"Cantik Semudah ABC Bersama CC Cream Yang Tak Berminyak Dan SPF50 | Hansaegee Nature

Tuesday 5 January 2021

 

"Cantik Semudah ABC Bersama CC Cream Yang Tak Berminyak Dan SPF50 | Hansaegee Nature

 

Hai semua,

Harini cik mimi nak memperkenalkan satu produk yang cik mimi sendiri dah gunakan dan ianya sangat best tau!

 

Bayangkan dengan anak 2 orang yang suka buat kalut, agak-agak mama dorang ni sempat ke nak bersiap? Kadang tu sempat tepek bedak je tau. Dan sebab lain memang tak suka la nak bermekap ni. Takut tengah bersiap, ddy dorang dah bising suruh cepat. Last last hentam je tepek dekat muka. So, taknak la macam tu kan..

 

So jalan penyelesaian, kena la cari krim yang mudah nak apply. Dan paling best kalau benda tu satu je, tapi fungsinya pelbagai gitu.. Lagi mudah kerja kan? Betul tak..

 



 

Korang pernah terdengar tak, Gold Nano Cc Cream dari Hansaegee Nature?

Cik mimi ni dah biasa dengar dari kawan-kawan tau sebelum ni, Cuma tu la.. Baru baru ni la berpeluang dapatkan produk ni. Ya Allah, serius best la pakai Cc Cream ni rupanya. Memang kalau habis sebotol ni kena repeat beli lagi. Tak rugi labur duit tuk beli Cc cream ni.

 



 

Bestnya Cc Cream ni kan, ianya tak melekit tau walaupun kita pakai seharian. Macam haritu cik mimi terlibat dengan program makan malam, cik mimi bersiap dari pukul 7lebih sampai hampir 2pagi, muka still glowing gitu. Okay la kan, maybe waktu malam dia okay, cik mimi try pakai keesokkan harinya masa pergi family day.

 

Dalam waktu panas tu pun, muka still elok. Tak merimaskan muka, tak Nampak bercapuk. Dan best sebab effect glowing dia tu la. Ni memang pengalaman sendiri tau. So cik mimi share la dekat sini tuk kawan-kawan semua.

 

Dan lagi satu, kalau apply Cc cream ni kan, time nak bersihkan mekap pun mudah tau. Takde la nak kena tonyoh muka tu teruk teruk baru mekap nak tanggal.

 

Jenis cik mimi ni, tak suka pakai mekap tebal-tebal. Foundation pun takde dalam simpanan tau. Cik mimi rasa, Cc cream ni boleh jadi penganti kepada foundation juga. So tak perlu bersusah payah pakai krim itu ini tebal tebal, sedangkan kita boleh calit-calit je Cc Cream ni.

 



 

Kalau kita lihat, Cc Cream ni dia berwarna putih. Korang tak perlu risau sebab, bila korang apply pada muka korang, automatic ianya akan bertukar serasi dengan warna kulit muka.

 



 

Korang mesti risau kalau cream tu putih, muka akan bercapuk kan?

Tapi Cc Cream ni sikit pun tak tau. Terasa macam magik tau bila sapu di wajah tu. Nampak tak cream tu berubah warna bila di sapu? Macam tu la bila isnya dah di gosok lembut pada muka.

 

Jom kita kenal lebih mendalam lagi tentang Cc Cream ni okey :-

 

Krim Emas Nano Cc ". Adalah krim All in one day. Color Control + Brightening, bermaksud warna putih secara fizikal, setelah anda memakai pada kulit, ia akan berubah warna untuk memenuhi warna kulit anda, sehingga menjadikan kulit kelihatan anggun dan bercahaya sambil menjaga dan ia lembap sepanjang hari dengan semula jadi. Ia juga Anti-Kerut, fungsi perlindungan Matahari SPF50 PA +++, Menjaga kelembapan sehingga terasa ringan, tidak berminyak, tidak melekit. Kulit wajah akan bercahaya secara semula jadi.

 


 

3 bahan utama terkandung dalam Cc Cream Nano Gold :-

 

Water "Air Mineral" - Menjaga keseimbangan PH kulit, Menguatkan kedalaman penembusan kulit, Terlibat dalam vitamin aktif, meningkatkan keanjalan kulit.

 

🌼 "Ekstrak Bunga Ipomoea Hederacea Callus" - Meredakan kerengsaan kulit, Kesan anti-bakteria, Melegakan masalah kulit.

 

🌼 "Nano Gold" - Mencegah penuaan kulit, Menyekat sinaran inframerah dari jauh, Aktiviti antimikrob tinggi. Aktiviti antioksidan yang tinggi.

 

💖 Titik Fungsi Utama :-

🌸 Ia Mengimbangkan & Memperbaiki tona kulit secara semula jadi.

🌸 Memberi perlindungan Matahari SPF 50 PA +++

🌸 kulit halus dan bercahaya

 

Cara penggunaan - Sapukan Gold Nano CC Cream dengan tangan / jari (Bukan dengan sikat), krim berwarna putih, setelah anda menggunakannya dan campurkan seluruh wajah secara sekata, ia akan berubah warna untuk memenuhi warna kulit anda secara semula jadi, menyeimbangkan warna kulit anda, sehingga kelihatan glowing dan cerah secara semula jadi. Lancar. Orang yang tidak suka mekap, mencari krim semula jadi dan CC Cream ini akan banyak membantu. Langkah mudah & senang untuk Rutin Harian.

 



💖 Sangat baik untuk penggunaan harian yang sederhana dan pantas, sangat sesuai untuk wanita Malaysia terutamanya 😁

Apa yang cik mimi nak share kan lagi dekat sini, korang tak perlu risau kalau kata muka korang akan luntur dek kerana kena air tau. Setakat yang cik mimi dah try haritu, siap mandi swiming pool lagi, muka still rasa glowing je tau. Terasa rasa muka ni elok je la. Tak la rasa pelik sebab melekit ke apa. Tapi saying pula time tu terlupa nak snap gambarnya. Tapi memang terasa la muka tu soft je..

 

Kalau nak tahu, jenis kulit muka macam mana yang sesuai, sebenarnya Cc Cream Nano Gold ni Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit Wajah ye. So korang tak perlu risau la kalau kata nak membeli krim ni. Sekalipun muka korang jenis kulit berminyak sekali pun.

 

Kelebihan apabila kita menggunakan Cc Cream ni pada waktu siang

 

* Perlindungan UV Matahari SPF50 + PA ++

* Seimbangkan Kulit Secara Semula Jadi

* Kulit bersinar ; Lancar

* Boleh bertindak Makeup Base atau Makeup Primer

* Mencegah penuaan Kulit; Meningkatkan Kekemasan Kulit

* Mencerahkan

* Peningkatan pori yang minimum

* Jaga Kelembapan

* Meredakan Masalah Kulit

 

 

Opps, satu lagi sebelum cik mimi terlupa, Cc Cream ni mengandungi Perlindungan Matahari SPF 50+ PA +++ dan tanpa rasa was-was ianya Bebas Paraben, Bebas Sulfat, dan juga Bebas Alkohol. So selamat digunakan untuk semua.

Dan satu lagi yang menarik tentang Cc cream ni pulak dari segi packingnya. Bekasnya yang unik, "Twist-Lock" ianya tidak mudah terkeluar, maka ianya tidak akan mengotorkan bag sekiranya ianya dibawa ke mana-mana.

 

Korang semua mesti nak tahu cara nak dapatkan Cc Cream ni juga kan? Jom cik mimi share kan cara nak dapatkannya :-

 

🍁Brand: Hansaegee Nature

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

🍁Youtube page: 

https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia





 



 

 

 

9 comments

  1. Memang senang guna cc cream nie.. 2 in 1, tak yah pakai makeup kan.. touch up sikit dan lawa..

    ReplyDelete
  2. Mudah ada cc cream ni.. Senang nak reapply sebab mcm jnis light2 kan. Packaging pun comel & mudah bawa ltkndlm handbag..

    ReplyDelete
  3. Ramai kata best sangat pakai cc cream ni. Nak cuba lah nanti.

    ReplyDelete
  4. Best kan cc cream ni.. Nad pun pernh pakai.. Senang je apply dah siap.. Code satu je tapi nnti dia ikut skin kulit kita

    ReplyDelete
  5. Cantiknyaaa! suka CC cream yg ada sekali spf50, selamat dari uv

    ReplyDelete
  6. Cantiknyaaa! suka CC cream yg ada sekali spf50, selamat dari uv

    ReplyDelete
  7. Nampak best juga cc ni, akk xpernah pakai cc lg. Ada foundation je. Tp pakai pun Kdg2. Kbyknnya pakai 2 way cakes

    ReplyDelete
  8. Kalau ada CC cream macam ni memang senang and kulit pun nampak flawless.

    ReplyDelete