Showing posts with label Tips Berblog. Show all posts
Showing posts with label Tips Berblog. Show all posts

Thursday, 11 April 2019

Nak Menulis Tapi Ketandusan Idea? Apa Perlu Buat?

9:44 am 24 Comments
Hai readers..
Boringnya kalau tak dapat membebel kat blog ni. Rasa macam nak luah sesuatu tapi tak lepas. Haaaa gitu perasaannya. Haha
Macam orang bercinta pulak, tapi perasaan tu terbuku. Ewahhhh sangat kan..
Biasa la blogger kan. Dia suka share macam macam cerita..


Nak membebel, tapi takde modal sangat. Biasa la kan. Jadi blogger ni kadang ketandusan idea jugak nak menulis tu.. Nak bebel kadang risau jadi entri merapu. Kena pulak entri merapu yang memang ntah apa apa cerita nya, tak syok jugak kan. Orang yang baca rasa hambar.. Pastu mula la dapat kutukan sedass dari pembaca. Pastu mula la sentap. Haaaa, siapa gitu? 😄

Sebelum kita ni pun membebel jauh, jom kita kongsi sikit apa boleh buat kalau tengah boring mengadap depan PC, laptop. Nak menaip, tapi dia punya idea tu macam tersangkut. Tak keluar pulak. 
Macam kita ni jarang la nak menaip entri guna laptop. Ada masa tertentu je buka laptop. Selebihnya banyak mrnggunakan telefon. Sebab mudah. Sambil baring pun keluar 1 entri. 

Tapi kalau mengadap fon ni pun tak tahu apa benda nak ditulis, sebenarnya ada cara untuk kita keluarkan idea. Orang kata, menulis ni biar la menulis sesuatu yang berfaedah. Kalau tulis benda yang baik, dapat dikongsi dengan kawan kawan, kita dapat pahala. Tapi kalau menulis mengutuk mengata orang, dosa pulak. Selama mana entri tu tersimpan. Seramai mana yang membaca kan. Sebab tu kita cuba elakkan nak menulis pasal gosip ni. Suami pun dah bagitahu. Nak berblog tu tulis benda yang berfaedah. 

Kalau tak tahu nak buat apa, sambil nak cari idea tu kan, cuba blogwalking. Haaa, blogwalking ni sebenarnya seronok juga. Kadang tu, tiba tiba kita dapat info penting. Kadang tu info yang kita dok cari-cari .Haaaa, tu pentingnya blogwalking. Pastu lepas baca, tinggalkan komen sikit. Orang kata letak la sikit jejak jari jemari tu sikit kan. Baru la orang tahu, entri yang dia tulis tu ada juga readers. 

Sambil blogwalking tu juga, kalau ada rezeki jumpa pulak segmen la, giveaway la.. Contest la.. Best ke tidak?? Kalau kita la kan, selalu nak menaip takde idea buat macam tu la. Sudahnya dari tak tahu ada giveaway terus terjoin sama. Mana nak tahu kalau la ada rezeki terselit kat situ. Kena pulak hadiah dia duit cash. Tak ke rasa seronok kalau dapat?

Manfaat dari blogwalking ni juga, boleh datangkan ilham nak menulis. Yela, kita kan membaca blog kengkawan tu. Mustahil la kita tak dapat apa apa idea dari situ. Contohnya kita terbaca entri percutian. Haaa, tiba tiba teringat yang kita ada juga pergi bercuti. Tapi kita tak share lagi pengalaman tu kat blog sendiri. Haaa betul tak?

Blogwalking ni bukan setakat kita seronok tengok orang akan singgah ke blog kita balik je. Pageview setiap entri yang ditulis tu pun mungkin akan meningkat. Yang ni kita akui la. Dulu, zaman bekerja kan, bila kerja dah selesai, kita suka blogwalking. Sambil tu tinggalkan jejak. Masa tu memang kepala ni dok ligat dengan macam macam idea la orang kata. Idea datang je kita tulis. Pastu singgah blog kengkawan tinggal jejak. Dari situ PV naik. Then secara tak langsung juga, kawan pun makin bertambah juga. 

Erm.. Kalau malas nak perah kepala otak dari segi penulisan, cuba keluarkan idea lain.. Contohnya rasa macam blog pun hambar je. Buat la pembaharuan. Edit la blog tu sikit bagi mereka yang mahir. Kalau blog cantik, kemas je, mesti la nak menaip pun rasa membuak buak. Betul tak? Buat satu pembaharuan kat blog..penting juga tau. Tak pandai, boleh upah orang yang pandai. Betul tak?

Ni antara perkara mudah yang boleh dibuat la. Tak perlu share banyak sangat. Tak terbuat punya. Ni kita share apa yang kita buat la. Hehhee..
Bab join segmen, giveaway in shaa Allah la kita akan support. Sebab sebenarnya dari pengalaman berblog ni la, kita ramai kawan pun punca dari situ. Ingat senang ke kita nak kenal orang, orang nak kenal kita macam tu je. Tak mudah tau. So, nak ramai kawan join la macam ni. 


Tapiiiii kalau semuaaaa ni tak mendapatkan mood korang nak menaip entri, i think korang kena tutup laptop / Pc, fon letak tepi, slow slow pergi tarik bantal busuk korang. Maybe korang kurang rehat dan tak cukup tidur. Haha.. Sebab tu la idea tak mai sampai ke sudah. Dahh dahh.. Pergi buat ikut cadangan ni ehh.. Jangan serius sangat baca tu. Kikiki.. 






Sponsor

Comments