Showing posts with label The Usahawan. Show all posts
Showing posts with label The Usahawan. Show all posts

Tuesday, 24 July 2018

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan.

10:28 pm 9 Comments


Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan. | Assalamualaikum, hai readers semua. Hari ni saya nak bercerita la sikit tentang 'Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan.'
Menarik kan kalau dihayati tajuk tu. Lagi-lagi kalau ada minat yang mendalam dengan bisnes. Rasanya zaman sekarang ni, ramai yang menceburkan diri dalam bidang bisnes kan? Sekecil-kecil bisnes boleh berjaya sehingga mempunyai satu peluang bisnes yang besar.

Kalau nak tanya saya minat ke tidak dalam bidang perniagaan ni, tentunya minat sangat.  Kalau diikutkan satu ketika dulu, saya bukanlah seorang yang meminati bidang 'bisnes'. Sebab apa? Sebab masa tu saya belum berfikir secara meluas. Kenapa mesti berbisnes? Sekiranya terlalu ramai berbisnes, saingan terlalu tinggi, dan siapa yang bakal menjadi pembeli? Itu fikiran sempit saya satu ketika dulu. 

Tapi Kenapa sekarang saya minat? Sebab dapat duit ke? Bukan soalan kewangan semata-mata. Tapi saya rasa macam satu kepuasan bila dapat berbisnes ni. Kepuasan bila kita menjual, customer pulak puashati dengan apa yang diterima. 
Baru saya tahu kenapa ramai yang berminat dengan bidang macam ni.
Macam sekarang ni pun saya memang ada buat bisnes kecil-kecilan. Join dropship. Seronok bila ada customer yang akan 'repeat order'. 
Makin bertambah seronok dengan feedback yang macam tu. Lepas tu berikan feedback keberkesanan produk yang dibeli. Rasa macam sangat sangat membantu customer tersebut. Lagi-lagi memang produk tersebut sangat diperlukan.

Kelebihan lain, kita mungkin dapat menambah kenalan kan? Sebab mungkin akan ada yang menjadi 'regular customer'. Makin dikenali, mungkin regular customer tersebut akan kenalkan dengan rakannya yang lain kan?


Ehh, lari tajuk pula intro saya kan. Mengenai Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan ni, saya teringin saya nak mulakan bisnes makanan. Kenapa saya boleh minat ke arah tu? Sebab pandai masak ke? Memang sedap sangat ke hasil masakan saya tu?? Saya sebenarnya teringin nak menawarkan perkhidmatan dalam produk yang saya hasilkan. 

Saya menjadi minat bila mana suami juga berminat untuk berbisnes dalam bidang makanan juga. Sokongan yang tinggi membuatkan minat dalam bidang tu semakin bertambah. Selain tu, rasa macam dapat satu kepuasan jika kita dapat memberi khidmat masakan tu untuk mereka yang mungkin mencari cari hasil masakan kita. 

Contoh niat yang sekarang kami berdua ingin jalankan seperti membuat masakan dari rumah, dan kami cod dari satu blok ke blok yang lain. Mungkin kami menyediakan masakan yang mudah dan simple contohnya untuk makan malam seperti mee goreng, keteow goreng dan sebagainya. 

Bagaimanapun, dalam ingin menjalankan perniagaan begini, saya perlu juga melihat adakah dikawasan tersebut, perniagaan begini berpotensi untuk dijalankan dan boleh mendapat sambutan. Kiranya, adakah strategi pemasaran tinggi disitu. Segala penilaian perlu dibuat dan diambil kira. 

Bila berminat untuk berniaga, kita sangat sangat perlu pandai memilih perniagaan yang bakal dijalankan. Adakah mendapat sambutan. Dari segi harga jualan juga memainkan perasan. Saingan juga penting. 
Walaupun saingan ni bagus dalam perniagaan, mungkin ada sesetengah pihak tidak berminat dan menganggap sebagai satu cabaran. 

Sebenarnya nak cerita ni. Baru-baru ni, saya ada terbaca tentang satu website ni. Nampak menarik. The Usahawan.  Rasanya kalau nak menceburkan diri dalam bidang usahawan ni, elok la juga terjah. Apa kelebihan yang diceritakan dalam tu, kengkawan mesti baca tau. 

Dan lagi satu, The Usahawan juga ada mengadakan satu contest. Hadiah yang ditawarkan juga menarik. Antaranya dapat Basic SEO. Bercerita tentang SEO ni, ramai yang nak mendalami tentangnya dengan lebih mendalam lagi. Bukan semua orang mempunyai ilmu yang tinggi mengenainya. 
Tapi ianya adalah hadiah pertama sahaja yang ditawarkan. 

Berminat untuk menjadi seorang usahawan?? Apa kata, sentiasa la terjah The Usahawan. Kerana pelbagai ilmu dikongsikan. Pentingnya ilmu bila kita nak menjalankan sesuatu perniagaan tu. Walaupun sesebuah perniagaan tu hanyalah perniagaan kecil-kecilan. Hanya ilmulah yang membantu kita untuk terus berjaya atau sebaliknya. 


Sponsor

Comments