Monday, 12 November 2018

Sepinggan Sayur

11:54 am 4 Comments

Sepinggan Sayur


Hai readers.
Salam pagi isnin. Monday Blues ke tu.. Ehh, takmo badmood aihh pagi isnin ni. Kan semalam dah seronok shopping sakan 11.11 tu. Sakan korang shopping kan. Kita tak shopping. Kita semangat balik kampung. Hehe

Harini kita cerita pasal masak-masak lagi la eh kat blog ni. Ehhhh, blog ni dah macam blog masakan pulak kan. Nak buat macam mana. Surirumah ni kan banyak kerjanya tertumpu dalam rumah, dan di dapur. 

Harini kita cerita santai-santai je. Pasal sepinggan sayur. Siapa kat sini susah nak makan sayur? Kenapa ekk? Macam kita ni sekarang pun macam tu. Memilih jugak la nak makan sayur apa. Sayur lembik ni kurang sikit. Contoh macam sayur berdaun hijau. Macam sawi. Haha.. Tak paham pun ada kenapa ntah susah nak telan. Rasa macam nak uwek.. Haha

Tapi kalau orang lain masak, dan time tu perut boleh tahan lapar ya amat, elok je makan. Confius kadang tu. Tapi tang batang dia takde masalah. Sebab rangup kan. Kalau macam zara, dia nampak je sayur hijau, suruh buang. Ehhh jenuh la haii.. Ngada sangat. Kalau ada taugeh pun sama. Suruh buang. Kalau zhareef ni okay lagi la buat masa ni.

Cerita pasal sayur, kita selalu pelik kenapa orang tak makan sayur taugeh? 😄
Selalu rasa pelik orang susun keliling pinggan sayur tu. Kalau terlalu banyak pun, kita tak lalu jugak. Tapi sikit tu, boleh je la makan. 
Sedap tau taugeh lagi lagi yang tengah ranggup tu.

Kalau dekat rumah, kalau sediakan menu tengahari, wajib ada sepinggan sayur. Ddy dorang ni kalau kita masak takde sayur nanti dia tanya, 'kat rumah kita sayur dah habis ke?'
Haha.. 
Sentap ke tidak?

So, bila masak lauk, lauk sayur wajib ada. Tak kisah sayur apa. Kadang dah blur, kita campur kan je sayur yang ada jadi la sepinggan sayur. 

Friday, 9 November 2018

11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE

2:37 am 2 Comments

11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE | Wah, Lazada SALE muncul lagi!! 11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR kini bermula! Bila bercerita pasal SALE, siapa yang tak suka kan? Lagi-lagi mereka yang sememangnya kaki shopping. Shopping online je pulak tu. Sebab mudah. Cuci mata cari apa yang perlu, tinggal bayar dan tunggu barang sampai. Contohnya macam di Lazada ni la.. Sekarang tengah ada SALE. Ikutkan kita ni ada niat nak belikan sesuatu untuk anak-anak. Kalau dah kata mak budak ni, nak beli apa-apa mesti pikir nak belikan untuk anak-anak dulu kan..

Kenapa di Lazada ? Kerana Tawaran Harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumlah RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT... Menarik bukan?

Kebetulan barang yang nak dibelikan tu ada di Lazada ni. Dan ada beberapa pilihan. Pilihan dari segi rupa, warna, bentuk dan harga la. Sebab kat Lazada ni kan mudah. Kita search je apa sahaja barangan kat situ, semuanya tersedia. Cuma perlu ada duit je. Kadang tu membeli diluar lagi mahal. So, adalah lebih mudah, beli sahaja di Lazada. banyak juga la barang yang kita dah beli di Lazada ni. Bulan lepas pun ada belikan sling bag hadiahkan pada ddy dorang. So, kali ni, pilihan sale adalah barangan untuk anak-anak pula.

Sempena 11.11 Shopping Festival ni, beberapa barang yang dah dalam cadangan untuk dibeli. Antaranya :



Home Indoor Outdoor Elephant Mini Children Slide With Basketball And Net Mini Playground Playset Slide For Kids

Dah lama nak belikan permainan ni untuk anak-anak bermain dalam rumah. Sebab kadang tu tak dapat nak bagi main kat luar. Lagi-lagi permainan kat luar tu kadang kotor, sebab budak-budak main suka pijak-pijak kan. Lepas tu mungkin terdedah dengan kuman. Belum lagi tak bawa keluar sebab cuaca.

Macam dekat rumah kita ni ada taman permainan, tapi sayangnya dah pecah tempat gelongsor tu. Kesian la juga sebab dorang tak dapat nak bermain dengan puas. So bila benda ni dah masuk dalam wishlist lama, rasanya kalau SALE nanti ada penurunan harga, memang nak grab la benda ni dulu. 

Belikan sesuatu untuk anak-anak macam ni supaya mereka juga bebas bermain seperti kanak-kanak lain. Walaupun dalam rumah, mereka berhak untuk berasa gembira kan? So, mak pun happy sebab anak-anak bermain dalam pengawasan.



Girl's Bicycle Kids Bicycle

Dah lama sebenarnya zara mintak nak basikal. Dia nak basikal warna pink. Bukan taknak belikan. Tapi beli kat luar harga dia mahal. Pastu pilihan tak banyak. Tak sangka pulak lazada ni ada jual basikal. Bila tengok harga pun boleh la tahan murahnya, kenapa tak sambar kan?

Mudahnya kat lazada ni kita boleh tengok pelbagai pilihan la. Ada pelbagai jenis, pelbagai warna. Bentuk pun comel-comel je. Kalau dapat belikan kat lazada ni, kira dapatlah bagi suprise kat zara. Budak-budak pun pandai rasa teruja kan kalau kita buat suprise kat dia, betul tak?



Toddler Kids Playing Safety PlayPens Baby Play Fence Set

Dah lama sebenarnya mencari benda alah ni. Susah betul nak jumpa. Kalau ada pun mak aihhh harganya. Macam tak mampu milik je. Mahal sangat. Biasalah, kalau barang susah nak dapatkan, harga pun boleh tahan.

Mencari playpen ni sebab nak biarkan anak-anak kalau bermain berada dalam zon mereka je. Tak larat rasanya kalau bermain tu bersepah satu rumah. Suka sangat buang barang permainan sana sini. Kalau lepas main pandai nak mengemas balik takpe. Tapi kalau dah terpijak? Bukan barang permainan je yang pecah, kaki pun dapat sakit kan?

Bila tengok playpen ni ada Sale sempena jualan terbesar 11.11 ni, harga pun macam mampu milik ni. Kena masukkan dalam wishlist. Kalau mak-mak ada anak kecik tu, elok la beli. Mereka main pun dalam kawasan dan dalam pengawasan je.




2-In-1 Easel Wooden White and Black Board Series 75 for Kid

Dah lama juga dok cari White Board ni. Memandangkan tahun depan zara dah sekolah, nak beli la board macam ni. Senang nak ajar anak-anak. Time main, kita bagi la pelepasan untuk bermain kan? Time belajar, kita suruh dia belajar. Bukan apa, zara ni bila cakap nanti kena ke sekolah, dia taknak. Dia cakap nanti tak jumpa dengan mama. haha..

So, kita ingat nak ajar dia, bagi dia rasa seronok nak pergi sekolah tu. Bagi dia seronok nak berkawan sekali. Dekat rumah dia berkawan dengan adik je. Dan adik dia selalu sangatlah jadi mangsa buli dia. So, denga ini, mama dia kena mainkan peranan lebih nak bagi mood dia untuk ke sekolah tu berkobar-kobar.

Ni antara yang dah memang dalam wishlist kita. Nak membeli pun kena cari barang keperluan yang perlu dan penting. Tak boleh nak main rembat je. So, kalau kawan-kawan semua rasa ada beberapa barang yang dah berkenan nak dibeli, jangan lupa cepat-cepat masukkan dalam chart eh. Tunggu 11.11 nanti boleh terus checkout je. Yang penting jangan sampai terlepas peluang keemasan ini!!

Thursday, 8 November 2018

Cara Uli Doh Donut

6:14 pm 13 Comments


Hai readers.
Petang-petang gini dah standby minum petang ke? Harini mama zara buat donut lagi. Haha
Kes nya nak bagi jiran rasa. Sebabnya haritu letak gambar donut kat status whatsApp, jiran kata nak beli. Kita tak menjual pun. Haritu pun buat ngam tuk makan sendiri je. So harini kita buat dengan niat nak bagi rasa la.

Cerita pasal buat donut ni, kita tunjuk la step dia ye sesikit. Takde video tutorial tau. Hehe. Sebab dan snap step dia je la. Rasanya boleh je paham. Sebab senang je pun cara dia. 
So, jom tengok step dia. Yang dah memang teror buat tu jangan kecam ye. Kita nak tolong kengkawan yang baru nak belajar je. 

Bahan-bahannya :  (ni ukuran kita ye)
1 cawan tepung gandum (kita guna gelas tinggi sejengkal je macam tu)
1 sudu marjerin
1 sudu susu pekat manis
1 sudu teh yis (kita guna mauripan)
1/4 cawan air (air ni kita tak terus masukkan semua ya, masukkan sikit-sikit)
Secubit garam
Gula ( tak letak sebab nak elakkan terlebih manis)

Cara-caranya : 



Masukkan tepung, planta, susu pekat manis, yis dan kacau rata dahulu. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit. 



Gaul rata sampai menjadi doh. Kalau nak tahu doh tu dah menjadi ke belum, pastikan tangan dah tak terlekat dengan tepung doh tu tau.


Macam tangan kita ni, kira doh dah cukup air semua la. Dah tak lembik. 


Uli dalam 10 minit macam tu sebelum bentukkan dia. (kalau ukuran kecik, takyah uli terlalu lama)

Kita buat lubang bila dia dah betul-betul kembang. Kiranya masa nak goreng baru kita buat lubang tengah. 


Sebelum goreng, doh tu kita biarkan dalam sejam tau. Bagi dia betul-betul kembang. Jadi tak la bila makan tu rasa macam yis tak kembang ke apa. Kadang ada rasa pelik kalau yis/mauripan tu tak cukup kembang kan. Bila goreng, donutnya tu macam meresap minyak banyak. (pernah ada pengalaman) 😅


Okay, agak-agak macam mana? Mesti boleh paham kan? So, selamat mencuba. 


Monday, 5 November 2018

Terkilan Laa Sikit..

7:00 am 15 Comments
Terkilan Laa Sikit.. | Kadang-kadang kita tengok gambar elok je cantik, bila kita beli, hasil tak sama macam dalam gambar, so what do you feel? Hampa??
Tu mesti punya kan?








Ntah kenapa rasa macam banyak kali dah terkena kat Mersing ni. Terkena dari segi harga mahal ada, dari segi gambar contoh dan real tak serupa pun ada, so rasa kecewa la menerpa jiwa.

Semalam beli kek tuk budak berdua ni. Kek cheese leleh. Dalam gambar nampak penuh lelehannya tu. Parutan cheesenya tu pun memang kebabom la orang kata. Tapi bila dapat, lelehan tu tak berapa nak leleh pun. Pastu parutan cheese tu pun sejemput je. Dalam gambar contoh penuh. Kita beli pun sebab tergoda dari gambar juga la. Macam tak caya harga sekian sekian, keknya boleh tahan camtu.

Dari segi harga memang tak mahal mana. Tapi ntah kenapa kita rasa niat nak tolong orang niaga tu jadi macam... Ntah laa.. Tak tahu nak kata. Mungkin sekali ni je la beli. Tu je boleh kata. Kita tak la berkira bab harga. Kalau berkira, memang kita tak beli. Tapi sebab dah beberapa kali terkena membeli dengan orang kat sini, memang sampai satu tahap, kita buat je la mana yang boleh. 

Tu pun salah satu sebab kenapa kita sekarang merajinkan diri belajar buat kuih. Sebab kalau beli tak berbaloi la. Kadang kuih kecik. Tapi harga mak aihh.. Tapi kalau kuih rumit dan pelik-pelik tu memang beli la juga. Kita ni kalau beli kek ke contohnya, sebab anak anak je. Lagi-lagi zara. Suka cakap "mama buat la kek cheese"..

Erm.. Bukan taknak buat. Nak membakar kek, nak bukak oven pun takde ruang. Tu tak buat kek tu. Tunggu nanti pindah blok lain, ada ruang besar, boleh la buatkan..


Apa apa pun, setakat ni kita pun dah banyak tak membeli dah dekat sini. Maksudnya tak membeli COD ni. Bukan berkira. Tapi dari kecewa, biarlah tak membeli. Kalau terjumpa depan mata yang sama, mungkin harga pun berbaloi, baru la beli. 

Janganlah disebabkan "keadaan kawasan rumah yang agak ke dalam" ni, kita boleh tekan harga, then hasil jualan tu ala kadar. Nak berniaga, niaga sebaiknya. Niaga seikhlasnya. Tu baru la betul. Contoh macam kat luar kita pernah jumpa "sejenis kuih" ni RM3 je. Sekali kat kawasan umah ni RM4.50.. So, kena nilaikan la dari situ. 

Apa pun, duduk mersing ni kena pandai la.. Pandai control duit dan nafsu makan. Kalau anak nak pape, kalau boleh buat, usahakan je. Kalau kena beli tu, kena cari yang betul-betul berbaloi. 
Bukan berkira dari segi bayaran. Tapi janganlah hasilnya "ala kadar" sahaja.


Note : Demi menjaga keselamatan, saya tak share gambar tersebut ya. 

Sunday, 4 November 2018

Cuti Hujung Minggu..

5:11 pm 32 Comments
Hai semua..
Hari minggu ni plannya kemana? Kitorang harini duduk rehat dekat rumah je la. Malas nak keluar. 
Semalam dah keluar beli barang,kan.. So harini rehat je la. 

Walaupun hari cuti, tapi sebagai Isteri tetap kena jalankan tanggungjawab macam biasa kan. Malahan lebih lagi rasanya kot. Bila suami ada kat rumah, kena la siapkan makan tu dari breakfast ke lunch kan.. Kalau hari kerja mungkin boleh skip . Pastu gorenglah nugget je untuk budak-budak. Ye dok? Tapi hari cuti tak boleh buat camtu. Mau ddy dorang muncung karang.. Dek perut berkeroncong.. 😄

Semalam masa pergi pasar cari bahan nak masak mee goreng. Untuk makan pagi ni la. Dek kerana terliur tengok orang sini promote mee goreng, So pagi ni menggoreng mee la. Sebab pikir balik, tak buat makan berat kang, cepat lapar nak menanti waktu lunch. Tu pun salah satu sebab la.


Sebelum masak mee, kita uli tepung dulu. Buat doh untuk donut. Entah kenapa la sekarang mabuk menguli donut je. 😅
Tapi sebenarnya nak bagi tangan ni lembut. Biar biasakan diri buat kuih. Mana nak tahu kan, tetiba ada orang suruh buat, tapi tak reti, tangan keras je, tak ke haru. 


Dan paling utama sebab belajar buat selalu tu, orang kata sekali buat tak tentu menjadi kan. So buat banyak kali untuk perbaiki hasilnya la. Sebenarnya teringin jugak nak buat jual. Tapi biarlah dulu. Simpan je angan-angan tu. Janji lepas tuk makan anak dan suami okay la kan.

Then selalu kita mesti whatsApp mak kalau apa yang kita buat tu menjadi. Hehehe..
Jakun je tunjuk kat mak kan. Bukan apa, atleast mak pun happy tengok hasil tangan anak dia.
Contoh macam kita google sesuatu resepi tu kan, kita try, elok menjadi ke.. Kita share la kat mak.
Pastu kalau mak try menjadi, dia pun rasa happy la kan.


Macam harini share gambar donut, dah mak teringin nak rasa airtangan anak dia. Hihihi
Tunggu balik ipoh nanti boleh la buatkan.
Bukan susah pun. Janji ada tukang makannya, ok la kan. Nak membuat tu rasa semangat la sikit. 😄😄



Untuk lunch menu simple je la. Malas nak masak yang berat-berat. Sekadar ayam goreng kunyit dengan sambal telur hancur je. Settle. Then sambal bilis kering ddy dorang sentiasa ada stok. So tak risau sangat la. 

Korang hujung minggu buat apa je.. Jenjalan ke.. Kat mersing ni boringlah.. Bukan ada mall pun kalau nak jenjalan. Nak turun kluang ke.. Jauh. Then lebih menjadi kepada buang masa je. So bagi kita santai santai je la kat rumah. Bonding time dengan family kan.. Tu la cerita hujung minggu kami sekeluarga..



Friday, 2 November 2018

Ulangtahun Ke-5

10:01 am 26 Comments

Ulangtahun Ke-5


Hai readers..
Syukur Alhamdulillah harini masuk tahun ke-5 usia perkahwinan kita dan encik suami.
Mungkin bagi orang lain, 5tahun tu masih baru.
Erm..betul. Banyak nak kena belajar lagi. 
Belajar untuk lebih baik dalam suasana rumahtangga tu kan.


Kena perbaiki kelemahan yang ada. Yang dah baik, dikekalkan.
Then orang kata, sikap sebenar pun akan tersembul keluar lama lama ni kan.😄

Macam kita, dulu memang laa elok je lembut. Nak mara cukup la susah. Tapi bila masuk 5tahun kawen ni, anak dah 2, memasing suka buat mama dia jadi singa jadian, so terus terserlah mak dia garang macam bawang merah sinetron indonesia tu. 😅 Kengkadang ddy dorang pun kena tempias sekali. Nak buat camne. Peluru berpandu dah keluar tak boleh nak kona kiri kanan. 😄

Kita ni juga sometimes jenis cakap lepas. Suka je melawak ngan suami. Orang kata awal-awal kawen memang segan. Memang macam bukan jadi diri sendiri je. Lama-lama tu takkan boleh simpan kan. Alhamdulillah, jadi diri sendiri la sebaiknya, lagi hidup kita rasa tenang. 

8tahun berkawan baru kawen. Satu suasana yang berbeza. Berkawan tanpa ikatan, kita takkan kenal pasangan kita sepenuhnya. Walaupun kenal lama. Bila dah duduk serumah, 24jam 7hari seminggu. Kita akan tahu macam macam kisahnya.

Apa pun doa kita, moga ikatan perkahwinan ni sentiasa diberikati Allah. Dipermudahkan segala urusan kehidupan. Dilimpah ruahkan dengan rezeki. 


Rezeki anak taknak lagi ke??

Tunggu dulu la. Hehe
Tunggu baik dari masalah kesihatan yang dialami. 

Yang baik datangnya dari Allah.
Yang buruk datangnya dari kesilapan kita sendiri kan..

Anniversary Pertama : Dalam Pantang Zara
Anniversary Kedua : Ddy dorang Duty
Anniversary Ketiga : Ddy dorang Duty
Anniversary Keempat : Tak Ingat. 
Anniversary Kelima : Kerja macam biasa

Takde wish pun tau ddy dorang ni. Elok kalut je keluar pergi kerja pagi tadi. But it's okay. Bukan tiap tahun pun ddy dorang wish. 😄

Tapi plan macam nak mintak hadiah. Hadiah apa ekk?? 😚

Thursday, 1 November 2018

Roti Arab At Mersing

9:02 am 24 Comments

Roti Arab At MersingSemalam ddy zara ajak pergi Maybank. Nak aktifkan Asb Online tu. Sampai ke Mersing dah pukul 4 kot. Pastu staff kata kalau nak buat sebelum pukul 4. Ni dah lewat. So, tak dapat la nak buat. 

Lepas tu pikir balik, tak kan nak terus balik kan. Nak kuar pun dah 20-25minit, pastu nak balik. So boring la. Dah la mersing ni tak menarik. Mati kutu nak pergi mana-mana. 

Pastu ddy dorang cakap, "nak makan roti arab tak?"

So kita pun cakap la, kalau nak belanja boleh je. Hehe

Kita tak pernah lagi makan roti arab tu. Ddy nya pernah makan dengan kengkawan masa ada urusan kerja kat luar. So kali ni ddy dorang bawak la family pulak.


Sampai sana pesan 3roti arabnya. Pastu ddy zara cakap ada menu lain. Kita ni kan rabun jauh sikit. So tak nampak list menu. Masa pelayan hantar roti tanya laksa ada ke tak.
Memula kata takde. Macam hampa jap. Hehehe
Sebab teringin. Pastu tetiba katanya ada. Nak ke..


So, terus order 1. 

Nikmatnya dapat makan. Rasa dia okay laa.. Cuma dia bubuh macam potongan nenas sikit, rasa macam manis manis buah la. Kita suka kalau kuah tu macam masin sikit. Tapi boleh laaa.. Janji keinginan lepas.

Warung Roti Arab ni kecik je. Masa kita datang tu tak ramai orang sangat. Masa tengah makan tu, kejap-kejap oeang masuk. Masuk bukan sorang 2. Dengan family 5-6orang macam tu. 


Erm.. Cerita pasal roti arab ni, Rasa roti ni biasa je. Macam bau doh donut tu pun ada tau. Sebab masa dia bagi ke kitorang tu panas-panas lagi. So terbau la macam donut. Hehe.
Tapi dia tak la segebu donut. Macam liat sikit camtu. Tapi sedap. Cicah dengan kari ayam.

Next kalau nak makan, order 2pcs je la kot. Sebab roti tu pun besar. Besar menggelembung. Hehehe. Makan 1 pun kenyang. Kita kongsi dengan budak budak ni pun tak habis. Tak habis sebab kita pun pulun laksa kan. Laksa dia banyak semangkuk tu. Boleh kongsi 2 orang. 

Semua makanan murah juga la kat Warung Roti Arab tu.

1 nescafe ais
1 teh O ais
3 roti arab
1 mangkuk laksa
4 potong pisang

Total Rm11 sahaja. Ddy nya cakap roti arab tu Rm1 je. Ok. Murah laaa..

Waktu operasi : Isnin-Ahad. Tapi jumaat cuti.
Buka jam 2petang-7petang.

Next nak try apa ekk yang unik kat mersing ni?

Wednesday, 31 October 2018

Tak Rasa Sakit Ke? PART 1

10:43 am 20 Comments

Hai readers.. Harini nak share sikit la tentang sakit yang menumpang sekejap kat diri ni. (Doakan moga penyakit ni cepat pergi ye). Kalenjar Airliur. Kita sebenarnya pun tak berapa nak tahu nak cerita macam mana.

Orang tanya, kalenjar airliur ni dia buatkan airliur jadi banyak ke..? Actually tak pun. Air liur tak la banyak sampai meleleh macam baby tu. Tu yang kita alami la. Orang pun tak kan paham, jadi kena la google ye. Hehe

Orang tanya, sakit ke tidak. Maybe sebab kita jarang nak share kan rasa sakit tu kat FB ke Blog ke..

Sebenarnya ada je rasa sakit tu. Sakit tu kadang-kadang datang slow je. Kadang sakit kuat sampai kena ambik ubat tahan sakit la. Kadang tu tengah tido pun boleh sakit sampai terjaga la.

Sakit ni dia tak tentu tau datangnya. Malam ke, pagi ke, petang ke.. Contohnya macam hari selasa minggu lepas. Tiba-tiba bangun pagi rasa tak selesa je kat tekak. Lepas gosok gigi minum air masak. Sampai pukul 7 camtu still rasa macam tak selesa kat tekak. Walaupun sampai ke tengahari banyak kali minum air masak, tetap rasa tak selesa kat tekak. 

Kat pipi rasa macam berdenyut. Memang tak senang hidup la orang kata. Tapi masih boleh tahan. Malam tu ddy nya ajak keluar nak beli barang. So ikut je la. Balik tu siap beli burger lagi sebab lapar, tapi takde selera makan. 

Masa nak makan tu start dah macam nak makin kuat berdenyut. (Ehh macam contration nak bersalin pulak) 😅
Tapi makan je la. Sebab dah lapar kan.
Pastu pukul 9lebih kot, dia datang sakit menyucuk-nyucuk tau.
Macam kena cucuk ambik darah tu tau rasa dia.
(Ambil darah pun tak sesakit tu)

Terus baring macam nak tertido dah. Ingatkan sakit tu hilang. Rasanya 2jam gak kot menahan sakit tu. Sekejap dia hilang. Sekejap berdenyut macam dicucuk banyak kali.
Sudahnya bangun, cari ubat terus. Alhamdulillah lega. Bayangkan la 2jam menahan sakit tu macam mana. Mujur ddy dorang ada. Ddy dorang la tolong tengok anak-anak. Kita memang  tak heran anak-anak dah. 

Lepas makan ubat terus tido. Alhamdulillah bangun pagi rabu sakit tu hilang. Tapi nak ke tengahari masa tengah masak, macam ada hint sakit tu lagi. Lepas makan tengahari terus makan ubat lagi. Alhamdulillah ianya terus lega.

Kadang-kadang malas nak share dengan orang, sebab orang pun tak tahu macam mana sakit ni. Kadang tu taknak share sebab taknak orang lain susah hati. Sakit ni tak nampak dengan mata kasar. Kalau kita jumpa kengkawan pun, dorang tengok kita macam biasa je. Yela, tak kan tak rasa sakit, nak tunjuk kita sakit kan?

Orang kata kalau kita tak sihat pun jangan nak tunjuk sangat kan. Then sentiasa pikir yang baik baik. Positifkan diri la sebaiknya. 

Anggaplah sakit tu sebagai penghapus dosa
 Bersihkan jiwa kita semua.

Nanti kita sambung lagi pasal sakit ni ehh..

Sponsor

Comments