Sunday, 31 March 2019

Shopping Kasut Di BATA

8:43 pm 33 Comments
Not paid review.

Hai readers..
Haaaa, dah habis cuti ni macam mana? Lemau ke tu nak start kerja esok?
Kalau belah selatan ni, hari ahad dah start sekolah.. So, cikgu cikgu dah start bekerja la harini..

Macam mana dengan cuti korang.. Berjalan ke mana je tu.. Ke duduk rumah je. Hehe
Macam kita ni, takde feel cuti sekolah sangat. Sebab zara pun dicutikan dulu sebab mama dia punya urusan tak selesai lagi kan. Tunggu lepas raya la dia naik sekolah balik.

Tapi hari jumaat (29.03.2019) kami suami isteri balik Melaka. Rumah my MIL. Sebab adik ipar nak  buat kenduri Aqiqah puteri bongsu dorang.. 
So ddy zara zhareef ni biasa la. Kalau dapat peluang balik Melaka, mesti nak keluar berjalan kat mall sekejap. Macam Aeon ke.. Tesco ke..

Hari sabtu lepas zohor macam tu, dah lepas kenduri, ddy dorang ajak keluar. Kita pulak pun sebenarnya memang nak cari kasut dan selipar pakai harian. Selipar hat ada tu macam okay je lagi. Cuma masa duk hospital haritu dok belasah pakai, pastu asik kena air je, so risau lekang je la. Tapi memang ada yang dah terkopik pun kulit lapik dia.


Dan kita ni pula dah terbiasa, nak cari kasut, mesti nak cari BATA. Bukan sebab brand dia tu, tapi keserasian bila pakai tu. Ikut nasib kadang tu memang sampai lunyai pakai. Kira tahan lama juga la. Ada satu sandal selipar ni, beli masa tu awal kahwin kot, pastu sampai zara umur berapa ntah baru tukar lain. Sebab dia macam dah mengembang. Tuk pakai harian.

So sekarang ni beli kat BATA sebab keyakinan kualiti juga la. Itu pun ikut nasib juga sebenarnya.
Orang kata, kalau kita dapat apa yang kita nak, kira tu langkah kanan kan..


Kita kan niat nak cari kasut sandal.. Untuk pakai masa pergi rawatan Radioterapi nanti. Pastu nak cari sandal/selipar untuk pakai harian juga. Memang kalau boleh nak cari harga yang mampu milik je la. Tak perlu memahal. Janji selesa dikaki.
Sebab kadang kat BATA ni harga pun boleh tahan. Mampu tengok je. Haha! 😅

Sekali tengok ada OFFER! 


Sepasang Rm59.90
Kalau ambil 2pasang  kasut dari tempat yang sama Rm79.00
So berbaloi sangat la ambil 2pasang terus kan. 
Kira 1pasang kasut jatuh harga Rm39.50 je. Kebetulan kita pun memang nak beli 2pasang.
Allah.. Dipermudahkan sangat urusan. 
Jimat juga la duit sikit, sebab nak kena beli keperluan lain juga nanti. 

Bila tanya ada OFFER ni sebab nak habiskan stok ke, then pekerja tu kata "ya"..
Sebab nak masuk stok baru. Ni kita beli kat Aeon Ayer Keroh. Kita tak sure OFFER tu sampai bila.
So kalau korang jenis suka beli kat BATA, boleh la tengok tengok. Kot boleh sambar kasut tuk raya ke. Hehe

Syukur sangat sebab kasut yang dipilih tu ada stok. Selalu bila berkenan je stok habis. Tinggal display. Apa pun, Allah sungguh permudahkan urusan.. 

Siap daftar jadi ahli terus. Lagi lagi my birthday bulan 4 ni. Hehe..
So, time tu kalau dapat voucher, boleh terus belikan kasut untuk anak anak pulak. 😉

Wednesday, 27 March 2019

Ikan Cencaru Sumbat / Berinti

8:44 am 19 Comments

Siapa kat sini penggemar ikan cencaru. Tak kira la dimasak apa pun. Sama ada gulai ke, masak secara bakar cicah air asam ke..
Kalau macam kita suka ikan cencaru yang dibuat berinti je. Sumbatkan inti dia kat belah belakang ikan tu. Masak lain kita agak slow sikit nak masuk ke tekak. 

Macam kalau balik umah mil, mil kadang bakar je. Bakar kering je atas kuali gitu. Pastu makan dengan air asam macam tu. Tengok sedap je orang makan. Tapi ntah kenapa kita tak boleh bak masuk ke tekak. Terbayang bayang macam ikan tu tak masak lagi rasanya. Macam macam imagine nak muncul dalam kepala ni pulak. 

Abaikan rupa ikan yang tak cun sebab melekat kepalanya kat kuali.
Hahaha.. Tapi rasa sedap. 👍

Dah lama tak buat ikan cencaru sumbat ni. Sebab faktor, kadang tu ikan dia tak fresh. Tak suka. Sebab ikan cencaru ni bau dia macam kuat. Tak berapa nak fresh, so tak berapa sedap nak dimakan,kan..

So, saja je la nak share kat sini cara cara nak buat ikan cencaru sumbat / berinti ni. Mana laaaa nak tahu kan, kot kot ada adik adik yang baru nak belajar buat kan.


Bahan untuk inti :
- kelapa parut
- bawang putih
- bawang merah
- sedikit air asam jawa
- serai (dipotong halus)
- sedikit garam
- daun kunyit (diracik halus)
- serbuk kunyit / kunyit hidup (ditumbuk)

Cara-caranya :
- tumbuk bawang merah, bawang putih, serai, kunyit (kalau guna kunyit hidup)
- dalam bekas lain, masukkan kelapa, bahan yang ditumbuk tadi, daun kunyit, serbuk kunyit (kita pakai serbuk, tak bubuh kunyit hidup) ,sedikit garam, sedikit air asam jawa
- gaul rata hingga sebati

- ambil ikan yang dah dibersihkan, dibelah belakang, boleh la sumbat intinya. Kalau ada lebihan inti, boleh sumbat di belah hadapan yang kita buang isi perut dia tu.

- kalau nak sedap, boleh je goreng setengah jam kemudian ke. Bagi macam diperap sekejap. So, tinggal goreng, settle

Sebenarnya masak memasak ni tak la susah kan.. Cuma kita kena praktik buat. Kalau tak buat, kita rasa susahnyaaaaa la hai nak masak tu, betul tak?

So, agak agak korang lunch nanti masak ikan sumbat ke tu.. Hehe

Sunday, 24 March 2019

Cempedak Goreng | Sedapnya Buat Santapan Minum Petang!

5:16 pm 23 Comments
Hai readers..
Hari minggu macam ni mesti korang berjalan kan.
Beriadah..
Me? Erm.. Memandangkan sekarang musim panas ni, duduk dalam rumah diam diam je la.
Keluar bila perlu. Pergi beli barang ke..
Kalau saja saja keluar tu, tak kot. Kecuali la encik suami ajak. Ikutkan aje..

Petang macam ni sambil godek telefon, terjumpa pulak gambar dalam galeri ni. Sebelum didelete, meh la kita jadikan ianya satu bahan entri kan.


Gambar tahun 2018 sebenarnya. 
Masa tengah musim cempedak berlalu. Opkos la tak lepaskan peluang menikmatinya kan..
Siapa yang tak suka dengan cempedak goreng, rugi kan..
Tapi zara memang tak berapa suka. Masa tu la. Dia kata buah apa ni.. Tak sedap.
Ehhh dia punya aroma tu bila tengah digoreng sedapnyaaaa la hai!
Ntah macam mana la zara boleh tak suka. 

Punya la nikmat makan cempedak goreng, dia boleh kata tak sedap.
Puas juga la mama dia dapat pulun makan.
Masa tu sakit kalenjar tu belum dioperate lagi.
Then masa tu sakit nyut nyut tengah menyerang. Disebabkan bantuan dari ubat tahan sakit, so dapat la menikmatinya.


Dok terbayangkan, kalau la musim panas gini dapat cempedak goreng, minum pulak teh O panas tak pun kopi O, ehhhh nikmatnya la hai..
Kan.. Kan..
Haaaa, korang pun tengah terbayang bayangkan la tu kan..

Saturday, 23 March 2019

Cari Mood!

8:59 pm 20 Comments
Orang selalu cakap, kalau kita nak buat sesuatu kerja tu, kita takde mood, kita kena cari mood dulu sebelum nak hadap kerja tu.
Contoh macam nak lipat kain baju..
Halaaahhh halaaaaahhh..
Korang pun mesti stress kan..
Kalau orang lelaki lagi lagi bujang, kita tak tahu la macam mana kalau nak hadap lipat kain baju ni..
Lagi lagi yang duduk luar, bukan dengan parent.
Kalau masih duduk dengan mak tu, mungkin mak ke, kalau ada adik ppuan ke, mesti dorang tolong lipatkan,kan?
Habis kalau duduk umah bujang? 

Kalau lelaki ni dah kawen, selalunya isteri la yang kena hadap kerja tu, betul tak?
Selalunya kalau nak membasuh kain ni syok je. Sidai pun elok je..
Tapi tang melipat tu MasyaAllah..
Kadang boleh nangis. Haha
Walhal lipattttt je pun. Sambil tengok tv pun boleh je buat.
Tapi ntah kenapa nak mulakan tu dia punya bercintaaaaaaa, hahaha..


Kalau macam kita nak cari mood ni senang je.
Cari benda yang boleh buat kita rasa seronok.
Macam kita suka mengemas.
Contoh macam dah plan.. Okay, atas meja solek ni nak kemas macam ni. Nak susun barang barang macam ni..
So, kita dengan perasaan semangat tu, terus menjalankan misi.
Bila rasa macam "ehhh syok nya kemas kat sini.. Nampak tersusun je semua" automatik mood nak mengemas tu berkobar-kobar!

Dah settle kemas tu, terus capai kain baju, terus lipat. Ehhhh laju pulak tu melipatnya.
Sedar sedar habis dah kain yang dah 2-3hari terbiar. Kadang tu punya malas nak lipat kain baju suami siap tegur.. "mana stokin putih abng"..
Haaaa, dengar satu pertanyaan macam tu mula nak menggelabah kan. Haha
Sebab cari barang tak jumpa!

Kalau korang kan nak buat sesuatu kerja tu, korang takde mood, korang buat apa dulu eh?
Contoh macam korang nak kena sental bilik air yang dah berlumut, tapi kadang tu bercintaaaanya nak main air kan?
So korang buat apa dulu nak bagi mood tu datang?
Bernyanyi dulu ke, tidur dulu ke, pastu kang bangun baru buat kerja ke.. Meh la share..
Nak tengok korang kalau cari mood tu macam mana.. Hehe

Wednesday, 20 March 2019

Cara Mendapatkan Kekosongan Jawatan 2019

1:47 pm 21 Comments
Zaman sekarang ni, ramai graduan lepasan universiti atau mereka yang lepasan Spm masih menanti peluang pekerjaan. Dan dengar dengar lebih 500,000 sedang menganggur dan menanti jawatan kosong 2019. Dan sebenarnya, bagi yang belum terbiasa dengan dunia pekerjaan ni, agak kekok nak mencari peluang pekerjaan ni. Mungkin ada yang tak tahu, sekarang ni untuk mencari pekerjaan tidaklah sesusah mana yang disangka. 


Sebenarnya banyak peluang pekerjaan yang terbuka, tapi ramai yang tidak didedahkan dengan maklumat sebegini. Sebagai contohnya, antara peluang pekerjaan yang dibuka seperti Jawatan Kosong TNB, Jawatan Kosong Polis Bantuan, Kerja Kosong Di Kelantan, Jawatan Kosong Untuk Terengganu dan yang sering dicari  Jawatan Kosong Kerani.

Antara banyak banyak jawatan yang sering dicari, jawatan yang kita nyatakan tadi adalah sektor yang paling kerap dicari dilaman laman web untuk melihat peluang kerja yang ada. 

Sebagai contohnya kita sendiri, walaupun hanya seorang surirumah, tidak bermakna kita hanya duduk berdiam diri. Kita suka juga cari peluang pekerjaan yang ada di website yang ada. Salah satu website yang kita selalu terjah ialah kerja kosong atau https://www.kerjakosong.co/

Kenapa website ini menjadi pilihan? Kerana disitu terdapat banyak peluang kerja yang disedia. Sebab di dalam portal ni la kan yang kita sedia maklum, ada diberitahu tentang jawatan kosong kerajaan, jawatan kosong swasta dan juga jawatan kosong dibuka SPA.

Bila kita rajin terjah laman web sebegini, sebenarnya kita dah memudahkan kerja kita. Sedikit sebanyak ianya memang dapat membantu. Membantu dari segi pertolongan peluang kerja yang sedia ada kekosongan, tips untuk memudahkan mendapat kerja dan sebagainya. 

Bagi mereka yang masih belum arif dengan cara untuk mendapatkan peluang kerja, mesti korang akan cuba langkah paling mudah dengan apa yang korang tahu iaitu search di google kan? Bila keluar tentang jawatan kosong, kita mula rasa teruja, tapi kita berasa hampa kemudiannya sebab kadang kala website yang ditujukan tidak bermaksud dengan apa yang dinyatakan. 

Jadi kita nak sarankan kat sini, kalau nak cari kerja kerja kosong tak kira la untuk diri sendiri ke, adik ke, nak suggest pada kawan ke, korang pergi je laman web KerjaKosong.Co dan jangan lupa bookmark la sesiap blog jawatan kosong ni untuk memudahkan korang search dikemudian hari!

So, macam mana? Agak agak yakin tak lepas ni nak cari peluang kerja tu dimana? Kita harap dengan perkongsian entri kita tentang pencarian jawatan kosong 2019 ni dapat membantu kengkawan semua. Jangan putus asa okeh! Yang penting usaha! 🙂

Tuesday, 19 March 2019

Tips Pengawalan Kulit Berminyak | Aloe Ac Clean Bubble Cleanser

3:11 pm 18 Comments
Dulu kita ingat lagi, masa sebelum kawen. Suami pernah tanya.. Kita kalau cuci muka, kita pakai cleanser apa. Kita bagitahu la pakai je cleanser yang dijual kat pasaran luar tu. Suami masa tu tanya, seolah-olah memang nampak la dia jenis ambik kisah bab-bab penjagaan muka ni. Kita pulak rasa macam, aikkk, kita ni tak jaga muka ke..

Dia tanya tu sebab dalam kehidupan seharian, kita takkan terlepas dengan 1 perkara penting ni.
Mencuci muka. Mungkin ada yang kata, mencuci muka cukuplah sekadar mencuci dengan air begitu sahaja. Bagi kita, mencuci muka perlu juga dititik beratkan. Mencuci ala kadar orang kata belum memadai ye. Apatah lagi kalau kita bekerja, keluar pagi balik petang. Cukup ke sekadar cuci dengan air tanpa penggunaan sebagai cleanser? Lagi pula, muka merupakan anggota pertama orang lain akan pandang dahulu.

Kalau bab cuci muka ni, kita memang ambil berat. Sebab kalau tak cuci sebaiknya, terasa muka berlengas, berminyak. Ohhh tidak.. Kita cukup tak suka kalau lepas mandi, belek muka pastu terasa muka ni semacam. Walaupun kita bukanlah jenis kaki mekap 24jam, tapi bila keluar, kulit muka terdedah dengan persekitaran luar, habuk dan kotoran dari luar. So, part mencuci muka ni la memang kita utamakan.


Dulu, zaman sekolah macam tu, sampai la zaman awalan kerja, sebenarnya kita tak pandai pilih cleanser yang sesuai. Dulu pakai satu jenama pencuci muka ni. Tapi stoknya selalu habis kat pasaran. So kadang tu beli jenis scrub. Kita tak tahu pula kalau jenis scrub ni tak boleh digunakan untuk harian. Sebab ianya bertekstur kasar kan. Sebenarnya kita kena cari jenis foam macam tu sebab ianya lembut. Dan sesuai untuk digunakan secara harian. Rupanya penting untuk tahu jenis jenis pencuci muka ni kan.

Perkara yang kita cuba atasi bila mencuci muka ni ialah dalam pengawalan minyak. Kita tak suka muka yang berminyak. So, bila mencuci muka, kita akan pastikan pencuci tu mencuci dengan baik, membuang kotoran dari dalam. Sekarang ni kita dah tak perlu risau lagi, sebab kita dah jumpa satu pencuci yang sangat sesuai untuk kulit muka kita iaitu Aloe Ac Clean Bubble Cleanser. Dalam nak mendapatkan kulit muka yang bersih, pastikan muka dicuci sehari 2 atau 3kali dengan penggunaan cleanser tau. Macam kita sebab housewife, dan tak bermekap, so sehari 2kali kita akan pastikan muka dicuci.



Selama sebulan tau kita cuba cleanser ni. Then kita rasa boleh setia la dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni, sebab kita tengok semakin lama kita guna cleanser ni muka rasa bersih, rasa fresh je. Suami pun dah tak tegur muka berminyak macam sebulan yang lepas (selepas operation). Kalau muka berminyak, suami tegur, kita pun mula rasa macam tak seronok kan. Macam ada sesuatu je tak kena. Suami kita ni jenis tegur je kalau ada yang tak kena dengan muka isteri dia.

Bila bercerita pasal Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni, kita tengok ianya serasi dengan kulit sebab dah sebulan lebih penggunaannya secara konsisten, kulit muka tiada masalah seperti kemerah merahan yang boleh mengakibatkan kulit menjadi nipis dan pedih, malahan kulit sentiasa lembap dan ianya tidak mengeringkan. Tu yang terbaik,kan.. Sebab orang kata kalau kita pakai sesuatu cleanser tu, pastu kulit pedih, maknanya tak sesuai la dengan kulit muka kita. Kiranya cleanser tu menipiskan kulit muka.



Mungkin faktor isi kandungan bahan pun kena dititikberatkan juga. Seperti Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni, bahan utama yang terkandung didalamnya ialah Aloe Vera dan Tea Tree Oil. Rasanya semua pun sedia maklum, Aloe Vera sememangnya bagus untuk kulit, lagi lagi kulit yang bermasalah,kan? Bila ia diletakkan di dalam pencuci muka, tentunya ia ingin mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Kita suka jenis cleanser macam ni. Sebab kulit muka ni kadang kala boleh kering kan. So kalau pilih cleanser yang betul, kulit muka tak rosak.


So, disebabkan kita juga sememangnya pengguna setia Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari HansaegeeNature ni, so kita juga nak suggest la kalau korang yang mempunyai masalah kulit muka, tak kira apa pun, atau kulit muka korang normal sekalipun, untuk mencuba produk ni. Macam kita, kita memang perlu cari cleanser yang boleh mengawal minyak di muka. Sekarang muka kita berada di tahap yang normal balik dah. Dia tak berminyak atau kering pun.

Dan macam kita kadang kadang petang tu mandi awal. Mungkin nak keluar beli barang ke apa kan. Balik pulak dah malam. Kadang tu, memang tak mandi dah. Tapi, please okay siapa yang malas sangat tu, pastikan sebelum nak tidur, cuci la muka tu dulu. Buang habuk kotoran tu. Setiap malam sebelum tidur, kita akan pastikan muka bersih. Kalau nak tidur, muka kena bersih sebab time tu la kita nak rehatkan kulit muka kan.. Kalau muka bersih, pastinya kulit akan elok cantik terjaga je sepanjang masa. Lagi lagi kalau korang jenis kaki mekap, please okay, sila cuci muka tu dulu bagi bersih. Buang segala mekap. Time tidur kalau bermekap pun bukan ada orang nak tengok.

Bukan susah nak cuci muka, lagi-lagi dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari HansaegeeNature ni.. Picit sikit, dan sapukan rata ke seluruh wajah. Urut lembut, lepas tu bilas. Kan dah rasa segar je muka tu. Sekarang kita dah jumpa produk yang bersesuaian dengan muka kita dan mungkin ramai kawan kawan nak mencuba juga kan? Benda yang baik haruslah dikongsi bersama kan? Nak tahu macam mana nak dapatkan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ni?
Korang boleh layari :







Jangan rasa ragu-ragu untuk mencuba okay, yang penting ianya selamat digunakan.

Monday, 18 March 2019

Atasi Penuaan Bersama Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++

11:31 am 23 Comments
Hai readers.. Salam sejahtera semua..
Bila bercakap mengenai peningkatan usia, apa yang sering korang risaukan? Penuaan? Garis halus mula kelihatan? Tompok tompok hitam jeragat? Erm.. Banyak kan yang mula memunculkan diri.. 

Kalau tanya kita, walaupun baru nak masuk usia 31tahun, kita pun kena risau juga. Untuk menjaga muka ni, kita perlu penjagaan seawalnya. Bukan dah terlewat, dah nak masuk usia 40an baru perlu jaga. Baru nak kisah produk apa yang nak dipakai. No, no, no okay..


Sebagai mengambil langkah awal, atau erti kata lain langkah berjaga jaga, kita diperkenalkan dengan 1 produk, yang rata rata dah ramai yang mengenalinya. Dulu selalu terdengar orang cerita pasal Murad. Ehhh siapa Murad ni? Pakwe baru ke? Tiba tiba je menjadi sebutan ramai.. 


Haaaa, ni nak cerita, Murad ni adalah satu produk yang dikatakan boleh membantu untuk mengatasi masalah korang juga, yang tercari cari produk untuk membantu melambatkan proses penuaan la gitu. Haaa, ni kita nak share sebab kita memang guna tau. Sebab produk ni best, so kita nak cuba la. Untuk memastikan kulit kita sihat selalu dan terjaga dari seawalnya. 


Kenapa kita memilih untuk menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni, kerana ianya dapat melindungi kulit wajah dan dapat mengaburkan garis garis halus yang mula menampakkan diri. 


Yang bestnya bila menggunakan Murad ni, kulit muka terasa lembut sangat tau. Krimnya tu soft sangat. Bukan jenis berminyak, sangat selesa digunakan. Dan kita juga dah try guna, dan keluar pula pada waktu panas tengahari. Tak menjejaskan apa apa pun dimuka. Muka tidak berminyak, kekal lembut sentiasa. 

Apa kelebihan lain Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni?

1. Boleh menjadikan mekap tahan lama, kekal flawless selama 12jam pengunaannya.

 2. Dapat menutup 30% liang liang pori serta menjadikan kulit licin jika digunakan secara konsisten.

Melalui kajian yang telah dijalankan secara klinikal juga, Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ini juga dapat memberikan :

- 71% dilihat dapat mengurangkan garis halus dan kedutan diwajah.

- 94% menyaksikan kelancaran dan tekstur yang lebih baik

- Perisai SPF yang tidak kelihatan terhadap kerosakan UVA / UVB tanpa coretan atau corak putih. 100% perlindungan diberikan.


Siapakah yang boleh menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni?

Mereka yang mempunyai kulit berminyak, normal,  kulit kering, senang cerita mereka yang mempunyai kulit sensitif pun boleh menggunakannya ya. Tanpa rasa ragu-ragu.

Kenapa kita katakan, kita tak perlu berasa ragu ragu untuk menggunakan Murad ni? Kerana ianya telah dirumus dengan selamat tanpa :
- Parabens
- Sulfat
- Phthalates
- Gluten
- Bahan yang berasal dari haiwan

Bagaimana cara untuk menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni?


Cara penggunaan yang sangat mudah. Hanya perlu gunakan dengan cara sapuan nipis diwajah. Bagi yang suka menggunakan mekap, boleh menyapu Murad Invisiblur terlebih dahulu, dan penggunaan nya akan mengekalkan mekap lebih tahan lama. Bagi kita, kita hanya menggunakan Murad Invisiblur sahaja setiap kali untuk keluar rumah supaya kulit muka sentiasa dilindungi. 

So, tertarik tak dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 | PA+++ ni? Nak tahu macam mana nak dapatkannya dengan cara yang selamat dan mudah? Boleh layari : 

Website : https://www.murad.com.my/invisiblur-spf-30

Facebook : @murad.malaysia

Instagram : www.instagram.com/muradmalaysia


Saturday, 16 March 2019

Safi Expert Solution Memberi Keanjalan Pada Kulit Wajah

8:33 pm 17 Comments
Bila sebut pasal penjagaan muka, tentunya kita ambil berat tentangnya,kan. Kita akan kisahkan dari segi penjagaan, produk apa yang terbaik untuk merawat muka. 

Orang kata, kalau kulit muka bermasalah, berjerawat, berjeragat, kulit kering, kulit berminyak, kita perlu pastikan produk yang diambil benar-benar sesuai dengan kulit muka. Orang kata, jangan main guna je sedangkan muka tak serasi dengannya. 

Semakin meningkat usia, pelbagai masalah mungkin mudah timbul. Garisan halus diwajah, berpigmentasi, orang kata masalah ini akan timbul seiring peningkatan usia. Namun, untuk mengelakkan kita nampak tua sebelum usia, apa kata kita cuba atasinya dengan Safi Expert Solution.


Bercerita mengenai Safi Expert Solution ni, kita sendiri dah mencubanya tau. Sebelum ni kita ada mengalami demam. Dan akibat dari tu, muka jadi kering. Bukan setakat kering, tiba tiba kulit muka menjadi kasar tanpa diketahui sebabnya. Adakah sebab kurang minum air?? Tu kita tak berapa pasti. 


Yang pastinya, mula mula agak ragu ragu juga nak menggunakan Safi Expert Solution ni. Sebab risau kalau mungkin boleh membuatkan kulit muka menjadi lagi teruk. Seawal 3hari penggunaan sebenarnya ianya dah bertindak secara positif! Tanpa disangka, kulit muka terasa lembut, kekasaran di kulit pipi pun beransur hilang. Terasa macam Safi Expert Solution ni ajaib tau. Jom ketahui lebih mendalam lagi tentang Safi Expert Solution ni.


Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation.

Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation Ini merupakan sistem ampoule dengan 2 tindakan diformulasikan dengan bahan aktif DN Age Technology yang sangat baik. Kombinasi yang kuat ini menembusi dengan pantas ke dalam lapisan kulit untuk memerangi bahagian gelap yang mendalam, membekalkan kelembapan yang sengit dan menggalakkan pembaharuan kulit untuk penampilan kulit keseluruhan yang kelihatan lebih baik

Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

- Tanpa minyak mineral
- Tanpa alkohol
- Tanpa silikon
- Tanpa paraben
- Tidak diuji pada haiwan

Hasil yang telah diuji juga menyakinkan pengguna lain diluar sana kerana : 

85.7% bintik hitam berkurangan
100% pembaharuan kulit
100% menganjalkan kulit
91.7% kulit muka berseri
100% tona kulit muka dipertingkatkan


Cara penggunaan :
Langkah 1 : Renewal Hydra Complex
Titiskan sedikit ampoule ke tapak tangan menggunakan dropper yang diberikan. 
Kemudian sapu rata atau dap dap kan ke seluruh wajah.


Langkah 2 : Supreme Anti-Spots Complex
Titiskan beberapa titik Supreme Anti-Spots Complex dan sapukan ke muka secara urutan ke atas. 


Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin

Safi Expert Solution Milk Drop Serum membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.


Langkah penggunaan.
Ambil sedikit krim serum tersebut dan sapukan ke seluruh wajah dan leher.
Urut secara lembut, supaya ianya rata dan meresap ke dalam kulit.

Daripada hasil kajian juga didapati :

280% merangsang kelembapan segera
72 jam mengekalkan kelembapan tanpa henti
92.5% menguatkan/menganjalkan kulit
1 bulan kulit kekal cerah
1 bulan kulit kekal keanjalan


Setelah pengunaan beberapa hari, ternyata ianya memberikan kesan yang positif kepada kulit muka. So, kita tak perlu risau lagi, kerana Safi Expert Solution dah membantu dalam menyelesaikan masalah kulit muka kita. 


Sponsor

Comments