Showing posts with label Zalora Online. Show all posts
Showing posts with label Zalora Online. Show all posts

Friday, 1 July 2016

Handbag Raya Tajaan ZALORA!

8:30 am 6 Comments

Handbag Raya Tajaan ZALORA!  

Assalamualaikum.. Hi..  Lamanya tak jenguk blog kesayangan ni.. Seminggu 2 ni bizi sangat. Terpaksa abaikan blog ni demi tuntutan kerja yang lain. 

Harini just nak sembang-sembang kosong je la eh.. Ntah ada yang menyinggah baca ke idok agaknya.. ke update sebab syok sendiri je..

Baru-baru ni, i dapat handbag raya dari ZALORA.. Woooowww sangat bunyiknya tu kan..



Friday, 10 June 2016

Tips Penting Beli Skirt Online

8:28 am 8 Comments

Tips Penting Beli Skirt Online


Assalamualaikum.. Hi!..



Siapa gemar menggayakan skirt? Saya juga merupakan salah seorang penggemar skirt. Skirt labuh dan digayakan dengan blouse mahupun t'shirt.  Selain dari seluar jeans, yoga pants, legging dan lain-lain, skirt juga merupakan pilihan bottoms favourite oleh ramai golongan wanita. Khususnya bagi wanita yang gemar bergaya feminine dan mementingkan keselesaan yang berpanjangan. Tidak dinafikan, pemakaian skirt juga dapat membantu sesiapa sahaja yang memakainya kelihatan lebih feminine dan menyerlah. Namun, harus diingatkan bahawa terdapat beberapa jenis rekaan skirts dan penting untuk kita mengetahui beberapa perkara seperti berikut terutama sekali semasa kita ingin membuat pembelian skirt online.

Thursday, 21 April 2016

Voucher Zalora Rm100 Ketiga

8:14 am 14 Comments
Assalamualaikum..

Orang kata, kalau kita berblog ni nampak sesuatu hasil, memang seronok. Lagi bertambah semangat nak berblog kan. Kalau dulu orang kata berblog ni sekadar tempat meluah perasaan je. Taip-taip, pastu publish. Orang baca ke tak, belakang kira. Tapi kalau takde orang baca pun, macam tak best la pulak kan? Betul tak?

Sekarang ni, berblog pun dah macam 1 pekerjaan juga. Cuma, kalau kita bekerja tu, dapat la income yang tetap, kan.. Kalau berblog ni, ikut nasib la.. Kalau rezeki baik, melimpah ruahlah rezeki tu.

Tuesday, 15 March 2016

Style Instant Shawl Terkini

8:52 am 8 Comments
Assalamualaikum.. Hai readers yang setia..

Siapa kat sini sukakan sesuatu yang instant? Sebut saja instant, mesti ramai yang tertarik untuk mencubanya,kan? Nama pun ‘instant’, dah tentu dia memudahkan kerja seharian kita kan?



Kali ni saya nak share sikit tentang Shawl instant. Siapa suka shawl instant? Dah tentunya majorit diantara kita semua sukakan Shawl Instant kan? Termasuklah saya salah seorangnya.. hehe

Monday, 14 March 2016

Tips Menggayakan Floral Dress

8:51 am 5 Comments
Assalamualaikum.. Hai..



Siapa disini minat mengayakan dress? Tahu tak, kalau anda salah seorang peminat floral prints dress, ada beberapa tips yang perlu anda tahu untuk menyerlahkan keyakinan semasa memakainya? Jom ketahui sedikit sebanyak tips yang cukup mudah dan ringkas mengenai floral dress ni.

Tuesday, 19 January 2016

Voucher ZALORA RM100 Ditebus Dengan Barangan. . . .

9:00 am 8 Comments
Assalamualaikum..

Hai readers!.. Rezeki berblog untuk tahun 2016. Syukur Alhamdulillah. Setahun rasanya perit tanpa rezeki yang 'best' sedikit dari dunia berblog. Tahun ni Allah beri keizinan untuk merasainya.

Minggu lepas dapat tawaran dari Zalora. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Ternanti-nanti juga rezeki dari ZALORA ni. Maklumlah, teringin juga seperti rakan blogger yang lain kan? Alhamdulillah saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan sebaiknya.

Dan sebagai sedikit 'ganjaran' diberikan Voucher Bernilai RM100 untuk ditebus dengan barang yang berada di Zalora.



Thursday, 14 January 2016

Blouse Murah Wanita Menjadi Pilihan Terkini.

10:23 am 9 Comments



Blouse dikatakan sebagai salah satu pilihan terkini kerana mudah untuk digayakan. Boleh dikatakan, rata-rata wanita terkini mempunyai pelbagai koleksi fashion blouse yang tersimpan rapi di dalam almari. Tahukah anda terdapat pelbagai cara untuk menggayakan blouse sama ada dengan memakai butang sepenuhnya, masukkan ke dalam seluar atau skirt, ikat di hujungnya atau paling mudah biarkannya begitu sahaja.


Pemakaian blouse yang betul dapat membuatkan seseorang lebih menawan namun tetap kasual yang trendy – bergantung dengan cara anda menggayakannya. Namun untuk blouse Muslimah lebih sesuai jika ia dibiarkan lepas dipadankan bersama Muslimah bottom pilihan anda sendiri seperti seluar jeans, skirt labuh ataupun seluar panjang. Ianya juga sangat anggun digayakan pada majlis majlis kasual. Majlis pertunangan, majlis perkahwinan, serta majlis

majlis lain.

Friday, 18 December 2015

AIDIJUMA kini di ZALORA!

9:30 am 1 Comments
assalamualaikum.. hai readers..

siapa peminat AIDIJUMA angkat tangan???

siapa sangka, AIDIJUMA kini boleh dimiliki dari ZALORA. jangan pening kepala nak mencari stok. Masuk je web ZALORA, pilih pilih, bayar then tunggu je barang sampai.. 
waaaa, gitu.. tak perlu susah payah nak bershopping dah..

mudahnya urusan jualbeli sekarang..
betul tak? tak perlu berpenat, berkejar sana sini, hanya duduk di depan PC je, barang yang ingin dimiliki tersedia..

alhamdulillah..
saya pun ada juga stok aidijuma ni.. cuma tak banyak je la.. rezeki orang bagi.. 
merasa juga untuk ber-AJ
:)






Monday, 22 December 2014

Shopping Pertama Di ZALORA

9:00 pm 13 Comments


Assalamualaikum.. hai semua..

Sebelum ni saya tak pernah pun beli barangan secara online di ZALORA. Buat pertama kalinya saya membeli di website berkenaan, sangat sangat berpuashati. Sebenarnya dengan lebih tepat saya bukanlah shopping dengan mengeluarkan duit pun. Tapi saya tebus voucher RM50 yang pernah diberikan dahulu.

Alhamdulillah. Barang sampai dengan cepat menggunakan perkhidmatan Gdex. Disebabkan saya menggunakan alamat di Ipoh, jadi lambat sikit la saya terima barang tu kembali. Alhamdulillah, mak datang ke rumah dan bawa sekali barang saya ni.

Sebenarnya beg yang saya survey adalah sangat sangat banyak yang menarik. Harga juga berpatutan. Rambang mata nak pilih. Saya berkenan sangat dengan 2 beg. Tapi disebabkan nak tebus voucher dulu, jadi saya pilih beg yang ni.


Thursday, 24 July 2014

Koleksi Dress Labuh Untuk Raya 2014

11:01 pm 2 Comments
Assalamualaikum semua..

Macam mana dengan persiapan raya? Baju raya, tudung raya, handbag raya, kasut raya dan sebagainya?? Masih ada yang belum sempat keluar shopping?? Tak sempat?? Tak sanggup nak bersesak dengan orang ramai kat luar sana?

Takpe, jangan risau.. sekarangkan zaman moden. Segalanya ada dihujung jari.. betul tak? Salah satu cara untuk jimat masa hanya shopping online. Rata-rata ramai juga yang memilih untuk shopping online kan?

Mudah, cepat dan pantas. Pilih, pilih dan terus pilih.. lagi mudah kerja yang dilakukan. Jangan risau, anda masih sempat lagi untuk shopping secara online. Jom singgah cuci mata . Jangan lupa grab la mana yang berminat ya. J




Wow!! Sangat-sangat-sangat cantik !!

Memandangkan zaman dah semakin moden, kini baju kurung bukan lagi 1 kemestian pada pagi raya. Kini ‘Dress Labuh’ juga menjadi pilihan pada masa kini. Ianya nampak menarik dan sangat mudah untuk digayakan.



Selain baju kurung peplum, baju kurung, baju kurung moden dan sebagainya. Jika saya, tentunya juga ‘Dress Labuh’ menjadi pilihan. Kerana ianya mudah digayakan dan selesa dipakai. ‘Dress Labuh’ juga boleh digayakan dengan menambah aksesori tersendiri untuk menyerlah kan lagi penampilan di pagi raya.

Namun untuk koleksi baju raya 2014 kita dapat lihat sesuatu yang baru apabila elemen moden seperti dress labuh telah digabungkan dengan ciri-ciri tradisional bagi menghasilkan maxi dress Muslimah atau dress labuh Muslimah.




Bagi tahun ini, dress labuh adalah pilihan paling popular dalam kalangan wanita di Malaysia. Bagaimana cara untuk menggayakan dress labuh untuk Hari Raya? Mudah sahaja, caranya ialah dengan memadankan dress anda dengan tudung terkini atau shawl wanita dengan warna dan corak yang sesuai. Ini adalah penting bagi memberikan penampilan yang bukan sahaja anggun malah bergaya. Tambahkan sedikit aksesori seperti bracelet atau rantai leher panjang agar kelihatan stylish.

Jangan lupa untuk bawa bersama handbag atau clutch ketika pergi beraya untuk melengkapkan persalinan anda! Mengimpikan dress labuh untuk dipakai sempena lebaran ini? Dapatkan dengan segera sebelum terlambat.. :)


Wow!!! sangat cantik okeh 'Dress Labuh' ni..


Jom Shopping!! Jangan lepaskan peluang yang masih ada :)


Sponsor

Comments