Showing posts with label Traveloka. Show all posts
Showing posts with label Traveloka. Show all posts

Thursday, 6 September 2018

Traveloka SALE-abration 2018 | Tawaran Penerbangan Dan Hotel Diskaun Terendah!

8:30 am 30 Comments


Traveloka SALE-abration 2018 | Tawaran Penerbangan Dan Hotel Diskaun Terendah!

Hai semua.. Nak tanya ni.. Bila disebut sahaja 'Traveloka', apa yang anda bayangkan? Bercuti? Yeaayy.. Pergi bercuti.. Sukakan kalau dapat pergi bercuti. Lagi lagi dah penat bekerja tanpa rehat. Walaupun duit gaji masuk bulan bulan, tapi kalau tak rehatkan badan, tak boleh juga, betul tak?  Selain bercuti, apa lagi yang boleh dipadankan?
Mesti juga boleh membuat tempahan hotel dengan harga yang sangat sangat berpatutan harganya.. Betul tak?

Kalau namanya pergi bercuti, tak kan pulak pergi balik hari yang sama kan? Tak best la macam tu. Nama pun bercuti. Paling tidak mesti la kita dah stay 2-3hari, rehatkan diri. Rehatkan minda, cari ketenangan. Baru la naik kerja nanti rasa semangatnya tu berkobar-kobar kan? Selain tu, apa lagi yang rasanya traveloka boleh berikan? Tentunya tempahan tiket penerbangan ke destinasi percutian impian anda semua. Betul tak? Rugi la kalau traveloka hanya sediakan pakej untuk bercuti, tapi tak lengkap segala urusan kan?

Nampak tak pakej yang traveloka berikan tu? Menarik tak? 3 perkara boleh dibuat dalam 1 masa. Semuanya mudah dan cepat dihujung jari sahaja. Hanya pilih tempat dan masa yang dikehendaki. Zaman sekarang ni rasanya dah cukup mudah. Nak pergi bercuti sediakan duit, sediakan masa dan buat tempahan semuanya tanpa perlu bersusah payah.

Lagi satu perkara penting, bila nak bercuti ni perancangan tentulah seawalnya kan? Mungkin 3-4 bulan awal dah rancang. Dan yang paling penting sekali, jangan lupa survey la harga semuanya di Traveloka, dan buat tempahan awal. Rasanya berbaloi buat tempahan awal sebab dari segi harga juga dapat penjimatan kos disitu. Susah tau kalau rasa nak pergi bercuti, baru nak terhegeh hegeh cari. Mungkin kalau nasib tak baik, hotel penuh. Tiket penerbangan habis. Maka, menangis la plan bercuti tak terlaksana.

Untuk hari ini, saya nak kongsikan satu maklumat menarik untuk kengkawan yang gemar bercuti. Tak kira la bercuti dimana pun. Atau yang dalam perancangan nak pergi bercuti. Jom baca apa yang saya nak kongsikan ni. Rugi pulak kalau saya tak kongsikan maklumat menarik ni dengan kawan kawan semua. Baru la rasa teruja tu dikongsi bersama!


Matta Fair dan Traveloka Salebration 2018 Kembali lagi!!

Siapa suka? Siapa suka?? Kalau sebut pasal Matta Fair ni, mesti ramaiiii yang suka ambik kisah,kan? Sebab macam macam perkara kita boleh dapat dari situ. Maklumat banyak tersebar disitu. Rugi tak kaut tau. Untuk pengetahuan kawan kawan semua, Traveloka juga membuat promosi secara besar besaran tau. So peluang korang semua nak pergi ke tempat yang korang inginkan sangat tu, mungkin ada terealisasi la macam tu.

Kawan kawan boleh la booked tiket flight dengan harga yang sangat sangat murah ke destinasi pilihan yang diidamkan serta, tentunya la juga ada tawaran pilihan tempat penginapan yang menarik. Allah.. Terujanya kita dengar. Tolong sampaikan info ni pun dah rasa seronok sangat tau. Belum lagi pergi tempat percutian yang kita nak sangat sangat pergi.
Rasa rasanya la kan, mana kita nak pergi ni? Sebab banyak sangat destinasi menarik yang boleh kita booking dengan Traveloka ni tau.

Dalam negara? Atau pilihan ke luar negara? Jangan risau kalau bajet tak banyak sekalipun. Dalam negara pun okay apa pergi bercuti. Banyak juga negeri yang kita boleh terjah. Macam saya sendiri, tak semua tempat dalam Malaysia ni dah terjah. Orang kata belum habis pusing la. Langkawi di kedah tu pun tak pernah sampai. So, boleh juga booking untuk ke sana dulu kan.

Mengenai tawaran promosi besar besaran tu, tempoh tempahan tiket adalah dari 4 September hingga 10 September 2018. Sempat kalau nak berfikir, berpakat dengan kawan kawan ke, dengan ahli keluarga ke, siapa siapa la yang kawan kawan nak ajak untuk pergi bercuti tu. Seminggu tempoh masa diberikan untuk membuat tempahan. Tak kan nak lepaskan peluang kan? Agaknya ada limit ke tempoh untuk pergi bercuti tu bila?? Tempoh perjalanan kawan kawan nak bercuti tu kan, bila bila masa sahaja tau! Haaa, macam mana..? Masih rasa was was lagi ke tu nak sambar peluang untuk pergi bercuti tu? Kalau boleh, cepat-cepat berpakat, cari kata sepakat nak bercuti dimana, pilihan destinasi dan juga tarikh, terus buat tempahan.

Apa lagi tawaran menarik yang diberikan?

Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk kepada terma dan syarat la. Haaa, nampak tak ada tawaran super best kat Traveloka tu? Diskaun! Pastinya traveloka sangat memahami, ramai diantara kira ni suka melancong. So sangatlah berbaloi untuk segala promosi diberikan tu.


Apa lagi yang menarik yang saya tahu tentang promosi hebat ni la kan, untuk percutian dalam negara ni, boleh dapat 50% diskaun untuk hotel. Tak kira masa. Bila bila masa sahaja yang diinginnkan.


Dan untuk percutian ke negara luar pula, 70% tawaran diskaun diberikan untuk hotel penginapan yang disediakan. Walaupun penginapan diberikan harga promosi, ianya berbaloi juga tau. Maklumlah, 50 dan 70 peratus diskaun diberikan, agak tinggi juga juga penjimatan disitu.

Ehhh.. Baru perasan. Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat pun ada rupanya. No Booking Fee! Okay.. Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! Sebelum terlepas! Kenapa kena buat cepat cepat? Biasalah, kadang kala tu kita suka lengahkan perkara yang mudah macam ni. Lepas tu terlepat tarikh tawaran promosi ni. Rugi la kan.
Nak pergi bercuti tu. Kena la prepare cepat cepat.


Sebelum terlupa, korang jangan lupa pula install Apps Traveloka di mobile tau. Senang untuk kemudahan korang. Sebab untuk dapatkan tawaran ni semua, korang boleh apply melalui komputer ataupun smartphone. Kan mudah. 

Okay la, karang bercerita panjang, takut korang terlupa apa yang sepatutnya korang buat kan. Nak tahu macam mana nak buat tempahan tiket penerbangan?


Boleh layari https://www.traveloka.com/ms-my/flight dan boleh la tengok perjalanan dari mana korang nak mulakan untuk pergi ke destinasi pilihan. 
Pastinya tawaran daripada Traveloka adalah tawaran yang sangat menarik untuk dinikmati.

Untuk maklumat lanjut tentang Taveloka boleh layari :
https://www.traveloka.com/ms-my/flight

Customer services : 015-48409469

Monday, 26 March 2018

Hutan Lipur Bukit Air Tarikan Menarik Di Perlis

9:16 am 11 Comments


Hutan Lipur Bukit Air Tarikan Menarik Di Perlis


Hai, hello readers. Harini saya nak share sedikit info tentang tempat-tempat yang menarik dan unik di Perlis yang boleh kita semua lawati. Rata-rata pembaca disini tentunya berminat pergi bercuti di negeri orang kan? Melihat keindahan alam, selain dari mendapat ketenangan apabila melawat tempat orang. Betul tak? Macam saya, saya suka berjalan ke negeri orang sambil kita dapat lihat sendiri tentang keindahan di tempat orang.

Sebelum pergi bercuti, tentunya kita semua akan buat sedikit survey tentang sesuatu tempat tu kan? Jom kita survey sikit tentang Perlis ni. Ke ada yang suka terjah je tanpa buat survey? Bagi saya la kan, survey ni penting sangat tau. Kalau tak nanti, dah sampai sana, mula la tak tahu kemana arah tuju sebenarnya.  

Jom kita cerita pasal negeri perlis ni.

Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan SongkhlaThailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan.

Perlis terdiri daripada tiga jajahan iaitu
· Arau
· Kangar
· Padang Besar
Bandar-bandar utama di Perlis termasuk :-
· Arau
· Kangar
· Kuala Perlis
· Padang Besar
· Simpang Empat

Setahu saya la kan, tempat menarik banyak di Perlis ni. Kiranya kalau ke Perlis ni puas sangatlah berjalan. Rugi kalau tak terjah semua. Itu pun bergantung pada keadaan dan masa la kan. Jom kita semak sikit, apa tempat yang menarik di negeri Perlis ni.


Salah satu gua yang paling tersendiri di Malaysia dengan gua batu kapur yang panjangnya 370 meter berhampiran bandar kecil Kaki Bukit (yang dikatakan 'bukit kaki') dan dikenali sebagai Gua Kegelapan.


Gua Kelam
Salah satu gua yang paling tersendiri di Malaysia dengan gua batu kapur yang panjangnya 370 meter berhampiran bandar kecil Kaki Bukit (yang dikatakan 'bukit kaki') dan dikenali sebagai Gua Kegelapan. Taman Rekreasi Gua Kelam sangat terkenal dengan 'gua berjalan' yang mempesonakan di mana anda boleh memasuki dari satu hujung gua dan keluar di lokasi yang berbeza.

Taman rekreasi ini terletak betul-betul berhampiran ladang ular Perlis di mana pelawat boleh mengalami pemandangan dan bunyi hutan hujan tropika atau mencucuk jari kaki mereka di sungai-sungai sejuk yang melalui hutan.

Hutan Lipur Bukit Air
Taman rekreasi ini terletak betul-betul berhampiran ladang ular Perlis di mana pelawat boleh mengalami pemandangan dan bunyi hutan hujan tropika atau mencucuk jari kaki mereka di sungai-sungai sejuk yang melalui hutan. Nampak dari jauh indah sangat permandangannya kan? Kalau dah sampai depan mata, pasti akan menghayati sepuas-puasnya keindahan alam ni kan? Betul tak?



Muzium Kota Kayang
Sebuah muzium yang menjejakkan kaki ke sejarah Kesultanan Kedah yang mempunyai kaitan dengan bagaimana Perlis dibentuk. Perkara yang boleh didapati di sini termasuk wang, artifak, senjata dan beberapa perhiasan.
Seronok sebenarnya waktu bercuti ni dapat lawati tempat-tempat bersejarah. Lain sangat perasaan pada masa tu.


Kuala Perlis
Sebuah pekan kecil yang memegang salah satu pintu masuk ke Pulau Langkawi. Merendam dan meneroka kehidupan yang berlangsung di kampung nelayan kecil ini dan pelbagai makanan laut yang mengagumkan.


Padang Besar
Terletak di sempadan Malaysia-Thailand, bandar yang sibuk ini adalah untuk semua orang-orang kedai di luar sana yang hanya suka sedikit tawar-menawar. Cari sejumlah besar kedai bebas cukai dan pelbagai pakaian, cenderahati dan artifak yang dijual.
Orang kata, Padang Besar ni kena jadikan tempat WAJIB kalau ke sana. Rugi kalau terlepas peluang untuk tengok sendiri keadaan disana.
Pastikan Padang Besar adalah tempat utama kalau tuju ke sana tau.


Taman Negeri Perlis
Di sinilah rizab hutan Mata Ayer dan Wang Mu. Taman ini juga kaya dengan tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, gua-gua yang luas dan sungai. Bukan itu sahaja, ia adalah satu-satunya tempat di Malaysia di mana makhluk tunggul-tunggul dapat dijumpai. Menarik kan?

Salah satu daripada dua tempat perlindungan ular di Malaysia yang menempatkan pelbagai ular dan reptilia yang lain. Anda boleh melihat King Cobra yang menakjubkan

Salah satu daripada dua tempat perlindungan ular di Malaysia yang menempatkan pelbagai ular dan reptilia yang lain. Anda boleh melihat King Cobra yang menakjubkan dalam tindakan di dalam sangkarnya mengambil gambar yang tidak dapat dilupakan dengan reptilia yang jinak.

Pelbagai herba, rempah dan tumbuh-tumbuhan tradisional yang berjumlah lebih daripada 1000 spesies ditanam di sini.

Taman Herba
Pelbagai herba, rempah dan tumbuh-tumbuhan tradisional yang berjumlah lebih daripada 1000 spesies ditanam di sini. Pelawat dapat melihatnya, belajar tentang aplikasi perubatan mereka dan lihat bagaimana mereka ditanam di taman ini.
Kalau saya la, memang suka sangat tengok tempat macam ni. Walaupun kita tak kenal jenis-jenisnya, tapi seronok tau bila kita dapat belajar tentang sesuatu yang baru.


Tasik Melati
Tasik yang tenang yang sering dikunjungi untuk berkelah, berperahu atau hanya sekadar berjalan-jalan di sekitar tasik.
Alahai.. nampak tenang sangatkan permandangannya kan..
Kalau waktu senja atau malam pasti lagi menarik ni kan?
Yang pasti, sesiapa yang menginginkan ketenangan,wajib ke tasik ini tau.


Taman Anggur
Orang kata taman anggur ni satu tempat yang unik, yang perlu kita lawati bila dah jejakkan kaki di Perlis. Kenapa ianya dikatakan unik? Sebab bukan semua negeri yang ada di semenanjung malaysia ni boleh menanam anggur. Hanya tempat dengan keadaan suhu yang bersesuaian je pokok anggur ni boleh hidup tau.

Ni antara tempat tempat menarik yang berjaya saya kumpulkan. Ikutkan ada banyak lagi tau nak share, takut nanti ada yang tak cukup masa kalau bercuti 3hari 4malam pun kalau ke sana. So, kita kumpul info pulak tentang makanan yang best disana ye.

Apa Makanan Yang Best Di Perlis?


Orang kata, kalau kita pergi ke sesuatu tempat tu, tak sah rasanya kalau kita tak cari makanan yang best best di sana kan? Jalan-jalan bukan sekadar makan angin saja. Tapi jalan-jalan cari makan jugak tau.
Jom kita tengok sikit list yang saya yang buat survey ni. Mana tahu boleh buat panduan buat kengkawan juga yang nak berjalan ke sana kan.


Harumanis
Salah satu yang orang akan cari bila tibanya musim buah, mesti cari harumanis dulu kan? Orang kata, rasa tak lengkap kalau tak dapatkannya. Yang pasti, jangan terlepas peluang tau nak rasai sendiri buah yang segar dari ladang ni.

Medan Ikan Bakar
sebuah gerai kecil yang menawarkan Ikan Bakar yang paling diminati di bandar. Ikan ini diasinkan dan dibakar di atas arang dan dipenuhi dengan limau limau dan direndam dalam sos cili khas mereka.

Jeruk Maman
sejenis acar sayur yang ditapai dengan garam dan air selama tiga hari di mana ia menjadi dewasa dan oren. Ia biasanya disajikan dengan bawang dan bawang cili.

Pekasam
biasanya dibuat dari ikan seperti Puyu, Jawa Carp, Perch, dan Tilapia dan juga udang. Ia dibuat daripada menanam makanan laut dengan garam, serbuk beras goreng, asam jawa dan gula aren dan biasanya dimakan rakan dengan nasi. Kalau perut tengah lapar, dapat pula ikan perkasam dengan nasi kosong panas-panas pun dah kira terbaik sangat dah. Pembuka selera sungguh tu.

Sira Belinggai 
Apabila buah Belantani matang, petani akan mengeluarkan kandungan buah ini dan campurkan dengan baik dengan santan untuk membuat Sira yang biasanya dimakan semasa teh.

Nasi Ulam
makanan tradisional Perlis di mana nasi bercampur dengan beberapa jenis daun yang termasuk noni, putat, sekentut, selom dan mentalum. Lada dan ikan kering kemudian dihancurkan dan ditambah bersama untuk meningkatkan rasa. Siapa penggemar nasi ulam? Wajib dapatkannya tau.

Laksa Kuala Perlis
Makanan sedap ini mesti ada di Perlis. Laksa, yang diperbuat daripada tepung beras kemudiannya diisi dengan kuah yang dibuat dari ikan rebus dan rempah-rempah lain. Rasanya laksa ni bukan je penggemar orang perlis je kan? Mana-mana negeri pun memang orang berminat dengan laksa, termasuklah saya sendiri. Pantang nampak laksa, memang nak sangat.

Tentang tempat menarik dah cerita, tentang makanan unik dan best pun dah cerita. So, kita bercerita pula tentang tempat penginapan ye. Dah nama pun bercuti, tentunya kita nakkan la tempat yang selesa bila dah penat berjalan seharian kan? So, saya akan sharekan sikit antara tempat untuk beristirehat pula ye.

Hotel / Resort di Perlis

Hotel Sri Malaysia Kangar 
Hotel Seri Malaysia Kangar adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin mengambil tempat di Kangar. Terletak betul-betul di pusat bandar, para tetamu terletak dengan baik untuk menikmati tarikan dan aktiviti di bandar ini. Pelawat yang datang ke hotel boleh melawat tarikan utama di bandar ini seperti: Remidis Clinic, The Store at Pusat Bandar Kangar.

Putra Brasmana Hotel
Putra Brasmana Hotel terletak di lokasi strategik di Kuala Perlis, salah satu kawasan yang paling popular di bandar tersebut. Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah kepada semua yang bandar meriah seperti Muzium Kota Kayang, Masjid Al Hussein, Komalaut Seafood Complex, dan Terminal Feri Kuala Perlis.

Putra Putri Lodge
Dibina pada bulan Disember, Putra Putri Lodge dibina untuk memperbaiki landskap Repoh dengan menaikkan bangunan berusia 35 tahun yang menyeluruh dan memberikan pengunjung pilihan alternatif bagi penginapan yang berpatutan dan selesa. Nama "Putra Putri" diperolehi oleh para pendatang yang terletak di Taman Putra Putri, sebidang tanah yang dimiliki oleh Raja Perlis.

Putra Regency Hotel
Terjadilah keramahan yang hangat di negeri utara Malaysia di Putra Palace. Hotel utama di Perlis, ia merupakan pilihan utama untuk penginapan, fungsi perniagaan, jamuan dan santapan.

Okay, menarik tak perkongsian saya ni mengenai Negeri Perlis Indera Kayangan ni? Agak-agak dah masuk ke dalam list percutian anda akan datang?
Jangan lepaskan peluang okay.

Monday, 30 October 2017

Alami Percutian Yang Hebat Di Pulau Pinang

10:55 am 28 Comments

Hai readers!..
Selamat pagi.. Setelah 2 hari bercuti, mesti rasa lemau je kan nak mulakan kerja harini.. No monday bluess ye.. Kita kena cari mood yang positif untuk mulakan hari-hari kita.
Nak tanya sikit la pada kawan-kawan, biasanya la kan, kalau ada peluang bercuti, kemana pilihan korang? Kut la plan bercuti sempena anniversary ke? Sebab cuti sekolah ke.. Sebab nak berehat ke? Kita kena juga pergi bercuti kan untuk dapatkan balik mood dalam diri bila hari-hari kena bekerja je.

Mesti Belum ada idea kan??

Agak-agaknya la kan, kalau saya nak share tentang satu tempat ni, korang nak tak pergi? Pada pengamatan saya, menarik juga tempat ni. Memandangkan cuti sekolah pun tak lama lagi dah, boleh la kengkawan 'masuk list' dulu tempat percutian ni.. Tak rugi tau kalau korang pilih tempat ni. Sesekali kena la bercuti kat tempat yang kita belum pernah pergi kan?

Ehh, kat mana tempat yang nak dipergi tu?

Tempat yang saya maksudkan tu di Batu Feringghi Pulau Pinang !

Korang kalau bercuti ke Pulau Pinang, korang terjah mana dulu? Cari tempat yang menarik ke, korang pergi cari makanan dulu?



Kalau pergi ke Pulau Pinang tu jangan lupa pekena dulu nasi kandaq anak mami dengan mamu Pulau Pinang.. tudiaaa.. hahahaha! Pulau Pinang adalah satu tempat yang terkenal dengan makanan ala-ala mamak gitu antaranya ialah seperti nasi kandar, passembor, laksa penang dan banyak lagi la! Bukan tu saja, kalau hampa nak tau kat Penang ni pon bnyak tempat yang boleh kita lawati taw. Pantai?? Pantai of course la ada! Dah nama pon Pulau Pinang kan. Pantai-pantai di sekitar Pulau Pinang ni pon tidak kurang hebatnya u olls! Cantik okay, macam pantai kat luar Negara tuh.. tak payah la korang nak kejar pantai luar neagara, kat Malaysia pon ada hokey!

Adududud.. Cerita pasal nasi kandaq pagi-pagi ni, leleh ayaq liuq uiiii.. Sedapnyaaa la hai! Rata-rata pengunjung mesti tak lepaskan peluang kan? Orang kata, rugi kalau nak mai pulau pinang tak pekena nasi kandaq! So, korang lepaskan peluang tau. Masuk list!

Ehhh, kemana destinasi seterusnya tu?




Salah satu tempat yang sering mencuri hati pengunjung ke Pulau Pinang ni ialah di Batu Feringghi tau korang. Nak tahu tak sebab apa? Haa antara sebab kenapa Batu Feringghi ni sering menjadi tumpuan para pengunjung ialah pantainya yang cantikk, air yang bersih, pasir yang memutih bak mutiara, angin laut yang segar dan yang penting korang juga akan dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang cantik dan tak dapat la nak diungkapkan dengan kata-kata la orang kata! hahahaha! Dah alang-alang sampai Penang ni korang, apa kata tido la sehari dua hari kat sini, bawak anak bini ronda Penang pulak.


Di sekitar Batu Feringghi ni ada sebuah hotel taw, nama hotel tu ialah Lone Pine Hotel. So kalau korang nak cari hotel yang dekat dengan laut korang boleh la menginap di Lone Pine Hotel ni sebab hotel ni berhampiran dengan pantai iaitu mengambil masa selama 2 minit jer dengan berjalan kaki. Hotel ni pon terletak di kawasan yang strategik tau iaitu berhampiran dengan Penang National Park, Gurney Plaza, Bukit Bendera, Penag Times Square, Komtar dan banyak lagi. Senang la korang nak berjalan nanti, tak perlu nak ambil masa yang lama untuk ke tempat yang saya sebut tadi.


Di sini terdapat lebih kurang sebelas pilihan bilik yang disediakan, yang pastinya setiap bilik ni mempunyai harga yang berbeza ye. Walaupun hotel ni mewah yang bertaraf lima bintang, harga yang ditawarkan di sini sangat memeranjatkan korang okay! Korang boleh la google sekarang untuk usha Lone Pine Hotel Penang dan nikmati tawaran yang disediakan di situ. Bilik-bilik yang terdapat di hotel ni sangat selesa okay, malah penginap yang pernah menginap di sini mengatakan bahawa hotel ni berkonsepkan ala-ala butik okay! Ruang bilik yang sangat luas, dihiasi dengan hiasan dalaman yang mewah dan selesa. Setiap bilik mempunyai balkoni dimana boleh la korang menghirup udara yang segar sambil menikmati pemandangan pantai yang cantikk. Tempat ni juga sangat sesuai untuk korang berbulan madu, perjumpaan bersama rakan sekerja, dan bercuti bersama keluarga. 

Menarik tak? Menarik tak? 



Now saya nak cerita mengenai fasiliti yang disediakan di sini antaranya ialah hotel ini mempunyai kawasan luaran tau dimana korang boleh bersiar-siar di taman pada waktu petang sambil menikmati pemandangan pantai sebab ia berhadapan dengan pantai.







Terdapat juga kolam renang dan pusat kesihatan seperti khidmat urutan, pusat spa dan kesihatan, serta pusat kecergasan bagi korang yang nak sadokan badan tuh. Hahahah! Di sini juga mempunyai khidmat pembersihan seperti dobi, cucian kering, khidmat menyeterika dan khidmat pembersihan harian. Kalau korang nak tahu, kat sini pun ada suite untuk pengantin tau..


Sesuai sangat la bagi korang yang nak buat majlis perkahwinan di Lone Pine Hotel ni. Pergh! confirm jadi weeding of the year u olls! Sapa tak nak kan.. hahahaha! janji duit ada ye dok. hehehe. 



Masa untuk check in hotel bermula dari pukul 3pm dan kalau korang nak check out pulak macam biasa la selewat-lewatnya pukul 12pm. Agak-agak tak nak check out tu pergi la tambah hari lagi untuk bermalam di situ.. hahaha yela mana tau dah jatuh cinta dengan Lone Pine Hotel ni betul tak??hahaha! So, percayalah la cakap aku, percutian korang lebih bernilai kalau korang bercuti di sebuah hotel yang sangat memuaskn dengan harga yang sangat berpatutan. 


Agak-agak macam mana dengan percutian yang hebat saya kongsikan ni? Ada rasa nak alami nya sendiri tak? Bestkan? Yang penting Jadikan percutian korang kali ni sebuah percutian yang paling terindah dalah hidup korang ye! Jangan lepaskan peluang dan Selamat bercuti!

Sponsor

Comments