Jamuan Raya Tabika Kemas Kem Iskandar

Tuesday 2 July 2019

Hai readers semua..
Alhamdulillah. Dah lepas 6bulan kita semua berada dalam tahun 2019 ni kan. Now kita semua berada di fasa 2 pulak. Dan harini pun dah 28syawal kalau tak silap. Dah nak habis syawal dah kan. Sekejap je.

Cerita pasal bulan syawal ni, belum terlambat rasanya nak share pasal sambutan raya yang diadakan di Tabika Kemas tempat zara sekolah. Rasanya ni la cerita pertama pasal zara sekolah kan. Mama dia malas beno nak share pasal zara sekolah. Nanti la kita buat entri throwback je. Hehe

27jun2019. Khamis.
Hari jamuan di Tabika Kemas. Cikgu kelas maklumkan sehari awal. Hari selasa cikgu zara inform dalam group kelas. Cikgu bagitahu juga, bawa sebalang kuih raya. Mama zara excited benda macam ni. Hehe.. Sebab, dalam kem takde pun buat jamuan raya macam masa duduk dekat gemas dulu. Sedih la. Tak syok betul situasi kat kem iskandar ni. Ke betul betul dah hujung syawal akan buat, wallahualam. 

So bila anak dapat buat jamuan ni, mama dia tumpang happy je la. Berbalik pada kisah jamuan tu, cikgu info sekali ada pertandingan pakaian raya tercantik kut. Lagi la mama zara excited. Haha. Sebab apa tau, merasa la zara pakai baju raya yang sepatutnya pakai sedondon dihari raya pertama. Sudahnya, baju mama dia , adik ngn ddy tak rasmi kan pun lagi. Sebab apa? Sebab raya pertama kan ddy nya pun kerja. Kitorg pakai je baju sedia ada je. 

Pasal kuih raya, rumah kitaorang ni takde kuih raya yang best best pun. Pastu boleh dikatakan semua beli. Pikir balik,kalau semua bawak biskut raya, mesti tak termakan,kan? 




So excited mama dia buatkan kek je la. Lagipun taklah susah mana pun. Tapi ada juga bekalkan sebekas kerepek popia nestum tu. Sebab benda tu banyak lagi. 










Bila cikgu send gambar anak anak tadika berbaju raya, Allah, comelnya semua. Seronok tengok zara beraya dengan kawan kawan sekolah dia. Tengok cikgu send makanan yang dibawa, gift yang ibu bapa sumbang, alahai.. Rezeki anak anak semuanya.

Pastu jamuan habis awal. Dalam pukul 11setengah dah selesai. So boleh la jemput anak anak awal. Pastu tengok zara pegang plastik bekas kek dengan macam macam lagi. Teacher ida (pembantu cikgu) cakap zara dapat hadiah. Kategori baju cantik kut. Alahai. Tergelak mama dia. Dah pesan kat dia. Pakai baju raya lawa lawa jangan bagi kotor. Mama tak suka. Nanti susah nak cuci. Kehkehkeh..



Nasib baik sampai balik umah baju elok bersih. Siap taknak bukak lagi. Excited pakai baju lawa kan. Apa pun, ni la kenangan buat zara bila dah besar nanti. Dia merasa macam mana berkawan kat sekolah. Ada jamuan raya kat sekolah. Macam mana nak berdikari ambik sendiri kan.

Apa pun, mama tumpang happy sebab majlis raya dalam kem nan hado agaknya. Takde pun dengar-dengar pasal nak buat jamuan. 🙄
Janji zara merasa jamuan dengan kawan kawan tabika.

Fuh gambar nanti mama zara letak kat instagram 



biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

30 comments

  1. Simple tapi meriah. Tadika anak ana awal2 masuk sek hari tu dah buat. Tp xde lah ada hadiah semua.

    ReplyDelete
  2. The children look so happy celebrating Raya

    ReplyDelete
  3. seronok bila tengok anak seronok,kan.

    ReplyDelete
  4. Byknya makanan..mgu lepas anak2 sis pun ada jamuan raya..siap sekolah siap2 tentukan menu apa..tp seronok bg budak2 makan ni...tahniah dpt adiah baju cantik

    ReplyDelete
  5. best bila de jamuan cmni.. ibu bapa sekali ngn anak2 bermesra dengan guru

    ReplyDelete
  6. seronok jamuan macam ni..teringat kita dulu sekolah buat jamuan raya juga

    ReplyDelete
  7. Meriah sambutan hr raya.. Kanak-kanak nampak seronok sekali

    ReplyDelete
  8. rajinnya mama buat kek!! meriah sambutan!

    ReplyDelete
  9. Happy semua wajah kanak-kanak hihi. Makanannya sedap-sedap. Mama rajin sungguh aih buat kek. Untung anak dapat mama rajin :)

    ReplyDelete
  10. Share resepi kekkk nt hee

    ReplyDelete
  11. Budak2 memnag eksited kan kalau sambut raya dengan kawan kawan. Nak nak kat tadika

    ReplyDelete
  12. Kita suka tengok jamuan raya budak2.. Seronok sebab mcm2 ade.. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Wow so nice seeing the kids are having lots of fun

    ReplyDelete
  14. Seronok kan tengok anak-anak beraya. Muka semua ceria je. Dari kecik lagi belajar meraikan sebuah majlis. Kalau saya jadi puan, saya pun akan bawa benda lain selain biskut raya. Sebab fikir orang lain pun bawak biskut. Haha

    ReplyDelete
  15. Ala comelnya jamuan semua anak-anak pakai baju raya. hehehe. makanan pun sedap-sedap. anak ruby kalau ada jamuan setiap bulan. dia paling ingat dalam kalendar tu. hahaha

    ReplyDelete
  16. Amboi seronoknya siap ada pertandingan baju raya tercantik, menang pulak dia ye. Seronoklah buat macam ni, sorang sebalang pun dah banyak juga kuih raya tu nanti. Patung Doraemon yang comel tu dapat sorang satu pulak ye.

    ReplyDelete
  17. Comel je jamuan raya dekat tadika ehh. Siap ada hadiah lagi untuk pertandingan hehe. Dah lama tak mingle dengan budak-budak kecil, mesti cute je diorang kan.

    ReplyDelete
  18. Yang pasti adik=adik rasa gembira membawa juadah dari rumah jamu rakan2 di tadika.

    ReplyDelete
  19. wah wah. seronoknya. sekarang ni tadika pun siap ada jamuan raya ya. comel je masing-masing.

    ReplyDelete
  20. Rindu pulak zaman anak2 kecik. Masa tadika dan sek rendah macam ni le..kalau ada apa2 jamuan..mak le yg sibuk buatkan itu ini, tapi seronok bila tgok anak2 kita pun seronok

    ReplyDelete
  21. Banyaknya makanan. Seronoklah budak budak tu kan dapat makan sambut hari raya dengan kawan kawan. Sekolah anak saya hari tu 2 kali sambut hari raya sebab yang first tu dieorang buat hari sabtu. ramai yang tak dapat datang. yang tu dengan family sekali. lepas tu dieorang buat lagi sekali sebab budak budak yang tak dapat datang sambutan pertama tu request nak buat jugak. teacher dieorang pun rajin layan. dieorang buat hari jumaat pulak pakai baju raya. tapi tu celebrate dengan sesama bebudak je lah. parents tak ada

    ReplyDelete
  22. Tahniah Zara menang best dressed tu.
    Selalunya gitu la kan, parents yang excited lebih bila anak-anak ada event gini.
    Syukur rezki anak-anak dapat macam-macam hadiah.

    ReplyDelete
  23. Alololo.. comelnya best dress dia. Seronok tengok event macam ni lagi-lagi untuk kanak-kanak. I anak baru nak masuk 2 tahun, rasa tak sabar pulak nak dia besar dapat join aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
  24. Alahai.. comel tengok semua budak-budak pakai baju raya.. Zara pulak siap ada bunga2 kat bahu lagi. Tapi kan jangan kata budak, kita yang dah besar ni pun kalau ada jamuan raya mesti excited. Time tu la nak melaram baju baru kan.. hehehehe. apapun tahniah ye Zara.

    ReplyDelete
  25. comel je budak-budak pakai baju kurung kan. kalau dah raya pun sebulan mesti tak ketinggalan nak open house kan.

    ReplyDelete
  26. Omo cute ye seeing all the kids in kurung and celebrate Raya! Seeing their happy faces makes me feel happy =)

    ReplyDelete
  27. wahhh meriahnya sambutan perayaan dekat tabika nie. seronok pulak tengok semua bawak makanan masing2 berpotluck dan makan sama2. tak sabar nak ada anak kecik nak rasa pengalaman mcm nie

    ReplyDelete
  28. Wow looks like the kids had a great time at the raya party. Though its a simple celebration but gave a good memories to everyone.

    ReplyDelete
  29. Alala comey nyaa. Sekolah Balqis pun ada sambutan hari tu tapi Mummy sendiri x dpt tengok byk gambar Balqis huhu

    ReplyDelete
  30. Kanak2 mmg happy bila ada jamuan mkn ramai2 mmg seronok dpt mkn hidangan hari raya mmg seronok.

    ReplyDelete