Janin Lelaki Ditemui Tertanam Di Kawasan Paya Di Subang

Thursday 6 December 2012



KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Janin lelaki sebesar tapak tangan ditemui tertanam di sebuah kawasan paya di Taman Mas, Subang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata janin tersebut ditemui oleh seorang lelaki kira-kira pukul 5.45 petang dan dia kemudian memberitahu polis peronda.
"Ketika itu hujan lebat. Anggota peronda mendapati janin dibalut dengan tuala "good morning" berwarna putih," katanya menerusi SMS kepada Bernama.
Yahaya berkata siasatan awal mendapati janin tersebut berumur antara empat hingga lima bulan.
Polis kini sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab menanam janin tersebut.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi, katanya.


google


sumber berita : SINI

5 comments

  1. kesiannya.. x suka dengar citer2 camni.. sedih.. huuu... =(

    ReplyDelete
  2. saperlah punya keje tuh... haihhh... x habis habis jadi insan yang tak bertanggungjawab...

    ReplyDelete
  3. apalah nk jdk...x abis2 kes mcm nie...

    ReplyDelete
  4. geram manusia mcm nie. kt punyalh nk anak. diorg suka2 jerk buang. B****

    ReplyDelete
  5. Napalah dorang buat mcm nie...
    Sedih...
    Orang yang berabis nak ada anak, tak dapat...
    Tapi, manusia2 macam nie tak pulak bersyukur dengan karunia Tuhan...
    Geram sangat2...
    Kesian baby tu bah...

    ReplyDelete