Persekolahan Bermula Mac 2021

Saturday, 20 February 2021

 


Assalamualaikum, hi readers..

Semalam diumumkan, sekolah akan bermula pada Mac, 2021 ni kan..
Ya Allah bersyukur sangat rasanya bila sekolah akan bermula balik. Bukan tak risau tentang ancaman virus covid19 ni. Tapi dalam masa yang sama, kerisauan terhadap pendidikan anak-anak lebih tinggi.

Macam zara tahun ni masuk darjah 1.
Zhareef pula tabika kemas. 2-2 sebenarnya mencabar. Nak ajar yang darjah 1 ni, sebab task kerja dia boleh tahan. Walaupun mudah dan ada je yang boleh dibuat, biasa la. Nak tengok homework semua kena ambik mood. Mood mak atau mood anak juga.

Zhareef pula belum paham dunia persekolahan. Jadi agak susah sebenarnya nak mengajar. Homework yang ada memang dia taknak buat. Nak paksa sangat-sangat memang tak berani. Takut nanti dia makin tak suka dan rasa terpaksa, naik benci nak belajar pula.

Cik mimi sentiasa menanti agar sekolah akan dibuka tahun ni. Risau sangat bila ada yang kata maybe takkan sekolah sampai hujung tahun.
Cik mimi tak boleh terima belajar dari rumah ni.

Sebab kita sendiri ada tugasan yang tersendiri. Then tiba-tiba nak kena jadi cikgu bidan terjun pula. Memang tak boleh terima la semua ni.

Alhamdulilah tak lama lagi anak anak akan bersekolah kembali. In shaa Allah,Allah akan lindungi mereka semua. Yang penting, kita semua jaga diri. Ikut Sop yang sepatutnya okeh..

Post a comment