Isnin, 27 November 2017

Review : Lazy Sunday Box From ALTHEA!

1:09 PG 2 Comments
Sticky Post.

Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Harini saya nak bercerita sedikit mengenai Lazy Sunday Box dari Althea!

Sebagai seorang wanita, kita tak kan pernah terlepas dari dunia kecantikan. Siapa kata, walaupun dihujung minggu, kita perlu mengabaikan soal kecantikan diri? Walaupun seminit, kita masih perlu menjaga soal kebersihan diri serta kecantikan pada wajah!

Kini, Althea telah mengeluarkan set penjagaan untuk wanita pada hujung minggu. Set box ini dikenali sebagai Lazy Sunday Box ini telah memperkenalkan beberapa barangan yang mudah untuk kita gunakan pada hujung minggu. Tentunya hujung minggu anda terasa begitu indah sekali.




Sebelum saya memperkenalkan antara barangan yang dibekalkan dalam Lazy Sunday Box Althea ini, saya ingin memperkenalkan dahulu apa itu Althea!

Althea merupakan salah satu website yang terkenal pada masa kini yang menjual pelbagai jenis barangan kosmetik secara dalam talian. Ianya didatangkan khas dari Korea untuk peminat-peminat yang berada di Malaysia. Di Althea, korang tak perlu risau, kerana barangan yang dihasilkan selamat untuk digunakan kerana ianya 100% asli dan selamat untuk digunakan.

Sekiranya korang membuat pesanan di Althea, ianya didatangkan dalam box yang sangat cantik seperti yang saya peroleh ini. Dan tentunya kualitinya terjamin semasa ianya dalam proses penghantaran.


Review : Lazy Sunday Box From ALTHEA!


Ok, kini tiba masanya untuk saya share Althea Box yang telah saya unboxing ni. Jom kita tengok antara item yang telah saya pesan ni.



Antara yang terkandung di dalam Lazy Sunday Box ini ialah :
1. Cream Stick Blusher
2. Oatmeal Therapy Cleansing Tissue
3. Wangskin Moist Soothing Cream
4. Big Cover Concealer PRO
5. Collagen Mist
6. Laneige Fresh Calming Quick Toner Pack
7. All Around Safe Block

7 Item ada di dalam box ini. Semua ni saya dah mencubanya. Kecuali all around safe block sahaja. Apa kata, saya terangkan 1-1 pula tentang item-item ini ya.

1. Cream Stick Blusher







Saya suka dengan Cream Stick Blusher ni. Sebab ianya bukan sahaja mudah digunakan, tetapi warnanya sendiri yang nampak lembut bila dioleskan pada pipi. Jadi korang tak perlu risau la kalau menggunakan Cream Stick Blusher pipi nampak terlebih merah atau tidak. Ianya nampak seimbang pada wajah.
2. Oatmeal Therapy Cleansing Tissue







Oatmeal Therapy Cleansing Tissue ni antara yang paling saya suka sebab tekstur tisunya yang lembut. Setiap kotoran pada wajah akan hilang bila kita menggunakannya. So, pastikan Oatmeal Therapy Cleansing Tissue ada di dalam tas tangan anda!
3. Wangskin Moist Soothing Cream








Wangskin Moist Soothing Cream ni memang best tau. Sebab krimnya lembut sangat-sangat! Sangat selesa bila disapu pada wajah! Seakan-akan kita meletakkan losyen pada wajah. Ianya dikatakan dapat melindungi kulit kita bila berada dibawah pancaran matahari yang terik.

4. Big Cover Concealer PRO












Big Cover Concealer PRO! Haaaa, yang ni mesti kawan-kawan pun suka kan? Bila kita pakai concealer ni, dapatlah sembunyikan apa-apa yang kita tak berkenan dimuka tu. Nampak tak seketul jerawat besar kat pipi tu? Haaa, merah nyala sebenarnya tau. Bila disapu sedikit dengan concealer tu, dapatlah sembunyikan jerawat tu. So, pastikan kawan-kawan dapatkannya ye.

5. Deep Blue Cavier Collagen Mist








Deep Blue Cavier Collagen Mist ni dapat membantu menyegarkan wajah! Waaa, bestkan. Selain tu dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah.

Cara untuk menggunakannya :
- Goncangkan botol terlebih dahulu
- Semburkan pada jawak 20-30 cm dari muka
- Dap-dapkan semburan tadi menggunakan tangan untuk ianya menyerap ke dalam.

6. Laneige Fresh Calming Quick Toner Pack







Laneige Fresh Calming Quick Toner Pack ni best. Rasa sejuk je pada wajah. Dapat pula rehatkan diri, terasa tenang sangat! Nak lagi best, gunakan pada waktu malam ketika masuk tidur, pasti akan berada tenang.

7. All Around Safe Block






All Around Safe Block didatangkan dalam 3 bentuk warna packing. Sesuai digunakan ketika anda berada diluar.



Mesti korang nak tahu kan, berapa harga 1 kotak Lazy Sunday Box ni? LazySunday Box ni korang boleh dapatkan di Althea dengan harga RM110 sahaja. Harga asalnya ialah RM394. Sekarang ni tengah ada promosi sebanyak 72% tau. So, macam mana nak dapatkannya?
Korang terjah sahaja http://my.althea.kr/lazy-sunday-box !





Khamis, 23 November 2017

9:00 PG 0 Comments


Sekarang ni cuti sekolah dah bermula kan? Mesti anak-anak banyak aktiviti yang nak dibuat. Macam kita ni anak kecik lagi. Tahu main je lebih. Tapi, kita sebagai seorang mak, tetap nak kan yang terbaik untuk anak. 
Harini saja la masuk Bookcafe ni. Sebab dah niat nak belikan buku untuk zara. Untuk adiknya sekali.

Memang dengar macam eh... overnya la haii.. kecik lagi dah nak belikan buku cerita?
Sebelum ni memang ada belikan tuk zara, 1 bulan dapatkan 1 buku. Tapi habis ranap dah dikerjakan. Yang dikoyak, koyak. Yang digunting, digunting.

So, kali ni nak belikan la kalau ada macam buku kisah kisah para nabi. Pastu simpan kan dulu. Cukup masa dah besar, dah sekolah, dah pandai membaca, boleh la bagi. Mesti time tu dia rasa seronokkan?

Tengah plan juga ni nak cari mana-mana buku yang best. Bila tengok, banyak je diskaun hebat.


Mak-mak semua dah shoppingkan ke buku untuk anak? Harini gaji kan? Apa kata gunakan sikit untuk buku anak. Mana tahu, anak pun tak la bosan duduk rumah. Zaman sekarang bukan boleh sesuka hati kalau nak dibiarkan main diluar.. betul tak?

"Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com"

8:50 PG 0 Comments
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.



Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/


Read more: http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html#ixzz4zDAsatf3

Bila Kita Marah Atau Bersedih, Carilah Kenangan Lalu..

8:00 PG 0 Comments

Kalau kita sedih, cuba kita hayati lagu ni..
Kita hayati liriknya..
Mendalam maksudnya..

Disebalik kekurangan kita, pasangan kita adalah pelengkapnya..
Disebalik kekurangannya, Allah izinkan kita sebagai pelengkapnya.

Jangan pernah merasakan diri itu terlalu sempurna!
Tiada seorang Manusia pun yang Allah ciptakan cukup Sempurna!
Sekiranya cukup sempurna, Kenapa Allah berikan pasangan sebagai pelengkap hidup?

Jawapannya, tepuk dada, tanya hati sendiri.

Hanya sebuah perkongsian.. Untuk diamati bersama ye.


Nota : Video hanya sekadar lampiran. :)

Isnin, 20 November 2017

My New Work Station!

9:01 PG 5 Comments

Assalamualaikum.. Hai readers!..
Tengah buat apa tu.. Dok melayan jiwa dengan monday blues ke tu? Meh kita bebel sikit meh..
Dulu masa time kerja koperasi, hari isnin hari paling semangat tau. Tak tahu kenapa. Maybe sebab sabtu ahad dah cuti, mai hari isnin, berkobar kobar nak menghadap kerja yang menimbun. Tapi kalau bab kata ada audit nak datang, haaaii la malass.. Kaki nak melangkah pun lembik! haha..

Haaaa, harini kan kita menaip dengan penuh semangat tau!
Walaupun kerja hanya dari rumah, of course la semangat tu kena ada. 
Semalam ddy zara ajak ke UO segamat. Dalam kepala ni dah sah-sah la dok ingat MR.DIY je tau.. Sebab kat situ macam-macam boleh dicari kan.




Plannya nak ubah suai meja kerja kita ni haaaaa..
Actually meja ni meja tv yang tersedia ada kat rumah kauters ni haaa..
Sebelum ni kalau la online, letak je la mana yang rasa selesa. Kat atas meja ke, atas lantai ke.. Atas narita nak tido ke..
Memang macam tak efisen langsung buat kerja camtu.

*Rupa asal meja tv tu*

Bulan lepas ada rezeki lebih. Rezeki dalam dunia blogging ni juga. Duit tu kita leburkan untuk dapatkan meja tv yang baru. Sebab meja tv yang ada ni tak sesuai laaaa..
Nak-nak kita ni ada baby yang tengah rancak dengan segala program dia.




So, plannya dah tukar meja tv, kita nak la meja tv ni dijadikan meja kerja kita. hihi
Sebab nakkan suasana kerja tu ada. Gituuuuu..
Tapi macam tak best je meja togel camtu. haha
So, kuarlah belanja sikit beli wallpaper, lekatkan kat meja ni haaa..
Pastu hias sikit dengan bunga tu haaa..
Ehhh, orang perempuan kan kalau dapat bunga happy kemain lagi kan?
So, kat meja kerja Wajib la letak sepasu bunga supaya nampak ceria..

Betul tak? Betul tak?

Now kita dah semangat nak menaip, nak membebel.. Haha..

Moga moga lepas ni job pun kencang la hendaknya kan. Amen! 

Jumaat, 17 November 2017

Lanafira.Com Butik Muslimah Trendy & Terkini!

8:00 PG 1 Comments

Lanafira.Com Butik Muslimah Trendy & Terkini!

Hai..
Hari ni saya nak share sikit tentang satu butik online yang kian menerpa nama. Butik Online yang dimaksudkan ialah Lanafira.Com. Kenapa Butik Lanafira dikatakan sebagai satu Butik Online Muslimah yang trendy dan terkini?

Butik Lanafira kini mengeluarkan produk-produk yang bercirikan muslimah. Setiap busana yang dikeluarkan menepati citarasa setiap pelanggan yang menginginkan gaya muslimah dan dalam masa yang sama nampak 'up to date' dalam setiap busana yang digayakan.

Bila kita seorang muslimah, tentunya kita akan mencari butik-butik muslimah untuk mengenakan busana yang dikatakan tidak keterlaluan dari segi pandangan umum. Saya mencadangkan anda semua untuk melihat sendiri antara busana muslimah yang dikeluarkan oleh butik lanafira ini.


Pelbagai jenis blouse dikeluarkan untuk menampakkan anda lebih anggun dan bergaya. Sesuai digayakan dalam apa jua majlis. Boleh dipadankan bersama skirt ataupun seluar/palazo.


Pelbagai pilihan warna juga ditampilkan. Jadi anda tidak perlu kuatir jika majlis yang anda ingin raikan mengenakan warna tema tertentu.


Sesuai juga digayakan untuk ke pejabat. Pastinya bercirikan muslimah serta selesa digayakan.



Zaman sekarang kebanyakkan wanita suka menggayakan Kebaya Moden. Kebaya tidak lagi dikatakan sebagai pakaian dahulu kala, atau 'pakaian tinggalan zaman'. Kini, kebaya telah dimodenkan mengikut peredaran masa. Butik Lanafira juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan kebaya moden yang menjadi permintaan tinggi pada zaman ini. 

Kebaya moden ini bukan sahaja sesuai digayakan untuk kemajlis keraian sahaja, malahan ada yang menjadikan ia sebagai salah satu 'Uniform kerja'..


Anda sukakan gaya santai? Apa kata anda mengenakan Long Dress dari Lanafira ni. Nampak simple, menarik dan selesa! Tentunya keselesaan menjadi pilihan utama apabila kita mengenakan sesuatu busana itu.



Siapa suka berpeplum? Jangan tak tahu, Lanafira juga ada mengeluarkan Peplum Moden tau. Rugi sangat la siapa yang tak terjah website Lanafira Boutique ni tau! Saya dah terjah, memang cantik-cantik baju yang dihasilkan.. Kalau kawan-kawan baru pertama kali tahu tentang kewujudan Butik Lanafira ni, apa kata kali ni cuba buat pembelian dari situ. Sesekali kena la tukar selera kan!


Agak-agak macam mana? Korang rasa menarik tak butik Lanafira ni? Pada saya menarik. Ada la yang saya berkenan juga di butik lanafira ni. Kalau korang nak terjah lebih lagi, saya sertakan detailsnya ya.

Website   : www.lanafira.com

Sedikit TIPS dari Butik Lanafira yang saya suka!

Yakini Diri Anda!

Jika anda memiliki pakaian dengan gaya terkini sekalipun tetapi anda tiada keyakinan semasa memakainya, anda tidak akan kelihatan menyerlah.
Jadi, anda perlu sentiasa yakin yang apa yang anda pakai sangat bersesuaian dengan bentuk tubuh dan juga tona kulit anda. Pakaian yang sesuai akan menyerlahkan lagi keterampilan diri anda.


Khamis, 16 November 2017

Resepi : Sup Sayur Bebola Ayam

9:26 PG 4 Comments

Resepi : Sup Sayur Bebola Ayam


Hai readers.. today kita share resepi la yerk. Macam dah lama je tak Share resepi kan? Dah tu pusing pusing lauk sama, tak kan nak share menu yang sama kan. Ok, harini share resepi menu yang belum pernah share lagi. 

Semalam takde idea nak masak apa. So buka peti ais tengok apa yang ada. So kita jadikan ia sebagai 1 jenis lauk. 

Sup Sayur Bebola Ayam

Bahan-bahannya :
📍 Carrot
📍 Jagung tongkol
📍 Bebola ayam
📍 Bawang Merah (hiris)
📍 Bawang Putih (hiris/diketuk)
📍 Kayu manis
📍 Bunga cengkih
📍 Bunga lawang
📍 Buah pelaga
📍 Sedikit lada sulah/lada putih (ditumbuk)
📍 Sedikit garam
📍 Sedikit kiub pati ayam
📍 Daun sup

Cara-caranya : 
📌 Tumiskan bawang putih + bawang merah + rempah 4 sekawan.

📌 Masukkan air (untuk dijadikan kuah)

📌 Masukkan carrot + jagung tongkol (biarkan lembut/didih). Masukkan sedikit lada sulah yang telah ditumbuk. 

📌 Dah mendidih masukkan bebola ayam. Ikut suka la nak bubuh banyak mana pun ye. Pastu masukkan juga kiub pati ayam knorr.

📌 Perasakan dengan garam. Dan masukkan sedikit daun sup.

Alaaaa, mudah je. Macam buat sup ayam tu jugak. Cuma hat ni bubuh jagung tongkol. Lada sulah. Sedap tau. Fav sangat la sup macam ni. Makan pun tak muak. Haaaa, kan dah tercipta satu resepi. So boleh la mak mak cuba. 

Khamis, 9 November 2017

Saps Ibu Bapa Kemudahan Dalam Sistem Pendidikan Masa Kini

8:40 PG 5 Comments

Assalamualaikum.. 



Hari ini saya akan bercerita sedikit mengenai SAPS Ibu Bapa. Apa itu SAPS Ibu Bapa? Sebelum tu, selalunya bila tiba musim peperiksaan ibubapa lah yang paling excited untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak kan? Untuk melihat sejauhmana prestasi pembelajaran mereka selama mereka belajar. Bila tiba masa keputusan keluar, kadang-kadang anak-anak senyap tidak mahu memberitahu keputusan mereka peroleh. Namun, dengan adanya SAPS ni, ianya dapat membantu ibu bapa untuk membuat semakan keputusan dengan cepat.




SAPS ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. SAPS telah diperkenalkan dan dibangunkan untuk mengumpul serta menganalisis Data Peperiksaan Dalaman untuk setiap sekolah di seluruh Malaysia.


Kemudahan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini telah dimanfaatkan oleh golongan ibubapa atau penjaga bagi memantau perkembangan prestasi anak-anak atau jagaan mereka melalui aplikasi ini dengan cara memuat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak mereka. Setelah diperkenalkan SAPS Ibu Bapa ini, ianya menampakkan kesan yang sangat positif. Anak-anak tidak dapat lagi berselindung dengan keputusan dengan keputusan yang mereka peroleh kerana ibu bapa terlebih dahulu telah membuat semakan dengan pantas.


SAPS NKRA Ibu Bapa dikatakan mendapat pandangan yang sangat positif dari semua pandangan ibu bapa. Ini kerana, ibu bapa tidak perlu mengambil masa yang lama untuk hadir ke sekolah semata-mata untuk mendapatkan maklumat keputusan belajar anak-anak. SAPS NKRA ini merupakan salah satu sistem penyimpanan data pelajar yang telah diasaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Ianya dibangunkan untuk membantu golongan ibu bapa pada masa kini dalam memantau setiap langkah dalam sesi pendidikan anak-anak.


Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.




Bagi ibubapa yang baru sahaja mengetahui tentang kewujudan SAPS Ibu Bapa ini, bolehlah membuat semakan serta memahami sedikit sebanyak sistem ini terlebih dahulu. Mungkin ada segelintir ibu bapa agak kesibukan dengan kerjaya, dan tidak sedar akan kewujudan sistem sistem ini. 

Dalam memastikan pendidikan anak-anak sentiasa dikawal dengan baik, ibubapa harus sentiasa menitikberatkan soal pendidikan anak-anak. Tetapi, bagaimana kita dapat memastikan anak kita terus cemerlang dalam pelajaran dan dalam masa depan mereka?

Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Ya, sebab keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi pembelajaran mereka. Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!

Mungkin dulu susah untuk dapat melihat keputusan anak-anak, sekarang ianya telah menjadi mudah dan senang serta mengambil masa yang singkat untuk mengetahui keputusan anak-anak tanpa perlu pergi ke sekolah semata-mata. Ibu bapa masa kini tidak boleh memberi pelbagai alasan demi untuk memastikan tahap pendidikan anak sentiasa dalam keadaan baik dan dikawal. 

Adalah digalakkan, ibubapa perlu 'Bookmark' laman web SAPS Ibu Bapa ini bagi membantu memudahkan urusan memantau prestasi pendidikan anak-anak melalui sistem ini. Setiap kali rekod keputusan yang diperolehi akan terus dikemaskini dalam sistem tersebut dengan kadar segera!

Semoga anak-anak berjaya dengan hasil pemantauan dari sistem SAPS Ibu Bapa ini.






Selasa, 7 November 2017

Tudung Sekolah By Tudung Si Comel

10:00 PG 6 Comments

Rata-rata ibu bapa sekarang ni kalau boleh nak permudahkan segala urusan untuk anak-anak, kan? Lagi-lagi bagi anak-anak yang dah mula masuk alam persekolahan. Maklumlah, ibu zaman sekarang ni kebanyakkan bekerjaya. Kadang-kadang masa untuk anak tu terhad sangat-sangat.

Harini saya nak share la tentang tudung sekolah anak-anak. Memang la anak-anak belum lagi masuk alam cuti persekolahan kan? Tapi kebanyakkannya ibu bapa akan buat persiapan awal untuk masuk persekolahan akan datang. Betul tak?

Walaupun anak saya belum lagi bersekolah, tapi rasanya situasi macam tu juga la nanti saya kena buat. Zaman sekarang ni cepat sangat masa berlalu. Jangan nanti sampai satu tahap kita kelam kasut nak selesaikan hal anak-anak.

Untuk harini, kita nak share mengenai tudung sekolah anak-anak. Selalunya mak-mak mesti pening nak sediakan tudung sekolah anak kan? Sebab apa? Anak-anak baru nak belajar pakai tudung, so nak kena la cari tudung yang selesa, nak pakai pula dalam tempoh yang lama sepanjang sesi persekolahan berlangsung.

Perkongsian saya pada harini adalah mengenai Tudung Sekolah by Tudung Si Comel.  Dengan adanya tudung sekolah by tudung si comel ni, ibu-ibu tak perlu kuartir dah kat mana nak beli tudung sekolah anak. Pilih je dihujung jari, pasti puashati. Cukup masa, barang pun sampai. Mudahkan?

Antara tudung yang disediakan :



Pelbagai pilihan size
RM16.90


Tudung Sekolah Pengawas Awning Lembut
Pelbagai size ditawarkan.
RM16.90



Tudung Sekolah Kuning Awning Lembut
Pelbagai size ditawarkan.
RM16.90

Ni antara sedikit perkongsian dari saya. Sekiranya ibu-ibu memang berminat untuk membuat pembelian, apa kata 'bookmark' dulu perkongsian saya ni. :)