Friday, 2 November 2018

Ulangtahun Ke-5

Ulangtahun Ke-5


Hai readers..
Syukur Alhamdulillah harini masuk tahun ke-5 usia perkahwinan kita dan encik suami.
Mungkin bagi orang lain, 5tahun tu masih baru.
Erm..betul. Banyak nak kena belajar lagi. 
Belajar untuk lebih baik dalam suasana rumahtangga tu kan.


Kena perbaiki kelemahan yang ada. Yang dah baik, dikekalkan.
Then orang kata, sikap sebenar pun akan tersembul keluar lama lama ni kan.😄

Macam kita, dulu memang laa elok je lembut. Nak mara cukup la susah. Tapi bila masuk 5tahun kawen ni, anak dah 2, memasing suka buat mama dia jadi singa jadian, so terus terserlah mak dia garang macam bawang merah sinetron indonesia tu. 😅 Kengkadang ddy dorang pun kena tempias sekali. Nak buat camne. Peluru berpandu dah keluar tak boleh nak kona kiri kanan. 😄

Kita ni juga sometimes jenis cakap lepas. Suka je melawak ngan suami. Orang kata awal-awal kawen memang segan. Memang macam bukan jadi diri sendiri je. Lama-lama tu takkan boleh simpan kan. Alhamdulillah, jadi diri sendiri la sebaiknya, lagi hidup kita rasa tenang. 

8tahun berkawan baru kawen. Satu suasana yang berbeza. Berkawan tanpa ikatan, kita takkan kenal pasangan kita sepenuhnya. Walaupun kenal lama. Bila dah duduk serumah, 24jam 7hari seminggu. Kita akan tahu macam macam kisahnya.

Apa pun doa kita, moga ikatan perkahwinan ni sentiasa diberikati Allah. Dipermudahkan segala urusan kehidupan. Dilimpah ruahkan dengan rezeki. 


Rezeki anak taknak lagi ke??

Tunggu dulu la. Hehe
Tunggu baik dari masalah kesihatan yang dialami. 

Yang baik datangnya dari Allah.
Yang buruk datangnya dari kesilapan kita sendiri kan..

Anniversary Pertama : Dalam Pantang Zara
Anniversary Kedua : Ddy dorang Duty
Anniversary Ketiga : Ddy dorang Duty
Anniversary Keempat : Tak Ingat. 
Anniversary Kelima : Kerja macam biasa

Takde wish pun tau ddy dorang ni. Elok kalut je keluar pergi kerja pagi tadi. But it's okay. Bukan tiap tahun pun ddy dorang wish. 😄

Tapi plan macam nak mintak hadiah. Hadiah apa ekk?? 😚

26 comments:

  1. Alhamdulillah, Tahniah...
    Happy anniversary ke 5, sekejap jer masa berlalu kann. Moga kekal hingga ke Jannah.
    Kak nina December ni Anniversary ke-16. Dah sampai stage gini, hadiah tak berapa nak sangat, husband ingat date penting pun dah cukup bermakna

    ReplyDelete
  2. Tahniah..lebih kurang je dengan usia perkahwinan kami..masih panjang lagi perjalanan..semoga kita semua berjaya mengharungi cabaran di hari-hari seterusnya/

    ReplyDelete
  3. happy anniversary. semoga kekal hingga hujung nyawa. harap rumah tangga airah pun kekal macam sis hihi

    ReplyDelete
  4. happy anniversary. minta bawa pergi bercuti. hee ;)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, dah 5 tahun. Moga terus berkekalan hingga ke akhirnya. Selamat ulang tahun ye.

    ReplyDelete
  6. Selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 5 tahun. Semoga terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  7. happy 5th anniversary! It's great to hv someone to share up and downs with.. many more years to come... happy forever!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah selamat ulangtahun perkahwinan..semoga terus bahagia dengan suami dan anak2 hingga ke jannah..walaupun 5thn tapi dah banyak belajar dr pengalaman..

    ReplyDelete
  9. Happy Anniversary kak. Semoga terus kuat menjalani kehidupan. Walaupun tak wish. Tanggungjawab keatas akak dan anak-anak tidak pernah lokek. Mana yang boleh kita tolak ansur tu kita terima. Sebab itulah kehidupan. Tak sempurna serba serbi. Nanti ada la hadiah tu. Kadang lelaki ni suka surprise. Hahaha.

    ReplyDelete
  10. Alhamdullilah selamat ulang tahun yang kelima. Nak sampai ke lima tahun ni mesti banyak gila dugaan kan. InsyaAllah doakan yang baik baik je semua nya

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..semoga diberikan kebahagiaan didunia & diakhirat dgn keluarga tersayang..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah kak. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan.Org kata semakin lama hubungan makin banyak cabaran. Semoga dipermudahkan semua urusan bersama suami dan anak-anak yer..

    ReplyDelete
  13. Happy anniversary syamimi dengan husband..semoga bahagia sampai bila-bila. Biasalah, lama kawin dapat la tengok perangai masing-masing..kihkih..ok boleh tambah lagi

    ReplyDelete
  14. selamat ulangtahun perkahwinan yang kelima. semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga dan diberikan kegembiraan sepanjang melayari bahtera perkahwinan ini

    ReplyDelete
  15. Happy anniversary mimi..baru 5 tahun erk kita tunggu 10 tahun plak..akakndoakan mimi dan hubby kekal.bahagia, sejahtera hingga ke jannah m

    ReplyDelete
  16. Selamat Ulangtahun ye. For many more years to come. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan dan juga dimurahkan rezki. Amin

    ReplyDelete
  17. Happy Anniversary yang ke -5 tahun. Semoga Sakinah Mawaddah Warrohma. Setia dan bahagia selamanya hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  18. Selamat ulang tahun moga terus bahagia dan keluarga gembira hingga Jannah... Dapat anak-anak yang comel dan baik membantu dan menyenangkan ibu bapa...

    ReplyDelete
  19. Happy anniversary Mimi moga jodoh korang kekal bahagia hingga ke syurga.
    Biasalah mimi adat berkawen ada pasang surutnya. Memasing berlumba nak tunjuk belang hahahaha.... Tak per yg penting bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  20. Happy anniversary..kak pun nk sambut hjg thn ni..seumur hidup xpernah buat,bg kak hidup bahgia selama 37 dah cukup bahagia

    ReplyDelete
  21. hepi anebersari mimie..lain nya mimie masa nikah tu..:)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.. Tahniah Mimi dan suami.. dah 5 tahun yea.. moga berkekalan bahagia hinggah till jannah.. aamiinn.. 3rd baby? huhu.. jommmm

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah tahniah Mimi. Dah masuk thaun ke 5 perkahwinan. Kira 5 tahun pertama ni orang fasa permulaan lagi. Banyak benda kena belajar dan faham.

    ReplyDelete
  24. Tahniah dan alhamdulillah.. Semoga berbahagia sentiasa okayy mimi dan family =)

    ReplyDelete

Sponsor

Comments