Showing posts with label saya punya cerita. Show all posts

Hello Julai 2021 | Assalamualaikum semua.. tiktoktiktok dah bulan Julai dah.. Sekejapnya la hai masa berlalu... Dah 12hari berlalu, baru dan nak update blog dalam bulan Julai ni..
Hari-hari pun macam jalani hidup macam takde apa je rasa tahun ni. Cukup masa nak masuk hujung tahun dah.
PDPR Bersambung Lagi?
Assalamualaikum, hai readers..
Masih ada ke readers kat blog cik mimi ni ye.
Serius dah lama sangat tak berupdate blog ni. Bukan saja saja tak nak update. Tapi tak tahu nak storykan apa dekat sini.
Harini cik mimi rasa nak share kisah ni dekat blog. Moga tersimpan rapi kenangan yang menakutkan ni.
Semalam kami dari Mersing gerak ke Felda Tenggaroh. Anak buah di tempat kerja ddy dorang ni ada jemput ke rumah family in law dia. Buat majlis Aqiqah.
Dah ddy nya ajak, kita ni ikut je la kan.
Nak kata dekat, erm.. jauh juga la. 30-45min kut kalau dari Mersing. Tak perasan pulak.
Masa pergi tu pun ada jugak dugaan kecil. Kami tak arif bab jalan belah sana. Dah pakai Google Maps. Tapi macam kawasan situ tak update kut dekat Maps. Maps stop macam tu je.
Takpe la, kami ni call juga la orangnya. Pastu tanya tanya orang. Sampai juga ke rumah orangnya.
Cerita masa balik pulak.
Dekat satu selekoh ni, ddy dorang tak berapa slow mana. Tiba tiba kereta hilang kawalan. Allahuakbar.
Kereta kami terpusing 180 darjah rasanya. Dari duduk lorong nak menuju ke Mersing ni, kereta masuk lorong sebelah dah mengadap jalan nak ke Kota Tinggi balik.
Allah. Dah macam buat driff.
Allahuakbar..
Allah panjangkan usia kami semua.
Masa kereta hilang kawalan tu, cik mimi dah tawakal kalau kena hentam dari belakang oleh kereta arah sebelah tu. Sampai terpikir akan masuk longkang dah.
Memang tak tahu macam mana ddy diorang kawal kereta masa tu.
Yang cik mimi perasan kereta exora putih sempat laju. So kami tak hentam la belakang dia. Dan kereta belakang tu macam alza warna hitam. Dia sempat berhenti
Allahu Akbar.. 🥺🥺🥺
Takutnya jangan kata. Anak anak takde apa. Dorang sikit pun takde rasa takut. Tapi mama ni yang real tengok kereta berpusing, takutnya tu tak tahu nak kata. Mau fobia jugak ni.
Ni kali kedua peringatan kat kami. Dulu pernah juga dekat selekoh tu. Kereta macam hilang kawalan. Jalan memang lembab semalam. Lepas hujan renyai.
Tapi tu la. Cik mimi selalu cakap "slow, slow, slow!" . Macam tak diendahkan je.
Now Allah bagi peringatan sangat sangat.
Elok la PKPB buat cik mimi. Duduk je la umah. Takyah kuar mana mana. Takut tak habis lagi. Mungkin sendiri drive takpe. Tapi kalau naik dengan orang, mesti trauma. 🥺🥺
Allah..
Bagaikan dapat nyawa ketiga je cik mimi rasa lepas kejadian Operation tahun lepas.
Assalamualaikum, morning semua..
Erm.. Apa perasaan korang kalau tiba tiba dapat tahu kena pindah/posting ke tempat lain?
Happy?
Sedih?
24 Hari Lagi Menuju Tahun 2020 - Hai readers..
Rasa macam lama jugak cik mimi tak update blog kan. Sindrom malas dah datang ke, tak sempat cari idea ke, tak sempat menulis ke, tak tahu la..
Yang pasti bahan nak story banyak. Takpe, kita slow-slow ye.
Ehhh,
Ada ke orang baca blog cik mimi ni ye sebenarnya. Maklumlah, kengkawan yang seangkatan dengan cik mimi ramai juga yang dah pencen awal dari menulis blog. Sometime rasa rindu dengan komen-komen yang pelbagai dari kengkawan.
Kalau ikut pada tajuk tu, dalam tak sedar lebih kurang 3minggu sikit je lagi kita dah nak habis tahun 2019. Rasa macam cepatnyaaa masa berlalu..
Kengkawan punya azam macam mana? Untuk tahun 2019 ni? Banyak dah terlaksana ke belum? Kalau tanya cik mimi, rasa blur kejap nak pikir apa azam tahun 2019. 🧐
Untuk tahin 2019 ni rasanya macam tak ingat dah apa azam utama. Haha..
In shaa Allah, untuk tahun 2020 ni banyak juga azam yang dah ada dalam list.
Tak kisah la azam tu bakal terlaksana ke tidak. Yang penting, kita ada matlamat untuk dicapai dalam kehidupan kita untuk masa akan datang....
Tak gitu?
Rasa macam lama jugak cik mimi tak update blog kan. Sindrom malas dah datang ke, tak sempat cari idea ke, tak sempat menulis ke, tak tahu la..
Yang pasti bahan nak story banyak. Takpe, kita slow-slow ye.
Ehhh,
Ada ke orang baca blog cik mimi ni ye sebenarnya. Maklumlah, kengkawan yang seangkatan dengan cik mimi ramai juga yang dah pencen awal dari menulis blog. Sometime rasa rindu dengan komen-komen yang pelbagai dari kengkawan.
Hai readers..
Siapa kat sini gemar dengan nasi goreng? Sesekali makan memang la sedap kan. Tapi kalau selalu makan? Allah.. Tengok pun rasa tak lalu.. Betul tak? 😄
Haa, cerita pasal nasi goreng ni, kita bukan la nak cerita pasal nasi goreng special kat Mersing ni ke apa tau. Cuma nak cerita, selepas operation, makanan harian kita hanyalah bubur. Yee, bubur.. Boleh bayangkan tak, setiap hari, 2kali sehari kita makan bubur. Selama hampir 50hari macam tu.
Kalau baby pun sekejap je makan bubur, pastu dah boleh makan bubur yang pejal sikit kan?
Macam kita ni,sebulan lebih juga makan benda yang sama. Kalau kengkawan apa perasaan? Mesti hati pun rasa macam memberontak, betul tak? Sebab tak puas sebenarnya makan bubur. Masa awal awal makan tu okay lagi. Tapi lepas je 2minggu, mula la rasa macam nak marah.
Why makan macam ni. Kenapa, knapa, knapa??!!
Marah dalam hati je la. Nak luahkan tak mampu. Sebab marah pun still lalui perkara sama. Sampai la hari ke 47 kot macam tu, kita cuba cuba makan nasi biasa. Means bukan nasi bubur tau. Kita cuba slow slow. Makan pun tanpa lauk. Bubuh kuah banyak bagi mudah nak makan. Nak mengunyah macam biasa ni agak payah sebab kat dagu ada pasang plate. So dia macam kejung sikit kat situ.
Dah lepas 50hari, kita dah boleh makan macam biasa, nasi paling sedap yang kita pernah makan ialah nasi goreng. Rasa nak menitik airmata. Sebab dulu dulu nasi goreng tu makanan biasa makan. Tapi bila dah boleh makan, nasi goreng tu macam 1 masakan paling sedap tau. Kalau la orang tengok mesti kata kita ni macam tak pernah makan nasi je. Suami pun cakap alhamdulillah dah boleh makan. Seronok dia tengok isteri dia dah boleh makan macam biasa.
Lepas tu, 3hari berturut turut tau kita goreng nasi. Masa tu terbayangkan nasi goreng simple je. Tumbuk bawang + ikan bilis. Bubuh kacang buncis potong halus + carrot then pecah telur sekali dalam tu. Masa tu makan dengan penuh selera. Allah. 3hari makan tak rasa jemu. Lepas lepas tu repeat lagi buat nasi goreng. Kalau tak lalu nak makan, memang buat nasi goreng je.
Kadang tu pikir balik, disebalik ujian Allah ni, kita kena banyak bersabar. Selalu tengok orang buat review makan, terus terpikir.. "Boleh ke lepas ni aku makan macam tu".. Selama 30tahun elok je makan. Sekali masuk usia 31tahun, Allah uji cara nak makan ni. Alhamdulillah.. Walaupun diuji, keimanan ni masih kuat. Takde nak mengamuk walaupun dapat makan macam tu je.
Bila pikir balik, cuba tengok mereka mereka yang susah, yang ada masalah kesihatan ke, macam kat Bersamamu tu.. Terus rasa insaf..

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons