Tips Penting Beli Skirt Online
Siapa gemar menggayakan skirt? Saya juga merupakan salah seorang penggemar skirt. Skirt labuh dan digayakan dengan blouse mahupun t'shirt. Selain dari seluar jeans, yoga pants, legging dan lain-lain, skirt juga merupakan pilihan bottoms favourite oleh ramai golongan wanita. Khususnya bagi wanita yang gemar bergaya feminine dan mementingkan keselesaan yang berpanjangan. Tidak dinafikan, pemakaian skirt juga dapat membantu sesiapa sahaja yang memakainya kelihatan lebih feminine dan menyerlah. Namun, harus diingatkan bahawa terdapat beberapa jenis rekaan skirts dan penting untuk kita mengetahui beberapa perkara seperti berikut terutama sekali semasa kita ingin membuat pembelian skirt online.
1. Pertama sekali, pembelian secara online dan pembelian secara terus di kedai memberikan kita pengalaman yang cukup berbeza. Jika kita membelinya terus di kedai, kita masih boleh mencuba untuk memakainya terlebih dahulu skirts tersebut, tetapi ianya berbaza dengan pembelian yang dilakukan secara Online. Oleh itu, adalah sangat-sangat penting untuk kita mengetahui saiz yang betul melalui ukuran yang diberi. Ukur lilitan pinggang serta pinggul perlulah tepat dan kita merujuknya pada carta ukuran yang biasakan telah disediakan oleh setiap peniaga.
Setiap peniaga online yang menjual skirt online ini, kita harus ketahui, setiap ukuran adalah berbeza. Jadi, kita harus mengetahui ukuran sebenar badan kita.
2. Yang kedua perlu diketahui ialah dengan yakin jenis skirt apakah yang bersesuaian untuk diri kita dan apakah yang kita inginkan. Ini kerana, ia akan mendatangkan masalah kepada kita jika kita tiba-tiba berubah fikiran dan ingin memulangkan semula skirt tersebut. Kita mungkin masih boleh memulangkannya semula, tetapi kita harus mengikuti beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh penjual online tersebut. Dan harus diketahui juga, tidak semua peniaga online mahu menerima barangan yang dijual dengan baik itu dipulangkan atas sebab kita tiba-tiba berubah fikiran serta merasakan ianya tidak menarik.
3. Yang paling penting sekali untuk kita ketahui, kita harus membeli koleksi skirt online tersebut melalui portal online atau peniaga online yang betul-betul boleh dipercayai serta menyediakan kaedah pembayaran yang selamat. Ini bagi menjamin bahawa kita tidak ditipu serta barangan yang dibeli sampai ke tangan kita dalam keadaan yang baik.
Antara beberapa jenis skirt yang kita telah ketahui ialah mini skirt, midi skirt, maxi skirt serta pencil skirt. Ianya merupakan antara skirt yang mendapat perhatian ramai. Bagi mereka yang berkerjaya serta skirt merupakan pakaian yang menjadi pilihan, pencil skirt merupakan skirt yang menarik untuk digayakan serta menonjolkan keyakinan seseorang itu.
Kita harus memilih skirt yang tepat untuk digayakan melalui situasi kita sendiri. Sama ada untuk ke tempat kerja, bersantai atau bersiar-siar dengan teman mahupun sekarang untuk memakainya dirumah.
sy jarang beli online hehe
ReplyDeleteTak semua orng yakin utk mmbli scra online kn.:)
Deletejrg beli online utk pakaian ni..hihi
ReplyDeleteKna btl2 yakin bru brni nk bli kn yui.. :)
DeleteSalam jumaat dan selamat berpuasa :)
ReplyDeleteSelamat berpuasa sis. :)
DeleteX pernh lgi bli skirt kat on9..slalu bli bag handbag jak hhihi
ReplyDeleteNak beli skirt online susah sikit saiz plus tak banyak
ReplyDelete