Throwback : Zara Bakal Jadi Kakak? Part 1.

Monday 9 January 2017



Throwback : Zara Bakal Jadi Kakak? 


Assalamualaikum.. Selamat tahun baru semua..

Lama rasanya kan tinggalkan blog. Agak-agak masih ada ke yang sudi singgah sini. Agak kekok pulak nak menulis. Kali ni banyak entry throwback la kut. Hope ada lagi yang sudi singgah sini. Jangan lupa komen-komen la sikit ye.. 😘😘

Actually, pregnancy kedua ni agak suprise la kut kalau diceritakan disini. Banyak sebab kenapa saya tak share dari awal macam pregnantkan zara. Masa zara dulu dah 3bulan saya share dengan kengkawan di blog. Kali ni ingat nak share bila masuk 8month. Tapi rasa macam, alang-alang tinggal lagi sebulan je nak deliver, tunggu dah deliver la storynya.

Salah satu sebab bila ada yang kata, "cepatnya dah pregnant balik. Zara baru setahun lebih kan?" Masa tu rasa macam, alahai.. segannya orang cakap macam tu. Salah ke kita pregnant cepat. Niat kita nak bagi zara kawan. Then rasa macam dah ready je nak pregnant balik. Dengan harapan Allah izinkan untuk dapat baby boy.

Then sebab lain saya tak share awal-awal sebab ada kawan-kawan yang tengah berusaha untuk dapatkan anak. Saya risau juga kalau ada kawan-kawan yang sedih bila tahu saya pregnant again. Yela, rezeki anak ni bukan senang nak dimiliki kan? Jadi, saya berdiam diri dulu.

Then ada juga sedara mara saya sendiri pun tak tahu saya pregnant. Sebab ada juga sedara mara saya yang dah lama kawen, belum ada rezeki. Banyak la sebab saya tak share awal-awal. Demi nak menjaga hati & perasaan yang lain, saya jadikan entry throwback.


Zara Bakal Jadi Kakak??


Dari awal tahun try nak pregnant. Tapi masa tu perasaan macam, "ready ke tak ni"?? Erkkk.. risau sebab zara pun baru setahun lebih. (Setahun 6bulan) Agak-agak boleh ke handle zara nanti, mana tahu nanti mabuk teruk kan. Pastu ddy zara pun excited nak ada baby baru. So, perasaan ready ke tak ready tu, kita tolak tepi. Moga-moga ada datanglah perasaan tu kan.



Bulan 4 tengok-tengok macam Allah dah bagi rezeki. Tapi masa tu try Upt, still negative. After 1 week ke 2week macam tu, try Upt again. Rasa macam tak percaya double line. Alhamdulillah. Dimakbulkan Allah. Target saya nak baby lahir dalam tahun ni juga ataupun  Disember 2016. Why?? Sebab takmo baby lahir awal-awal tahun. Karang kena sambut besday awal-awal. 😜😜

Alhamdulillah, pregnant kali ni dipermudahkan. Tiada alahan. Kecuali mabuk pening je. Itupun tak berpanjangan macam zara dulu. Kali ni start mabuk 8week macam tu, then berakhir masa 3bulan usia kandungan. Masa bulan puasa tu lembik juga la badan. Sebab baru 3bulan kan. Memang berjaga-jaga. Tak larat puasa, memang buka. Tak berani nak paksa diri. Takut baby tak membesar dengan baik.

Pregnant kedua ni sangat mudah. Tiada sebarang alahan, muntah. Cuma mabuk pening dan kalau boleh nak rehat. Mabuk alahan makanan?? Rasanya takde. Kiranya boleh bedal apa sahaja. Walaupun orang kata pregnant ni confirm akan jadi hantu makan, tapi saya tak. Makan pun macam biasa juga. Tak banyak. Still sama je kuantitinya.

Zara pula macam mana? Meragam sesikit tu biasa dah hadap. So takde beza la dia meragam sebab nak dapat adik ke, dia ngada ngada dia. Bagitahu juga kat dia, mama tak sihat. Tak larat. Sometimes dia paham. Ada masa lain, alahaiiii.. bertabah je la..



nanti kita sambung lagi ye..


8 comments

  1. thniah awak ! =D suka bca entry preggy mom, ju ikut excited ! haha
    Zara bkongsi nama ngn anak buah ju sorg tp da besar gedebak la, tahun ni drjh 2 dah. take care tau awak. Certain pkra kita privasikn sb takut ada org salah fhm kan kalo kita kongsi padahal xda niat apa pun. Kalo ju ok je, xrasa apa2, lg suka dgr kalo kawan2 da ada yg preggy, rezeki dr Allah swt, toksah cemburu, Allah swt da setkn rezeki utk kita cuma beza cepat & lambat sj =) doakan ju jg tahun ni jadi mak eh. asyik mnumpang kasih ngn anak buah je hahahah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. tahniah mimie dan suami.adik zara bby girl or boy ni ?
    mmg surprise sngt ni . hihihi
    cepat sambung nak baca lagi, lagi dna lagi..

    ReplyDelete
  3. Tahniah mimie..murah rezki mimie, yeayy zara da ada kwn main..sronok dgr crita kwn2 preggy, rasa pglmn brsalin, dpt ank, x taw mcm mna nak gmbrkn prasaan tu..doakn murah rezki sy turn thn ni plak ye hihi, x sbr ni.

    ReplyDelete
  4. Tahniah2...seronok zara dah ada kawan...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. bestlah dapat sepasang dah. Taniah2.

    ReplyDelete
  6. Comeynya zara dlm gambar tu.. Geramm

    ReplyDelete
  7. Comeynya zara dlm gambar tu.. Geramm

    ReplyDelete