Assalamualaikum..
Bazar
Ramadan? Setakat ni memang kaki ni jejak la ke sana. Haha.. bukan malas masak
ye. Masak tetap masak. Kalau macam setakat ni, tak lagi la saya beli lauk kat
luar.. masih masak. Sebabnya kami kalau makan pun kadang sahur. En.suami je
kadang-kadang makan nasi malam. Tu pun lepas balik terawih.
Kalau
saya kurang sikit. Tak boleh nak masuk la.. Mungkin dah terbiasa sejak dari
zaman anak dara lagi. Haha.. setakat ni kalau menjengah ke bazar pun sekadar
beli kuih muih je.. Bukan la tak reti buat, tapi macam saya pernah bagitahu
sebelum ni, ada kelengkapan yang tak cukup lagi. Tu 1 perkara. Lagi 1 perkara
nak makan pun bukan banyak. Lebih baik beli je..
Kalau
macam masak lauk ni, saya masak time en.suami solat terawih. Sebabnya kalau
masak awal sesangat pun bukan terus makan. Jadi biarlah masak lewat sikit. Masak
pun yang simple-simple je. Janji boleh makan. Saya kalau makan sahur nasi panas
+ kicap + ikan bilis goreng pun dah cukup. Tak boleh masuk lauk berkuah ni. En.suami
mesti kena ada berkuah. So masak la lauk berkuah sejenis. Cukuplah..
Bulan
puasa ni tak boleh nak membazir. Baik makanan yang kita beli ataupun makanan
yang kita masak.. betul tak? Dah la waktu siang bukan nya makan. Pastu nak masak
banyak-banyak. Kadang tak selera pun nak ulang makan lauk sama pada hari
berikutnya kan?
Macam
saya setakat ni kalau beli kat bazar pun tak lebih dari Rm10. Ok la tu kan..
macam haritu teringin sesangat laaaaaa kunonnya nak makan roti john. Ok la.. dapat.
Rm3 je.. pastu beli kuih Rm2.. Baru Rm5. Memang dah niat xnak kelabu mata
tengok macam-macam yang orang jual tu.
Lagipun
kalau beli banyak-banyak sapa yang nak makan?? Dah la kami berdua je.. termasuk
si kecik dalam perut ni minta makan pun bukan banyak.. kita sebenarnya bukan
lapar mana pun. Tapi dahaga yang lebihnya kan?
Kalau
tengok kuih macam banyak, lepas buka mesti rasa insaf kejap.. sapa nak habis
kan ni????? huaaaa… setakat ni takde lagi la kuih yang dibeli tu
terbuang-buang. Kalau tak habis boleh simpan dalam petiais, kita simpan la..
Cuma
kadang tu rasa macam terkilan je sikit dengan orang niaga ni..
Bukan
la nak drop orang ke apa. Kualiti barang niaga kena la jaga kan? Macam sebelum
ni en.suami pernah belikan kuih lopes tuk saya. Pastu saya makan belah dalam tu
pulutnya macam tak masak. Aikkk… tak kan makcik tu tak perasan kut?? Sebabnya pulut
tu kita kena masak dia dulu baru bentuk-bentukkan dia kan? Betul tak?? Tapi kenapa
mesti dia bentukkan juga tuk jadikan kuih? Kan boleh kalau diasingkan yang tu..
Then
masa puasa pertama haritu saya teringin sesangat nak minum air kelapa. So en.suami
belikan la.. tapi sayangnya airnya ok.. Cuma termanis gula sikit. Tapi isi
kelapa langsung takde. Adeh.. sabar je laa.. pastu ada la beberapa lagi yang
terjadi.. sampaikan en.suami bagitahu tak perlu la beli kat ‘gerai’ yang tu..
Tapi
setakat ni takde la serik ke apa nak membeli kat luar.. Cuma kena hati-hati la
sikit. Kalau ada masa saya buat juga la kuih yang mudah. Macam popia ke, simpan
kat petiais buat stok. Pastu buat la pencuci mulut yang boleh. Janji ada kan..
Kalau
ikutkan saya ni tak la pandai masak pun. Tapi secara automatic bila dah duduk
sekali ni, kita kena ke dapur, buat itu, buat ini, jadi kita akan tahu..
setakat ni tak lagi berbuka kat luar.. teringin juga nak makan kat luar.. tapi
teringin nak berbuka kat pizza.. haha.. bukan kemain taste dia tu.. berbuka kat
pizza kunon.. padahal minum air secawan terus kenyang.. :P
bila laaa agaknya dapat berbuka kat luar berdua ni kan.. :p
akak sekali jer jenguk bazar ramadhan sepanjang bulan puasa ni mimie... hu hu hu, tapi betul masak sekadar yang ada, masak banyak2 nanti bazir....
ReplyDeleteSy jenguk pun bbrpa kli je.. Tp suami kerap la ke sana.. Btul.. Puasa ni bkn nk mkn bnyk pun kn..
Deletelya pun kalau brbuka lebih byk minum air..mkn lps isyak biasanya.ke bazar owhh baru masuk ni 3 kali hhee
ReplyDeleteokay la tu...
ReplyDeletemakanan dkt bazar skrg pun bkn semua sedap :)
Pergi bazar ramadhan memang seronok. Tapi lepas berbuka tak seronok bila banyak makanan yang tak habis makan.
ReplyDeletePergi Bazaar Ramadhan beli kuih je..
ReplyDeletetak pergi pun lagi bazar setakat ni.. susah nak parking :)
ReplyDeleteas salam mimie;
ReplyDeletekza dtg singgah.. :)
kza pegi sekali je selama 2mggu puasa ni... itupon beli murtabak terbaik dari ladang hehe.. kalau nk mkn kuih biasa2 tu kza buat je..xsedap belakang citer huahuahua :p
alise baru sekali je pegi param.. xde mood nak membeli..
ReplyDeletebulan puasa ni abah rajin ke dapur.. sedap2 lahai pulak abah masak..
betul tu mimie.
ReplyDeletejgn mmbazir. tak elok.mcm ciksu, suka masak hanya skali utk makan.kiranya mkm hbs terus. xda nk.simpan2 kalau simpan comfirm tak termakan.
ciksu baru dua kali pergi param..
cri laicikang dgn tepung pelita asli yg mcm ciksu jual thn lps.alhamdulillah jupe juga.sbb kakak yg ciksu tlg meniaga tu dia x jual kot tahn ni.x jupe pon..
Fiza memang beli kat bazar.. balik kerja tak sempat nak memasak.. setakat nie makanan sedap dan harga pun berpatutan...
ReplyDeleteBulan puasa tak mkn byk pun sbnrnya kan..
ReplyDeleteAkak sekali pn tak jejak PARAM lagi mimie.. percaya tak??? Hehehe
ReplyDeleteakak tiap-tiap hari gi pasar ramadhan.....
ReplyDeletememang kak, kami bbuka pon mkn tak bnyak mana, kdg rotate lauk utk sahur..heheheh..
ReplyDeletesekali je akak gi bazar ramadhan
ReplyDelete