Bookcafe Ada SALE??

Thursday 23 November 2017



Sekarang ni cuti sekolah dah bermula kan? Mesti anak-anak banyak aktiviti yang nak dibuat. Macam kita ni anak kecik lagi. Tahu main je lebih. Tapi, kita sebagai seorang mak, tetap nak kan yang terbaik untuk anak. 
Harini saja la masuk Bookcafe ni. Sebab dah niat nak belikan buku untuk zara. Untuk adiknya sekali.

Memang dengar macam eh... overnya la haii.. kecik lagi dah nak belikan buku cerita?
Sebelum ni memang ada belikan tuk zara, 1 bulan dapatkan 1 buku. Tapi habis ranap dah dikerjakan. Yang dikoyak, koyak. Yang digunting, digunting.

So, kali ni nak belikan la kalau ada macam buku kisah kisah para nabi. Pastu simpan kan dulu. Cukup masa dah besar, dah sekolah, dah pandai membaca, boleh la bagi. Mesti time tu dia rasa seronokkan?

Tengah plan juga ni nak cari mana-mana buku yang best. Bila tengok, banyak je diskaun hebat.



Mak-mak semua dah shoppingkan ke buku untuk anak? Harini gaji kan? Apa kata gunakan sikit untuk buku anak. Mana tahu, anak pun tak la bosan duduk rumah. Zaman sekarang bukan boleh sesuka hati kalau nak dibiarkan main diluar.. betul tak?

1 comment