Masak Apa Hari Ini?
Assalamualaikum.. Selamat Petang. Amboi.. dah kenyang tu mesti tengah syok lena tu kan. Bestlah boleh golek golek tido petang gini. Kita ni sekadar boleh rest je la gitu.
Tadi tengahari korang lunch apa tu? Kita ni hari hari dok masak sampai tak tahu nak masak apa. Maklumlah, kalau sebulan lepas dok masak kari ayam, mesti akan cakap, rasa macam baru je masak kari ayam. Walhal dah sebulan berlalu. Hihihi..
Harini kita masak sesimple yang boleh. Sebab selalunya hari jumaat ada pasar malam. Tapi harini macam tak dapat pergi je sebab daddy dorang ni keje. Kena turun KL. La ni pun belum balik lagi. So kalau dah balik pun takdenya nak kuar sebab tahu ddy dorang penat.
So, layan je la lauk nan ado ni je la kan. Sambal telur rebus, harini buat 2 jenis telur dalam sambal tu. 2biji bubuh telur ayam. Hat lain dalam 7biji kut bubuh telur burung puyuh. Hihi.. cecomel je rasa buat sambal telur kecik kecik gitu.
Sayur terung tu pulak rasanya tiap minggu wajib ada masak gitu. Ddy zara dah berkenan ngan lauk terung masak cenggitu. Kita ni layankan je la. Bukan susah pun. Masak je selagi ada yang nak makannya kan. Hehe..
Ni dok share menu kita harini boleh jugak bagi ilham kat kengkawan yang tahu nak masak apa balik keje sat lagi tu kan..
resepi keluarga (^_^).
ReplyDeleteemmmm sedap nyaaa
ReplyDeletesayur terung masak cenggini akak memang suka..fav sangat ni
ReplyDeleteserius sedapnyaaa tngok telur sambal tuuuu.. ehhe
ReplyDeleteTelur sambal menu hari sabtu ritu. Heee.. Eh.. Terung tu mcm mana masak mimi? Nak tahu gak.. Hubby mkn terung
ReplyDelete