Sunday, 24 February 2019

Sup Tulang Super Sedap. # Ehhh

10:56 am 23 Comments
Hello readers.. Boring tak korang asik baca blog kita kisah bab makan je. Kalau boring pun tak boleh nak buat apa wakk.. Kita ni kemaruk masak. Anak anak kat rumah opahnya.. Kita syok pulak masak tuk ddy dorang. Maksudnya bila kita masak takde gangguan. So masak dengan rasa happynya la.. In shaa Allah hasilnya sedap. Bak kata Masterchef Sabri. Kita kalau masak kena selawat. Dan yang penting masak dengan hati yang iklhas. Baru orang yang makan tu terasa nikmatnya.. Haaaa.. Gituu..

Hari jumaat kelmarin masa tengah makan tengahari ddy dorang ni saja sembang. Nanti pergi pasar esok nak cari tulang la. Boleh buat sup tulang. Dah lama tak makan. Sedap jugak tu. Pastu beli keteow. Boleh jadikan keteow sup gitu..
Kemain ddy dia punya teringin nak makan. Tapi bagitahu macam tu mudahkan kita la nak masak, ye dok.. Tak la pening kepala pikir menu apa harini? *sambil kerut kening*

So pagi sabtu pergi la pasar. Pergi lewat. Dah kat kul 11pagi baru keluar. Sebab ddy dorang duty hari jumaat sampai sabtu. Sabtu settle duty pagi. Tapi lewat sebab bz. Kerja banyak. Pergi pasar elok pulak pakcik jual daging tu takde. Cuti kot. Actually yang jual daging sorang je kat pasar tu. 
Maka bertabah je la bila pakcik tu tak niaga. 

Pastu kitorang kena la beli tulang dekat TMG je. Pasaraya pun ada. Cuma biasa la sejuk beku dah kan. So taknak menghampakan ddy dorang, kita cakap beli je la. Tengok elok je tulang tu haaa..
Beli la dalam 5ketul je macam tu sebab kita bukan boleh mengunyah pun. Tapi memang nikmat kalau dapat makan sup tulang kan. Kena pulak sambal kicap pedas tu.. Ehhhh... 😆
Haaa, korang tu menjejes ler tue airliur tu kan.. 😄😄

Balik dari beli barang, terus ke dapur, sinsing lengan baju terus basuh tulang yang dibeli. Renehkan dia dulu.. Bak kata orang reneh lama cepat lembut dagingnya. Nak makan pun mudah. Dalam pukul 2 lebih rebuskan tulang tu, dalam pukul 4 baru masakkan bahan bahan rencahnya. 


Dalam pukul 5 ddy dorang cakap nak makan. Terus celurkan dulu keteownya bagi lembut then buat sambal kicap pedas tu haaaa..
Kita pulak tak lalu dah makan bubur. Sampai naik muak ya amat dah. Ambik mangkuk isi keteow sikit. Bubuh sup sikit. Ya Allah.. Dia punyaaaaaa nikmat tu tak terkata la. Sedap ya amaat. Bukan puji sedap ke tidak masakan tu. Tapi nikmatnya dapat makan benda lain selain bubur nasi. 

Tapi kita kalau nak makan pape tu kita bagitahu jugak kat ddy dorang ni. Taklah main makan sembarangan je. Karang gatal ke apa kang, sendiri jugak yang naya. Ye dok..

Ni kita sharekan sekali bahan-bahan yang kita gunakan tuk buat sup tulang ni ye. Kita tahu ramai yang pandai masak. Tapi sharing is caring kan. 💕 Kot la menu kita ni berlainan sikit dari orang lain. Hehe

Bahan bahannya :
Tulang lembu - Reneh/Rebuskan dengan air sahaja ye. Rebuskan dalam 2jam or ikut banyak mana tulang tu. 

Bahan tumisan :
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dihiris
Halia - diketuk je
Sup bunjut (pilihan nak letak ke tak. Kita letak)
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
Lada putih - ditumbuk
Lada hitam - sikit je. Ditumbuk juga
Garam
Kiub / Stok Lembu
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan sampingan :
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Cara-caranya :
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, rempah 4 sekawan. Biarkan sehingga naik bau. 

Kalau hasil tumis tu nampak kering, boleh letakkan kuah sup tadi ye. Lepas tu masukkan lada putih dan lada hitam yang dah ditumbuk. 
Masakkan biar nampak naik bau. Tapi jangan sampai hangit pulak tau. 😄

Kemudian, tutup api dapur then hasil tumisan tu dimasukkan dalam kuah tadi. Kacau rata.

Boleh masukkan stok lembu tu terus dalam kuah tulang yang direbus tu ye. Juga perasakan dengan garam. 

Bila dah siap, kuah dah cukup rasa boleh letakkan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.

Sedia dihidangkan. 

Friday, 22 February 2019

23.11.2018 | Majlis Meraikan Anggota Bersara Dan Bertukar Keluar

3:04 pm 17 Comments
Hello Readers..
Harini nak buat entri kenangan je.. Entri throwback beberapa bulan lepas punya. Ambik mood betul nak mengarang. Sebab kadang mood nak mengadap skrin lelama tu takde. Buat separuh cerita, pastu draf dulu. So harini kita simpan kat blog. Dah 3bulan genap baru nak share. Hehe
Kejam betul. 


Kisahnya bulan November tahun lepas, ddy dorang salah sorang antara yang dijemput untuk ke Majlis  Meraikan Anggota Bersara Dan Bertukar Keluar. Sebab ddy dorang kan kena posting out bulan Julai 2018 haritu. 


So, memikirkan Majlis macam ni bukan diraikan selalu, dan kira majlis special, so kitorg pun pergi la. Nak kata tak jauh, mersing ke gemas dalam 4jam la. Takpe, redah je. Sebab bukan senang orang nak raikan kita kan? Majlis tu diadakan di Restoran Altaf Tomyam, Pasir Besar, Gemas.

Majlis macam ni rugi tak pergi. Bukan sebab bakal disajikan dengan makanan yang sedap-sedap. Tapi kita fikirkan juga nilai persahabatan yang terjalin masa berada di Unit lama tu kan.. Betul tak? Pergi sebab boleh jumpa kawan-kawan juga. 


Untuk anggota bersara ramai juga. 10orang kot. Yang bertukar keluar dalam 3 orang. Tapi ddy dorang je yang hadir. Yang lain tak dapat hadir. So cakap juga kat ddy dorang. Kalau la kita pun tak pergi, makanya yang diraikan untuk anggota posting out takde la.. Kan tak seronok. 

Tapi memang best Majlis malam tu. Rasa sedih bila pikir balik beberapa jam je berada disana. Kalau boleh rasa nak berpindah je ke Gemas balik tau. Sebab 4tahun kan kitorang duduk sana. Seronok sangat. 

Kalau korang pergi ke Gemas ke, tiba-tiba nak makan di Restoran tu, try la cari guna Maps. Dia bertempat di Pasir Besar. Nak kata susah cari tak juga. Sebab dia tepi jalan je. Antara menu malam tu yang disajikan :



MENU MAKANAN
- Nasi putih
- Ikan Siakap 3 rasa
- Ikan Siakap masak Stim 
  Limau
- Daging Masak Merah
- Sayur Kailan Ikan Masin
- Tomyam Seafood
- Telur Dadar
- Ulam/ Sambal belacan
- Buah Tembikai
- Air Tembikai




Memang puas makan tau. Sedap pun sedap. Tapi kita tak makan banyak masa tu. Sebab kebetulan sampai gemas lewat petang. Perut dah lapar sangat. So singgah makan Nasi Ayam Gemas. Merasa la malam tu tengok orang yang makan sesedap. Hehe..


Majlis malam tu bukan sekadar makan makan je. Tapi ada juga cabutan nombor bertuah. Ucapan dari yang bersara, siap diberi peluang siapa yang nak berkaraoke dan last ada acara potong kek harijadi..


Yang penting malam tu buatkan kita masih teringatkan gemas dan rindu bertandang lagi.. 💕



Thursday, 21 February 2019

Daging Masak Lada Hitam Bersama Brokoli

10:41 am 48 Comments
Hai readers. Harini kita cerita pasal makanan pulak la ye. Kita ni tak la terror memasak pun. Tapi sebagai seorang perempuan, seorang isteri dan juga merangkap sebagai seorang surirumah, kena la tahu bab memasak ni kan. Tak kan suami balik buka tudung saji tengok kosong je. So, kena la sediakan makan yang sepatutnya.


Kisahnya haritu ada terperasan kat dalam facebook ke google ntah la. Lauk daging tu dimasak dengan sayur brokoli. Tapi kita tak perasan apa nama menu tu. Last-last google. Kebetulan ada daging dan brokoli dekat rumah. So nak try la masaknya. Rupanya daging masak lada hitam nama dia. 

Then setelah digoogle cari resepi, jumpa la satu resepi ni. Daging Goreng Lada Hitam dan Brokoli oleh Kekny. Kita buat ikut cara dia. Tapi ada juga la kita olah sendiri pastu ada jugak bahan takde. Haha

Kita rasa tang kuah tu sikit. Okay la sedap. Tapi kita tak boleh nak mengunyah, so kita makan bubur je la. Masakan lauk tu untuk en.suami je la. Tengok dia makan pun berselera je.. So kita simpan sini resepi dan cara buatnya supaya next time nak try boleh cari balik kan. Maklumlah. Kadang tu resepi pun boleh terlupa. 😅


Bahan bahannya : (secara keseluruhan)
Lada hitam
Daging
Kicap manis (kat rumah takde)
Kicap masin
Gula (disebabkan takde kicap manis, kita bubuh gula sikit)
Brokoli
Garam
Bawang holland
Air
Minyak
Bawang putih
Sos tiram
Tepung jagung (ikut suka nak bubuh ke tak)

Bahan perapan. (kita perap dalam sejam macam tu)
Daging
Lada hitam (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Sos tiram
Kicap masin
Gula
Halia (ditumbuk)

Cara-caranya :
Daging diperap bahan perapan diatas. Then kita biarkan dalam sejam macam tu. 

Setelah 1 jam. 
Panaskan minyak sikit. Masukkan daging diperap tadi. Kemudian masukkan air. Agak agak la ye. Untuk bagi daging masak lembut. 

Agak agak daging dah lembut je, boleh masukkan sayur brokoli, garam sedikit kalau kurang masin then bawang holland.

Kalau nakkan kuahnya pekat, boleh je kalau nak bubuh sedikit bancuhan tepung jagung ya. Tapi semalam kita tak bubuh. Sebab tengok dah elok pekat cantik je kuahnya. 

So, siap. Mudah je kan. Pastikan daging elok masak lembut dan sayur brokoli tu pun masak ya. 


Wednesday, 20 February 2019

Semuanya Telah Tertulis..

7:29 pm 23 Comments
"Setiap Orang mampu merancang..
Tapi sebaik-baik perancangan hanyalah dari Allah"..


Hai readers..
20.02.2019.. Sebulan dah berlalu.
Kalau la kita masih belum dioperate, harini la tarikh sepatutnya kita kena buat CT Scan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.
Tapi tu semua hanyalah sebuah perancangan..

20.02.2019.. Setelah sebulan berlalu..
Kita dah selamat menjalani operation.
Now dalam proses untuk baik. Masih dalam proses berpantang. Pantang makan la. Bukan pantang ada baby kecil. Hehe

20.02.2019.. Tanpa dijangka..
Adik ipar sepatutnya harini appoiment ke hospital untuk jumpa dengan pakar. 
Ikut cerita adik ipar, appoiment tu sebab nak tengok dia boleh bersalin normal ke tak.. Sebab badan dia ni kecik molek sangat orangnya.
Tak sangka pula.. Pergi sana buat ctg dulu rasanya. Baby mengeras. Dan jantung drop..adik ipar sorang lagi tolong temankan. Dia cakap drop sangat. 

Tak lama lepas tu alhamdulillah stabil balik.
Tapi demi nak selamatkan baby, doctor terpaksa emergency czer!
35week.
Baby lahir awal sebulan macam tu. Due 21mac nanti..
Baby tak sabar nak jumpa mama papa nya awal. 

Jam 1 lebih tolak masuk bilik operation..dalam pukul 5 lebih selesai semua.
Baby girl. Tak sure berapa beratnya.
Mama dia pun tak tengok baby sangat. Sebab dalam keadaan separuh sedar.
Syukur Allah permudahkan semuanya..

Pukul 1 lebih tadi mak wasap. "Mak baru nak hilang rasa cemas.. Ni datang balik. Dugaan tiap bulan"..

Allah.. Nak nangis rasanya. Ehh, memang menangis juga la tadi lepas adik ipar sorang lagi bagitahu pasal kena operate. Sebab rasa macam terkejut. Dengan adik kita sebenarnya tengah ada latihan dalam kem. Cuak adik ipar no.3 tu call. Yang operate ni adik ipar no.2 
Dah la call tak dapat. Mujur kita cuba wasap lepas. Then try call wasap. 

Apa pun, syukur dah selamat semuanya. Perasaan cemas ni dah berlalu. Satu kelegaan. Mujur adik pun diberi keluar dalam tempoh 5hari.

Doa-doa 20mac nanti janganlah ada detik cemas lagi. Cukup la cemas dibulan januari kerana kita. Dan cemas dibulan februari adik ipar emergency czer. Moga dihari mendatang, diberikan 1001 hikmah dah kebaikan buat kami semua.

Tuesday, 19 February 2019

Kunjungan Lawatan Group Bakat 21 GGK Kump. Log.

10:31 pm 23 Comments
BAKAT : Badan Amal Kebajikan Isteri Angkatan Tentera

Hai readers.. 
Sejak lepas operation ni macam ada 1 penyakit lain pulak yang datang. Tapi penyakit ni tak merbahaya. Penyakit ni dia bagus. Sebab kita jadi kemaruk nak update blog setiap hari. Alhamdulillah setakat ni konsisten la update setiap hari. Hehe..

Cerita 09.02.2019. Nak update asik tertangguh je. Kisahnya kita baru 2minggu lebih kat 3minggu operation. Pastu kebetulan masa tarikh tu ada buat Mesyuarat Agong. Tapi kita tak dapat nak pergi. Kena banyak rehat kan. Then kalau pergi pun dengan keadaan diri yang pelik, nanti orang pun pelik je tengok kita balik. 

Then rentetan dari tu, mereka AJK dan anggota bakat yang berjawatan ni macam pengerusi bakat ni nak datang la rumah. Buat lawatan kebajikan macam tu. Nak tengok keadaan kita. Then nak tanya tentang sakit kita ni. Dorang dapat tahu kita operation. Tapi dorang ingat operation biasa biasa je. 

Dalam pukul 12 tengahari macam tu mereka sampai rumah. Selepas selesai jamuan makan Mesyuarat Agong. Kita sebenarnya terkejut dengan kehadiran mereka semua walaupun dah diberitahu. Sebab ingatkan tak ramai. Tapi dalam 15orang juga la yang hadir masa tu. 

Macam pengerusi bakat, dan lain lain tanya juga. Macam mana detect sakit tu. Berapa lama sakit. Memang bukak cerita dari A to Z juga la. Dah la masa tu tak boleh nak cakap sangat. Sebab masa tu ada jahitan baru dalam mulut. Mujur suami banyak tolong cakap sekali. Lagi pun nak cakap pun suara tak kuat. 

Then last last tunjuk juga la keadaan diri kita masa kena operate tu macam mana. Berselirat tiub sana sini. Kiri kanan tiub tuk buang lebihan darah kotor. Allahu.. Kalau ingat balik, macam mana la kita boleh bertabah dengan semua tu. Semuanya kuasa Allah kan. Pemberi kekuatan. 


Kita haritu jamu minum dengan makan kek pisang je. Sebab nak buat apa apa pun tangan kiri kat bahu still sakit lagi. Bila terima kunjungan tetamu tu rasa macam Allah.. Dapat satu perasaan ntah la.. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Rasa terharu sangat sebab mereka datang melawat dirumah kan. Kiranya ni pengalaman kali pertama terima kunjungan dari isteri isteri pegawai atasan. 


Sebelum balik tu mereka semua serahkan cenderahati berupa hamper. Sampai harini hamper tu tak buka lagi. Sebab nak tunggu anak anak balik nanti. Bagi dorang excited. 

Setiap Minggu Date Dengan Dental.

9:25 am 24 Comments
Hai readers.. Morning..
Semalam turun lagi ke HSI. Tiap minggu kena date dengan doctor dental. Setiap kali dah sampai sana, memang rasa seram tu datang. Serius, kita ni cuak jugak dengan doctor dental. Ntah kenapa. Selepas kes kena jait balik tu, seramnya tak habis habis.

Semalam gerak dari rumah jam 6.40pagi macam tu. Sampai HSI jam 9.45pagi macam tu. Kiranya lambat! Jalan jem. Tapi sebenarnya masalah cuaca juga. So tak boleh nak laju. Hujan renyai dari mersing ke kota tinggi. Bila dah masuk jam 8 pulak start dengan jem la pulak.


So kena daftar dulu di kaunter pendaftaran. Selalu tunggu turn memang makan masa sikit la. Ya Allah ramainya la orang. Mujur la anak anak kita masih di Ipoh. Kalau tak mesti dah macam macam ragam!

Settle bahagian kaunter atas pun dah pukul 10 lebih ke pukul 11pagi ntah. Pastu turun bahagian bawah. Pergi ke klinik Pakar yang kita perlu berurusan. Actually semalam sepatutnya ada 2 pakar kena jumpa. Ingatkan nak settle kan dental dulu baru pergi ke ENT. Sekali urusan ke dental selesai lambat. Jam 1.15petang settle. Masuk jumpa doctor dental tu dalam pukul 12lebih. 

Semalam jumpa dental tu tawakal je. Yang penting takmo dapat sakit. Semalam dorang buka ikatan benang yang ada dalam mulut. Ddy dorang cakap banyak juga la benang tu. Dia tengok sebba dia mesti akan temankan sampai ke dalam. Kalau dia temankan, so perasaan takut tu akan kurang la sikit. Jahitan benang dalam mulut tu kira hampir sebulan dah. So bila dibuka taklah sakit pun. Tapi bila nampak benang tu dikeluarkan lega la. 

Tapi tang bahagian yang dijahit balik tu baru 2week kan. Hat situ serammmmm! Ada rasa sakit sikit. Kecut perut jugak laa kita ni. Ddy dorang siap pegang kaki kita lagi. Haha. Bukan la kita meronta..tapi dia nampak kita dah terpejam pejam mata dok takut. Hihi.
Bila doc kata okay.. Settle.. Fuhh dia punya legaaaaaaa tu tuhan aje la tahu!.

Then disebabkan dah pukul 1.15petang, try ke kaunter ENT. Doc yang handle kes pulak tak dapat dihubungi. Sebab dah keluar makan. Pastu menunggu juga la sampai ke jam 2 petang. Nurse kata tak dapat dihubungi juga. Okay xpe. Tukar date lagi. 2kali dah tukar date. Tak dapat jumpa doctor ENT. So, balik nak kata rasa hampa sangat tu tak la. Happy sebab benang dah buka. Tapi still kena jaga jaga juga la. 

Bab makan tu still soft diet. Buat masa ni kita berani makan bubur je la. Nak mengunyah belum boleh. Sebulan makan bubur. Dok telan terus kan. So nak mengunyah jadi tak reti. Lagi lagi kawalan lidah tu. Masa buang tumor, doctor ada bagitahu lidah akan terganggu sikit. So kita kena sabar dulu la..

Nasi Beriani Mamak.

Balik dari urusan dah pukul 2petang. Ddy dorang ajak driver pergi minum dulu. Kitorg gerak ke JB naik kereta ZD. Mudahkan pergerakan kan. Pastu sampai kedai mamak order air je. Milo ais. Perut memang lapar. Sebab last makan semalamnya jam 8mlm. Lepas maghrib macam tu last makan bubur. Bubur ni setakat sejam boleh la tahan kan. Lepas tu krak krukk la balik perut. Dah la masa ke spital pun memang tak makan apa.


Sekali pekerja kedai mamak tu tegur "kakak, kasi ambik la nasi beriani. Sedap"..
Allah.. Kalau laaaa dia tahu, nak je cakap. Memang saya nak makan.. Tapi saya tak boleh nak kunyah makanan. Sedangkan minum air milo guna straw biasa tu pun mudah tersedak tau. 
So, memang kita kena banyak banyak bersabar la.

Balik dari tu terus ke Pusat Bandaraya. Nak cari Etiqa Takaful. Sebenarnya kita tak pernah sampai ke pusat bandaraya tu. Terasa macam jauhnyaaa. Paling takut kalau sesat, walaupun ikut google maps. Kita ni jenis cuak sikit. Dengan tempat tak biasa pergi. Tapi semalam hal Etiqa tak dapat diselesaikan lagi. Ada borang lain pihak hospital kena tolong isikan. Erm.. Bertabah la..

Balik rumah penatnya rasa badan. Malam tu sambil tengok majalah 3 dah terlena. 

Sunday, 17 February 2019

Resepi Ayam Halia.

5:46 pm 32 Comments
Hai readers. Harini mabuk nak update blog je. Sementara anak anak takde, kita dok layan blog la. Mana la tahu esok lusa berkepuk kepuk rezeki masuk kat blog ni kan. Aamin.. 

Ehh intro kemain panjang. Al kisahnya masa kat hospital haritu masa dah operate la. Dapat bubur. Lauk masa tu ayam masak halia. Sedih kita tau. Kita ni dah la lapar. Sekali dapat lauk camtu. Kalau keadaan mulut okay masa tu takpe la juga kan. Macam mana la nak mengunyah ayam tu.

Sudahnya kita makan bubur sikit, ambil la kuah ayam halia tu sikit. Makan brapa suap je. Tak sampai 5suap rasanya. Rasa tak lalu dah nak makan. Pastu cakap kat ddy zara zhareef. Nanti makan la lauk tu. Sayang je kalau pulang balik, lauk tak makan. Sedap lauk tu. Cuma kita takde mood nak makan dah. 

Haaa, ddy dorang dok rasa lauk tu, pastu ddy dorang cakap. Nanti balik mersing masak macam ni eh.. Sebenarnya kita pernah masak ayam masak halia tu. Tapi masa tu pregnantkan zara. Tahun 2014 kita ada masak. Ni dah tahun 2019. 5tahun kemudian baru muncul lauk no balik. Haha..

Ayam Masak Halia

Bila dah ada request nak lauk tu, mudah la kerja kita kan. So, today kita masak la lauk ayam masak halia ni. Kita tengok ada macam macam cara orang masak lauk ni. Macam kita, kita guna cara goreng. Ada sesetengah orang buat cara kukus kan? Ikutlah mana senang kan.

So kita share juga la resepi kat sini eh.. Mana tahu ada yang nak cuba sebab lauk ni senang dan cepat disediakan.


Bahan-bahan :
Ayam (ikut suka la nak guna bahagian mana)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (wajib ada tau)
Tomato
Daun bawang
Lada hitam (ditumbuk bagi hancur)
Tepung jagung (dibancuh)
Air (untuk dijadikan kuah)
Minyak
Sos tiram

Cara-caranya :
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah + bawang putih + halia sehingga naik bau atau sedikit garing.

- Masukkan lada hitam. Gaul rata. Masukkan air sedikit kalau terlalu kering. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata sehingga ayam betul betul masak.

- Masukkan lagi air biar berkuah. Masukkan sedikit sos tiram dan perasakan dengan garam. Boleh tutup dengan penutup untuk ayam benar-benar masak. 

- Bila ayam benar-benar masak, boleh masukkan tomato dan juga tepung jagung yang telah dibancuh tadi. 

- Akhir sekali boleh masukkan daun bawang. 

Pengalaman Di Hospital : Part 2

4:18 pm 9 Comments
Hai readers. Harini kita nak sambung membebel lagi dekat blog. Ntah kenapa sekarang ni kalau tak update blog rasa macam tak keruan gitu. Hehe.. Seronok share cerita dengan kawan kawan, then sudi singgah baca. 

Alkisahnya pada 15 januari 2019 (selasa), kita diminta untuk admit ward. Sebab 16 januari 2019 (rabu) kena buat MRI kan..

Kekuatan Dan Kesabaran



Masa masuk ke ward, kita disapa oleh sorang abang ni. Agaknya dia tengok kita senyap je, takde kawan sembang, so dia datang sembang. Terasa sedikit segan juga sebenarnya. Hehe
Sebenarnya kita macam tak selesa sebab ward tu bercampur lelaki perempuan. Dah pulak masa tu katil sebelah lelaki. Katil depan lelaki. So kita pun buat je la hal kita kan. 

Dia tanya, kita sakit apa. Kita bagitahu la pasal masalah diri ni. Detect ada ketumbuhan kalenjar airliur. Tapi dalam hati masih berharapan ianya tidaknya terlalu merbahaya.

Kisah abang tu pula, dia kata luka kat mata. Ouuucchh.. Kita pulak terasa ngerinya. Mata kan.. Patut mata dia sebelah bertutup. Dari cerita dia. Dia potong pallet. Ntah macam mana, dah siap dah buat kerja tu. Tiba tiba dia nak sambung sikit lagi katanya. 

Nak jadikan cerita, benda tu terpelanting. Kena ke mata. Allahuakbar. Bila kita bersama sama dengan kumpulan mereka yang sakit ni, kadang kadang kita jadi lupa sakit yang melanda diri kita, sebab kita tengok ada orang lagi besar dugaan dia kan. 

Pastu apa yang tertarik dengan cerita abang ni. 
Dia cakap "Allah nak uji kita dik. Ada sebabnya. Mungkin nak hapuskan dosa-dosa kita.. Mungkin nak buat kita lagi banyak bersabar.."

Pastu dia tanya lagi.. Suami kerja apa.. Siapa temankan..
Then kita bagitahu la, suami tentera.. Dia temankan. Dia ambil cuti.

Abang tu cakap lagi.. Sebenarnya ada hikmah apa yang terjadi pada kita ni. "Mungkin suami pun sebelum ni sibuk dengan kerja kan. Jadi Allah uji, nak dia luangkan masa dengan adik"..

Allah.. Kita sebak sebenarnya. Sebab ada kebenarannya disitu..

Pastu dia kata lagi.. Macam abang ni.. Boleh je kalau Allah nak uji kat tempat lain. Kat tangan ke, kat badan ke.. Tapi dah takdirnya, kena di mata kan..

Erm.. Tak mampu nak kata apa... Melainkan senyum je la.. Dan dengar cerita dari dia. Terus rasa tenang. Tenang sebab kita akan sentiasa kuatkan semangat kita. Kita akan sentiasa dalam keadaan bersabar. 

Allah uji ni memang bersebab. Dan kalau Allah tak  uji bukan bermakna DIA tak sayangkan kita. Cuma kelebihan mereka yang diuji tu. Allah kadang tu bukan nak uji kita seorang sebagai pesakit ni. Tapi Allah nak uji keseluruhan disekeliling kita. Keluarga kita. Sedara mara kita. Sahabat kita semua.. Betul tak.. 

Macam kita, kita tak sangka juga bila kawan kawan dengar kita bakal dioperate, kawan yang dulunya susah nak tanya khabar elok je berwasap-wasap. Dari situ Allah rapatkan kembali hubungan tu kan..

Bila ditimpa musibah. Jangan rasa down. Kadang kala orang sekeliling kita juga akan beri semangat pada kita. Macam kita berjumpa abang tu dihospital. Dalam keadaan dia juga sakit, dia mampu menenangkan kita yang juga tengah sakit. 

Sponsor

Comments