Assalamualaikum..
Rutin
seperti biasa. Pergi checkup di HTD (Hospital Tentera Darat). Tengok macam
ramai pula orang harini. Ingatkan keluar awal takde orang sangat. Rupanya salah
tanggapanku.. hehehe
Harini
baby dah masuk 32week. Dah 8bulan dah anak mama ni. alahai.. Lagi berapa minggu
je dah nak kuar. Perasaan? Takde perasaan kut. Haha.. ehh, bukanlah takde
perasaan pada baby ni. Cuma taknak ada perasaan takut nak deliver nanti. Malas nak
fikir sangat. Sampai masa sakit pergi hospital.
Fikir
yang positif-positif je. Biar Allah permudahkan urusan tu. Dari kita fikir
macam-macam, karang lain pula jadinya. Kalut. Betul tak? Harini check dengan
nurse lain. Sebab nurse yang selalu take over saya ada urusan. Ok juga suruh
nurse lain check, jadi kita tahu details kita bila orang lain check tu ada
perubahan ke tak, kan?
Harini
check tekanan darah ada perubahan. Sebelum ni static je kan 90/60. Harini 100/70.
Ok la tu kan ada juga perubahannya. HB? Tak pula dorang check. Ke bulan puasa
memang dorang tak kan check eh?? Xpelah, tunggu next checkup la baru tahu macam
mana nanti.
Berat
ada la naik sikit. Minggu lepas 48.5kg. Tadi 49kg. Tak tau la betul ke x. sebab
saya bukan nampak pun kat penimbang tu. Hehehe.. Degupan jantung baby pun Alhamdulillah
ok..
Dan
macam biasa la, baby ni kalau nurse check perut nak ukur tinggi Rahim mesti dia
akan mara. Haha.. punya gelak nurse harini. 2 orang nurse check sebab nak tahu
kedudukan dia. Sekali dia punya tendang tu, mak aihhhh.. bukan kemain lagi
ganas. Sampai berombak perut. Malu mama awak ni tau. Ligat bukan kemain lagi
duk dalam perut. Haha..
Harini
ada scan baby sekali. Even scan 2D je, minta doc tengokkan gender dia kalau
nampak. Tetiba rasa nervous kat situ. Risau baby xnak tunjuk. Tu pun sebelum
doc masuk, pujuk-pujuk baby kasi kerjasama. So dah tahu gender dia.. hehehe..
Ikut
kata nurse insyaAllah baby geng mama dia.. Jika diizinkan Allah la apa yang
nampak tadi. Saya macam blur-blur je. Yela scan 2D kan.. nanti nak tanya kat
en.suami la, kut-kut dia nak tengok, nak ajak dia scan lagi sekali nak pastikan
gender dia tu.
Tak
kisah la ada gender baby pun, yang penting baby sihat, kan? Yang penting baby
akan selamat lahir nanti. Apa-apa pun dah bersyukur sangat Allah bagi nikmat
merasa pregnant ni macam mana. Rasa pergerakkan baby ni macam mana.
Kalau
betul la baby geng mama, nampak gaya rabak la poket ayah awak nanti baby.. haha..
maklum la, confirm akan dapat pakai baju yang cun-cun nanti kan??
Alhamdulillah
juga, doc cakap baby dah pusing. Kepala dah kat bawah. Alhamdulillah.. sebelum
ni nurse cakap dia dok melintang. Masa scan nak masuk 7bln haritu dia sonsang. Syukur
masuk 8bulan ni dia dah duduk betul. Harap-harap tak berubah la kedudukan dia.
Mungkin
semalam saya rasa sakit semacam kat perut tu baby memusing kut. Sebab lain
macam rasa perut ni. Dah la semalam en.suami berbuka di kem. Risau juga kut-kut
jadi pape. Yela kita dah la xde pengalaman. Pastu kat umah sorang-sorang. Sampai
rasa nak demam semalam.Rupanya baby nak ubah kedudukan dia.. Sebab boleh rasa
tendangan dia tu macam kat tempat lain.
Ehh,
tadi sempat juga tanya doc anggaran berat baby dah berapa. Kata doc dalam
lingkungan 1.8kg.. haaaa? Biar betul.. macam tak caya je dengar. Sebab scan nak
masuk 7bln haritu doc cakap 949gram. Takpelah, janji baby membesar dengan baik.
Patutlah sekarang terasa berat je kat perut ni. hehe
Ok
la, dah panjang lebar menaip catatan checkup harini. Nanti kita share perihal
checkup seterusnya ya.. mekasih sebab sudi baca dan tinggalkan komen.. J
*muka sememeh balik dari HTD. penat naik tingkat 4!*
Seronok lya baca kisah mimie tak lama lgi due kan jaga kesihatan mimie
ReplyDeleteAlhamdulillah... Semoga semuanya berjalan dgn lancar dan dipermudahkan :)
ReplyDeletealhamdulillah.. semakin berseri2 :)
ReplyDeletecomel jer perott dy .. :) semoge dipermudahkan segala urusan .. aamiin ..
ReplyDeletesalam. tak lama lagi tu...semoga selamat melahirkan nanti ya..semoga sis dan baby sihat+ selalu :)
ReplyDeleteFiqa scan masa 32weeks pon berat bby dh 1.8kilo. Khamis ni check up utk 34w xtau lah bpe berat dia Hehe. Sekali baby tendang rasa mcm badan ni bergegar hehe
ReplyDeleteseri ibu mengandung..:)
ReplyDeleteRindu pulak saat pregnant hari tu,now baby dah nak masuk 4month..mcm x pecaya jer..
ReplyDeletesememeh pun comey :)
ReplyDeletetgkat 4? fuh! gigh! bby mesti kuat nnti ni ^__^
Alhamdulillah.. harap2 semuanya ok sampai proses melahirkan yer Mimie..
ReplyDeleteGurl ke? Mesti comey cute mcm mimie nanti!!
ReplyDeletemmg tersa la panjat tingkat 4 kan
ReplyDeletealhamdulillah.. ada geng dah mama dia :)
sekejap je kan dh 8 bulan ye..
Dah semakin hampir. Jaga kesihtan akak yea.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan semuanya nnt! :)
ReplyDeletehehe..baby marah xbg nurse check..wah baby gurl ye..tak kisahlah ape gender baby kan.asalkan sume selamat
ReplyDelete