Assalamualaikum..
selamat pagi..
Salam
ramadhan buat semua.. pagi ni rajin sikit menjengah kawan-kawan. Terperasan tentang
‘Contest Mendapat Duit Raya Daripada
Nile.Com.My.
Nampak
menarik je contest ni. Nak-nak pula hadiah yang ditawarkan. Siapa yang tak nak
kan? Rasanya macam dah lama sangat tak join contest macam ni. So try la.. mana
tahu ada rezeki sama kan?
Maklumlah,
rezeki setiap dari kita tiada siapa yang tahu.. kan.. kan..
Nile.com.my
ni merupakan sebuah shopping online yang menjual pelbagai jenis kasut, handbag,
pakaian untuk lelaki dan wanita, buku dan sebagainya. So korang boleh la terjah ke sana ye untuk
tinjau-tinjau mana tahu disebalik tu ada yang berkenan dihati.. J
Berbalik
pada contest tadi, apa yang saya akan lakukan sekiranya saya memenangi hadiah
wang tunai RM300 tu? Memandangkan tak lama lagi my future baby akan lahir, of
course la saya akan belanjakan wang tu untuk keperluan my baby.. mana tahu
rezeki yang diperoleh ni adalah rezeki my baby kan..?
InsyaAllah,
boleh juga saya buat tambah-tambah keperluan my future baby yang masih belum
lengkap. Apa-apa pun, keperluan my future baby lebih diutamakan. Dan sedikit
daripada wang tersebut juga mungkin akan diberi pada my parent.. Jika diizinkan
untuk menang.. ;)
Keputusan Pemenang
Tarikh Akhir : 21 Julai 2014
118
Keputusan Pemenang
Tarikh Akhir : 21 Julai 2014
118
Assalamualaikum..
6
April – 6 Julai 2014. Genap 3bulan dah duduk dengan suami. Duduk kat kem gemas
ni.
Orang
selalu tanya, gemas tu kat mana. Kat Melaka eh.. kat johor eh.. ehh, salah
tau.. gemas ni sebenarnya kat negeri Sembilan. Orang salah paham mungkin sebab
jarang dengar.
Actually
gemas ni bagi saya penghujung negeri Sembilan. Sebabnya langkah je sikit dah
masuk sempadan johor. Kalau saya nak balik segamat tu dekat la sikit. Dalam
45minit macam tu berbanding kalau nak ke Melaka.
Kalau
nak ke Melaka ambik masa lebih kurang 2jam camtu. Paling cepat pun sejam lebih.
Tu pun kalau jalan tak jem. Kalau jalan jem 2jam la perjalanan.
So,
jangan salah paham tau.. hehe.. ramai juga kawan-kawan saya yang terkeliru. Ada
tu tanya, syok ke duk Melaka.. haaaa? Melaka? Sapa duk Melaka. Haha
Ada
kawan lain pula tanya, macam mana dok johor, best ke?? Haaa, johor? Siapa dok
johor.. haha..
Saya
paham.. orang memang akan terkeliru.. hehe.. biasalah, gemas ni orang kurang
tahu sikit. Selama duduk kat dalam kem ni, ok je la bagi saya. Follow je la
kehidupan kat sini. Kat sini saya tinggal di kaurters. Tingkat 4 pula tu. Fuhh,
sampai 1 tahap sekarang ni saya dah jarang nak turun. Penat. Tak sanggup nak
turun naik. En.suami je la yang take over kalau ada benda nak kena cari.
Apa
yang best duduk kat sini? Erm..sini sebenarnya hanya ada pekan kecik je. Sobbb..
kalau teringin nak pergi tesco ke, jusco ke, sila la menapak ke Melaka ye.. kat
gomeh ni hanya ada pasaraya TF aje depan ni ha.. nasib la ada. Kalau tak, tak
tau la nak beli barang dapur kat mana. Maybe kena turun segamat la kut.
Kalau
nak ke bank CIMB pun kena turun segamat. Kat gomeh ni maybank, public bank, bsn
adalah.. kiranya kemudahan kat sini tak lengkap mana la pun. Mana yang ada, ada
la.. kalau takde, tetap takde juga..
Nasib
nak cari cool blog ada dalam pasaraya TF ni. haha!.. mcm KFC ke, Pizza ke,
masih ada la kat gemas ni.. kira ok la tu kan? Erm.. bab jiran kat sini pula,
masa saya masuk umah haritu jiran belah kanan ada. Tapi 1 ramadhan haritu
dorang dah pindah. Dalam kem ni juga. Sampai ke sudah saya tak kenal jiran saya
tu.
Kiranya
wife jiran saya tu la. Suaminya dengan suami saya kenal la juga. Dan sekarang
dah kosong umah sebelah ni. pastu masa saya balik cuti ke ipoh, umah depan saya
ni pun dah ada orang baru masuk. Tapi yang sedih sampai ke sudah saya tak kenal
jiran depan ni lagi.
Bertabah
aje la ye. Tak tahu macam mana nak bertegur sapa pun. Sebabnya masing-masing
pun tutup pintu. Saya pun dah sememangnya la tutup pintu. Tak kan nak biar buka
pula kan? Tapi berbeza sungguh la kan duduk di kawasan taman dengan tinggal di
kawasan kaurters ni..
Kalau
jiran-jiran tingkat bawah pun jangan dikata la.. memang tak kenal. Kadang susah
juga kan bila kita tak kenal jiran ni? kut-kut ada emergency, susah nak minta
tolong. Betul tak?
Erm..
apalagi ehh nak share?? Nanti kalau ada story lain, saya share ye.. ni la
antara 3bulan pengalaman saya duduk kat kem gomeh ni.. J
Tetap
bersyukur walaupun kemudahan kat sini tak berapa lengkap macam saya duduk kat
ipoh.. Yang penting duduk dengan suami. Yang penting dapat tengok en.suami
happy.. tu je yang saya harapkan..
*Suasana suatu pagi disini*
Assalamualaikum..
Salam
ramadhan semua.. kejap je dah seminggu kita berpuasa kan.. tahun ni tahun
pertama saya berpuasa tanpa pergi kerja. Hehehe.. 6tahun dah tempuh suasana
berpuasa bila bekerja.. rindunya suasana tu.. sekarang ni semua tu tinggal kenangan..
Yang
bestnya pagi memanglah kena masuk awal. Kalau kebiasaannya masuk pukul 9,
patutnya puasa kena masuk pukul 8. Tapi nak buat camne, kadang ada je benda
yang tak settle, jadinya pukul 8 setengah baru masuk. Hehehe..
Balik
dah tentunya la awal. Pukul 4petang. Alaa, awal sejam je pun. Selalunya pukul 4
suku dah sampai rumah. Jalan dah sememangnya la tak jem. Haha.. sebabnya orang
lain belum balik lagi. Then tempat kerja dengan umah takde la lalu jalan yang
penuh sesak macam kat pekan nun..
Pastu
yang best masuk pukul 1 je kalau time kerja tu, mata mula la macam lampu
kelip-kelip. Hehe.. ngantuknya la hai.. kadang layan mata juga sekejap.
Maklumlah bulan puasa kan. Bangun awal. Pastu bukan boleh tido pun bila lepas
sahur.. pastu kat pukul 2 hegeh-hegeh bangun nak solat zuhur.
Kat
pejabat ada katil, bantal.. tu yang syok tu. Nak-nak pula time bulan puasa
jarang sangatlah orang nak datang ke koperasi tu. Boleh agak kalau orang nak
datang pun selalu pukul berapa.
Pastu
yang bestnya tiap tahun mesti ada majlis berbuka puasa kat pejabat. Berkumpul
ramai-ramai.. solat ramai-ramai.. Ya Allah.. rindunya semua tu.. rindu sangat..
tapi redha je la.. rindu pun hanya boleh ingat sebagai kenangan je la kan.. J
Sekarang
ni dah duduk rumah, ada juga orang kata ‘syok la syamimi jadi housewife.. boleh
jadi queen kat umah’.. la haiii.. syok tang mana la tu kan sampai kata kita ni
boleh jadi queen??? Ingat kat umah takde kerja ke nak buat..
Maaf
lah ye.. kat umah pun sebenarnya ada je kerja yang kita perlu buat ye.. nak
kena kemas umah, basuh baju, lipat baju, masak, layan makan suami dll tau.. if
kerja tu sebenarnya kita buat 2 tugas dalam satu masa.. tu je..
Apa-apa
pun, saya bersyukur sangat.. walaupun saya tak bekerja, kehidupan saya masih
dipermudahkan.. J
pssstt : apa nak masak harini ehhh??????
Assalamualaikum..
Sekarang
ni dah masuk trimester ketiga. (29week ++) sekarang ni saya rasa susah betul
nak tido lena malam. Huaaaa.. baru tahu macam mana perasaan mummy-mummy yang
dah tempuh pengalaman ni.
Tapi
bukanlah baru-baru ni je rasa tak boleh nak tido tu.. dari baby 5bulan lebih
kut. Ke 6 bulan camtu. Bila baring rasa serba tak kena. Sebaiknya kena baring
ke kiri kan? Nurse pun suh camtu. Memang saya baring akan hadap ke kiri pun. Dari
dulu lagi bila tido camtu.
Masalah
sekarang ni, baby kan makin membesar. Time kita nak tido tu la time aktif dia. Makanya
mama dia ni pun terpaksa la layan si kecik ni dulu. Kadang pujuk juga dia, kasi
can la mama awk ni tido. Ngantuk dah ni. hehe..
Makin
kita usap-usap dia, makin dia galak bergerak. Sabar je la.. nak mara pun tak
boleh. Jadi layan je la.. kalau mata ni dah ngantuk sesangat pun, bila baring
mesti tak leh tido juga. Dengan sakit belakangnya lagi.. dugaan dari Allah
kan.. then sebagai persediaan buat kita bila baby dah lahir nantikan..
Dan
sekarang ni peel saya ialah suka tido waktu pagi.. mak selalu pesan, jangan
tido time matahari naik.. tapi saya tak boleh nak buat apa.. T_____T
Kalau
tak tido kepala pening dok tahan ngantuk.. huaaaaaa…
Terpaksa
la layan mata.. lagi best time tu en.suami dah pergi kerja.. memang syok la.. hehe
Nak-nak
sekarang ni bulan puasa. Tak perlu nak kalut-kalut masak makan tengahari.. jadi
lega la sikit.. kadang tu en.suami balik kerja dia tido, kita bantai tido lagi.
Tapi tido-tido ayam je la pun. Bukan la tido yang beria-ia pun..
Rasanya
sekarang ni saya kuat tido belah siang. Malam tido tido ayam je.. nak buat
camne.. tu je pun yang boleh cover balik. Janji dapat rehatkan badan.. kan..kan.. then kalau nak tido malam pula, saya tak boleh nak tido kalau en.suami takde kat sebelah.. T____T
ngada sangat baby ni nak daddy dia ada kat sebelah kan.. haha
rasa macam tak selesa je bila en.suami takde kat sebelah. nak-nak pula saya time malam selalu kena sakit belakang. even en.suami tak tahu, tapi bila dia ada saya rasa macam lega sikit. sakit pun rasa macam kurang la sikit. paling tak best kalau dia kena naik duty la.. dah tentu-tentu dia x tido malam kat umah. jadinya bertabah la tido sorang-sorang. hukhuk
xpelah.. nanti balik ipoh bulan 8 sementara tunggu masa, harap dapat la rehat puas-puas. baby, nanti kuar jangan terlalu awal sangat ye.. takut mak awk ni tak sempat balik ipoh.. huaaaa.. jangan juga kuar lewat sangat tau.. nanti karang jenuh mak awak ngan ayh awak ni tertunggu-tunggu.. hihihi
*pening baby camni*haha
ngada sangat baby ni nak daddy dia ada kat sebelah kan.. haha
rasa macam tak selesa je bila en.suami takde kat sebelah. nak-nak pula saya time malam selalu kena sakit belakang. even en.suami tak tahu, tapi bila dia ada saya rasa macam lega sikit. sakit pun rasa macam kurang la sikit. paling tak best kalau dia kena naik duty la.. dah tentu-tentu dia x tido malam kat umah. jadinya bertabah la tido sorang-sorang. hukhuk
xpelah.. nanti balik ipoh bulan 8 sementara tunggu masa, harap dapat la rehat puas-puas. baby, nanti kuar jangan terlalu awal sangat ye.. takut mak awk ni tak sempat balik ipoh.. huaaaa.. jangan juga kuar lewat sangat tau.. nanti karang jenuh mak awak ngan ayh awak ni tertunggu-tunggu.. hihihi
*pening baby camni*haha
Assalamualaikum..
Selamat
pagi.. salam 6 ramadhan.. kejap je dah nak seminggu berpuasakan? Tahun ni tak
berpeluang berpuasa dengan family.. tahun ni kena berdikari. Yupp, berdikari
sangatlaaaaa..
Kalau
la dapat berpuasa dengan family kat ipoh mesti best.. sebab waktu berbuka dapat
makan yang mak masak.. mesti best-best walaupun sekadar cekodok pisang! Nikmat je
rasa sebab mak yang buat kan?
Kalau
kat sini memang tak lerrrrrrrr… buat memang la boleh buat.. tapi nikmat nak
makan tu macam kurang je.. macam sekarang ni, ada masa mana-mana yang saya
boleh buat, saya buat juga.. tapi kebanyakkannya tak dapat nak buat.
Sebabnya
peralatan kat umah ni banyak lagi yang takde.. adatlah kan.. baru nak hidup
bersama.. contohnya kalau nak buat masakan yang kukus-kukus, pengukus pula
takde.. haha.. nak buat sesuatu yang kena bakar dalam oven, oven pun takde..
Ater
camne.. duk diam-diam aje la ye.. :P takyah nak bising-bising.. tunggu je en.suami
bagi sume tu, baru boleh buat. Maklumlah, saya tak bekerja, jadi macam ni la.. nak
cari side income dari umah pun tak tahu apa yang sesuai..
Nasib
la dalam bulan puasa ni ada bazar Ramadan kat sini. Senang keje sikit. Kalau dah
tak tahu nak makan apa, suh je en.suami carikan kuih. Saya ni jenis pesen tak
makan berat-berat waktu buka. Sekadar makan kurma, minum air kosong dengan
kuih. Tu pun dah cukup dah..
Bila
tengok kuih ni, teringat mak buat.. beli kuih ni, teringat mak buat. Haiii laaa
perasaan.. sabar je la.. sebab mak saya rajin buat kuih.. tu yang asik teringat
je tu.. takpe-takpe.. kat-kat penghujung bulan 8 ni balik ipoh.. sampai deliver
then berpantang kat sana..
Harap-harap
la sebelum deliver sempat makan puas-puas. Sebab mak dah janji nak masak yang
best-best.. *sabar je menanti bulan 8 ni*.. tinggal la en.suami nanti kat sini
sorang-sorang.. sobsob..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons