Raya Tahun 2016

Monday 18 July 2016

Raya Tahun 2016 


Assalamualaikum.. Hai.. Tahun ni sama je seperti tahun lepas dan tahun lepas juga. Raya pertama di melaka. Rumah mil dulu. (Bila la agaknya dapat merasa raya pertama dengan mak sendiri dulu kan)




Bila raya pertama di melaka dulu, mak dengan sedara mara lain mesti datang jenguk kami kat melaka. Rindunya dengan mak tu, Allah je yang tahu perasaan tu. Yela, setahun tu bape kali je dapat jumpa mak kan. Berbanding balik umah mil. 


Tapi tahun ni rasa macam kurang meriahnya sikit. Macam tahun lepas, abg ipar dengan family dorang balik umah mil awal. Malam raya dah ada la kat rumah tu. Tapi kali ni tak. Sebab abg ipar kena kerja. So agak lewat la berkumpul di rumah mil. 




Tahun lepas meriah dengan gambar raya. Tahun ni ambik gambar family pun lambat. Tu pun lepas tetamu pertama balik. Yang penting dapat juga la bergambar kan. Kenangan.. Tahun Pertama beraya bersama, zara dalam perut lagi. Tahun kedua, zara baru 10bulan. Tahun ni beraya zara dah setahun 9Bulan. Memang rasa seronok sikit la perasaan ni. Walaupun mood beraya tu langsung takde.

Maybe sebab selalu balik ke rumah mil kan. So rasa biasa-biasa je la. Keterujaan tu macam takde.. Tapi bagi saya, beraya kat melaka ni, raya pertama je yang best dan rasa meriahnya. Tapi masuk raya kedua, rasa macam dah seminggu beraya je. Tak tahu napa. Rasa macam sunyi je. Tu pada perasaan saya je la kan.. huhu!..



Tema kami tahun ni warna grey, sekali dengan mak abah. Ehhh, ingat dorang jauh, tak beraya sesama tak boleh tema sama ke? Tema kami ni repeat je guna baju masa kawen adik haritu. Jimat cost. Raya sehari je pun kan yang nak feeling raya sangat. 



Mencik betul rasanya tengok gambar raya tahun ni. Semua gegar. Tak clear langsung!.. Nasib la, janji ada gambar kenangan!..Ke nak kena pakai fon mahal atau kamera mahal??



Kami. 3 daripada 4 beradik. Adik yang kawen haritu tak dapat nak beraya sekali, kena bertugas, Raya ketiga baru dia dapat cuti. So tak dapat la nak beraya sesama kali ni. 



Ouuchh.. Ni la adk bongsu saya. Satu-satunya adk ppuan yang saya ada. Dan baby girl saya yang comel. Manja. Banyak Karenah ngada-ngada.

Raya kedua dah gerak balik segamat. Ingat nak beraya kat kampung sana. Tanya adk nak gerak pukul berapa. Sekali adk cakap semua sakit perut, muntah muntah. Tengok mak la paling teruk. Masa kitorang sampai, dia tengah tido. Sebelum tu, adk cakap mak ada pergi klinik. So, raya kedua tak dapat la beraya. Duduk umah diam-diam je la.. Tapi ada la sedara mara yang datang beraya.

Raya ketiga mak dah gerak balik ke ipoh pagi tu. So, tak sempat nak pergi beraya sesama. Tapi petang tu lepas jumaat, kitorang keluar juga beraya. Dengan makcik-makcik dan cousin yang ada. Saya ni kira wakilkan mak la jumpa sedara mara yang sempat. Tak best je rasa pergi beraya tu mak takde.. :(
Nak buat macam mana kan.. Tetap kena pergi beraya juga. Bukan selalu dapat jumpa. 



Raya keempat, bergerak ke Palong. Saya ikut makcik saya nak pergi umah kakak ipar dia dulu. Di Palong 12. Mak aihhh, jauh ke dalam. Selalu sampai ke Palong 2 je. hihihi.. Saja ikut makcik. Dah makcik ajak kan, so follow je la. Bukan selalu nak pergi.

Kat sana sepanjang saya balik ke segamat, senang sangat nak handle zara ni. Sebab dia asik la ajak acik syikin dia alan-alan (jalan-jalan). Acik syikin pun layan je. Terus dia kamcing ngan acik dia tu. hehehe

Kat palong 12 ni sempat la makan nasi sume, sampai 1 tahap kenyang nya terus nak cari bantal nak tido. haah!.. Nak-nak pula dah 2 malam tak dapat tido lena. Nanti la kita cite kenapa tak dapat tido lena tu eh.. huhu..



Settle di Palong 12, baru la kitorang gerak ke Palong 2. Makcik saya dari segamat pun dah sampai sana. So, kitorang berkumpul la ramai-ramai kat sana. Zara macam biasa la.. Dah dengan acik syikin dia, so mama dia ada ke takde dia tak kisah dah.

Yang kelakar, bila ambik bby anak buah tu pegang, kemain mara zara. hahaha.. Acamner awak nak ada adek nanti zara. Mau kena buli adik tu nanti..


So, kisah raya saya berakhir la di Palong 2. Terus gerak balik ke gemas. 4 hari je berSUASANA raya.. Cukuplah kan.. Nanti kita sambung kisah raya kelima dan seterusnya eh..


Ehhh, cite raya kita tak menarik pun macam kisah raya orang lain kan. Sooo boring je.. kan kan.. takpe la.. Janji beraya yerk!..



#Syawal2016
#SyukurSelalu

5 comments