Wednesday, 28 August 2019

Asam Pedas Ikan Parang.

10:16 am 26 Comments
Hai readers.. Morning..
Rasanya macam 2 minggu cik mimi sepi dari dunia blogging ni kan. Cik mimi kebizian sangat!
Serius. Cuba kejar sale jap, sebab supplier buat promosi FREE POSTAGE dengan setiap pembelian 3item dan ke atas. Haaaaa, rugi kan tak join..

Okay, bukan nak cerita pasal sale. Tapi disebabkan cik mimi dah lama tak menulis kat blog, kita panaskan enjin dulu dengan cerita masakan la ek.. Maklum la, dunia cik mimi dekat rumah, ceruk dapur, tak lari dari kisah masak memasak gitu.


Asam Pedas Ikan Parang

Asam Pedas Ikan Parang.

Siapa kat sini favourite dengan lauk ni? 
Cik mimi kan sebenarnya lepas kawen la baru makan ikan parang ni haaaaa.. Sebelum kawen tak pernah makan. Balik balik ikan kembung, ikan kerisi, ikan terubuk, ikan bawal.. Ehh boleh dikira la.. Paling kerap makan ikan bilis. Kihkihkih..

Cerita pasal ikan parang ni, selain lauk asam pedas dan lemak kuning cili api tu, masak apa lagi yang sedap ekk? Cik mimi buat lauk asam pedas je. Lemak kuning jarang laaa.. Sebab lauk bersantan. Cik mimi kalau kerap makan makanan bersantan mula la kepala pening jeee tau. Stress rasa sebab tak selesa. 

Cerita pasal asam pedas ni, orang kata kalau sekali buat belum tentu menjadi. Betul tak? 
Cik mimi dulu sebelum kawen tak pernah masak sendiri. Setakat tolong kacau mak masak tu ada la. "kadang-kadang".. Sebab bekerja kan. 

Lepas kawen first time buat asam pedas .Ya allah, awat la ceroiii je rasa. Tapi ddy zara still makan tau. Dia tahu first time buat. Kali kedua buat, macam tak berapa jadi. Pastu kali ketiga?? Haaaa,cik mimi rehat dulu dari buat asam pedas ni .

Bila balik melaka, adik ipar akan masak asam pedas. Ya Allah.. Sedapnya dia masak. Kuah pekat. Pedas usah kata. Orang melaka kan. Cik mimi ni je perut tak tahan pedas. Cepat pedih. Tapi dek kerana sedap, cik mimi makan jugak. Dengan gandingan sayur bendi lagi kan. Pergghhhh.. Marvelous sangat!

Dan bila adik ipar masak, cik mimi belajar la dari dia. Sebab ddy dorang pernah tanya "boleh tak buat asam pedas macam adik dia buat?"
Ehhhh, soalan tu bukan soalan yang menyentapkan tau bagi cik mimi, tapi soalan nak kita mahirkan lagi.

So, belajar la dari adik dia. Apa bahan nak kena letak. Akhirnya kali ketiga buat asam pedas masa tu guna ikan siakap. Hahaha.. Sebab confius ikan apa. Sebab mil bagi. Dia dah siap siang, potong. Sekali keluarkan dari peti beku, ikan siakap. 

Orang kata nak masak kena yakin kan, btl tak? So belajar la buat sampai pandai. Now, try pulak asam pedas ikan parang. Perghhh.. Marvelous gitu. Makan dengan penuh selera lagi.

Ada yang nak resepi ke tu? Meh la tengok video cik mimi ni. Hehe..

Cuma dalam video tu cik mimi tak bubuh bunga kantan atau daun kesom. Sebab takde kat umah. Tak bubuh lada hitam. Ada buh lada hitam padu rasanya..

Monday, 19 August 2019

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

7:55 am 4 Comments
Assalamualaikum, Selamat Pagi..

Seminggu juga rasanya Cik Mimi tak ngadap blog. Bukan malas. Cuma rehatkan diri sekejap.
Bukan takde bahan nak cerita, bebel kan dekat blog.
Cuma cik mimi ambik masa tuk naikkan bisnes balik. Bab bisnes nanti la kita sembang entri lain ye. 😍

Sambil dok golek golek ni, terjah blog kengkawan yang terlintas nak blogwalking.
Part paling best, join giveaway !!! 😚😚

Rasanya macam dah kesepian blog blog yang ada dengan Segmen, Giveaway, Contest.. Seingat cik Mimi, ni la cara kita nak meriahkan dunia blogging.
So harini cik Mimi nak meriahkan blog cik mimi dengan semua tu balik. Yang mana sempat join la. 
Actually tu la tanda support pada kengkawan juga kan? 


Korang nak join sama janqan lupa klik pada banner tau. Tak pun klik pada LINK ni okay.

Good Luck buat kengkawan semua. Kalau sesiapa ada buat segmen ke, giveaway ke, meh la ajak cik mimi sekali. Mana tahu terlepas pandang kan. 😉

Sunday, 18 August 2019

Giveaway-01 by Ematunz

9:53 pm 2 Comments
Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.





Klik gambar dibawah untuk join:




Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 


Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.







PASTE coding kat HTML post yang baru buat tadi dan publish.
Tinggalkan link entry blog tu kat ruangan komen post ini.
Tengs sudi join, tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam

Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw.

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat.

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak gambar ada di Bawal Kaca.









Update Senarai Peserta
16/08/2019, 12.00tgh malam

safenifeni 🌸 munirahmohdhasan 🌸 sweetepalhijau 🌸 vitaminkesihatansejagat 🌸 sayasukala 🌸 hayatisuki 🌸 adianiez 🌸 huhahuhajerr 🌸 atulhamid 🌸 stnrsyfh 🌸 nurainsyahirah 🌸 fiqadira 🌸 mamapipie 🌸 ciknurul23 🌸 puansyah 🌸 shikinrazali 🌸 azietaqniza 🌸 belogsjm 🌸 akukaudansesuatu 🌸 mulansahbanu 🌸 nasuhaitsmyessay 🌸 nonasani 🌸 mialiana 🌸 zianaeunos 🌸 ceriteraibu 🌸 hanimsain-delimasari 🌸 sheilaarshad 🌸 yamanaimy 🌸 mariafirdz 🌸 sheayang
Gxxd Luck uxls!
TagsGiveaway
Bawah ni lagi best!Show more
Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway
August 13, 2019

Wednesday, 7 August 2019

Popia Simpul Kasih

9:11 am 16 Comments
Hai readers.. Morning..
Lagi beberapa hari nak tempuh raya aidiladha pula kan.. Korang balik kampung ke tu?
Cik mimi? Beraya kat Mersing aje kot..
Lagipun cuti Ahad Isnin je kan.
Takde hal la setakat cuti raya 2hari je..
Nak balik kampung jauh.
Kalau nak ke Melaka je dah 5jam.
Nak ke Ipoh lagi la... 10jam. Tak berbaloi penatnya tu.. 
Takpe la, beraya di Mersing pun okay je kan..
Janji kita raikan..
Jiran jiran kan ada..



Korang dah buat kuih raya ke tu?
Cik mimi?? Alahai.. Kuih raya dah sedia di ngap. 
Baru ni buat popia simpul kasih tu..
Alahai.. Mudah je rupanya ye..
Awat la sebelum ni tak terpikir nak buat sendiri je kan..

Serius, sebelum ni rasa macam 'alaaaa, nanti beli je senang'..
Beli memang la senang.. Tapi harga la kan..
Kalau ada duit, no hal la kan. Petik jari je..
Masa bulan puasa 2x beli kat bazar ramadan. 
Tak sure berat popia simpul tu sebalang berapa.. Maybe setengah kilo kut.. Dalam Rm18
Beli dalam kem masa tuk raya pun 2x order.
Rm30 untuk 1kg..

Bila try buat sendiri, jimat tu banyak sangat kan..
Kita membeli pun niat tuk bantu orang juga kan..
Tak salah pun..
Tapi bila dah tahu buat sendiri sebenarnya lagi mudah.




Bahan pun senang. Hanya kena ada serunding, ada kulit popia nya..
Haaaa, lepas tu ON la menyimpul. Bukan susah pun.
Sambil boring boring tu buat la kan..
Memang macam ambil masa sikit.
Tak boleh terlalu kalut. Karang tak simpul betul betul, berterabur pula serundingnya..


Simpul kasih gunakan 100g serunding ikan

Haritu send gambar kat mak, sekali mak cakap boleh dah buat jual.
Erm.. Tak pe la.. Buat makan sendiri aje la..
Bukan taknak buat jual.
Dalam kem pun ada je orang ambik tempahan..
Lagipun niaga dalam kem mersing ni tak sama macam kat kem gemas.
Lambat dapat respon. 



So, Cik mimi buat tuk sendiri dah lepas, okay la tu..
Cik mimi buat simpul kasih untuk Cik mimi ngan ddy dorang. Buat simpul kosong tuk anak anak.
Sebab budak budak ni dia tak suka ada inti serunding.
Sedap jugak simpul kosong je.
Kalau korang rajin boleh je buat simpul kosong, then gaulkan dengan nestum tu.
Cik mimi malas nak gaulkan. Karang melekit umah sana sini.



Nak mudah, serunding pun Cik mimi beli je Online dari kawan Cik Mimi. Beli serunding ikan untuk buat popia simpul, serunding Daging untuk makan dengan nasi. Serunding Ayam tu kebetulan kawan Cik mimi bagi rasa.
Allah..
Rezeki pula kan.. 
Erm.. Tak try lagi serunding ayam tu kalau buat popia simpul tu sedap ke tak ekk??

Korang buat kuih raya apa je tuk raya haji nanti?
Jom share.. Kita tukar menu.
Cik mimi pun tengah cari idea nak masak apa ni. 😎

Friday, 2 August 2019

Kekalkan Kecantikan Wajah Bersama Tera Skincare.

10:11 am 12 Comments

Assalamualaikum Semua, Selamat pagi readers tersayang..
Harini Cik mimi saja la nak berkongsi cerita dengan kengkawan semua yang ada masalah dalam penjagaan wajah..
Siapa yang taknak kekalkan kecantikan wajah sendiri kan, betul tak?
Semua orang nak chantik.. Tapi kadang tu tersalah pilih produk pula..


So, kalau harini Cik Mimi nak share pasal Produk Tera Skincare ni, sudi ke baca ni?
Sebenarnya Cik Mimi ni sejenis yang risau juga kalau nak mencuba sebarang produk kecantikan ni.. Siapa tak sayang muka awak oiii..
Dulu pernah terguna produk 'timbang kilo'..

Masa tu tak tahu.. Kawan la yang suggest. Sebab dia pakai serasi kan..
Then bila dia suggest pada Cik Mimi, muka cik mimi teruk pulak..
Tak serasi.. Dan bila terbaca feedback dari orang lain, ada juga yang alami masalah sama..

Okay, harini bukan nak cerita masalah Cik Mimi yang lepas.
Tapi nak cerita pasal produk Skincare yang ada ni..
Tera Skincare. Ada yang belum pernah dengar nama ni ke? Kalau belum, cik mimi share kan la ye disini.. Untuk tatapan pembaca semua.


Dalam satu kotak ni, ada 4 item.
>> Carrot Soap
>> Night Cream
>> Day Cream
>> Peel Toner 


Cara Penggunaannya :


>> Carrot Soap
Kita semua sedia maklum kan, macam mana keadaan muka kita pun, adalah sangat penting untuk kita cuci sebersihnya terlebih dahulu.
So, korang boleh cuci muka dulu elok-elok menggunakan Carrot Soap ni ye.

Adalah sebaiknya, gunakan 2x sehari untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih.


>> Peel Toner
Bila muka dah dicuci dengan Carrot Soap tadi, boleh biarkan sekejap, then apply pula toner ni. Just spray kan sahaja. Lepas tu dap-dap kan  keseluruhan wajah. Bau dia best tau.. Dan bahan yang terkandung di dalam toner ni Aqua, Arbutin dan juga Allatoin.

Nota : Gunakan toner ini apabila selesai proses peeling


>> Day Cream
Semua pun sedia maklum apakah fungsi day krim ni kan? Day cream ni dapat membantu melindungi kulit wajah dari panas cahaya matahari. Ia membantu membantu sebagai pelindung UV. Membantu melembabkan kulit wajah.

Cara pengunaan yang mudah. Hanya gunakan dengan cara sapuan nipis di wajah. Selepas mandi.

>> Night Cream
 Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, adalah digalakkan untuk mengunakan night cream sekali.. Gunakan dengan cara sapuan nipis diwajah, sebelum masuk tidur.

Nota : Gunakan night cream apa bila selesai proses peeling.
 

 
Info Penting : Kepentingan Proses Peeling Selama 14 Hari
Wajib BACA!
 
 
◉ Hari pertama sehingga ke 3 merupakan tempoh masa permukaan kulit dibersihkan dan dikeringkan. Dalam tempoh ini, kulit muka akan menjadi kusam, kering dan gelap kerana proses permukaan atas kulit sedang dijalankan.

( Pengunaan Carrot Soap, Flawless Day Cream dan Peel Toner )

◉ Hari ke 4 hingga ke 9 adalah hari bermulanya proses peeling yang kuat. Ia akan membuatkan kulit terasa terlalu pedih, kering, gatal, panas, kemerahan dan melecet. Korang jangan risau kerana ini merupakan proses pembaikan kulit korang dan ia akan berakhir. 
( Pengunaan Carrot Soap, Flawless Day Cream dan Peel Toner )

◉ Hari ke 10 hingga ke 14 merupakan tempoh peeling sudah berkurang dan kulit baru mula tumbuh ( baby skin ) 
Sisa peeling akan berkurangan dan pulih dengan sendiri. 
( Pengunaan Carrot Soap, Flawless Day Cream dan Peel Toner )

◉ Hari ke 15 hingga ke 30, korang dah boleh mula pakai Tera Stardust Night Cream untuk membantu dan memberi effect lightening dan glowing. Penggunaan toner juga berbeza, hanya diperlukan sahaja pada kawasan kulit yang bermasalah.
 ( Pengunaan Carrot Soap, Flawless Day Cream dan Stardust Night Cream )


Bagi korang yang baru nak mencuba Tera Skincare ni, jangan terkejut pula bila alami peeling process tu. Ianya adalah normal, sebab nak membantu memersihkan kulit wajah dari dalam.. Nak membuang sel sel kulit mati terlebih dahulu sebelum mendapatkan hasil yang terbaik.


Keistimewaan TERASKINCARE :-

❤Merawat masalah JERAGAT KRONIK
❤ Merawat masalah parut berlubang akibat jerawat
❤ Merawat masalah JERAWAT  teruk dan bernanah
❤ Merangsang pertumbuhan sel kulit baru
❤ Melindungi kulit daripada sinar  UV berlebihan
❤ Mengecilkan liang pori & merawat white head & black head
❤ Melicin& mencerahkan kulit seawal 3 hari sahaja
❤ Mengembalikan keseimbangan PH kulit & mengelakkan kulit kusam dan gelap 

❤ Mengelakkan kulit anda tua sebelum usia
❤ Kulit wajah sihat, segar, kekal anjal dan berseri-seri.
❤Kesan luarbiasa dan menakjubkan !! kulit lembab, cerah, licin dan anjal seawal 3 hari!!


In Shaa Allah..

Testimoni Pengguna



Untuk tengok testimoni lain yang dah berjaya, jangan lupa follow instagram Tera Skincare HQ tu ye..

Yang Mana risaukan Tera Skincare ni selamat digunakan ke tidak, Cik Mimi ada check tentang produk ni.. Ni hasil dari semakan..


Dekat mana nak buat pembelian? Kalau kengkawan jenis was-was nak buat pembelian, boleh terus ke IG Tera Skincare ni ye.

Instagram : teraskincarehq







biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

Hello Ogos 2019

8:12 am 0 Comments

Assalamualaikum, Hai readers..
Erm.. Sekejap je dah masuk bulan 8 kan..
Lagi beberapa bulan je kita bakal meninggalkan tahun 2019 ni..

Macam mana dengan azam dan impian kengkawan?
Kalau tanya Cik Mimi ni, tak tahu la haritu ada pasang azam dan impian apa.. 
Ahahaha..

Cuma yang ingat, nak baikkan diri dari sakit tu.
Syukur Alhamdulillah.. Dan 6bulan pun berlalu.
Then now Cik Mimi makin sihat Alhamdulillah..
Malah kalut sentiasa dengan anak-anak..

Didoakan hadirnya bulan Ogos ni, Allah sentiasa mengalirkan rezeki yang tidak putus-putus..
Bagaikan air dilautan..
Seluas lautan yang terbentang buat Cik Mimi dan kawan-kawan yang lain juga..

Kalau ada rezeki, nak perluaskan lagi job sebagai seorang blogger ni..
Nak jadi seorang blogger yang dikenali..
Dikenali sebab chantik  .. Ehhh bukan..
Hahahaha.. Matilanak kena kecam..
Tapi kerana hasil kerja la kan..






Nota : Tetiba terpikir, musim cuti sekolah dah nak muncul tak lama lagi.. Macam nak holiday je.. huhuhu.

 










biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi






Wednesday, 31 July 2019

Safi Bersama Pencuci Muka Beautea 4 Variasi Baru

5:16 pm 16 Comments

Hai, assalamualaikum semua. Salam sejahtera..
Harini Cik Mimi dengan rasa happy nya nak bercerita tentang produk baru keluaran Safi iaitu Pencuci Muka. Pencuci muka pun boleh buat Cik Mimi teruja?
Of course la kan.. Sebab kali ni, Safi Keluaran produk yang dikatakan ada kelainan sikit.

Sekarang ni Cik Mimi dok pakai produk Safi. So bila Safi cuba mengeluarkan produk baru, mesti la nak share dengan kengkawan semua. Mungkin ada kawan kawan diluar sana yang tak tahu kan? So dengan rasa bahagianya, Cik Mimi share kan ye.

Kenapa Safi mengeluarkan Pencuci Muka Beautea? Okay, sebenarnya pencuci muka terbaru ni dia berasaskan teh tau. 'Premium Tea Extracts' 100%.


Dan kali ni ada 4 variasi terbaru. Apa 4 variasi tu?

>> White Tea & Damask Rose : Hydrating Gel Cleanser
>> Black Tea & Black Orchid : Detoxifying Cleanser
>> Green Tea & Neem : Anti-Acne Gel Cleanser
>> Apricot Tea  : Revitalising Face Scrub


White Tea & Damask Rose : Hydrating Gel Cleanser.
Sesuai Untuk Kulit Kering

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini sangat membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran. Dirumus dengan gabungan teh Putih Putih & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mrngecilkan saiz liang-liang yang besar menjadi kecil.


Black Tea & Black Orchid : Detoxifying Cleanser
Pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi ini membersihkan dan menghapuskan kekotoran. Dirumuskan dengan campuran teh Hitam & Black Orchid yang sangat bagus membantu menjaga kulit, sambil mengekalkan kulit yang sihat dan dilindungi daripada penuaan


Green Tea & Neem : Anti-Acne Gel Cleanser
Pembersih gel yang lembut dan sabun ini menghilangkan kekotoran dan minyak yang berlebihan. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak daun Green Tea & Neem membantu  melegakan kulit terhadap jerawat, sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan paparan parut.


Apricot Tea  : Revitalising Face Scrub
Membantu membersihkan liang dan mengelupas tanpa mengeringkan kulit. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang cerah & berseri. 

Yang paling penting, ianya :
√ Diuji secara dermatalogi
√ Bebas paraben
√ Bebas SLS/SLES
√ Bebas Silikon


Harga yang ditawarkan sangat mampu milik. Hanya RM23.30.
Tapiiii.. Sekarang nampaknya ada diskaun tau.. Hanya RM19.80 sahaja.


Cik Mimi dah beli 2 jenis tau. White Tea & Damask Rose dan Apricot Tea scrub. Walaupun muka kita dan licin, dan kita yakini ianya bersih, perlu juga gunakan pencuci jenis scrub tau. Tapi awas yaaaa.. Jangan gunakan setiap hari. Untuk scrub ni boleh gunakan seminggu mungkin 3kali sahaja.  Kalau gunakan dengan kerap mungkin boleh merosakkan kulit wajah kita. 


Selebihnya, untuk mencuci muka harian, perlu gunakan cleaser jenis biasa. Tak kisah la jenis foam atau gel. Sebab tu la cik mimi grab yang ni. Sebab sekarang ni kulit muka cik mimi dah okay. Perlu gunakan cleaser untuk kulit normal. 

Dekat mana nak dapatkan produk ni? Boleh dapatkan di pasaraya berdekatan ataupun, korang mesti suka pergi Watson kan? Haaaa, kat Watson semestinya ada. So korang boleh dapatkan disana sementara stok masih ada okay. 😉👌




Saturday, 27 July 2019

27 Julai 2019 | Genap Setahun Di MERSING

8:35 am 13 Comments

Hai readers semua, Assalamualaikum..
Harini kita sembang kosong aje la ye.. 
Sekadar nak buat kenangan kat blog..
Harini genap la setahun berada kat Mersing, Johor..
Elehh, baru setahun dah macam macam kan.. Hahaha

Takpe la, walaupun setahun, tapi macam macam dah tempuh tau..
Berjauhan dari keluarga tu sememangnya laa..
Dulu berjauhan juga dari keluarga..
Gemas - Ipoh. Anggaran 6jam perjalanan.
sekali pindah mersing...
Mersing - Ipoh, 10 jam tau nak tempuh..

Huhuhu.. bertabah je la.. Janji dapat balik jumpa mak abah..
tak balik selalu, tapi kalau dapat balik, mereka semua sambut dengan gembira..

Apa yang menarik dengan Mersing ni?
Kita pun tak tahu apa yang menarik.. Hahaha

Keropok Lekor dia? Erm.. setakat ni kita suka lagi keropok lekor dari pantai timur.. 
Rasa dia tu sedap..

Kalau tanyakan tentang makanan laut yang segar, murah..
Kita rasa sama je. Takde la sesegar mana.. Takde la semurah mana..
Rasa macam biasa je.. Nak ikan segar pergi tangkap sendiri.
Dah dapat terus masak. hahaha


Orang kata Mersing terkenal dengan Pantai yang cantik.
Yang ni belum habis terjah.. Nak pulak kita ni bukanlah hantu pantai..
Tak heran sangat dengan laut semua ni. Sekadar dapat tengok okay je la..
Kalau nak kata nak pergi selalu tu takde la. Biasa-biasa aje ~

Apa makanan yang best?
Hat ni tak tahu la.. Rasa biasa je.. Kalau tanya kedai makan mana yang best..?
Banyak je kedai makan tak berapa best.. Opppsss Sorry.. Cik mimi berkata jujur..
Contoh macam teringin nak makan keteow kungfu, dah beberapa kedai try,, semua out.
Semua macam tak reti buat. Sedih..
Itu review jujur dari tekak cik mimi ni ye. Tekak orang lain, lain kisahnya.

Masih dalam proses nak mencari apa yang menarik di Mersing ni..
Pulau dah jejak??
Setakat ni tak lagi la.. Belum terpanggil nak berjalan ke sana.. Tunggu la bigboss bersuara
kut la dia teringin kan..

Cuma bila dah duduk Mersing ni ada satu memori yang terimbau kembali..
Setiap kali nak masuk highway Ayer Hitam, mesti kena tempuh Kluang..
Sesungguhnya.. Kluang tempat cik mimi membesar satu ketika dulu..
Masa Abah berkhidmat sebagai tentera dulu, cik mimi bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu.. Hai awak.. Ada ke yang satu sek dengan cik mimi dulu?

Bila lalu satu jalan besar ni, teringat balik Jalan nak masuk ke kawasan rumah..
Jalan nak masuk ke Taman Koperasi..
Teringatkan Shell tempat laluan hari-hari..
Allah.. Sungguh.. Rindu nak terjah kawasan rumah lama..
Tapi belum diberi kesempatan..
Nak ajak mak abah turun Mersing.. Boleh bawak ke Kluang.. jumpa jiran lama..
Sebab mak dengan abah masih lagi berhubung dengan kawan lama disana.. 
Pindah dari kluang tahun 1997 kalau tak silap. 
So, dah berapa lama kan?

Apa lagi yang menarik bila dah duduk Mersing?
Alhamdulillah.. Setakat ni cuba membiasakan diri disini. Tambah kenalan..
Pelbagai ragam manusia semestinya..
Anak-anak macam mana? Setakat ni okay.. Duduk di block sekarang ni ramai kawan sepermainannya..
Kalau dulu duduk terkurung takde kawan..
Sekarang tak reti duduk dalam rumah.. Mama dia yang naik risau.. 

Apa lagi yang menarik?
Next la cik mimi share kan kalau ada ekk.. 

Sekian dulu coretan bebelan harini sempena setahun berada di Mersing..

Ehhh, perlu celebrate potong kek tak ni? Hahahaha..



biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

Sponsor

Comments