Assalamualaikum..
Hai semua..
Ni
kisah semalam ye. Semalam tak larat nak update. Semalam turn kena minum air
gula. Baby dah nak masuk 25week. Alhamdulillah.. setakat ni ok je la..
Pukul
8 pagi, dalam 8 setengah kut kuar dari umah. Minta en.suami temankan ke HTD.
Tak berani nak pergi sendiri risau kut-kut nanti pening ke apa. Sebab malam
hari ahad tu, start pukul 10 dah kena puasa. Sampai ke pukul 8 pagi tu krokk
krekk perut tau. Lapar dibuatnya.
Sampai
HTD bagi surat yang dorang suh kita ambik darah dengan minum air gula tu.
Serius, sampai sekarang naik seriau tengok air kaler oren. Air gula yang saya
kena minum tu warna oren. Kena minum sebotol kecik. Kecik tak kecik mana la
juga botolnya. Sampai nak habis tu rasa nak muntah balik pun ada!..
Terpaksa
tahan daripada termuntah. Kang tak pepasal kena telan air baru pula. Tak
sanggup!. Mula-mula tu dorang ambik darah dulu. Bagi saya, ambik darah saya
okay lagi dari kena minum air gula tu. Serius, tak sedap dah semenagnya 1 hal.
Pastu kena habiskan cepat-cepat. Giler laaa..
Selama
ni dengar je orang duk cerita pasal minum air gula. Kena turn sendiri baru
merasa macam mana. Habis minum tu nak kena tunggu 2jam pastu nak kena ambik
darah balik. Masa nak tunggu 2jam tu, tetiba rasa lamanya la hai masa tu
berjalan. Rasanya nak tunggu 5minit pun lambat. Haha
Dah
la time tu rasa loya tekak. Nak muntah. Pening. Ngantuk. Semua ada. Hambek.
En.suami pula ke bahagian lain. Jumpa doc juga nak ambik laporan ujian check
darah dia haritu. Last-last tersandar je la saya kat dinding. Nak pinjam bahu
en.suami takde. Bertahan je la.
After
2jam ambik darah balik. Saya okay lagi time tu. Tapi disebabkan masih dalam
keadaan berpuasa, seram sejuk saya dibuatnya masa nak ambik darah tu. Rasa lembik
badan ni. Lepas tu kena buat checkup biasa.
Berat
kali ni naik. Haha.. macam tak caya la pula. 21mei haritu berat 45kg.
02 jun dah naik jadi 46.5kg. Biar betul. Syukur naik.
Sekurang-kurangnya kita tahu baby pun insyaAllah membesar sama kan? Tapi yang
saya perasan juga, masuk 6month ni dah kuat makan sikit. Kalau makan nasi pun
dah lebih sikit la dari sebelum ni. Syukur alahan dah beransur kurang.
Tekanan
darah still sama. 90/60. Yang ni
saya pun pelik, ntah kenapa sama je tekanan darah saya setiap kali check.
Confius ni.. Kalau ada yang suggest makan vitalea Shaklee, saya ada beli. Cuma
haritu saya makan mungkin tak serasi, pening, so saya stop la makan.
insyaAllah, nanti la saya cuba sambung makan balik. Nak tengok ok ke x. Lagipun
malas nak campur makan dengan ubat dari doc pun ada juga.
HB
macam biasa la. 10.2 pula kali ni. Redha je la.. Takat tu je dia naik
turunnya.. Jangan turun lebih-lebih dah la.. Jenuh la nanti asik nak kena
checkup je. Tapi 2week lagi nak kena checkup lagi. Nurse ni syok kut check
kita. Hehe..
Next
time katanya kena cucuk kancing gigi. Katanya kesian kalau nak cucuk saya
harini. Sebab dah 2-3 kali kena cucuk. Hihihi.. harini check degupan jantung
baby pun ok. Yang kelakarnya nurse tanya baby dah lasak tendang ke. Saya kata
juga rasa kuat juga boleh rasa.
Pastu
masa nurse nak ukur kat perut, kena tendang. Haha. Haaaiiippp baby, kecik-kecik
dah pandai ye main tendang-tendang. Hehehe.. Alhamdulillah baby dah banyak bagi
respon. Tapi bila dia senyap, memang naik risau.
Setakat
ni tu je la kisah checkup saya tuk harini. Next time saya kongsikan kisah lain
pula ye.. Hope keputusan minum air gula okay laa.. hukhukhuk..
Meh kita belanja gambar owner sekeping ye.. gambar semalam sebelum kuar checkup.. Pipi dah naik.
Nota
: HTD – Hospital Tentera Darat
Jaga diri baik-baik. Semoga di mudahkan urusan akak semuanya.
ReplyDeleteinsyaAllah.. :)
Deletesemoga baik semuanya.. :)
ReplyDeletealhamdulillah.. :)
Deletelambat juga ye minum air gula.saya awal2 mengandung lagi dah kena.... ni kena minum lagi kali kedua nanti.. huhu.....
ReplyDeletewajib minum 2 kali ke? saya kalau tak kena minum awal juga, masa 4month lebih. tapi mabuk tak hilang lagi.. nurse kata dah ok baru dia suh minum..
DeleteSelalu tengok kwan2 update pasal air gula yg sedap tu hehe .
ReplyDeleteLain plak muka mimi. Perut dah semakin besar hehehe semoga baby n mama baik2 je
haaa? sedap?? tang mana la sedapnya tu eka.. kalau eka rasa nti baru tahu camne..hehe
Deletemmng lain sikit.. muka dah mengembang..hihi
amin.. :)
jaga kandungan baik baik tau.
ReplyDeleteinsyaallah.. :)
Deletealhamdulillah..dua2 sihat..
ReplyDeletealhamdulillah cik nor.. :)
DeleteHihi...comei jer preggy...take care yer..hb rendah tu...kena byk mkn bayam..nanti hb boleh turun lg bila kandungan makin besar...elakkan minum teh lepas makan nasi...bykkan mkn bayam..ikan bilis..mkn shaklee punya boleh pening maybe tak cukup minum air...cuba bykkan minum air..memandai jer bg nasihat kt org...haha...
ReplyDeletewaa.. tak penah lagi kena minum air gula.. memang ngeri.. T_T
ReplyDeleteair gula tu apa mimie?
ReplyDeleteair gula tu, tuk tgk tindakbalas badan kita la blh terima ke x..
Deletetp air tu mmng manis...
Wah :) Semoga Allah permudahkan segalanyaa hikhik.Take care ya kak =)
ReplyDeleteYeayy dah nampak baby bump la.. take care yer mimie.. =D
ReplyDeletekeciknya kak mimi.. berat dgn baby pon hanya 46kg.. hehehe..
ReplyDeletejaga diri ye kak..:)
owh, air gula...
ReplyDeletediorang nak tengok tindakbalas kecekapan tubuh akak serap gula tu...
sebab tu bacaan diambil selepas beberapa minit air gula diberi...
takde apa la tu, jangan risau sangat...
akak boleh google : kencing manis semasa hamil.
perkara ni normal bagi ibu-ibu mengandung...
banyakkan berdoa, segalanya Allah yang tentukan...
~blogspot : rawatankanser2013
saya yang baca ni pun kembang tekak jadinya bila terbayang air gula tu. bunyi macam biasa. air gula. manis. akak jelah yang tahu rasa sebenarnya.
ReplyDeletesalam. wahhh nampak la babybum :)) take care of u dearr :))
ReplyDeletemimie cuba la makan bayam merah, ikan bilis.. in shaa Allah.. :)
ReplyDeleteair gula tu petua nya kena minum sekali harung je.jgn buat mcm minum air biasa.itu yg cepat jadi muak n nk termuntah ..
dah minum pon kan.just tunggu result je la..
smga baik2 aja resultnya.. nanti
kat sini susah nak jumpa bayam merah ciksu.. bayam hijau je ada.. sedih2.. ikan bilis insyaAllah rajin makan..
Deletemula2 tu mmng minum sekali harung ciksu. tapi masa tu batuk saya still ada. terpaksa stop jap2.
lega result pun dah dapat.. syukur sangat. normal semuanya.. :)
alhamdulillah.
Deletehuk2.. ya Allah.. baru ni dapat tengok mimi n baby bump.. ya Allah.. mimi.. seronoknya teman nengok.. rasa macam tak percaya dak mimi nak jadi mama dah..
ReplyDeleteAkk bsar perut mimi ea... Dh nmpk wlaupun dh lima bulan lebih... "sedap" kan air gula tu... Hehe... Mmg kngn minum tu sbnrnya... Owh... Mimi jenis tekanan darah rendah ea.. Makan jambu batu n epal hijau bebanyak ea... Amalkan pati delima gulsan pun elok selain kurma dan kismis... Moga sihat2 selalu smpai slamat bersalin...
ReplyDeleteAlahmdulillah, jaga diri elok2 semoga semuanya selamat
ReplyDelete