Assalamualaikum..
salam jumaat semua..
Syukur
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dijumaat yang indah ni.. start dari jumaat
yakni harini hingga ke minggu depan, lagi bape hari je lagi akan bersama dengan
en.suami. Means akan tinggal dengan dia.
Start
dari jumaat depan, saya bakal balik ipoh. Sebabnya next week dah masuk 36week.
Allah.. syahdunya rasa. Serius, siapa yang sanggup nak tinggalkan pasangan kita
sendirian kan? My mum & my dad minta saya bersalin kat ipoh. Sebab kat
gemas ni jauh dari hospital. Kalau nak pergi pun hospital segamat. Secara total
dari kem ni 20+ Km. So risau segala kemungkinan boleh berlaku masa on the way
tu..
So
ambik la keputusan balik ipoh. Lagipun mak abah ada kat sana. Nak ke hospital
pun tak la jauh mana. Before ni terfikir nak bersalin je kat sini. Sebab sian
kat en.suami. Tapi nak buat macam mana. Mak abah lagi risaukan anaknya ni. Tak
kan saya nak membantah. Nak-nak kita ni takde pengalaman lagi.
Pastu
pula sebab saya kan duduk umah tingkat 4. Risau juga kut-kut sakit tu datang,
nak bergerak pun susah. So fikir panjang la kat situ. Masa entry ni ditaip pun
dah rasa sebak!. Bergenang je airmata ni dok fikir macam mana la dengan
en.suami nanti. Sian dia. Confirm sunyi je umah nanti dia takde kawan sembang.
Even
saya dah sarat ni pun Alhamdulillah masih boleh masak tuk dia. Terpaksa la
lepas ni en.suami berdikari sekejap sementara ketiadaan saya. Dah terbayang
macam-macam dah. 4bulan tinggal bersama. Tup-tup nak kena ‘berpisah’ kejap demi
baby dan keselamatan diri.
Before
ni pun en.suami ada juga bersuara.. macam mana la nanti kalau saya takde kat
sini. Mesti sunyi. Ya Allah, tak terkeluar suara dibuatnya. Hanya mampu senyum
walaupun dalam hati sebak sesangat. Memang la masa mula-mula pindah rasa tak
suka duduk kat sini. Tapi sebab fikirkan pasangan, tu lebih pentingkan. Tapi sekarang
dah ok dah. Dah boleh terima keadaan kat sini.
Moga-moga
Allah bagi kekuatan kat saya. Kekuatan juga pada my dear. Kalau ikutkan my mum
dia dah ajak saya balik sekali masa awal raya haritu. Tapi saya taknak. Jumaat
depan en.suami yang akan hantar. Tak sanggup rasanya nak lepaskan dia balik
sorang-sorang nanti. Lagipun saya nak buat checkup last kat HTD ni. Lepas ni mesti rindu dengan checkup kat HTD ni.. :(
Lepas
ni rindu-rinduan balik la macam sebelum ni. nampak gaya lepas ni phone kena
sentiasa la ada disisi..
Kuatkan
hati.. !
InsyaAllah
boleh, walaupun rasa berat je. Fikir positif. Sekurang-kurangnya nanti bila
sakit nak deliver datang, family ada disisi. Mak ada bersama. Hope baby nak
kuar nanti minta-mintalah time ayah dia balik ipoh. I need my husband too..
Mak
nak saya balik ipoh pun sebab nak tengok saya rehat. Dia taknak nanti sampai
masa nak bersalin, hilang segala tenaga. If duduk umah tingkat 4 ni takut nanti
habis tenaga dok turun naik pula. Then mak dah janji nak masakkan apa yang saya
nak makan before deliver ni. Ok, fikir positif. Sedapkan hati.
Dah
terbayang-bayang masakan mak. Rindu nak mak masakkan apa yang dah lama saya tak
makan. Kuih-muih yang mak selalu buat, rindu semuanya. Paling syahdu masa raya
kedua haritu masa sembang-sembang. Mak siap cakap lagi, nanti balik ipoh mak
buatkan jus-jus buah. Allah.. kasih mak pada anaknya. Nak baby nanti lahir
sihat, maknya ni pun sama.
Serius,
perasaan sangatlah berbelah bahagi. Macam-macam perasaan timbul. Ya Allah, moga
dipermudahkanlah nanti. Kalau gemas dengan ipoh ni dekat takpelah juga. Ni jauh.
Kalau tak tempuh 5-6jam tu, jangan dikata la..
InsyaAllah,
saya akan cuba manfaatkan masa yang ada kat ipoh nanti dengan sesuatu yang
berfaedah sementara nak tunggu baby keluar..
* suasana pagi ni. hujan baru reda. Ya Allah.. dah beberapa hari hujan kat sini. rasa sayu pula hati ni *
nota
: time ni berbelah bagi nak tinggalkan suami. Nanti dah balik ipoh, kena balik
gemas balik, berbelah bagi nak tinggalkan mak pula.. adehhhh.. macam-macam
perasaan ni.. T____T
Assalamualaikum mimie, sedihnya sheila baca... macam ni juga la sheila rasa masa dekat nak bersalin. suami nak hantar sheila bersalin kat Johor. dok pantang dengan mertua. tapi disebabkan waktu pantang tu kena time puasa, terus tukar plan bersalin dekat sg buloh je. biar berpantang dengan dia, dekat sikit. lagi pula mesti dia sunyi bila isteri anak takda depan mata. Mimie, be strong my dear. Nanti dah habis pantang, boleh balik rumah cepat2...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan bersalin ~~~
Assalamualikum mimie..lama cik nat xsingah sini...eh,kejap je kan masa berlalu...tup tup mimie pun dok tgu ari je nak bersalin...bestnya dapat baby nanti...teruja cik nat....hihiiii....sabar yea...tu pun utk kebaikan jugak kan...take care yea....semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan...
ReplyDeletemudah2an semuanya ok mimie,takmoo sedih2 yerk
ReplyDeleteInsyaAllah semua akan selamat...kesedihan sebenarnya mengajar kita lebih kuat...moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ye mimie
ReplyDeletesemoga semuanya selamat dan dipermudahkan oleh allah swt
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah Jumaat di sini..semoga segalanyer di permudahkan oleh Allah SWT..
ReplyDeletekena tabahkan hati mimie. nak buat macam mana. demi keselamatan kan
ReplyDeletesemoga dipermudahkan..masa pregnant 1-3 pun saya duk apartment tingkat 4.. nak balik kampung, kampung pun jauh dari hospital.. gagahkan jugak.. alhamdulillah semua turn out ok..
ReplyDeleteSemoga di mudahkan urusan nak bersalin nanti. Ada masa baca yasin insyallah, Allah akan mudahkan bersalin.
ReplyDeleteInsyaallah.. Amin.. Mudah-mudahan...
DeleteEh eh..jangan sedih-sedih. Tak baik utk baby. Hihi. Alahai..halusnye perasaan bakal mummy sorang ni.. Sabar ye. Semua utk kebaikan hakak & baby jugakkan.
ReplyDeleteakak dulu rumah tingkat 9, asben minta bersalin kat sini. Mak datang tolong jaga masa pantang. Akak ikut jer asben even family memang suggest utk bersalin kt kg tp dorang x kisah sebab asben nak akak bersalin kt sg buloh jugak. alhamdulillah.. di permudahkan & x de apa2 yg panik sgt berlaku. pagi akak nak bersalin tu.. kebetulan asben tak keluar kerja lagi. Sempat hantar pergi hospital..
ReplyDeleteSy even tingkat 4, tp sbnrnya naik ke tingkat 5. Pastu xde lift kat sini. Nk ke hsptal pun jauh. Rmai fmly yng suggest blik umh mak. Mak pun xdpt nk jga klau bersalin kt sini sbb mak jaga ank orng. So kna la blik sana. Sana bnyk kmudahan berbnding kt sini..
Deleteawak pun jangan risau sangat la.. x elok untuk awak yg tgh sarat tu. kat memana pun kita pergi selagi suami izin & redha , Insya Allah selamat
ReplyDeleteHuhuhu sedihnyerr..tabahkan hati ya Sya..moga segalanya dipermudahkan ..
ReplyDeletesedihnya akak baca entry mimie nih...sbr ye dik..memg dugaan nak bersalin nih kite rse serba slh kan nk pntang kt kg pastu tglkn suami...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan
ReplyDeletejom reramai join http://fuzamusa.blogspot.com/2014/08/segmen-tingkatkan-trafik-blog-by.html
Tak pe.. Pisah kejap je kan.. Utk kebaikan juga..
ReplyDeleteala jangan risau mimie.. skrg nie masa berjalan cepat sangat.. pejam celik jer nanti...percaya la..=D
ReplyDelete