Throwback : Zara Bakal Jadi Kakak? Part 3

Sunday 12 February 2017

Throwback : Zara Bakal Jadi Kakak? Part 3


REKOD KESIHATAN


Harini nak sambung cerita pasal hal checkup pulak eh.. kalau ada yang nak baca story pregnant kedua ni, boleh klik link "Pengalaman Mengandung Kedua". Taknak baca, abaikan je. Hehe



Untuk rekod kesihatan pulak, agak tak konsisten la juga dari segi berat. Ada turun naiknya. Tak tahu la salah penimbang ke memang berat yang agak tunggang langgang sikit. Masa pregnant zara elok je naiknya. Kena tang adik dia, turun naik. Hehe

03.06.2016 - 51.5 kg (buka buku)
06.06.2016 - 51.5 kg (hari scan)
21.06.2016 - 50.0 kg (puasa)
19.07.2016 - 50.2 kg (raya)
09.08.2016 - 52.0 kg
16.08.2016 - 52.1 kg
04.10.2016 - 56.0 kg
01.11.2016 - 57.5 kg
21.11.2016 - 59.3 kg
05.12.2016 - 59.9 kg
14.12.2016 - 59.6 kg
21.12.2016 - 59.5 kg

Sekadar catatan untuk blog dihari akan datang. Jangan nak kecam kita pulak ye. Hehehe.. sebenarnya seram tau tengok berat badan sendiri naik sampai kat 60kg. Mujur la tak cecah angka 60. 



Kali ni HB pun alhamdulillah. Rekod HB pun ok. Kalau zara dulu bawah 11 sahaja bacaannya. Kena tang adik, rezeki stabil kedudukan bacaannya. Takde yang kurang dari 11. Alhamdulillah

03.06.2016 - 12.0
06.06.2016 - 12.4
21.06.2016 - 11.8
19.07.2016 - 11.2
09.08.2016 - tiada bacaan
16.08.2016 - 11.9
04.10.2016 - 11.6
01.11.2016 - 11.3
21.11.2016 - 11.8
05.12.2016 - tiada bacaan
14.12.2016 - 11.6
21.12.2016 - tiada bacaan

MGTT


Rasanya sesiap pun yang mengandung, dengar je kena minum 'air gula', mesti rasa seram je kan? Yela, bukan sedap pun. Kalau rasa air milo ke, bertabah la lagi. Hat ni manisssssss dia tu.. tangkap kat kepala terus! Terus rasa macam, ni la last nak ngandung. Hahaha.. Kat HTD ni diberikan air oren dalam botol tu. Seram bila ingatkan air oren tu. 

Ada kisah 'minum air gula' mengandung kali ni. 😑
Masa mengandungkan zara, relax je habiskan minum walaupun tahu rasa dia tuuuuuuuuu.. menusuk kalbu!!! Sungguh 1 penyeksaan okeh. Kalau kat HTD ni dorang bagi air oren dalam botol tu. Kalau sejuk dari peti ais, mungkin boleh bertabah lagi nak telan. Ni sejuk suhu bilik je. Mana laaaa nak lalunya. 

Malam tu dah puasa. Seminggu sebelum tu dah set dah dalam diri ni. Redha nak minum tu. Get ready kan diri. Cuba dan cuba.. sampai laaa hari kena minum untuk kali pertama mengandung kedua ni pada 16.08.2016. 
Pergi checkup kali ni memang ddy zara kena teman la. Sebab zara meraung setiap kali mama dia nak kena check ngan nurse. Hihi

Berbalik pasal minum air gula, masa minum tu, ya ampun.. peritnya tekak. Maklumlah, minum dalam keadaan tekak yang keringkan? Ntah macam mana try untuk habiskan minum. Tak sempat habis, terus tersembur muntah!! Maaf sangat, memang tak boleh buat apa dah masa tu. Cuba tahan. Tutup mulut. Restkan minda ni. Tapi tak boleh! Tersembur habis muntah air oren tu kena pula kat tudung ngan baju. 😫😫
Terbaikkkk la sangat!

Mujur la nurse-nurse kat HTD ni ok. Takde nak maki orang ke apa. Alhamdulillah result minum air gula tu ok. So tak perlu repeat minum. Hihihi.. Tapi malu sebenarnya tau.. 😔😔 Nak buat macam mana kan. Bukan saja-saja nak muntah. Masa termuntah tu, zara ngn ddy nya macam terkejut pun ada. Heee.. 
Kita ni lagi laaa.. takut tau sebenarnya kut-kut kena mara ke apa. Mujur nurse kita baik. Hehee..

Masa nak checkup nurse siap senyum-senyum tanya 'awak muntah ye tadi.. banyak ke'? Ya Ampun.. malu sebenarnya. Hehe
Tapi tahan je la.. 

Kali kedua kena minum masa pregnant 7bulan kut. Masa tu buat awal sikit sebab nak kena balik ipoh. Tiba-tiba nama ddy zara naik untuk pergi Operasi. Tak silap sebulan kena pergi. So nurse kita ajak buat awal. Hari selasa tak silap whatsApp dengan nurse. Hari rabu pergi minum air gula, hari khamis dapat result. Senang kan. Hehe..

Disebalik result ni, ada sesuatu yang terjadi tau.. Alaa.. macam dah panjang lebar sangat je entri ni.. nanti kita sambung lagi eh..







9 comments

  1. nurse yang baik itu yang susah dapat...rezeki tu..

    ReplyDelete
  2. Nampaknya saya kena baca part one and part two lepas ni,

    ReplyDelete
  3. Pengalaman yang tak dapat dijual beli - mengandung

    ReplyDelete
  4. teringat masa pengalaman dulu...huhu

    ReplyDelete
  5. Saya hari tu selalu kena leter dengan nurse sebab berat selalu turun. Dahlah tak nak minum air gula. Memang dipantau sangat-sangat saya dulu. Hahah.

    -Diari Mommy Muhaimin-

    ReplyDelete
  6. Berat kita lebih kurang masa last pregant tu..

    ReplyDelete