Assalamualaikum buat sahabat setia disini..
Amboi tajuk.. bukan kemain suspen je kan.. ni bukan kes maintukar-tukar pasangan ye.. mati saya kena dengan en.tunang..
ni haaa sebenarnya.. ;)
anak-anak buah saya.. ni gambar raya 2011.. yang perempuan tu kembar. tapi bukan la adik beradik dengan si lelaki tu. dorang ni bersepupu. yang lelaki tu nama dia syahmi. masa ni dia dalam 6 bulan kut.
cuba tengok gambar bawah ni pula..
yang ni adik pada syahmi. namanya adam. tapi kitorng panggil slang omputih jadi adams. sama kan muka dorang. ikut acuan betul. hehehe..
2-2 gambar anak buah ni dah guna buat DP Fb.. adams ni lain sikit tang kening. hat lain sume sama. pastu dorang ni ikut muka ayah. tak tau la tang mana ikut mamanya. hehehe..
nota : entry saya yang umah bersepah tu bukan kes baru pindah atau renovate apa. just pasang marmar ngan tukar pintu kayu nya je.. ^_^
Amboi tajuk.. bukan kemain suspen je kan.. ni bukan kes main

Mood nak update blog hilang.. nak BW pun sama.. adeh.. serabut..
Serabut pasal ni..
semalam kemas bilik.. tengok si jojet tu.. suka kacau orang mengemas..
ni baru suku barang yang dikeluarkan dari bilik.. barang saya ngan adik.. beranak pinak apa barang-barang kitorng ni..
untuk kerja harini pula.. tapi bukan sya punya projek la ye..hehehe
baru settle ni je..adeh.. stress je rasa.. umah penuh habuk simen.. nak berjalan pun tapak kaki rasa melekit-lekit..
mak cakap orang yang buat kerja ni bawak anak ppuan..umur dah 18.. tapi macam budak kecik. kejap-kejap ajak bpak dia kuar minum la, mkan laaaa.. adoi, bila nak siap camni.. saya dah naik serabut tengok umah ni..
saya nak jenguk blog pun xde mood.. kat pejabat pula kerja nak kena siapkan.. maaf la kalau sya slow menerjah umah kawan-kawan ye..

Semalam mak masak nasi ayam. pastu pula semalam geng-geng ppuan dok puasa, termasuk la saya sekali kan. cukup seminggu. alhamdulillah.. selesai ganti puasa. :p
pastu mak pula masak nasi ayam bukan kemain banyak. masa mak masak tu, aduh, sangat-sangat la sedap baunya. dugaan puasa la katakan. so pagi ni tengok nasi ni banyak lagi. bawak bekal untuk lunch.
kenyang perut harini. hehehe. pastu semalam mak buat agar-agar merah, tengok banyak lagi. mak siap offer tak nak bawak ke harini. last-last saya cakap kat mak, 'akak bukan nak buat jamuan pun, ntah-ntah tak sempat makan'.. hahaha
dah macam nak jamuan pula. pastu pagi tadi mak buat cekodok pisang. fav. tu.. bawak juga la sikit. bukan kemain banyak bawak bekal. macam nak pergi bekelah. nasib x angkut agar-agar sekali.. :p
sup dah sejuk.. janji sedap.. ayam, tomato, salad sampai tutup nasi.. hehehe..
yang penting sekali, saya bawak bekal guna bekas tupperware yang baru mula nak di kumpul tu..
terus feeling nasi tu sedap sangat-sangat tau.. :p
nota : korang lunch apa harini??

Assalamualaikum
buat sahabat setia disini..
Al-Fatihah.. 5tahun dah berlalu.. Sekejap je masa tu berlalu. 10 jun 2008- 10 jun 2013.
Arwah opah pergi dengan sekelip mata.
Ingat lagi kejadian tu. 5tahun seusia saya bertugas di koperasi ni. Masa tu 08 jun 2008. saya handle kan mesyuarat agung tahunan koperasi di hotel seri malaysia ipoh. bertugas macam biasa. sampai pukul 2 kut baru selesai. kemas-kemas semuanya la.
balik tu dalam pukul 2 lebih kut, ke pukul 3 petang macam tu mak telefon tanya ada kat mana. bila saya bagitahu baru sampai umah, mak tanya nak tengok opah ke tak, opah ada kat hospital. terkejut tu jangan cakap la. macam tak percaya. arwah opah saya duduk di ulu kinta je. kalau dari umah saya tak sampai 10 minit dah sampai.
seingat saya masa mak telefon tu, saya baru je buka tudung. then mak ada kat umah arwah opah sebab tunggu maklong. arwah opah saya tinggal sekali dengan maklong. masa tu saya macam orang kelam kabut pun ada. sebab tak percaya arwah opah masuk hospital. yela, setahu saya opah saya tu sihat je. cuma tahu-tahu je la kan orang tua yang dah masuk umur 80+ ni.
mak cakap arwah opah jatuh kat bilik air (jamban). bilik air tu kat belah luar. saya pun ingat-ingat lupa. time kejadian awal pagi subuh kut. katanya dah masuk balik tu la dia terjatuh. mungkin dah takdir Allah kan. arwah opah jatuh, pastu kena strok sekali kut. lepas je mak call tu, saya solat zohor dulu. kebetulan adik lelaki bawah saya tu kerja. adik sorang lagi ada. so cepat2 solat zohor,tak sempat nak mandi dah, drive laju2 pergi umah arwah opah dengan adik. pastu kitorng gerak sesama. pergi 2 kereta. masa tu macam2 dalam fikiran.
sampai hospital saya tengok arwah opah dah bergantung pada alat pernafasan tu je. then scan otak tu pula ada atas meja tu, saya tengok. then dorang kata ada darah beku. time tu saya dah tahan sebak dah. walaupun saya tak rapat dengan arwah opah, tapi dia pernah beberapa kali tinggal kat umah saya. then abah yang selalu jenguk umah opah.
saya tengok ada sedara mara dah sampai. tapi saya tak kenal sangat. sebab arwah opah ni keluarga merata-rata. keluarga besar juga la pada saya. time tu saya tengok semua ok je.. saya ni je duk tahan2 airmata. sekali tu saya keluar bilik. menitik airmata ni. saya tak mampu nak tahan. saya kat hospital sampai petang juga. opah tak sedar2 pun. pastu hari isnin tu kebetulan boss bagi cuti sebab hari ahd tu ada mesy. agung kan. isnin tu belah petang saya ke umah arwah opah. pihak hospital cakap nak hantar arwah opah balik.
saya ni jenis penakut sikit kalau tengok ambulans depan mata, pesakit yang ditolak atas katil tu..tak tahu la kenapa. masa pekerja hospital hantar tu, memang lalu depan saya je dorang tolak katil tu. rasa macam tak percaya ahli keluarga sendiri atas tu. opah tetap tak sedar. pastu nak dijadikan cerita, semasa hayat masih ada, dia suka sangat sebut nama pakcik saya yang tinggal kat k.lumpur. saya pun tak kenal. tak pernah jumpa. tak pernah kenal anak2 nya.
kejadian hari selasa tu saya ingat lagi sampai sekarang. pagi tu dalam pukul 8 camtu. ntah kenapa saya pun siap awal. kalau ikut kan dah nak pergi kerja ni. elok dapat call dari maklong. cemas semacam suara dia. abah tengah panaskan enjin kete. nak ke umah arwah opah. nak bawak karpet lama kalau tak silap. sebab umah kampung tahu2 je la, berlantaikan simen. nanti sejuk pula orang datang ziarah kan. elok je dapat call dari maklong, maklong cakap suruh abah datang cepat, opah dah nazak. terkejut punya pasal, saya menjerit kuat2 kat abah. tak pernah saya menjerit gelabah macam tu. dengan harapan dapat tengok opah lagi.
elok saya sampai, arwah opah dah takde. maklong saya cerita, arwah opah saya tetiba panggil nama anak dia, 'nordin'.. elok dia panggil terus dia pergi.. Ya Allah, Allah permudahkan pemergian arwah opah saya.
tadi kan saya ada cerita pasal semasa hayatnya arwah opah sebut2 nama anaknya yang di k.lumpur tu kan..saya pun tak pasti bila dia sampai. katanya hari isnin tgh2 malam. sebab hari selasa tu dorang dah ada. saya memang tak kenal. tapi airmuka pakcik saya & abh sama. so baru saya tahu. masa arwah opah panggil nama anak dia tu, pakcik saya ada sebelah dia.. kiranya dia pergi dengan tenang, walaupun dia tak jumpa masa hayatnya ada, tapi anaknya ada disini saat dia pergi..
Ya Allah.. bersyukur sangat sebab anak yang disebut2 ada. mungkin dia terlalu rindu kut. arwah opah ni anak dia ramai. 9 orng kut. tapi saya sendiri tak kenal sangat. saya cakap juga dengan mak saya, bila ada kematian atau perkahwinan baru dapat jumpa ahli keluarga. ternyata, semasa kematian saya kenal pakcik saya & familynya tu. anak-anaknya juga. umur saya 20tahun baru saya kenal sepupu saya. tu pun ada lagi yang tak balik.
betul-betul semuanya berlalu dengan pantas. 2hari arwah opah terlantar terus pergi. petang lepas asar dikebumikan. pukul 8 pagi dia meninggal. petang tu masa nak kebumikan, hujan sangat-sangat lebat. apa-apa pun, saya tetap ingat arwah opah saya walaupun tiada 1 pun gambarnya dalam simpanan saya..
Al fatihah..
nota : saat entry ni ditulis, airmata saya turut bergenang di kelopak mata..
Assalamualaikum buat semua sahabat setia disini..
Salam jumaat semua. Okeh, makin berputar ligat pula idea datang. Jari jemari ni pun sibuk nak menaip. Maka kita layankan aje lah ye. ;)
Tengok tajuk atas tu. Tak menahan dibuatnya. Actually dah 2hari juga kut terfikir pasal entry ni. Cuma slow-slow share kat sini. Ehh, ni kes rindu kat tunang ke apa??? Rindu kat dia pun harus lah juga kan. Tapi ni bukan pasal en.tunang. Rindu kat dia boleh simpan ketat-ketat dalam hati lagi.
Tajuk kat atas tu pasal family. Haaa, korang tak rindu ke kat family kalau tinggal jauh. Tinggal berasingan sebab kerja ke, belajar ke, wajib la rasa rindu tu kan? Betul tak? Beruntung sebenarnya bila semua tu terjadi. Ada hikmah disebaliknya kalau kita menghargai keadaan kita tu.
Ok, sebagai contoh saya sendiri la kan. Tak kan nak cite pasal family orang lain. Sah-sah tak tahu. Macam saya, 2 adik lelaki tak tinggal kat ipoh. Seorang belajar kat melaka, seorang lagi masih rekruit tentera kat Pusasda, Port Dickson. Mula-mula berpisah dengan dorang, serius terasa sangat. Sampai boleh kuar airmata kut. Dasar hati mudah touching kan, macam ni la. Nak-nak saya ni anak first. Biasa la. Walaupun adik dah besar panjang, tetap sayang dorang macam budak-budak. Yela, nama pun adik kan. Cuma sayang tu takde la saya tunjuk mana. hehehe
Macam adik kat melaka tu duduk melaka dari awal tahun 2011 lagi. So, dah terbiasa. So time tu kat umah tinggal la kami 3 beradik + mak abah 5 orang la. So, tak rasa sunyi sangat. Bila awal tahun ni, adik lelaki sorang lagi dapat tentera, maka tinggal 4 beranak je la kat umah. Sunyi je rasa.
6 bulan adik kat pusasda tu, saya perasan something kat dia. Walaupun dia tak bagitahu, tapi saya tetap rasa 1 perkara ni. Rindukan family. Sebelum ni kalau dia pergi mana-mana, balik lewat, kalau saya call or msg, mesti buat sakit jiwa. Takdenya dia nak respon. Tapi bila dia masuk rekruit ni, boleh katakan setiap masa dia nak call. Kadang tu xde benda nak cakap pun. hehe
Macam semalam pun sama. Dia call, tapi masing-masing mati idea, last-last suh mak abah yang cakap. Saya tengok parent pun macam blur. haha.. yela, maunya tak blur, kalau selang 2 hari call kan. Masa mula-mula dia call tu, jangan cakap la, saya sampai nangis dibuatnya. Risau ya amat. Over je kan..hehe padahal adik tu dah umur 23tahun. Yela, dah nama pun adik kan. Sapa tak sayang adik.
Sebenarnya hikmah yang saya dapat dari situ, adik lelaki yang rekruit ni jenis pendiam, bila dia masuk sana, ada je benda dia nak cerita. So, rajin la dia call. Rajin nak berhubung dengan family. Secara tak langsung dapat eratkan silaturrahim kan? Betul tak? Kadang tu dia nak dengar suara je. I think la. Sebab kadang xde bahan sembang. hehee
Setiap kali call mesti cakap suh datang awal time dia passing out. Duduk barisan hadapan. See, betapa excited & rindunya dia pada family kan? :')
Dan saya pun excited nak tengok dia passing out.. Sangat-sangat. Tak sabar nak tengok dia.. :')
nota : rindukan family dapat eratkan silaturrahim sesama keluarga. betul x?

Salam pagi jumaat. harini awal pagi dah online kut. kih kih kih. semangat bukan kemain. Lepas sahur tadi, niat tak nak tido. Sebab bila bangun je badan jadi lemah. Lemah sangat-sangat. Sebenarnya ada kerja yang nk diprint out sekali pun. Tu yang tahan mata tu.
Saya rasa sekarang ni ada something yang tak kena dengan diri saya. Oh, tidak. Jangan fikir yang bukan-bukan ye. Tak baik tau. :p
Saya perasan sekarang ni kalau kat tempat kerja, mood nak buat kerja macam berkurang je. Kalau buka je buku, mood pun slow-slow down. Apakah ini??
Tapi kalau menghadap blog, 24jam pun mampu. Pelik bin ajaib ni. Sapa yang dah jampi-jampi saya ni?? Silalah jampi mood rajin untuk berkerja okeh. :p
Bos pula 1week ni x masuk opis. Memang syok la menghadap blog. Adeh.. parah. Kena cegah sebelum lambat ni.

google
Tapi ada sesuatu yang saya akan fikir bila kerja tak selesai. 'Seandainya esok umur saya tak panjang, siapa yang akan siapakan kerja saya tu'..
Start dari 5tahun lepas lagi. Tu yang saya sentiasa fikir.
* Dah syok nak meng-update blog je lepas hal semalam.. hahaha..

nota : berblog hanya untuk mengisi masa lapang. tapi dah jadi macam kerja utama. adeh.
(entry ditaip jam 6pagi.tapi baru publish) :p
(entry ditaip jam 6pagi.tapi baru publish) :p
Assalamualaikum buat semua sahabat setia disini..
Syukur alhamdulillah. 3 hari yang lepas saya dah cashout duit yang ada. Kali ni dapat lagi. Syukur sangat-sangat.
Harap-harap yang ni menepek la lama-lama sikit.. =)
Terus hati berbunga-bunga. Betul-betul baru masuk ni.
nota : syukur rezeki berblogging

Haritu ada terbaca kat blog kak eza pasal dia minat sangat kumpul tupperware kan. So minggu lepas *alahai, entry basi lagi* kakak sedara send MMS tanya nak beli tupperware ke tak. Saya pula memang dah niat nak mengumpul 'harta' tu.
Haha. Harta laaaaa sangat kan. :p Yela, kita ni orang ppuan biasa la. Nak minat apa lagi. Tak kan nak kumpul barang mainan pula kan. Tak kuasa i okeh. Kebetulan masa kakak sedara send mms tu, ngam-ngam pula hujung bulan. Duit gaji pun saya tak usik lagi.
So, grab juga la 3 bekas yang pertama. Sekali balik tu tengok kakak sedara dah hantar. Terkejut la. Kantoi dengan mak. :p Sebab tak bagitahu dia sekali. hihihi
Sekali tengok ada bekas tupperware lain. Mak cakap mak punya. Last-last saya berkenan. Maka ambik la 1. Ehh, saya bayar balik tau. Takde la ambik free.
2 bekas bulat, 1 bekas petak & 1 bekas air. Ni baru hasil yang pertama ni. Belum lagi hasil-hasil seterusnya ni.
Simpan siap-siap dalam kotak. Elok sangat laaaa tu. Kebetulan ada kotak besar, so macam paham-paham je bakal ada 'harta' nak diletak. So, minat sekarang dah ke arah mak-mak orang ni.. hehehehe..
Takpelah, kumpul benda boleh gunakan? Apa salahnya.
Haritu cakap kat mak, nanti akak kawin dah ada harta sendiri dah.
Sekali mak cakap 'setakat bekas tupperware bukan harta nilai ringgit pun..
Hahaha. Jadilah kan. Taklah nanti dah kawin balik umah cuci kaki je.. :p
Nota : kak eza, kita dah boleh segeng dgn akak dah.. :p

Alhamdulillah.. dapat selesai kan puasa harini.. :) settle 4hari dah. Seronok puasa ni. Rupanya ramai dah berpuasa & mengganti puasa.
Thank's buat semua yang sudi komen entry-entry saya yang hot tadi.. hahaha.. mungkin berkat puasa kan, so xkuasa nak mara-mara. Tapi kawan-kawan yang komen sumenya sweet-sweet. Siap cakap sabar semua. Aloh aloh aloooh, sweet tau korang ni. Jangan risau tau. Saya tak mara pun. Tak ambik hati pun. :)
Semuanya risau ye. Adeh. Saya xde mara la. Cuma entry tu sekadar peringatan je. Takde nak buka aib sapa-sapa pun. Susulan entry ni pun, saya takde pun menaip sampai kerut-kerut muka. Malah perasaan bengang ke, geram ke, marah ke, saya buang jauh-jauh. :)
So, kepada ana ahmad janganlah pula terasa lebih-lebih tau. Takde la cik mimie ni nak menghukum. Kita sebagai manusia memang la ada buat salah. Cik mimie ni takde pun buat entry susulan tu tuk tuju kat awak. Tuk peringatan bersama je. Malah untuk diri ni juga. ^_^ Takde pun perasaan mara kat awak. Jangan ambik hati tau.. ^_^
So, saya buat entry ni lagi takut ada yang salah paham. Dah-dah, korang sume pun jangan bengang-bengang dah tau. Nanti tak sweet saya tak tahu ye.. hihihihi. Saya cool je tau. :p
nota : kelebihan diri sendiri adalah tak reti nak mara orang. kawan-kawan sekolah la yang cakap. ahaaaks! :p

first time dapat tengok pengunjung datang seramai ni.. hebat
nota : kelebihan diri sendiri adalah tak reti nak mara orang. kawan-kawan sekolah la yang cakap. ahaaaks! :p
Assalamualaikum buat semua sahabat setia disini..
Susulan dari Entry Saya Di Copy Paste Ke??? tu, maaf sangat-sangat saya xreply pun setiap dari komen semua. Sebenarnya terkejut tengok entry tu dapat banyak komen. Dan banyak kes tak puashati macam tu juga. Ok la, meh saya jawab 1-1 ye komen-komen yang ada.
Firstly, saya tak la mara beria-ria sampai tak nak berblog dah. Oh, no.. belum la sampai tahap tu. Buang karen je macam tu. Cuma entry tu saya tulis sebab saya tak nak orang ambik entry saya macam tu saya. Saya taklah sampai nak saman menyaman kan. Entry pun bukan hebat macam blogger retis. Kalau sebut Mimie Najib, bukan semua kenal pun kan. Cuma sekadar peringatan semata-mata.
Serius, memang saya terkejut sangat-sangat tadi. Terus blank. Memang la ada yang kata, maybe orang tu suka ngan entry tu. Untung-untung pageview boleh meningkat. Tapi kalau sumber sebenar tak dinyatakan, macam mana nak tolong naikkan blog kawan tu sama. Tapi kalau minta izin pun, bukan la saya mara. At least kalau orang lain terjumpa entry yang sama, tak la orang cop saya ni yang copy entry orang lain pula. Tak gitu??
Ok, ni saya story secara umum eh. Tak maksudkan sapa-sapa. Bila kita nak menulis, mesti kita kena cari ideakan? Bila cari idea, maknanya kita kena berfikir kan? So, kerana nak mencari idea tu la, saya terpaksa juga buat entry pasal copy paste tu. Sebab nak cari idea bukan senang. Tup tup orang main copy ikut dan je. I don't like it. Ye, saya pun ada juga copy paste. Tu pun kadang artikel dari Yahoo ke, mana-mana la, tapi saya letak sumber dari mana.
Jangan salah paham tau. Saya tak la mara beria-ria pun. Lepas post entry tu, saya tak on pun blog saya. Saya BW macam biasa. Sekali tengok ramai yang komen. Ramai yang cakap entry dorang pun di copy paste. Jangan buat macam tu selalu ye. Orang tak suka. Kalau kita wujudkan blog untuk copy paste, apa faedah yang kita dapat?
Mungkin kerana harini saya pun berpuasa, so saya xla ambik hati pun pasal tu. Cuma mula-mula tu je terkilan sikit. Saya maafkan sebab tuan blog tersebut minta maaf kan. Saya pula bukan jenis suka mara-mara ni. Cuma ingatan saya je, kalau berminat dengan artikel orang lain, minta izin dulu dari penulisnya. Memang la menulis tu tak kena bayar, tapi kasihan pada si penulis yang bagai nak pecah kepala olah entry tersebut.
*Maaf kalau ada yang terasa hati. Saya ulaskan entry ni secara umum. Agak-agak saya tulis ni ada tak yang nak copy paste?? ;)
nota : jangan la sampai kena cop 'blogger copy paste'..

Ingat harini boleh la mood baik-baik je.. macam semalam nak terjah blog kawan-kawan kan. Sambil balas jejak & komen. Dalam seronok nak BW tu, terperasan 1 entry saya ni, ehh, ni bukan blog saya. Tapi napa entry sama????
Adakah entry saya dah di copy paste??????
Maaf ye kepada tuan blog tersebut. Saya terkilan sikit sebenarnya. Kenapa ye entry tu di copy paste tanpa letak link blog saya? Ye, saya bukan blogger hebat, bukan blogger retis, tapi kenapa nak share entry saya tanpa minta izin?
Gambar dalam entry tu memang saya ambik dari google. Tapi ayat-ayat yang tertulis tu, dari kepala Otak saya sendiri ye. Jenuh saya fikir tiap hari apa entry yang nak ditulis, boleh pula entry tu di copy macam tu saja.
Ni buktinya. *maaf sebab saya terpaksa printscreen*
Entry ni sama kan dengan entry saya ni???? Cuma dia tukar tajuk je. Maaf sangat-sangat kepada tuan blog tersebut. Saya tak pemes macam awak. Tapi kalau nak share entry kawan-kawan yang 'tak hebat' ni, minta la izin dulu ye..
nota : tak tahu la apa perasaan saya sekarang ni bila tengok ada entry sama macam ni.
Ingat harini boleh la mood baik-baik je.. macam semalam nak terjah blog kawan-kawan kan. Sambil balas jejak & komen. Dalam seronok nak BW tu, terperasan 1 entry saya ni, ehh, ni bukan blog saya. Tapi napa entry sama????
Adakah entry saya dah di copy paste??????
Maaf ye kepada tuan blog tersebut. Saya terkilan sikit sebenarnya. Kenapa ye entry tu di copy paste tanpa letak link blog saya? Ye, saya bukan blogger hebat, bukan blogger retis, tapi kenapa nak share entry saya tanpa minta izin?
Gambar dalam entry tu memang saya ambik dari google. Tapi ayat-ayat yang tertulis tu, dari kepala Otak saya sendiri ye. Jenuh saya fikir tiap hari apa entry yang nak ditulis, boleh pula entry tu di copy macam tu saja.
Ni buktinya. *maaf sebab saya terpaksa printscreen*
nota : tak tahu la apa perasaan saya sekarang ni bila tengok ada entry sama macam ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons