Tuesday, 29 October 2019

Roti Sosej Bersalut Serbuk Roti.

6:52 am 2 Comments
Hi readers..
Sementara cuti sekolah ni sempat la update blog kan. Kalau tak, waktu macam ni tengah kalit nak kisahkan zara sekolah. So esok dia dah start sekolah balik, so, memang kucar kacir balik la sekejap waktu nak update blog. Dia dah balik sekolah, telefon dia guna. Macam mana la mama dia nak update blog. 

Kisah petang semalam. 
Sekarang dah start musim hujan kan. So perut cepat je lapar. Bila dah lapar, mula la kepala ni ligat pikir, nak makan apa? 
Tak kan nak berkejar keluar kem cari makanan kan? 
So kita buat sesuatu yang simple simple aje dekat rumah.

Roti Sosej Bersalut Serbuk Roti

Roti ada, sosej ada, telur ada, serbuk roti ada. So ON aje buat roti sosej. Ni antara yang cepat dan mudah untuk minum petang kan.. 
Korang sediakan menu apa tu..
Jom kita share share menu.. Setiap hari nampak gaya kena merajinkan diri sekarang ni.

Sebab dah masuk musim hujan, dan masuk juga musim lapar 24jam. Hehehe..

Monday, 28 October 2019

Resepi Ayam Goreng Rangup.

8:27 am 7 Comments
Hai semua..
Harini cik mimi nak share satu resepi untuk jadikan ayam goreng rangup. Kalau makan tengah hangat hangat tu memang sedap la orang kata. 
Cik mimi tahu ramai pun tahu cara nak buat. Okay takpe, sebab ilmu perlu dikongsi kan, bukan untuk dikecam. 🤗

Resepi Ayam Goreng Rangup.
Resepi Ayam Goreng Rangup.

Antara bahan bahan yang perlu ada : 

- Ayam Beberapa Ketul
- Garam
- Kunyit
- Tepung Gandum
- Tepung Beras
- Serbuk Kari (Nak Pedas Bubuh Lebih)
- Daun Kari

Caranya mudah. Gaulkan aje semua. Kalau rasa macam kering je tepung tu, boleh bubuh air sikit, basahkan sikit macam tu ye. Kalau rasa nak perap sekejap pun boleh. Bagi rasa kari tu melekat kat ayam tu kan..

Mudah aje kan. Pastinya semua bahan mudah dicari. Selamat mencuba. ☺👍

Santapan Hujung Minggu.

8:18 am 2 Comments
Assalamualaikum, Selamat Pagi semua..
Selamat Bercuti.. Nikmatnya rasa bila hari cuti ni kan.. Tak perlu pulas stereng kereta hantar anak sekolah. Tak perlu jadi singa terjerit jerit kejutkan anak.
Bila dapat hari cuti yang macam ni, ditambah lagi dengan cuaca sejuk dingin, terasa betul betul nikmat! 

Okay, back to the story, ni kisah semalam. 
Semalam pagi malas betul nak buat sarapan berat. Sebab tengok anak anak elok jeee lenanya. Memang bangun pun dah jangkau pukul 10pagi.
Mama dah siap masak lauk anak baru nak bangkit tido..

So disebabkan mama dia malas buat sarapan, pagi tu semangat la masak lauk awal. Senang orang kata. Penatkan asik masak banyak kali. Pastu makan tak habis, buang. Sayang je bazir rezeki..

So semalam semangat punya masak, sebab otak dah standby menu dah. Memang laju buat kerja. 
Setiap hari macam wajib paling tidak 3 menu mesti ada atas meja. Hehe.. Jom tengok apa menunya..

Sotong Sambal Kicap



Terung Goreng Pedas



Ayam Goreng Rangup



Nak tahu menu tak? Jom la cik mimi share kan dalam next entri. Sebab kadang cik mimi sendiri terlupa bahan apa yang pernah guna, suka belek balik dalam blog. Mudahkan, segala maklumat boleh share dalam blog ni. 

Korang masak apa harini.. Share sikit..

Monday, 21 October 2019

19.10.2019 | Family Day Kelas Pandai Di Pantai Pasir Lanun, Endau, Mersing.

10:31 am 13 Comments
Hi, Assalamualaikum readers.. 
Harini Cik Mimi nak update blog kesayangan ni. Banyak sangat benda nak share, tapi tak tershare pun kan. 
So sebagai kenangan, entri ni wajib di share.
Last update blog 07 oktober. Hampir 2 weeks tak berupdate, so, jangan lupa baca entri terbaru ni okay. Kira masih fresh lagi entri ni. Hihihi..



19.10.2019
Seperti yang telah dirancang, makanya program yang diharapkan bakal berjalan. Actually, masa bulan 8, dalam 1 program ni dok sembang sembang dengan cikgu kelas zara, ada yang kata apa kata kita buat Family Day. Sebagai salah satu aktiviti tuk family dimana anak anak berada dalam kelas pandai. Dan kebanyakkannya bersetuju, termasuklah mama zara. I'm so Excited! 

Jam 07 pagi bergerak keluar dari rumah untuk menuju ke Pantai Pasir Lanun, di Endau Mersing..
Perjalanan pagi tu ngam ngam 1jam. Sebab sampai sana jam 08 pagi. 



Cuak sekejap bila sampai sana sebab nak pergi ke tempat tu macam kena redah hutan sikit. Haha..
Dengan map yang dah terpusing pusing.. Tapi redah jugak bila cikgu zara cakap kena masuk hutan tu sikit. Lega bila dah redah, jumpa la tempatnya. Ada chalet dalam tu. 😄😄


Bila dah sampai tengok takde pulak ibubapa lain. Kita ingatkan, kita yang dah terlambat. Rupanya kami satu family orang pertama. Haha.. Over awal. Sebab plannya jam 7.30 ke pukul 8pagi dah ada berkumpul disana. Mujur ada staff disitu, so lega sikit bila dah tanya tempat.

Actually pemilihan tempat ni persetujuan bersama. Kami para ibubapa ada buat meeting sikit. Yang tu nanti kita share sebagai entri throwback la ye.. 
Actually, kenapa tempat tu menjadi pilihan, sebab tempat chalet tu adalah kepunyaan suami kepada cikgu kelas zara. So dah jimat untuk bayaran kan? Kami just share duit sikit untuk makan makan dengan pembelian hadiah macan tu. Tapi tu semua cikgu kelas zara yang sediakan.  
















Okay, pagi tu settup apa patut, buka meja, susun makanan yang dibawa.. Mama zara sumbang sikit sikit je. Kek besday tuk zara dan juga buatkan roti sosej. Dengan niat untuk tolong tambah tambahkan makanan yang ada. Alhamdulillah, dipermudahkan. Dan hutang niat nak sumbang makanan tu pun terlaksana. Syukur sangat.



Dan ada sekali buat BBQ tau. Ya Allah, sedapnya ayam diaaaa.. Kalau la muka tak malu, memang dok meratah puas puas kot. Haha




Okay, pagi tu dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan untuk anak anak. Sebab dorang dah nak start game. 

So acara pertama dimulakan dengan acara bawa bola dalam sudu. Selesai untuk acara tu, disambung pula dengan acara masukkan air dalam botol. Yang kena perah span tu. Dan yang ketiga acara rebut kerusi ikut lagu tu. 






So happening untuk 3 games ni. Yang paling best, game terakhir tu. berebut kerusi. Fuhhh bukan calang calang anak komando tau. Dia punya berebut kerusi akhir tu siap tolak menolak. Hahahaa.. Mujur tak bertumbuk aje. Mak mak dah terjerit jerit dah. Haha..




Settle program anak anak, maka bermula la game tuk mak mak pulak. Sebenarnya nak buat 2 game. Tapi cuaca macam tak mengizinkan.. Hujan renyap sekejap sekejap. So buat yang ni je. 

Sambut belon ada isi air tu, jangan sampai terjatuh pecah. Sambut tu, gunakan kain batik tau. Buat la gaya mana pun ikatan tu, janji boleh sambut.
Ada 2 kumpulan je. Okay la kan. Sebab ada mak mak yang tak bawa kain batik. Kita ni excited je, so bawak.. Sebab nak join. Haha





Settle untuk game mak mak, ini la masanya untuk game ayah pulak. Tali tali. Ya ampun. Nampak je game ayah ayah ni simple kan. Tapi.. I is over kot terjerit jerit. Hahaha..
Sambil rakam, sambil menjerit. Bila dengar balik, ya Allah.. Awat la cik mimi sorang je over jerit jerit. Haha.. Dia punya sokongan padu tu tak kalah. Mujur laaa 2round menang kumpulan ddy zara. Haha..








Settle game ayah, ada acara musang berjanggut. Iaitu asingkan bahan masak tu. Mak aihhhh, 4 kumpulan lagi lajunyaaaaa.. I is terkial kial walaupun dah cukup laju. Haha.. Tapi takpe la. Sekadar suka suka aje pun kan.. Bukan nak berlawan lawan. Haha



Settle tu, so cikgu buat acara sambutan hari lahir untuk bulan januari sampai disember. Senang. 1 kek untuk semua. Macam zara, cik mimi bawa kan 1 kek. Buat tambah tambah la orang kata. Mak lain pun ada juga yang bawa kek tuk anak anak memasing. 








Masa nak potong kek tu, hujan renyai. Tapi macam kuat juga la turunnya. So berlari la ke dewan. Sebab lepas potong kek tu plannya nak makan makan dalam dulang, di situ. Sambil duduk bersila kan.. Tapi tak kesampaian sebab risau hujan makin lebat.. Elok kitaorg semua dok makan dekat dewan hujan pun berhenti. Alahai.. Just moment nak makan dalam dulang di tepi pantai je tak kesampaian. Next ada rezeki sebelum cuti cikgu kelas zara plan nak santai santai, makan makan dalam dulang again kat tepi pantai. 






promosi terkini produk produk cuckoo di e brandstore paksu store





Last sebelum bersurai, acara pemberian hadiah. Hadiah simple simple aje. Tuk anak anak dapat barang permainan, tuk mak ada la dapat bekas dengan besen. Haha.
Walaupun simple, tapi berguna semua. Anak anak paling syok. Dah dapat permainan, elok pulak dapat pasir pantai, memang peluang sangat laaaa.. 😆😆😆

Alhamdulillah. Walaupun cuaca terganggu sekejap sekejap dek hujan renyai, semuanya berakhir dengan sempurna. Akhir sekali sesi bergambar beramai ramai. I feel sooooo happy, sebab tak pernah join family day seBEST ni tau. Cikgu yang sporting.. Mak mak lain pun semua ngam boleh masuk. Terbaikkkk..



Family Day Di Pantai Pasir Lanun the best!

Sponsor

Comments