Showing posts with label Zoo Johor. Show all posts
Showing posts with label Zoo Johor. Show all posts
Ehh lama pulak nak habiskan entri Zoo Johor ni kan. Sorry.. Tak dan nak menaip sebab kadang kadang fon ni jadi rebutan dengan anak anak. So meh la kita sambung. Halaah halaaah.. Macam la entri 3hari 2malam pulak kan siap bersambung. 😄😄
Sebenarnya haritu malas nak buat entri terlalu panjang, jadi harini dalam entri ni kita tunjukkan antara binatang yang ada dekat sana ye. Nak kata binatang dia tak meriah, meriah juga. Cuma tak terlalu banyak la. Kalau kata nak tengok kambing ke, takde pula kat sana. Kalau nak cari panda jauh sekali ye ibu ibu, anak anak. 😄😄
Mula masuk yu disajikan dengan burung burung. Bersih je kurungan mereka. Erm.. Ada burung nuri, merak macam tu la. Alaaahaii, mana yang teringat je la ekk.. Maklumlah lambat buat entri kan. Ingat ingat lupa.
Pastu ada swan. Alaa alaaa, cute je dia dalam kolan air tu. Siap ada swan yang permainan boleh kayuh tu tau. Tapi tak tau la berapa harga.
Macam yang cik mimi cite dalam entri sebelum ni, Zoo Johor ni nampak bersih je. Terjaga. Bagus macam tu kan. Orang nak berjalan pun selesa. Bau pelik hanyir ke busuk ke, takde sangat la. Yang penting, kita berada disana pun kena la jaga kebersihan juga. Jangan main sedap je buang sampah merata rata.
Jom tengok binatang yang ada. Ni pun ada yang cik mimi malas nak snap. Macan snake, badak air ke badak sumbu ntah haritu. Sebab jauh kedudukan dia.
Merak Biru |
Kasawari |
Buaya Tembaga |
Memerang |
Unta |
Tapir / Tenuk |
Lembu |
Gajah Asia |
Chimpanzi |
Singa Afrika |
Harimau Indochina |
Enggang Badak |
Kura kura |
Sekian untuk tatapan. Ada gambar yang cik mimi tak snap pun. So sesiapa dok belah johor bahru tu, singgah la kr sana. 😇
Hai readers, assalamualaikum..
Cuti haritu kemana je kengkawan semua? Berjalan ke duduk rumah aje?
Cik mimi dapat juga berjalan bawak zara zhareef. Sebab kebetulan ddy mereka ada kerja sikit dekat Johor Bahru, so take time sikit untuk dorang juga la. Plus mama dorang pun dapat la ala-ala release tension gitu. Heehe..
Hari jumaat malam kitorg gerak ke JB. Gerak dalam pukul 5 ke 6 petang macam tu. Sampai sana dalam pukul 9 lebih juga la. Pastu melilau la cari hotel yang Nampak agak okay sikit dekat Tebrau. Sekitar tu banyak je hotel. Tapi kena pandai tengok harga dan ikut korang rasa selesa ke tidak nak menginap kat situ.
Ehhh, bukan nak cerita pasal hotel. Hotel kita cerita next entri aje la ehh.. Tapi entri kali ni nak cerita pasal jalan jalan dekat Zoo Johor. Before ni dalam 2 bulan lepas kut ada ke Zoo Melaka kan. Kali ni ke belah selatan pula. Best ke tidak?
Tentunya BEST. Walaupun Zoo tu taklah seluas Zoo Melaka. Tak sehebat Zoo Negara.
Kali ni suka pula nak berjalan ke tempat macam ni. Sebab pada Cik Mimi, jalan-jalan ke Mall ni macam buang masa. Sometime boleh jadi buang duit juga. Sebab tershopping secara tak sengaja. Lain la kalau ada benda nak beli kan. Then taknak ajar anak anak ke tempat shopping je. Karang ada je yang nak dibeli.
Kali ni bawa ke Zoo Johor pula sebab Zhareef nak sangat tengok singa. Nak sangat tengok harimau. Tak tahu la apa yang di suka sangat dengan harimau. Setiap kali keluar berjalan je mesti cakap “adik nak tengok imau (harimau)”
Bestnya dekat Zoo Johor ni kan, harga tiket masuk tu murah sangat tau. Hanya RM2 untuk dewasa. RM1 untuk kanak-kanak. Memang berbaloi sangat la kan harga tu untuk orang awam. Tak terbeban la siapa yang punyai anak ramai tu. Then mak ayah pun happy je nak bawa anak banyak kali ke situ.
Kalau nak cerita banyak ke tidak binatang kat Zoo tu, bagi Cik Mimi boleh la. Nak kata terlalu banyak tu, tak la banyak mana. Nak kata sikit, tak la sikit sangat. Sebab 2 bulan lepas pergi Zoo Melaka tu tengok banyak jenis binatang ada, so boleh compare la. Tapi okay la. Tak boring pun jalan-jalan kat situ. Next entri cik mimi share kan antara binatang yang ada dekat Zoo Johor ye. Yang cik mimi snap gambarnya.
Yang bestnya dekat Zoo Johor ni bagi cik mimi yang dah pergi ni, tempat dia bersih tau. Memang Nampak la ianya terjaga. Tak berbau busuk. So happy je la nak berjalan kat situ. Nampak la kat situ terjaga dengan baik even bayaran masuk dia tak mahal. Pekerja dia jaga dengan baik kawasan tu. Nak berjalan rasa selesa je.
Cuma satu je la yang cik mimi perasan. Souvenier dia tak meriah sangat. Pastu harga macam mahal sikit. Cik mimi ingat kalau murah atau boleh dapat murah memang nak beli lebih. Nak bagi mak dengan adik adik sekali. Next time la kalau ke situ lagi baru belikan FM tuk mereka.
Now favourite pula pergi berjalan beli FM. Dah macam satu kemestian je. FM yang cik mimi beli ni seketul RM6, cik mimi try la Tanya beli lebih dapat ke kurang. Tapi pekerja dia macam tak berapa nak ramah je, dia kata bagi RM10 la kalau 2. So cik mimi beli 2 ni je la dulu.
Bukan cik mimi kedekut tau. Hehehe..
Tapi macam beli dekat Zoo Melaka haritu, 6 ketul dapat Rm15. Memang beli tuk bagi mak dengan adik adik sekali la. Baru seronok kan kita berjalan, kita beli kan sekali souvenier untuk family sekali..
Apa pun, tertunai dah hasrat nak bawa anak-anak ke Zoo Johor. Next, mana pula destination nya ye.. hehehe..
Siapa orang johor kat sini, meh suggest tempat yang best. Takmo legoland ye. Cik mimi belum kaya raya lagi nak masuk situ. Ahahahaha!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons