Tuesday, 14 May 2019

Juadah Berbuka Puasa Ke-9



Hai readers..
Harini kita nak share pasal menu berbuka lagi. Sori la yerk. Kalau Tiba tiba waktu siang keluar gambar makanan. Takmo terliur sangat aihh. 😄😄
Just share je. Mana tahu kot la boleh bagi inspirasi tuk korang masak, ye dok?
Maklumlah.. Bulan puasa ni la keluar macam macam menu haaaa..

Untuk menu puasa ke-9 (Selasa, 15mei2019)


Menu yang simple je sebenarnya. Budak budak ni kan, time siang takmo makan nasi. Nak tak nak, dari terbuang nasi tu, sudahnya jadi la nasi goreng. Kita ni tak lalu mana dah nasi goreng. Kadang tolong masak je. Nak makan, makan la kan. Taknak, takpe la. Janji ada makanan tu.


Hat kedua ni Roti Sardin Goreng. Ala-ala macam orang buat aiskrim goreng tu haa.. Inti dalam dia kita tukar jadikan inti sardin. Sedap tau. Nyumnyum sangat. Bila digoreng roti tu rangup. Syok makan. Nanti kita share resepi kat entri lain ye. Mudah sikit kalau siapa search nanti. Haaa, gituuu..


Then lauk sup telur tu kan masak tengahari tau. Nak suruh budak budak makan nasi la. Sekali dorang taknak makan. Asyik sangat la main. Si zhareef pulak asik mintak susu. Erm.. Memang sampai ke sudah, tak makan pun sup nya. Sesih pulak tengok makanan dok terbuang. Kang tak masak, dok kata malas masak. Dah masak, tak mau makan pulak. Pening aihh jadi tukang masak kat rumah ni .

13 comments:

  1. simple tapi hat ni yang sedap ...akk suka !

    ReplyDelete
  2. Kita masak nasi goreng harini...hehehe...kita nak buat jugak la roti goreng tu sebab ada roti nak expired, ada baki sardin jugak...hehehe

    ReplyDelete
  3. Nasi goreng nampak sedap sangat... Sy pon sayang kalau ada lebihan nasi tak jadi buang! mesti buat nasi goreng... kalau tak panaskan balik makan panas-panas dengan telur gorang letak kicap yeayyy !

    ReplyDelete
  4. Anak-anak Kak Sue memang suka makan nasi goreng.. buat pedas sikit letak sayur memang laju depa makan. Menarik Roti Sardin Goreng tu.. Sup Telur antara feveret Kak Sue..

    ReplyDelete
  5. Rumah ana, wajib ada sup kaki ayam kalau makan nasi goreng. Nikmat sgt. Hehe

    ReplyDelete
  6. Zira klau masak kaki ayam suka ratah je, sedap

    ReplyDelete
  7. Sup telur tu nmpk cm sedap.. :)

    ReplyDelete
  8. Menyelerakan menu mimi....sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  9. I like roti puri goreng with sambal dhall.

    ReplyDelete
  10. Roti sardin goreng tu mengingatkan akak pada aiskrim goreng tua. Memang senang nak buat

    ReplyDelete
  11. roti sardin goreng tu nampak mengamcam pulk..selalu orang buat macam tu buat roti aiskrim..hehee

    ReplyDelete

Sponsor

Comments