Assalamualaikum..
Selamat Sejahtera, Salam Jumaat..
Semalam
saya diminta kena buat BSP lagi sekali. Kata nurse di KKIA, mana boleh sekali
buat je. Paling tidak 2-3 kali..T___T
Pasrah.
Ikut je la arahan kan. Kalau kat HTD takde pun haritu dorang suh buat lagi bila
tengok result dah Ok.
Takpelah.
Bukan tak tahu macam mana prosedur nak buat BSP tu kan. Cuma ada juga la
perbezaan sikit dari segi masa bila buat di HTD dan KKIA ni. 2kali buat di
KKIA, 2kali kena cari klinik private. Nasib la tak kena bayaran mahal. Cuma kekok
sikit la bila buat di KKIA ni. Sebab dah terbiasa berurusan di HTD.
Result
yang saya terima semalam ialah :
-
Sebelum
Makan Pagi : 4.9 (Buat
Jam 8.00 Pagi)
-
Sebelum
Makan Tengahari : 4.5 (Buat Jam
12.00 Tengahari)
-
Sebelum
Makan Malam : 4.8 (Buat
Jam 6.00 Petang)
-
Selepas
Makan Malam : 5.0 (Buat
Jam 9.00 Malam)
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Hari
sabtu lepas (30.08.2014) pergi scan baby lagi. Scan detail la. 2D - 4D. Niat
scan ni sebab nak kan kepastian tentang jantina baby dan keadaan baby. Fikir
banyak kali juga, nak buat ke tidak. Sebab terfikir nak tahu pasal jantina baby
sekali, so pergi juga la. Bab bayaran belakang kira. Sebabnya ni tentang nyawa
baby.
Actually
saya sepatutnya dah checkup di Ipoh 25hb haritu. Tapi sebab tak jadi balik
22hb, jadi saya tangguh checkup. Cuak rasanya masa nak pergi hari selasa di
KKIA Tanjung ni balik. Risau kena mara je ngan nurse. Sebabnya selepas masuk 36
week ke atas dah kena checkup seminggu sekalikan? So kalau nurse mara ke, boleh
la bagitahu ada scan di private kan..
Then
scan ni pun sebab ada en.suami sekali. Nak tahu sama-sama tentang jantina baby.
Alhamdulillah. Setakat ni 2 tempat dah bagitahu jantina yang sama. So rasanya
dah boleh yakin la. Ingat nak beli sikit la baju baby yang pink. J So dah tahu
la kan jantina baby apa??
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Cerita
harini. Harini sambung checkup di KKIA di Ipoh ni. Saya sambung checkup sampai
habis pantang. InsyaAllah. Masa first buka buku memang di KKIA sini. Masuk checkup
kedua dah start di HTD Gemas.
Kekok
juga checkup di KKIA sini. Macam tak best je.. huaaaaaaaa… Rindu nak checkup di
HTD. Kat sana best. Walaupun kadang-kadang macam tak best. Bila pergi di KKIA ni
paham-paham je la. Macam-macam orang. Ramainya jangan dikatalah.
Saya
ambik appoiment petang. Pukul 2. Tadi sampai dalam 2.20 petang camtu. Saja xnak
awal-awal sangat. Sebab tahu punya xdenya kita ni akan dapat yang awalkan? Kalau
kat HTD ni terhad. Kalau yang datang pun wife-wife army. Pastu yang duduk dalam
kawasan kem. Jadi urusan pun jap je. Kadang tu 45minit dah settle semua. Settle
saya dah naik atas umah la.
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Dah
habis raya baru nak update pasal kad raya kan.. Takpelah.. Walaupun dah lama
terima, saya je yang tak sempat nak buat entry ni. sebab kad ni dihantar di
alamat Ipoh. Saya tak berani nak bagi alamat kat kem tu. Sebab takut tak sampai
1 hal. Lagi 1 hal sebab orang lama lock petisurat nya. Pastu tak tinggalkan
kunci. So, mana-mana yang saya terima di alamat Ipoh ni, lewat sikit la saya
buat entry penghargaan ni ye..
Maaf
sesangat pada pemberi. Takut nanti tertanya-tanya. Tapi rasanya memang
tertanya-tanya pun kan.. maaf ye.. tak disengajakan..
Terima Kasih ya.. Dari +Hafiza AizZawa a.k.a Me y la Memoria
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah..
harini genap 38 minggu baby duk dalam perut mama dia ni.. Belum kasi hint lagi
bila agaknya si kecik ni nak keluar.. Baby tunggu daddy awak balik ke?
Alhamdulillah..
esok nak pergi checkup kat KKIA sini. Tadi dah ambik tarikh appoiment. Nasib la
nurse tak mara. Maklumlah, patutnya pergi last week, tapi terpaksa skip atas
sebab yang tak dapat dielakkan.
Hope
checkup esok everything ok la.. Tadi sempat juga keluar ke shopping complex. Masih
diberi kegigihan nak drive. Kereta manual ye. Haha!..
Yang
kelakar mak la.. Siap cakap boleh drive lagi ke tak..
Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah..
sekarang saya dah berada di ipoh.. menunggu hari permata hati yang bakal
dilahirkan ni. Sementara ada masa ni, insyaAllah jika diberi keizinan, saya
akan cuba merajinkan diri terjah kawan-kawan semua ya.
Mana-mana
update yang boleh diupdate, saya akan buat secepat yang boleh.. hehe..
Hadiah
ni saya terima selama 2 bulan berturut. Dari blog kak fuzamusa.blogspot.com
Maaf
la ye, takut nanti orang ingat saya ni suka caras hak orang pula.. bukan niat
macam tu. Saya sebenarnya kadang tu BW pakai fon. Jadi bila pakai fon ni tak
perasan sangat banyak mana kita tinggalkan komen. Sebab syok duk dalam 1 blog
tu, tinggal jejak then next-next ke entry yang lain..
Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia..
Ok.. ni link kawan-kawan yang join segmen Segmen Blogwalking Bulan Kemerdekaan ye.. maaf jika lambat saya terjah awak semua..
terima kasih buat semua yang join.. nantikan saya terjah ke rumah awak awak semua ya.. :)
Jangan terkejut pula jika diberi keizinan saya tinggalkan jejak banyak-banyak.. hehe.. nak cuba penuhi masa luang yang ada sebelum bersalin ni.. ^_*
terima kasih buat semua yang join.. nantikan saya terjah ke rumah awak awak semua ya.. :)
Jangan terkejut pula jika diberi keizinan saya tinggalkan jejak banyak-banyak.. hehe.. nak cuba penuhi masa luang yang ada sebelum bersalin ni.. ^_*
Assalamualaikum..
Selamat petang semua..
Sekejap
je masa berlalu kan.. Dah muncul bulan September !.. Tak sabar nak jumpa si
permata hati.. J
Ikut
pada tarikh due, lagi 17hari lagi..
Ya
Allah.. Permudahkanlah semuanya..
Semoga
anak mama dapat lahir dalam keadaan yang sihat & sempurna..
Amin..
#MissMyDear
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons