Showing posts with label Udang Celup Tepung. Show all posts
Showing posts with label Udang Celup Tepung. Show all posts

Wednesday, 8 August 2018

Udang Celup Tepung Rangup

9:58 pm 11 Comments


Udang Celup Tepung Rangup | Harini entri makanan la pulak eh. Lama dah tak cerita pasal makanan kan? Entri semalam tentang Pasar Segar Bandar Mersing kan? Masa di pasar tu kitorang kan beli udang segar. 

So, haritu tak tahu nak masak apa. Selalu udang ni fungsi dia jadi rencah je dalam lauk. Tapi kali ni taknak buat rencah. Taknak buat sambal. Sebab budak budak suka udang, so try menu senang ni je la. Yang penting, tak pedas. 

Udang Celup Tepung Rangup. Nak goreng udang ni, kalau boleh pilih yang besar sikit sizenya kan? Baru best makan. Ambil dalam 16ekor macam tu untuk goreng. 

Nak goreng bagi tepung tu bersalut elok mudah je. 
Bahan pun senang je. 

- Udang
- Telur
- Tepung (Saya guna tepung goreng ayam bestari Original je)

Caranya, mula mula panaskan minyak dulu.

Udang dicelup pada telur. Then celup ke tepung. Then celup ke telur balik, pastu celup ke tepung. 

Kiranya 2kali salut la gitu. Nampak la tepung tu tebal sikit. Boleh je sekali salut. Cuma sekali salut, tepung tu macam tak bersalut banyak je la kan. 

Paham ke idok ni? 😅
Salut kali kedua kat telur tu, sekadar celup je tau. Bukan celup beria sangat. Karang tertanggal tepung celupan pertama tu.

So, siapa nak try buat udang celup tepung dah tahu la kan macam.mana caranya bagi tepung tu nampak tebal je.

Selamat mencuba. 🤗

Sponsor

Comments