleast pukul 6pagi baru jaga. Kalau tak, tido tido ayam ler. Takut budak budak terlambat ke sekolah.


Niat harini nak semuanya berjalan dengan lancar tanpa peperangan. Ingat askar je nak berperang?? Mak mak pun berperang sama. Berperang dengan perangai anak anak. 


So bangun pagi tadi seusai solat subuh terus ke dapo masak base susu dulu. Dah 2 periuk tu. Niat harini nak memintal lebih sikit. Selalunya, hari sabtu ahad ni takdan nak memintal. Maklum laaaa, ddy dorang ada kat rumah. Kena tumpu kat family sama kan..


Bila berniaga sama dari rumah ni, memang kena pandai bahagi masa. Takde makna la berniaga dari rumah ni kita boleh senang hati. Sebab kalqu kita buat, kita dapat hasilnya. Kalau kita tak buat, kita dapat la rehatkan. Tapi tak berapa nak nampak je la hasilnya. 😅😅


Now nak prepare breakfast pulak. Cinonet hanaa dah bangun. So kena ambik mood dia dulu sebelum mama nak ke dapo. Kang kosong ataih meja takde sarapan merajuk ddy nya kang balik Pt nanti. 😬😬

7 comments

  1. Begitu lah rutin mak² pagi²... Hehe. Berperang dengan anak2. Dalam masa yang sama siapkan kerja2 rumah.

    Have a nice day Mimie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak fiza. Berperang tak kira masa. Dalam masa sama, kerja sedia ada nak kena selesaikan.

      Delete
  2. Wah.. Seronok bebudak Johor bila tiba Jumaat.. hehe.. dengor dengor tak lama lagi tukar balik hari cuti ke Sabtu.. Hehe.. Moga dipermudahkan urusan bisnes dan lelain ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. betul. Dengar dengar nak sama balik dgn negeri lain. Okay jgk camtu. Sebab bila anak anak cuti jumaat, ayah dorang still keje jumaat. Mak ni hari sabtu je la cutinya. Tapi tetap tak cuti pun dengan segala kerja rumah.

      Delete
  3. Replies
    1. Mekasih ciknor.. nti kita balas kunjungan ye. 😉✌️

      Delete
  4. standard lah tu mana-mana rumah ada anak sekolah, pagi-pagi semua mommy keluar aura singa

    ReplyDelete