Positifkan Diri!

Saturday, 20 August 2016

Positifkan Diri!


Assalamualaikum.. Dalam hidup seharian kita ni, mesti kita kena cari sesuatu perkara tu untuk kita rasa semangat untuk buat sesuatu perkara tu kan? Kena cari sesuatu yang menarik, mesti kita rasa semangat tu datang dalam diri kan?



Macam dulu kan masa zaman kerja. Kadang rasa macam lemau je nak pergi kerja. Tapi bila pikir 'harini nak buat akaun'.. 'harini nak kena siapkan akaun buku tunai 1, buku tunai 2, ' haaaa, terus rasa berkobar-kobar balik nak pergi kerja. Bila sampai tempat kerja, terus semangat tu datang dengan jayanya.. 

Kalau dulu kerja sensorang je kat koperasi tu. Company kecik je. Tapi seronok sangat sampai terkesan perasaan rindu tu sampai ke harini walaupun dah 2 tahun berhenti kerja. Koperasi tu ibarat macam rumah kedua jugak la buat diri ni. Kalau ada masalah ke, datang kerja boleh hilang stress. Sebab suasana kerja sensorang tu. Kecuali kalau dengar  audit nak datang. Haaa, yang tu stress sikit. Hehe..

Sekarang ni dalam dunia blogging. Memang tak sama suasananya macam dulu. Kalau dulu rajin jugak la blogwalking. Update blog. Kadang cerita merapu merapu je. Janji blog ni terupdate. 

Tapi sekarang dah tak sama situasinya. Dulu single mingle. Sekarang dah berkeluarga, ada anak. Memang keutamaan pada keluarga. Kalau nak update blog je rasa takde semangat. Pastu bila tengok kawan kawan lain berjaya dalam berblog, rasa down sikit. 

Dulu part paling best bila hari isnin, datang kerja on laptop then check nuffnang. Haha! Sekarang ni check la tiap minggu pun, takat tu juga la $$$ nya. Tak berganjak. Memang rasa down tu ada. Pastu ditambah pula bila kita tak blogwalking, entry yang dikarang pun takde sapa sudi singgah baca. Rasa tak best la kan. 
.
.
.
.
😢

Tapi sekarang.. Think positive je. Kena positifkan diri. Kita menulis bukan semata mata nak memaksa orang baca entry kita. Orang nak singgah baca, singgah la. Kalau taknak, kita biarkan je. 

Lagipun sebenarnya ada yang suka membaca kan. (Silent Readers). So, tak perlu nak risaukan sangat. Kita menulis je dengan enjoy. Janji apa sahaja yang dikongsikan dapat manfaatnya juga. Menulis ni juga sebenarnya besar manfaatnya. Secara tak langsung, ada yang membaca, then rasa macam kita ni pemberi semangat kepadanya.

Pernah tau beberapa orang whatsApp saya, dia rasa terkesan dengan penulisan saya ada 1 bab ni. Saya pun tak sangka sebenarnya. Sebab tu saya rasa, kita kena pisitifkan diri. Menulis dan berkongsi apa sahaja. Secara tidak langsung membantu pembaca yang lain. 

So, secara positifnya sekarang, saya perlu menulis kerana saya suka menulis dan berkongsi cerita. :)

7 comments

  1. yup betul tu mimie
    apa apa pon kene think positif
    in shaa Allah

    ciksu bru smgat ni hp dh siap.hiihi
    tp bab bw mmg ciksu buat time rania tidur jek.. time lain mmg xda pgg hp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. bila pikir positif, mesti semangat tu datang. hehe

      kita ni bila lapang baru la boleh pegang fon. hehe

      Delete
  2. sama la kita mimie, saya ni ikut suka2 je nak berentry

    ReplyDelete
  3. bagus..semangat! kadang-kadang ada gak rasa macam ni, tapi kita tak tau, dalam diam ada orang terkesan dan dapat manfaat dengan entry kita..hehe

    ReplyDelete
  4. Akak pun kekadang selalu jadi silent reader baca page by page... tapi jarang nak komen. Kekangan masa sebenarnya mimie. Sekarang ni lagilah anak dah 2. Blogwalking memang jarang2 sekali. Kalau ada pun balas kunjungan sebenarnya. That why blog akak sekarang ni wpun pageviews banyak tapi takde yang tinggal jejak... Sebab akak akui, akak pun tak komen blog orang. Singgah pun, singgah untuk baca. Haha...

    ReplyDelete