Assalamualaikum..
Hai semua..
Tarikh
: 04 Jun 2014
Tempat
: POPTD (Pusat Olah Perang Tentera Darat)
Ni
cerita hari rabu yang lepas. Program BAKAT
ada anjurkan 1 ceramah. Nama en.suami naik lagi. So maknanya saya pun kena
hadirlah. Sebabnya BAKAT ni tuk isteri-isteri tentera sebenarnya. Kali ni suami
pun kena hadir sama tuk dengar ceramah ni. Lega sikit hati ni dengar bila
en.suami pun kena ada sama. Takde la rasa sunyi.
Sebabnya
saya tak kenal habis lagi orang-orang kat sini. Muka-muka yang saya biasa jumpa
tu okay lagi.. Tapi tak semua la kenalnya pun. Ceramah semalam ceramah agama.
Mula-mula masa en.suami cakap kena pergi ceramah saya lembik dengar. Haha..
Sebabnya rasa macam kita je kena pergi. Tapi takpelah, dalam pada tu ada ilmu
sebenarnya kan?
Ok
la, saya share sikit apa yang saya dengar dalam ceramah tu ye.. Tajuknya ‘ Keluarga Bahagia Membawa Ke Syurga ‘
Oleh En. Ahmad Fikri bin Mohd Fauzi. Pegawai Syariah Bank Muamalat.
Nampak
menarik pula saya rasa ceramah tu walaupun ada kala rasa macam lama je ceramah
tu walaupun 1 jam je. Hehehe.. Ni saya share sikit-sikit point yang saya ingat
dan yang saya catat la ye. Walaupun tak semua orang berminat nak baca entry ni,
tapi saya rasa, nak share juga. Sebab ianya 1 ilmu juga.
Dalam
ceramah tu yang di tekankan adalah peranan seorang khalifah dalam sebuah
keluarga tu sendiri. Khalifah yang dimaksudkan adalah pemimpin keluarga.
Pemimpin dalam sebuah keluarga adalah suami atau ayah.
Untuk
memcapai sebuah keluarga yang membawa ke syurga, seorang pemimpin perlu
menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaiknya. Sama ada kepada isterinya
sendiri mahupun kepada anak-anaknya. Dan lebih penting kepada anak-anak perempuannya.
Banyak
perkara perlu dititikberatkan. Antaranya dalam soal aurat. Aurat isterinya dan
anak-anaknya (anak perempuan). Menutup aurat bukan sekadar memakai baju yang
longgar-longgar sahaja, tapi meliputi semuanya. Bila keluar rumah perlu bertudung.
Bertudung dengan cara yang betul. Mungkin keluar sekadar untuk menyidai baju
sahaja juga perlu menutup aurat itu.
Selain
itu dari segi akhlaknya. Ibu bapa perlu tunjukkan contoh yang baik buat
anak-anak sejak dari mereka kecil lagi. Setiap perbuatan yang kita lakukan di
hadapan anak akan menjadi contoh buat mereka. Mereka dengan mudah akan meniru
setiap perbuatan kita sama ada baik atau buruk. Anak yang masih kecik masih
belum dapat bezakan yang mana baik, yang mana buruk.
Akhlak
juga termasuk dari segi percakapan yang kita keluarkan. Sekiranya kita kerap
berkata sesuatu yang tidak baik dan didengar oleh anak-anak tersebut, maka
tidak hairanlah jika suatu hari nanti, perkataan tu juga yang akan diperkatakan
oleh mereka.
Dari
segi keimanan, ketaatannya dan kebesaran kepada Allah. Selalulah memuji Allah
dengan setiap apa yang diciptakan OlehNYA dimukabumi yang sangat-sangat indah
ini. Ceritakan kepada anak-anak tentang bagaimana kebesaran Allah dalam
menciptakan laut yang luas, langit yang indah terbentang luas dan sebagainya.
Keizinan.
Seorang isteri perlu / selalu meminta keizinan dari suaminya dalam setiap
perkara yang dilakukan. Tak kira perkara itu besar atau kecil. Setiap keizinan
itu sesungguhnya untuk mencari keredhaan dari hati suami. Mungkin keizinan itu
kita selalu nampak apabila seorang isteri ingin keluar rumah, tapi sebenarnya
banyak perkara perlukan keizinan. Walau sekecil perkara yang kita ingin membeli
sekalipun perlukan keizinan.
Contohnya
juga, mungkin kawan-kawan kita di tempat kerja atau jiran-jiran membuat bisnes
side-income. Dan menawarkan pelbagai produk kepada kita. Dalam masa yang sama
sebenarnya kita mampu untuk membeli & membayar dengan kewangan kita
sendiri. Tapi sebenarnya juga, meminta keizinan dari suami terlebih dahulu untuk
membelinya adalah lebih baik supaya kita juga tahu, suami memyukainya juga atau
tidak dengan barang tersebut.
Kehormatan
diri. Seorang isteri perlu menjaga kehormatan dirinya dari pandangan lelaki
yang bukan muhrim dengannya. Tidak terlalu ‘menonjol’ dihadapan lelaki lain.
Tidak membenarkan lelaki lain memasuki rumah sekiranya suami tiada. Mungkin
kita berminat dengan sesuatu barang yang dibawa oleh jurujual lelaki ke rumah
kita, tetapi sekiranya suami tiada, sebaiknya elakkan dari memberinya masuk atau
kita tidak perlu menerima pelawanya untuk melihat jualan tersebut.
Ni
antara yang sempat saya tangkap semalam. Point yang saya catat pun ada 5 je.
InsyaAllah, selagi saya boleh buat yang terbaik dalam keluarga yang baru saya
bina ni, saya akan cuba praktikkan. Bab soal anak yang paling saya suka dalam
ceramah tersebut. Nak mendidik anak ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Saya
berharap sangat, anak yang bakal lahir ni nanti saya dan suami dapat beri
tunjuk ajar yang betul.
Walaupun
kita tahu, takde siapa pun dimukabumi ni yang sempurna kehidupannya kan?
InsyaAllah, selagi kita beringat, insyaAllah juga kita boleh lakukan. Bukan
mudah untuk menjadi ibubapa contoh kepada anak-anak kan?
setiap ilmu yang kita dapat elok dikongsi :)
ReplyDeleteinsyaAllah.. mana2 yang boleh dikongsi, nanti sy kongsi ye.. =)
Deletebetul tu
ReplyDeletebab menutup aurat tu je skrg ni rasa mcm ralat sikit.ye la, time balik rumah mertua.
huhu.sblah sana ramai biras lelak.
kalau sbelah ciksu dh biasa bertudung walau dgn sepupu.in shaa Allah akan cba sebaik mungkin perbaiki..
Seronoknya dok dlm mjlis ilmu...
ReplyDeleteBagusla mimie ceramah tuh....byk ilmu kita dpt
ReplyDeletebest ikuti majlis ilmu ni....
ReplyDeleteRajinnya ke BAKAT. Haha sarah dh siap ponteng satu program BAKAT ritu.. AGM BAKAT. kahkahkah..
ReplyDeletesesuai untuk pasangan suami isteri yang muda macam mimie. elok utk bekalan hari mendatang ni
ReplyDeleteIsteri2 tentera memang kene join BAKAT nie.. disamping memupuk ikatan sillaturahim... dapat tambah kenalan.. dpt ilmu..
ReplyDelete