Bazar Ramadhan?

Friday 11 July 2014

Assalamualaikum..

Bazar Ramadan? Setakat ni memang kaki ni jejak la ke sana. Haha.. bukan malas masak ye. Masak tetap masak. Kalau macam setakat ni, tak lagi la saya beli lauk kat luar.. masih masak. Sebabnya kami kalau makan pun kadang sahur. En.suami je kadang-kadang makan nasi malam. Tu pun lepas balik terawih.

Kalau saya kurang sikit. Tak boleh nak masuk la.. Mungkin dah terbiasa sejak dari zaman anak dara lagi. Haha.. setakat ni kalau menjengah ke bazar pun sekadar beli kuih muih je.. Bukan la tak reti buat, tapi macam saya pernah bagitahu sebelum ni, ada kelengkapan yang tak cukup lagi. Tu 1 perkara. Lagi 1 perkara nak makan pun bukan banyak. Lebih baik beli je..

Kalau macam masak lauk ni, saya masak time en.suami solat terawih. Sebabnya kalau masak awal sesangat pun bukan terus makan. Jadi biarlah masak lewat sikit. Masak pun yang simple-simple je. Janji boleh makan. Saya kalau makan sahur nasi panas + kicap + ikan bilis goreng pun dah cukup. Tak boleh masuk lauk berkuah ni. En.suami mesti kena ada berkuah. So masak la lauk berkuah sejenis. Cukuplah..

Bulan puasa ni tak boleh nak membazir. Baik makanan yang kita beli ataupun makanan yang kita masak.. betul tak? Dah la waktu siang bukan nya makan. Pastu nak masak banyak-banyak. Kadang tak selera pun nak ulang makan lauk sama pada hari berikutnya kan?

Macam saya setakat ni kalau beli kat bazar pun tak lebih dari Rm10. Ok la tu kan.. macam haritu teringin sesangat laaaaaa kunonnya nak makan roti john. Ok la.. dapat. Rm3 je.. pastu beli kuih Rm2.. Baru Rm5. Memang dah niat xnak kelabu mata tengok macam-macam yang orang jual tu.

Lagipun kalau beli banyak-banyak sapa yang nak makan?? Dah la kami berdua je.. termasuk si kecik dalam perut ni minta makan pun bukan banyak.. kita sebenarnya bukan lapar mana pun. Tapi dahaga yang lebihnya kan?

Kalau tengok kuih macam banyak, lepas buka mesti rasa insaf kejap.. sapa nak habis kan ni????? huaaaa… setakat ni takde lagi la kuih yang dibeli tu terbuang-buang. Kalau tak habis boleh simpan dalam petiais, kita simpan la..
Cuma kadang tu rasa macam terkilan je sikit dengan orang niaga ni..

Bukan la nak drop orang ke apa. Kualiti barang niaga kena la jaga kan? Macam sebelum ni en.suami pernah belikan kuih lopes tuk saya. Pastu saya makan belah dalam tu pulutnya macam tak masak. Aikkk… tak kan makcik tu tak perasan kut?? Sebabnya pulut tu kita kena masak dia dulu baru bentuk-bentukkan dia kan? Betul tak?? Tapi kenapa mesti dia bentukkan juga tuk jadikan kuih? Kan boleh kalau diasingkan yang tu..

Then masa puasa pertama haritu saya teringin sesangat nak minum air kelapa. So en.suami belikan la.. tapi sayangnya airnya ok.. Cuma termanis gula sikit. Tapi isi kelapa langsung takde. Adeh.. sabar je laa.. pastu ada la beberapa lagi yang terjadi.. sampaikan en.suami bagitahu tak perlu la beli kat ‘gerai’ yang tu..

Tapi setakat ni takde la serik ke apa nak membeli kat luar.. Cuma kena hati-hati la sikit. Kalau ada masa saya buat juga la kuih yang mudah. Macam popia ke, simpan kat petiais buat stok. Pastu buat la pencuci mulut yang boleh. Janji ada kan..

Kalau ikutkan saya ni tak la pandai masak pun. Tapi secara automatic bila dah duduk sekali ni, kita kena ke dapur, buat itu, buat ini, jadi kita akan tahu.. setakat ni tak lagi berbuka kat luar.. teringin juga nak makan kat luar.. tapi teringin nak berbuka kat pizza.. haha.. bukan kemain taste dia tu.. berbuka kat pizza kunon.. padahal minum air secawan terus kenyang.. :P

bila laaa agaknya dapat berbuka kat luar berdua ni kan.. :p



16 comments

  1. akak sekali jer jenguk bazar ramadhan sepanjang bulan puasa ni mimie... hu hu hu, tapi betul masak sekadar yang ada, masak banyak2 nanti bazir....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy jenguk pun bbrpa kli je.. Tp suami kerap la ke sana.. Btul.. Puasa ni bkn nk mkn bnyk pun kn..

      Delete
  2. lya pun kalau brbuka lebih byk minum air..mkn lps isyak biasanya.ke bazar owhh baru masuk ni 3 kali hhee

    ReplyDelete
  3. okay la tu...
    makanan dkt bazar skrg pun bkn semua sedap :)

    ReplyDelete
  4. Pergi bazar ramadhan memang seronok. Tapi lepas berbuka tak seronok bila banyak makanan yang tak habis makan.

    ReplyDelete
  5. Pergi Bazaar Ramadhan beli kuih je..

    ReplyDelete
  6. tak pergi pun lagi bazar setakat ni.. susah nak parking :)

    ReplyDelete
  7. as salam mimie;
    kza dtg singgah.. :)
    kza pegi sekali je selama 2mggu puasa ni... itupon beli murtabak terbaik dari ladang hehe.. kalau nk mkn kuih biasa2 tu kza buat je..xsedap belakang citer huahuahua :p

    ReplyDelete
  8. alise baru sekali je pegi param.. xde mood nak membeli..
    bulan puasa ni abah rajin ke dapur.. sedap2 lahai pulak abah masak..

    ReplyDelete
  9. betul tu mimie.
    jgn mmbazir. tak elok.mcm ciksu, suka masak hanya skali utk makan.kiranya mkm hbs terus. xda nk.simpan2 kalau simpan comfirm tak termakan.

    ciksu baru dua kali pergi param..
    cri laicikang dgn tepung pelita asli yg mcm ciksu jual thn lps.alhamdulillah jupe juga.sbb kakak yg ciksu tlg meniaga tu dia x jual kot tahn ni.x jupe pon..

    ReplyDelete
  10. Fiza memang beli kat bazar.. balik kerja tak sempat nak memasak.. setakat nie makanan sedap dan harga pun berpatutan...

    ReplyDelete
  11. Bulan puasa tak mkn byk pun sbnrnya kan..

    ReplyDelete
  12. Akak sekali pn tak jejak PARAM lagi mimie.. percaya tak??? Hehehe

    ReplyDelete
  13. akak tiap-tiap hari gi pasar ramadhan.....

    ReplyDelete
  14. memang kak, kami bbuka pon mkn tak bnyak mana, kdg rotate lauk utk sahur..heheheh..

    ReplyDelete
  15. sekali je akak gi bazar ramadhan

    ReplyDelete