Sabtu, 21 Oktober 2017

Adik Beradik.

Adik Beradik.


Assalamualaikum..
Malam ni menaip sikit la kat blog. Sambil layan tengok tv ni. 


Teringat dulu, masa plan nak bagi zara adik. Niat utama nak bagi dia ada kawan. Maklumlah, duduk rumah tingkat 4. Bukan ada kawan pun . Searas tingkat pun takde anak. Then memang plan nak ada anak sorang lagi. Maklumlah, umur makin lama makin bertambahkan.

Masa kawen dulu umur 25tahun. Dapat zara umur 26tahun. 27tahun rehat dulu. Umur 28tahun menambah adik zara. Nak kata muda, tak dah. Angka menghampiri 30an. Rasa macam tak percaya je.
Alhamdulillah. Niat nak ada 2 orang anak sebelum umur 30tahun diberi keizinan.



Sekarang adik zara dah nak 10bulan dah 22hb ni. Sekarang dah pandai berkawan dah. Zara pun kerja membuat adik je kasi Melalak. Aihhh.. geram tau. 


Bila tengok dalam gambar ni syok je adik pun dah pandai berkawan. Tapi zara tu kalau datang perangai nak buat adik, dia buat sungguh. Kalau kata sayang, sayang pulak. Geram je time buat adik tu.

Kadang pikir balik, tak rugi pun bagi zara 'adik' walaupun dia belum besar mana. Memang la doc tak bagi pregnant masa anak sebelum tu umur 2tahun kan. Tapi seronok tengok dia membesar sama sama macam ni. 

Buat masa ni biarlah dorang 2 beradik dulu. Bagi stabil kewangan, bagi stabil Kehidupan. Yang penting boleh lahirkan generasi yang berkualiti. Not berkuantiti.

Nota : coretan sekadar sebuah kenangan

3 ulasan:

  1. kak aya geram sayang tu mimie..:)

    BalasPadam
  2. Sama la dgn sy. Kite nak dorg kwn elok2.. tp kite asyik pengadil jer... dua2 syik gaduh jer.. naik pening kepala...

    BalasPadam
  3. Sama la dgn sy. Kite nak dorg kwn elok2.. tp kite asyik pengadil jer... dua2 syik gaduh jer.. naik pening kepala...

    BalasPadam