04|11|2023 - Seminar Kaya Budi (Etika Dan Protokol)

Thursday, 9 November 2023

 04|11|2023 - Seminar Kaya Budi (Etika Dan Protokol)

Assalamualaikum & Morning Everyone..


Ya Allah lama betul tak update blog. Ingat kan sebulan dua je, rupanya berbulan ye. Haaa gitu la acik mimi ni. Hari hari sibuk. Sibuk pintal eskerim. Nak update blog pun tak tahu nak story apa. Nampak nau dunia cik mimi ni dengan eskrim ajer ye.. 


Sementara ada mood & modal nak bercerita ni, cik mimi update la ye. Cerita pasal hari sabtu yang lepas. 



Untuk geng BAKAT, ada dianjurkan satu Seminar iaitu Seminar Kaya Budi berkisar tentang Etika & Protokol. Banyak ilmu penting yang diulas sepanjang seminar ni. 


Dah lama cikmimi tak join seminar macam ni. Seminar ni buat di Dewan Jenalik Kem Iskandar ni je. Tak jauh. Nak balik pun dekat je dengan rumah. 



Bila kita seorang isteri tentera, secara tak langsung, kita juga perlu berhadapan dengan situasi yang berprotokol. Dari segi berpakaian juga perlu diambil kira. Dari segi percakapan, pergaulan.. ehhhh banyak laa.  


Lepas tu adab kita bila dimeja makan. Cara kita berjalan. Masyaallah.. kadang kala benda yang mudah macam ni pun kita boleh terlepas pandang. Ambik mudah, sambil lewa je. 


Rasanya lepas ni kena praktikkan apa yang dah ditunjuk ajarkan ni. Moga-moga ilmu yang bermanfaat ni sentiasa akan diingati. 


Sepanjang suami berada dalam dunia tentera ni, para isteri perlu rasa seronok join Bakat ni. Memang la ada "sesetengah unit" tu, dorang kata tak best. Bakat ni mengarut. Orang kata yang baik kita amalkan. Yang karut marut tu kita letak tepi okay. 🫰


Kalau rajin nanti cikmimi tepek lagi apa yang boleh dikongsi ye. Kadang bukan kedekut nak berkongsi. Tapi dah lupa. 😅


Post a Comment