Review : Inai

Saturday 23 November 2013

Assalamualaikum, selamat pagi..

haritu saya ada terperasan orang tanya pasal inai yang saya pakai. katanya warna pekat. 



sori la ye.. gambar ulang-ulang.. bukan nak tunjuk cincin tau..hehehe.. nak wat camne, gambar sendiri tak banyak.

actually, saya beli inai yang dalam kotak tu je.. inai tiub tu.. RM3 je saya beli sekotak tu. ala, yang orang guna tuk henna tu. 

sebab saya cari inai tu, saya jenis kalau pakai inai daun tu, tak pekat. kaler kuning kunyit je.. xmo merah. sebab inai ni kan ikut kaler darah kita kan. so, tengok cousin yang kawin masa bulan 5 haritu beli yang tu je, then cantik je merah kat jari dia, tu yang saya cari inai camtu.

then nak pakai pun senang. sebab dia dah sediakan muncung dia yang bentuk kon tu. so, kalau pakai sendiri pun boleh. inai ni, kalau kena kat jari seminit pun dah berkesan kaler dia tau. sebab dia ni lebih pewarna kut. sebab bau dia en.suami cakap macam bau kaler air buncho.. hehehe

first time pakai inai merah camni. sangat la teruja.. hehehe  :P
paling sadis, saya pakai inai ni sendiri tau. ada ke pengantin yang pakai sendiri inai nak kawin? jarang kan? saya terpaksa buat sendiri. sebab xde sapa dapat tolong. masing-masing ada tugas sendiri. pasrah je.. pakai hari khamis. dah tengah malam. set masa sendiri. 1jam kat tangan kiri. dah cuci, pakai 1jam kat tangan kanan pula..

camtu la kisahnya.. hehe.. ehh, ada orang kisah ke? haha..
ni kiranya save budjet & save masa. boleh je buat sendiri. tak perlu upah orang pakaikan inai. lain la kalau minta dimanja..hehehe  :P

saya tak suka henna yang lukis-lukis tu. serabut tangan. then my parent pun tentang keras kalau ada ank2 yang buat gitu.. dan saya ada terbaca kat fb, yang henna ni dilaknat Allah kalau kita orang islam buat, walaupun dia bersifat sementara. Allahualam.. saya cuma terbaca je..

HUKUM INAI LUKIS DI TANGAN dari FB..

apa-apa pun, enjoy la dengan entry saya yang tak seberapa ni ye.. ;)

30 comments

  1. Cantik colour inai tu =) merah .. like2 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik.. tak perlu risau kalau selalu pakai inai daun, jari tak merah.. :)

      Delete
  2. It matches your outfit well, dear! Sbb baju pn ada sikit2 corak kan, kalau lukis2 tu nanti nampak crowded kat situ.. RM3 je, mmg murah + save budget. Blh save utk honeymoon! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..that's right.. =) tak perlu nampak terlalu crowded.. ;)
      yup.. sangat save kan..
      haha.. honeymoon eh.. kena cari cost yang boleh dicut lagi..

      Delete
  3. org kata ikot warna darah kan?
    MG pakai 5 hari pekat then turn to light sikit colornya which is tak cantik dah
    adakah color darah MG pun tukar color tu? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..xde la gitu MG.. cuma kalau pakai yang x ori, luntur la kaler dia..
      ehh, mcm kena clorox pula kan..hehehe

      Delete
  4. cantik inai mimie.. merah elok.. sara punya disaster sbb pakai satu malam suntuk.. pakai inai mekah.. rupanya kene pakai sekejap je inai mekah tu dh merah lawa dh.. huhu.. sedih.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm..mcm kita test dulu sara.. sehari sebelum tu try.. so dah yakin baru pakai betul2 kat semua jari..
      ada jgk dgr pasal inai mekah.. cepat merah kan..

      Delete
  5. ms kawen aritu pon saye gne inai mcm ni.. tp yg jnis tiub,, pkai kejap je dh merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. saya pun pakai yang dalam tiub tu jgk.. senang..

      Delete
  6. mmg pelik lah pengantin kn pakai inai sendiri sbb sll..pakat ramai ramai nak inaikan pengantin..hihi...apapun cantik jer walau pakai sendiri...

    ReplyDelete
  7. singgah .. suka baca review2 akak. :)
    moga bahagia akak!

    ReplyDelete
  8. wahhh...cantik inainya...tidak terlalu pekat...

    ReplyDelete
  9. sukanya tengok kaler inai tu Mimie. pekat melekat ;))
    actually tu kan kannnn inai mcm tu akak rasa dorang letak pewarna dari bau inai tu pun kita dah tau

    ReplyDelete
  10. owh.. pndai pkai.. klu sy pasti dh comot pkai inai tu.. masa khwin adik sy la tlg pkaikan..dan tolong gilingkn.. mmg pkai inai fresh dari pokok blkg umh...

    ReplyDelete
  11. suka inai daun.. masa blend tu perah sikit limau kasturi..
    samalah, tak suka jugak henna2 tu.. serabut je.. huhu

    ReplyDelete
  12. akak pakai inai daun...blend dgn beras sket..petua member la tuhh...tp sbenaqnya inai tuh ikot darah si pemakai...mcm akak, pakai laa inai daun ka, inai mekah ke, inai tiub yg juai kat kedai keling ka, memg x merah...pelik betoi laaa...dia jadi kaler oren..hahaha..

    ReplyDelete
  13. Salam perkenalan... Cantik warna inai tu... tapi bila cuci cepat tak hilang?

    ReplyDelete
  14. ida dulu orang pakaikan .. ngee .. :) manja kan ??

    ReplyDelete
  15. dah lama tak pakai inai.....hihi

    ReplyDelete
  16. cntik warnanya
    skrg ciksu suka guna inai rani yg dri mekah tu

    ReplyDelete
  17. Pasal inai ni, eka penah baca ustaz Don punya, dia kata slagi ukiran bukan haiwan, maksudnya bunga,boleh. Jadi ukiran berbentuk bunga, daun takpe.

    Eka tak tau lagi nak pakai inai tumbuk ke inai yang mcm mimi ckp ni.

    ReplyDelete