Resepi : Sambal Ikan Bilis Kering Bersama Tempe

Tuesday 10 June 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

semalam en.suami request sambal ikan bilis kering ni.. sebelum ni saya ada buatkan masa dia nak ke Lubnan dulu. cuma kali ni saya buat bubuh tempe. sebab kebetulan ada stok tempe kat rumah ni. daripada tak termasak tempe tu, jadi kita sekalikan dalam sambal tu.



sejujurnya, ni bukan la nak puji masakan sendiri sedap ke apa, tapi kali ni buat alhamdulillah, rasa sangat sedap dari yang sebelum ni. yela, masa buat yang first time tu, buat tu antara yakin tak yakin je kan. jadi kali ni kita buat seyakin yang boleh. hihihi..

saya yang bukan penggemar sambal ni siap ratah lagi ikan bilis ni sebab rangup sangat ikan bilisnya dan tempe tu. alhamdulillah.. dapat juga buat tuk en.suami walaupun nak buat ikan bilis kering ni leceh sebab ambik masa lama.

ni saya share resepinya ya.

bahan-bahan :

-ikan bilis
-tempe
-cili kering
-bawang besar
-bawang putih
-sedikit garam
-sedikit gula
-minyak tuk memasak

* ingat ye, nak buat sambal ni tak perlu gunakan air.

cara-caranya :

-potong cili kering (ikut anggaran anda la nak banyak mana) dan rebuskan ia untuk lembut dan senang tuk buang bijinya.

-bila dah rebus, toskan dan cuci tuk buang biji yang ada dan toskan airnya.

-bila cili dah tos, tumbukkan ia. (saya tumbuk pakai lesung, tak blender pun sebab nanti nak kena guna air) *menguji kesabaran ye disini. hehe

-ketepikan cili tersebut. tumbuk pula bawang merah dan bawang putih. ketepikan.

 -kemudian potong tempe senipisnya dan goreng sehingga garing. angkat dan toskan minyaknya.

-basuh pula ikan bilis dan goreng sehingga garing. angkat dan toskan minyaknya juga.

-panaskan minyak. tumiskan bawang putih & bawang merah yang ditumbuk sehingga garing. setelah garing, masukkan pula cili kering yang telah ditumbuk tadi.

-masak sehingga cili betul-betul masak. sekiranya tumisan itu kering, tambahkan minyak masak ye. bukan air. tumiskan sehingga cili betul-betul masak & pecah minyak. 
*masak cili ni ambik masa ye. mungkin setengah jam atau lebih. bergantung banyak mana yang kita masak tu*

-setelah cili masak, masukkan tempe dan ikan bilis tersebut. gaulkan rata. perisakan ia dengan garam dan gula.

-siap ! =)




nota : insyaAllah nak try open order tuk sambal ikan bilis ni. ada yang nak tak? sedap makan dengan nasi kosong je pun boleh.. ^_^

26 comments

  1. sy pun suke.mkn pulak dgn nasi yg tgh panas2...fuhhhh terliur wooooo

    ReplyDelete
  2. sdapnya sambil bilis with tempe.:)

    ReplyDelete
  3. Wahhh...feberet ni...nanti nk cuba buat la...tq mimie!!

    ReplyDelete
  4. sefapnya.mkan dgn nasi panas panas kan.. nk menumbuk mmg renyah.tp ciksu suk aje..kerisik pon suka buat sndiri tumbuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ciksu.. Nak2 time tgh lapar.. Layan je.. Sy kerisik mil ada bg.. Dia pun buat sendiri je..

      Delete
  5. Suami akak pn suka mkn sambal ikan bilis..tp biasa bt dgn kacang, tempe x prnah mkn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. Tempe pun sedap tau kak.. Kcng ni tkut cpat lemau je..

      Delete
  6. Lama pula dh x msk smbl bilis ni..

    ReplyDelete
  7. miza baru makan tempe ngan ikan bilis siang tadi..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. awet mudo selalu kalau makan tempe.. ;)

      Delete
  8. terliurrrrr, kne g borong bilis ni buat stok sbulan bulan pose, hehe

    ReplyDelete
  9. akak suka kalau ikan bilis ngan kacang, wat kudap2an pun sedap..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. yeke kak.. saya saja try buat dgn tempe pula kali ni.. saja tukar selera.. :)
      kalau akk berminat boleh la order.. saya open sampai sabtu ni order (14.06.2014)

      Delete
  10. cili kering tue blend pakai blend kering je boleh tak hihihhii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau pkai blend kering xtau jd apa cili kering tu.. Hehe

      Delete
  11. Nih mkn dgn nasi panas memg terangkat tau mimie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy klau mkn sambal ni, mmng ngn nasi pnas kak.. Xambik lauk lain dah..

      Delete
  12. boleh tahan lama ikan bilis tempe nie... ratah2 mcm tu pun sedap.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Stkat ni buat tuk suami seminggu masih rangup.. ;)

      Delete
  13. nice resepi....sedapnya......

    ReplyDelete