Pakai La Pakaian Sopan Sikit

Thursday 30 May 2013


Assalamualaikum & salam sejahtera si cantik & si kacak..

Cerita hari isnin lepas.. dah 3hari lepas baru nak update kan.. maklum la, haritu syok update pasal kenduri kawin sepupu.

Isnin haritu dalam pukul 2lebih gerak pergi bank islam sebab nak bayarkan pinjaman adik yang tengah recruit tentera tu. Sampai sana dah pukul 3. Ngam-ngam. Ramainya orang tu jangan cakap la.. lautan manusia pula rasanya. sejam setengah baru tiba giliran sendiri..

Ramai yang buat pendaftaran tuk buka akaun baru kut. Dan ada juga yang buat bayaran tuk masuk tempat belajar. Mungkin masuk belajar kat poli kut. Sebab adik saya yang minta saya bayarkan pinjaman dia tu sebelum ni dia belajar kat poli.

Tapi 1 je yang saya pelik dengan manusia ni.. bukan pelik apa. 1 perkara yang saya tak paham. Nama pun pergi bank Islam. Tapi kenapa tak pakai pakaian yang sopan-sopan???



Tertanya-tanya juga sampai harini. Dah 3-4 kali juga saya pergi bank Islam ni. Tapi sebab baru-baru ni pergi ramai orang kat sana, macam-macam ragam la boleh tengok.

Saya bukan nak mengata orang macam la saya ni sempurna sangat. Tak pun. Bukan sebab tu. Tapi saya rasa orang lain pun kena la fikir sendiri. Dan nama pun pergi bank ISLAM, at least pakai la pakaian yang sopan-sopan sikit.

Ni tidak. Baju pendek atas punggung. Pakai tudung. Bila tunduk sikit, hat belakang tu pun boleh nampak. Tak malu ke?? Ya, saya haritu pergi sana pun bukan la berbaju kurung. Tapi saya pakai baju yang labuh sikit dengan seluar.

Ni saya tengok ada yang pakai suar ala-ala macam legging tu. Baju ketat. Pakai tudung. Dan serupa macam iklan dalam majalah tu. Bila kurus tayang body tu.
Ala, setakat nak tayang body tu, xde apa pun yang dapat. Melainkan dosa je.

Tetiba datang rasa malu. Yela, orang lelaki yang datang berurusan pun pakai sopan2.. yang pakcik-pakcik siap pakai songkok lagi. Tapi yang ppuan la yang nak bergaya, tapi macam tak kena gaya je..

Apa-apa pun, bukan niat saya nak mengutuk mengata kawan-kawan kat sini.. tak pun. Bukan macam tu.. Cuma nak tegur sikit la..tu pun secara umum. Tak tuju sapa-sapa. Sebab kalau kita berniat nak berurusan dengan bank islam ke, apa ke yang seangkatan dengannya, elok la berpakaian sopan sikit. Malu la dengan kaum lain. Saya tengok haritu ada juga orang india yang berurusan kat bank tu, pakaian pun sopan.

Malu la kalau orang kita ni sendiri tak ambik pusing bab-bab camni kan.. =)

Jangan la mara ye kalau terbaca entry ni. Cuma saya tergerak hati nak tulis macam ni sebab saya tengok dengan mata saya sendiri. Datang dengan pakaian yang tak bape nak sopan.

So, lepas ni kalau ada niat nak berurusan dengan pihak macam tu, elok la pakai pakaian yang menutup aurat sikit. sekurang-kurangnya sejuk rasa suasana kat sana pun kan. pergi bank islam dengan pakaian yang bersesuaian dengan namanya.. =)

12 comments

  1. hehehe tau xpe.. kdg2 bergaya tak kena tempat.. aritu anis pergi jais jmpe satu pompuan ni.. pakai baju kurung tu dh elok, tp... bajunye transparent.. y bakal suami ade je sekali, xde pulak nak tegur -_-'

    ReplyDelete
  2. kadang2 sedih sangat bila tengok semua benda ni berlaku depan mata seolah2 semuanya normal sahaja...ya allah ya tuhanku, lindungilah saudara seagama ku...

    ReplyDelete
  3. ada yang pakai jubah tapi seksi..malu aih

    ReplyDelete
  4. itu semua fesyen je tu.xmenghayati erti sebenar aurat..xfaham hukum..apa nak buat.kita tegur aje lah kan...itu pon kalau dorang nk dgr la...ehehe :)

    ReplyDelete
  5. benda tu atas diri mimie.kalau dia rasa tak patut dia sendiri akan malu.

    *maaf ye ciksu lamabt bls jejak.
    byk komen terdelay.. huhu
    tenet siang hari slow macam siput. huhu

    *cun la awek kat atas tu. tp sib baik dah tunangan org :)

    ReplyDelete
  6. terlalu ikutkan fesyen agaknya tu..

    ReplyDelete
  7. banyak pihak perlu amek pot benda ni kan.. kalau tak cakap orang tak tau.. huhu tapi. majalah majalah sekarang pon macam ajaq fesyen yang salah. =_=

    ReplyDelete
  8. manusia mmg mcm2 ragam..memeningkan kepala, menyakitkan mata..huhu..

    sama2 kita doa moga mereka dibuka pintu hati utk berhijrah :)

    ReplyDelete
  9. moga dberi hidayah...aamiin

    ReplyDelete
  10. anis suryanie :
    -alahai..malunya.. patutnya yng lelaki tu tgur la kan.. erm..

    therosputih :
    -amin.. mudah2an ada perubahannya kan..

    nini :
    -yup..betul..

    harith iskandar :
    -erm..kadang2 xperlu tgur pun..sendiri kena pham..

    qasehnyarania :
    -yup..betul.. dari diri kita sndiri..

    kaosduniabola :
    =)

    mama rey :
    -erm..mungkin..

    kami :
    -ha'ah..fesyen, tp seksi..

    cik didiey :
    -amin..mudah2an.. =)

    normi nieza :
    -amin.. =)

    ReplyDelete
  11. betul tu...

    Leggings Itu Lucah. Jangan Memakainya Di Khalayak Ramai.
    Sebarkan fakta ini kepada ahli keluarga dan rakan taulan kita.
    http://leggingseksi.blogspot.com

    ReplyDelete