Hai, semua.. Harini saya nak kongsikan satu info mengenai satu produk baru cara untuk menjaga kulit wajah dengan mudah, hanya semudah 3 langkah sahaja. Kalau bercerita pasal penjagaan wajah ni, semestinya la kita nak kan langkah yang mudah, betul tak? Ibaratnya orang kata, tepek tepek terus cantik! Haaa, gitu..
Kalau saya sendiri, walaupun surirumah sepenuh masa, saya juga perlu menjaga kulit wajah dengan betul. Biar orang kata, duduk rumah pun sentiasa nampak cantik. Lagi-lagi bila umur dah masuk ke 3siries ni, penjagaan wajah sangatlah penting. Untuk menampakkan kita sentiasa kekal muda remaja!
Kalau ditanya, apa produk yang saya suka gunakan untuk penjagaan wajah ni?
Sebelum tu, mungkin ada yang pernah mendengar tentang satu nama yang tidak asing lagi iaitu Althea Korea kan? Atau mungkin ada yang belum tahu lebih mendalam lagi, harini saya akan cerita la sikit tentangnya.
Althea Korea merupakan satu website yang menjual barangan penjagaan wajah yang datangnya dari korea sendiri. Althea kini mendapat sambutan di Malaysia kerana produk yang dikeluarkan menepati ciri-ciri yang selamat untuk digunakan. Saya sendiri juga telah mencuba beberapa barangan penjagaan wajah dari Althea sendiri. Tertanya serasi dengan kulit saya sendiri.
Untuk hari ini, produk baru yang ingin saya kongsikan ialah Bare Essentials. Bare Essentials merupakan produk yang baru dikeluarkan oleh Althea. Penjagaan wajah bersama Bare Essentials adalah sangat mudah.
Untuk mendapatkan wajah yang sentiasa segar sepanjang masa, kita perlukan produk yang sangat mudah untuk digunakan. Sebenarnya untuk menjaga wajah dengan sempurna, kita perlu kenalpasti masalah yang dihadapi. Jadi bila masalah dapat dikenalpasti, kita tidak perlu menggunakan barangan yang pelbagai yang belum tentu keserasiannya dengan kulit wajah kita. 3 langkah bersama Bare Essentials ni juga boleh merawat wajah kita.
Untuk Set Bare Essentials ni, 3 item penting yang ada bersama ialah :
1. Contour Cleanser
2. Primer Water
3. Fixer Cream
Pembersih Wajah Contour Cleanser
Untuk mendapatkan kulit yang bersih, semestinya kita perlu menitikberatkan cara kita membersihkan wajah. Mencuci muka hanya dengan menggunakan air sahaja tidak memadai, kerana masih ada kotoran yang tertinggal di wajah. Lebih lagi kalau kita seharian bekerja atau berurusan diluar. Dan kita memakai make-up sepanjang masa.
Contour Cleanser. Pencuci wajah yang sangat-sangat best untuk digunakan. Saya sendiri telah menggunakan pencuci ini, sekurangnya 2kali untuk sehari. Sememangnya dalam mengekalkan kesegaran pada kulit wajah. Yang penting, contous cleanser ini sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit.
Bahan penting yang terdapat dalam Contour Cleanser ini ialah :
- Ice Plant : Menghidratkan dan menenangkan kulit wajah
- Lemon Verbena Leaf : Kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk menguatkan kulit
Baunya sangat harum, seolah-olah kita mencuci muka menggunakan limau purut. Boleh bayangkan tak macam mana bau kesegaran tu? Semestinya bestkan? Kombinasi bahan-bahan yang menarik.
Cara penggunaan yang sangat mudah. Picitkan sedikit cleanser tersebut ditapak tangan. Kemudian gosok rata ke seluruh wajah dengan lembut. Kalau saya, saya suka gosok sambil menyental. Lepas itu, biarkan seketika sebelum membilas dengan air bersih.
Kesegaran Kulit Wajah Bersama Primer Water
Primer Water ni dikatakan bertindak sebagai toner. Walaupun ianya dalam bentuk cecair, tetapi ianya cecair yang sedikit pekat ya. Bukan seperti cecair berbentuk air yang biasa kita gunakan untuk produk-produk biasa dipasaran tu.
Bahan penting yang terkandung didalam Primer Water :
- Snow Lotus : Melicinkan dan mencerahkan kulit pada waktu petang daripada teksturnya
- Patented Dewdrop formulation : Menghidupkan semula kulit dan memberikan kelembapan segera.
Cara penggunaan yang sangat mudah. Setelah mencuci wajah dengan bersih, tuangkan sedikit primer water tadi di tapak tangan atau pada kapas lembut. Boleh dap-dap kan wajah dan biarkan seketika. Macam saya, saya suka tuang ditapak tangan. Kemudian ratakan ke seluruh wajah.
Lengkapkan Penjagaan Wajah Dengan Fixer Cream
Fixer cream ni dikatakan pelengkap kepada contour cleanser dan Primer water. Bila dah cuci wajah dengan bersih, tentukan kita akan lembabkan kulit wajah kita dengan primer water kan? Bila primer water tadi dah kering sedikit, bolehlah gunakan fixer cream ni.
Jangan risau, fixer cream ni meresap terus ke wajah ye. Rasa lembab dan sejuk je muka bila kita apply dengan betul ketiga-tiga item ni. Rasa lengkap dan yakin je bila gunakan Bare Essentials ni.
Bahan penting yang terkandung didalam fixer cream ialah :
- Thehalose : Membantu dengan lebih kuat lagi untuk kelembapan kulit wajah
- Green Tea : Menghidrat, menenangkan kulit dan pek dengan antioksidan
- Baobab Tree : Bertindak sebagai Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen
Macam mana? Mudahkan penjagaan wajah bersama Bare Essentials ni? Yang penting, bila digunakan kita dapat kembalikan kesegaran pada wajah. Wajah memerlukan penjagaan yang betul supaya kulit wajah tidak rosak.
Suka sangat nak war-war kan dekat sini, sekiranya anda nak membuat pembelian set wajah Bare Essentials ni, anda akan dapat item percuma!
Seperti cermin muka yang sangat comel ni, serta 5 keping set travel contour cleanser, primer water & fixer cream ni dan juga batu marmar ALTHEA!
Mesti nak tahu kat mana nak dapatkan barangan kecantikkan K-Beauty ni kan? Jom terjah sini.
Website : https://my.althea.kr/
Instagram : www.instagram.com/altheakorea
Facebook : altheamalaysia
#AltheaKorea
#Althea
#BareEssentials
Rajinya sis jg muka....semoga terus istiqamah
ReplyDeleteWAH2..mcm kulit org korea la lps ni..:)
ReplyDeleteKita suka gila althea BE ni ... Cleanser dia mmg best mcm pakai double cleanser...
ReplyDeleteAkak suka BE nih menang best pakai
ReplyDeleteKami pun suka BE ni..npk muka fresh n lembut pas pakai
ReplyDeleteTB pun suka set bare essential ni.. sebab bila pakai set ni semua muka TB tak terasa pedih ke apa .. itu tandanya TB serasi dengan produk ni.. kalau ada krim malam dan serum mesti lagi best.. lengkap la rejim kecantikan kita kan
ReplyDeleteCik en pon guna.. mmg muka nampak pawless dan mudah apply makeup.. berbaloi.. harga pon berpatutan
ReplyDeleteCantik packaging produk ni. Primer water tu mcm toner la eak kegunaannya? ke mekap remover
ReplyDeleteWah.. Penjagaan muka memang cukup penting, tak kiralah lelaki atau perempuan di zaman moden ni. Lagi pula dengan asap habuk di bandar-bandar dan cuaca yang tak menentu, memilih produk yang tepat memang perlu. Bagus pula tengok produk ni sebab serba lengkap ya!
ReplyDeleteI memang suka this range from Althea. The quality is super good with reasonable price too. Most of all tak payah pakai byk step pun.
ReplyDeletekak lily suka countour cleanser tuh,bagus untuk kulit muka kak lily tau yang berminyak ni tak mengeringkan
ReplyDeleteyeh this range I tried before. With Internet access we can easily shop online at Althea.
ReplyDeleteHeard about good brand, but yet to try. Thanks for your sharing. I might purchase online to get a try.
ReplyDeleteSelalu dengar dan baca good reviews pasal brand Althea ni. Cuma takde rezeki lagi untuk try. Nak habiskan produk2 yang ada ni dulu. Rasa sayang pulak kalau asyik beli brand lain lepas tu yang ada ni expired macam tu je. Bella akan pastikan beli juga Althea ni nanti sebab macam bagus je review2 semua.
ReplyDeleteramai da guna althea.
ReplyDeleteaida guna yg lain. tak perlu tukar lagi sebab kesesuaian tu dah maksima :)
bare essentials ni, packaging nyer sungguh nice.
menarik perhatian.
korean product skang really good, mimie. good for u lah.
rmi juga share guna produk dr althea..belum pernah guna lg...tq share experience guna Set Bare Essentials
ReplyDeleteTgk teatimonial kata bare essential ni bagus.. kira rajin la syamimi jaga kecantikan kulit.. klau kak liez mmg xculas lah.. sehari dua je rajin
ReplyDeleteSis memang dah jatuh cinta gan set ni. Baru ni sis beli lagi cream dia. Sesuai sangat gan muka sis. Rasa dah tak nak tukar ke produk lain..:D
ReplyDeleteSelalu baca review pasal set Bare Essentials ni. Lagipun produk ni dari Althea kan. Memang banyak feedback yang kata produk ni bagus. Tapi saya belum cuba lagi.. huhu
ReplyDeleteNampak macam senang nak dapat kulit yang cantik dan jelita ni kan sis. Asalkan kita sanggup modalkan masa dan sedikit wang untuk capat hasrat
ReplyDeleteProduk ni best kan. Basic regim yg kita guna setiap hari untuk menjadikan kulit wajah lebih berseri-seri
ReplyDeleteWow..3 langkah jerk simple nye. Pling menarik dengan hanya 3 barang sahaja. Tengok packing dn fungsi dia macam yakin jerkk dengan produk ni.
ReplyDeletelong time I didn't 'sayang' my face. Guess I should refer your steps to do something >.< Thanks for sharing!
ReplyDeleteRamai betul kawan2 guna produk dari althea korea ni kan. Memang banyak produl berkualiti dan bagus katanya.
ReplyDelete