assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seorang anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (Malbatt 5) maut manakala dua rakannya cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.40 petang waktu tempatan (10.40 malam waktu Malaysia) ketika konvoi 'Force Protection'(FP) melibatkan 41 anggota bersama lapan kenderaan tentera bergerak dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin.
Sarjan Rosdi Mohamad Zan, 32, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, 26, dan Lans Koperal Nur Syahied Taib, 26, cedera.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kemalangan itu berlaku di kawasan operasi berhampiran Bandar Houla melibatkan sebuah kenderaan Kembalik yang sedang menunda kenderaan Perisai Condor.
"Kejadian berlaku apabila Kembalik yang dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbalik ke dalam gaung sedalam 15 meter bersama kenderaan perisai yang ditunda.
"Kenderaan Kembalik ketika itu dipandu Nur Syahied yang turut dinaiki Mohamad Aizuwan yang bertindak sebagai pengiring sementara Rosdi sebagai ketua kenderaan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Markas Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Pemangku Panglima Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Abu Bakar Md. Said.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataannya berkata, jenazah Allahyarham Rosdi akan dibawa pulang ke Malaysia Isnin ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Allahyarham Rosdi yang berasal dari Jerantut, Pahang meninggalkan seorang balu, Aliza Ariffin serta tiga orang anak berusia 8, 6 dan 3 tahun.
* Salam takziah buat keluarga mangsa.. terkejut dengar berita ni. msg pada en.tunang. Si dia hanya mampu kata 'syukur dapat balik malaysia kembali dengan selamat. Saya pun bersyukur tunang saya dapat pulang ke sini dengan selamat. tak dapat nak bayangkan kalau benda ni terjadi masa en.tunang saya bertugas kat sana.
* Allahyarham yang meninggal ni rumahnya tak jauh pun kawasannya dengan kawasan rumah saya. sangat tak terduga. Moga isteri mangsa tabah.
sumber : Utusan Online
salam takziah dari mama buat keluarga beliau... :(
ReplyDeleteal fatihah.. :(
Deletetakziah..al-fatihah...
ReplyDeleteal fatihah.. :(
Deletesalam takziah buat keluarga aruah..
ReplyDeleteal fatihah..
eiqa terbeliak jugak la mata Lubnan.??!
Alhamdulillah, en.lubnan akak dah balik malaysia dan selamat..
tu la eiqa..akk yang dgr berita pun rasa terkejut..
Deleteyela, sebelum ni abg akk kat sana kan..
rasa macam dia masih bertugas kat sana lagi je..
takziah kepada keluarga si mati..
ReplyDeleteal fatihah..
Deletesalam takziah buat keluarga mangsa..
ReplyDeletedidiey ada baca dlm paper. masa nmpk je word MALBATT tu terus teringat mimie..agknya sb tahu encik tunang mimie pernah bertugas kat sana Lubnan kowt..hhe
al fatihah..
Deleteyela didiey..kita pun secara tak lngsung terus ambik thu berita2 mcm ni. sebab tunang pernah ke sana kan.
Sy baca berita teringt kt mimie lah..sbb tunang mimie bru balik kn.. Alhamdulillah tunang mimie dpt blik dgn slmat... Takziah buat kluarga allahyarham...
ReplyDeleteyela kak...sy dgr berita pun terus teringat kat tunang..syukur dia balik dgn selamat.. tak dpt nak byngkan semua ni..
Deleteal fatihah..
Takziah kepada keluarga mangsa. Hari tu ex bf saya cakap, baru semalam dye bersalam dengan yang meninggal dunia tu.
ReplyDeleteoo..yeke.. mesti rasa terkejut kan bila dapat tahu pemergian srjn tu..
Deletesedih pula akk..
Takziah utk keluarga arwah..
ReplyDeleteal fatihah..
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteal fatihah....berat mata memandang berat lagi bahu memikul.....
ReplyDeleteal fatihah.. :'(
Delete