Assalamualaikum..
hai semua..
Menjadi
seorang ibu ni betul betul 1 anugerah terindah. Allah, nikmatnya Allah saja
yang tahu macam mana perasaan tu. Seronok sesangat. Segala yang kita buat
tentunya untuk anak. Baru saya tahu macam mana perasaan seorang emak bila anak
berjauhan. Bila anak tak sihat. Bila anak terjadi sesuatu.
Macam
sekarang ni saya masih dalam proses nak membiasakan diri dengan keadaan ni.
Yela bukan mudahkan nak buat semua tu. Kadang Zahra menangis time saya tengah
masak even dah lena tido, saya sanggup tutup api dapur, layan dia dulu. Memang
la orang kata ‘jangan dilayan sangat anak tu, kang manja pula’.. tu memang
betul. Tapi saya tak sanggup nak dengar dia nangis.
saat yang menenangkan jiwa bila lihat zahra lena
Bukan
setakat bingit telinga dengar budak nangis, tapi kita pun nanti runsing sama.
Pastu Zahra ni kalau nangis mesti sampai nak terbelahak macam nak tercekik
sesuatu, sebab tu saya sanggup makan lewat tunggu dia ok dulu. Pernah 1 hari
tu, pukul 8 malam baru dapat makan, baru dapat rehat. Takpelah, besar pahalanya
kan bila kita berkorban demi anak ni.
Ada
seorang kakak ni tempat kami bertukar cerita pasal anak, dia pernah cakap kat
saya. Kisah ada seorang ibu ni masa di klinik anaknya nangis. Jenuh didodoi
tapi anaknya tak mahu diam. Anak kecik lagi. Baby. Jadi mak pada kakak ni cakap
jangan dimarah anak tu.. dia tak tahu apa-apa. Bukan
senangkan kita nak lahirkan anak kita tu.. Allah.. sesungguhnya peringatan tu untuk saya
juga bila dah ada anak ni.
Sebab
tu bila Zahra nangis saya sanggup ketepikan semua perkara demi dia. Bukan nak
manjakan anak, tapi kita nak dapatkan seorang zuriat tu bukan senang,kan? Betul
tak? Ada sesetengah orang tu bertahun baru Allah beri rezeki. Walaupun saya tak
tunggu lama, tapi saya sendiri dah rasa macam mana risaunya kalau tak dapat
zuriat sendiri..
InsyaAllah..
Saya akan jaga amanah Allah ni sebaiknya. Saya berkata ni bukan sebab anak baru
sorang dah over macam ni. tapi sebuah perkongsian yang saya rasa berguna
sangat-sangat. Buat diri saya juga. Terima kasih kak ain sebab pernah cerita
tentang ni.. J
mmg tak boleh biarkan anak menangis... nnt takut jadi penyakit lain... memang tggl keja kalau ank menangis.. cuma nak ni menangis ada la tu sbb dia,,,
ReplyDeletelena je dia tidur :)
ReplyDeleteBetullah... jaga sebaik dan semampu boleh
ReplyDeleteTapi kalau ikut keluarga kakak memang tak baik biarkan baby menangis lama, bimbang nanti jadi sawan tangis suka menangis
Dah makin gebu pipi Zahra dah Mimie..
tiada galang gantinya anugerah ini.cukup indah
ReplyDeletebaby sampai lah umur ke 7 tahun kita perlu berikan sepenuh kasih sayang. Tapi dalam umur 3 ke 7 tu dah start ajar dah. apa perkara yang boleh dan tak boleh dibuat. hehehe
ReplyDeletesedapnya zahra tido
kesian la kalau baby nangis jek.. risau takut ade pape kan mimie.. ketepikan je dulu yg lain2..
ReplyDeletebetul tu alise.. zahra ni pernah kena 'ketegur'.. sebab tu la kalau dia nangis cepat2 pujuk.. risau..
Deletebetul tu
ReplyDeletethanks mimie berkongsi
welcome ciksu.. :)
DeleteTak boleh bayang camne perasaan ada anak nanti hehe. Memang anugerah terindah la <333
ReplyDeleteIndahnya mnjdi seorg IBU, lgi2 tgk Ank mmbesar dpn mata kan
ReplyDelete