Showing posts with label Tips Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Tips Menyusu. Show all posts

Tuesday, 9 April 2019

Putus Penyusuan atau Wean Off

12:19 am 11 Comments
Hai readers.. Hai mommy semua..
Pernah tak rasa, kalau kena putus susu ni, macam ibarat orang putus cinta. Ehh putus cinta pun tak sehebat tu rasanya..
Tak kisah la putus penyusuan tu secara paksa ke atau memang dah sepatutnya bila capai umur 2tahun ke..

Selalu kita baca kisah kawan kawan bab putus penyusuan ni. Ye perasaan tu memang lain macam sangat tau. Bila anak hampir masuk 2tahun dalam kepala mula berlegar legar. "Ready ke tidak".. Erm.. Saat anak menyusu, kita usap dia.. Usap kepala dia.. Memang feel dia lain tau.. 

Ni just nak simpan kat blog je la pengalaman kita. Masa zhareef masuk usia setahun kita sulam penyusuan dia. Kiranya Bfeed dan FM (Formula Milk) juga. Sebab dia kuat menyusu. Susu badan pula bukan banyak macam masa dia baru lahir. Dari biarkan anak berlapar, menangis meragam, lebih baik campur je kan. Dan kalau anak kena tinggal pun in case ada majlis kena pergi, tak risau la. Anak tak lapar susu.

Zhareef nyusu lama. Kiranya sampai usia 2tahun berbanding zara setahun 10bulan je. Sebenarnya lebih kepada "ketagih" pun ada. Biasa la budak kan.. Time nak tidur orang kata mesti nak "mengempeng".. Sebab kadang tu bukan dia menyusu pun. Saja nak main main. Zhareef stop menyusu masa umur lagi 3hari nak masuk 2tahun 1bulan. 

19.Januari.2019
Hari last jumpa anak anak masa sebelum operation. 
Haritu hari sabtu. Minta ddy dorang bawa budak budak datang hospital. Cakap kat ddy nya. Rasa macam bengkak susu sikit. Nak bagi zhareef nyusu. 

Cakap kat zhareef "adik.. Harini last adik boleh susu mama tau.. Esok mama kena operate. Nanti dah tak boleh susu dah. Adik kena susu botol je. Nanti opah buatkan susu adik tau. Minum banyak banyak"..

Allah.. Masa tu sebak jugak cakap camtu kat anak. Tapi sebelum tu zhareef ditumpangkan kat rumah kawan. Then memang dia nyusu botol pun. Cuma sebab kebetulan bengkak susu sikit, paksa juga dia nyusu. Tapi zhareef malu malu. Sebab tak dapat nak jumpa mama dia kan beberapa hari. Selama mama dia kena admit, selama tu dia tak menyusu (bfeed)


Bagi susu kat dia sampai dia terlena. Allah.. Sayunya masa tu. Tak sangka dia nyusu sekenyangnya sampai boleh terlena. Lama juga la dia tido tu. 2jam ada kot masa tu. Sempat la nurse masuk bilik masa tu nak check, dia cakap "lenanya dia tidur".. Dan alhamdulillah. Bila tiba hari operation, terus susu dah takde. Kering terus. 19 januari tu la last zhareef menyusu.

Setakat ni zara dan zhareef putus penyusuan dengan izin Allah. Dipermudahkan.. Yela, bukan senang nak get ready mental fizikal bab macam ni kan.. Anak kan. Dikandung, dilahirkan dan dinyusukan.. Memang feel dia tu menangkap jiwa la orang kata. Macam kita alhamdulillah target nak susukan zhareef sampai 2tahun terlaksana. 
Nak putus penyusuan pun mudah. 
Zara putus susu sebab dia kena HFMD. Dan zhareef pula sebab mama dia operation.

Apa apa pun, bab putus penyusuan ni kena ready. Mental fizikal semua la. Ada je ibu ibu yang jenis taknak BF sebab leceh. Nak jaga malam la kan. Apa pun atas individu. Dan putus penyusuan ni kena persediaan si anak juga. 

Kita ada juga terbaca Tips Nak Putus Penyusuan ni DISINI.



Friday, 18 May 2018

Kekal Bertenaga Semasa Berpuasa Bagi Ibu Menyusu.

1:33 pm 9 Comments
Kekal Bertenaga Semasa Berpuasa Bagi Ibu Menyusu | Bila sebut tentang berpuasa, tentunya ibu ibu yang menyusu akan rasa risau kan. Risau kalau anak tak dapat bekalan susu secukupnya sepanjang tempoh berpuasa. Sebab ibu hanya makan waktu sahur je kan. 

Bagi ibu yang bekerja pula, pastinya menyediakan bekalan susu yang telah di pam untuk dihantar pada pengasuhkan?

Bagi ibu ibu yang kerisauan tentang susu badan yang cair, tidak pekat atau risau drop, jom ikuti 8 langkah untuk minum air masak ketika berpuasa. 


Bagi yang rasa perlukan suplement tambahan, ibu ibu boleh mencuba Femilac Milkbooster tau. 

Pengalaman Berpuasa Ketika Menyusu Bersama Femilac.

Tahun lepas ketika berpuasa zhareef baru berumur 6bulan. Dan memang fully breastfeeding tau. Saya mencuba femilac sebagai penganti makanan sebab berpuasa tak boleh makan kan.

Setiap pagi saya amalkan 2biji femilac sekaligus. Rasanya memang sedap. Kunyah kunyah dan terus tunggu kesannya.
Macam saya dalam tempoh setengah jam dah rasa tindakbalas tu. Zhareef menyusu dalam pukul 6 pagi dia rasa puas. Susu pun banyak. 

Dan kesan lain femilac ni juga, dia buatkan kita tak berasa begitu lapar tau. Memang best amalkan femilac ni. Walhal zhareef kerap menyusu ketika tu. 



Bagi ibu ibu yang nak mencuba makanan tambahan untuk penyusuan ni, boleh whatsApp saya 011-24181178.

In shaa Allah, mana tahu femilac boleh membantu kan?

Wednesday, 25 May 2016

TIPS Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

8:06 am 6 Comments
Assalamualaikum.. Hi..!

Harini saya nak share sikit TIPS untuk ibu-ibu menyusu yang ingin berpuasa tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.. Tahun lepas pun saya dapat berpuasa sambil menyusukan zahra. Memang mula-mula tu rasa risau la kan. Mana tak risau. Kita tak makan waktu siang kan. Jadi risau la kut-kut susu akan drop!

Tapi...

Kita kena yakin. Menyusukan anak ketika bulan puasa bukan bererti kita tak dapat nak menyusukan anak seperti biasa ye. Yang penting usaha, yakin & tawakal kepada Allah. Meh kita share sikit TIPS yang sangat berguna ni ya..

Hak untuk anak kita tak boleh abaikan, kan?



Sponsor

Comments