Showing posts with label TIP. Show all posts
Showing posts with label TIP. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

Cara Untuk Mengelakkan Kita Bosan Dari Pasangan

10:30 pm 38 Comments
assalamualaikum/salam sejahtera.. 

malam ni nak bebel lagi boleh? ;) teringat pula ada sorang cik abang ni tanya tips macam mana nak bagi sesuatu hubungan tu tak bosan.

erm, kalau diikutkan pada umur saya yang baru nak masuk 25tahun ni, dan baru 7tahun bercinta ni, masih belum teror lagi kut bab-bab camni..hehe
berbanding dengan mereka yang dah married kan.. sebab dorang lagi lama bercinta.. :)

tapi takpe, saya kongsikan kisah dari diri saya la ye.. semuanya ni sebenarnya bergantung pada individu tu sendiri macam mana dia nak handle hubungan dia dengan pasangan. kalau kongsi sampai 100 tips tu, tapi pasangan kita tu jenis degil ke, kepala batu pun tak guna juga kan..hehe..

macam mana nak elakkan hubungan kita dengan pasangan tu daripada bosan.



pertama : kalau boleh jangan keluar perkataan 'bosan' tu sendiri. contohnya macam situasi ni la ye.. dah kenal lelaki or perempuan tu dah 6tahun. tetiba rasa macam nak cari orang lain sebab bosan, jemu la asik ngan dia je.. kita try orang lain.. haaa, yang tu sikap yang not good ye.. kalau sekali kita dah keluar perkataan 'bosan' dalam diri kita, akan terulang banyak kali perasaan tu.. sebab tu saya tak pernah cakap dalam 7tahun saya kenal dgn en.tunang ni, saya bosan dengan dia.. *walaupun dia masuk minang lambat* ehehehe
sebab kalau sekali saya cakap bosan, esok-esok perasaan kita senang berubah arah!..

kedua : setia - kalau kita setia dengan pasangan kita, kenapa pula kita nak bosan dengan dia kan? betul tak? situasi ni lebih kurang sama macam situasi pertama tadi.

ketiga : kalau saya sendiri, saya jarang sangat-sangat berjumpa dengan tunang saya.. bukan jarang jumpa tu sebab nak uji diri mampu ke tak kalau tak jumpa..tapi sebab jarak kami yang jauh..ipoh --> melaka..then komitmen dia pada kerja..
sejujurnya la ye, 3tahun pertama hubungan saya berlandaskan pada telefon je.. lepas 3tahun baru kami dapat jumpa.. kalau selalu jumpa before married, saya pun tak pasti perasaan pasangan camtu..sebab saya memang tak merasa jumpa selalu..dalam setahun kami jumpa setahun sekali je..so, perasaan rindu tu akan menjadi lagi kuat..

*jarang jumpa bukan bererti kita kena pasang sparepart lain ye..saya memang tak pernah terniat buat macam ni..sebab takut makan diri sendiri..

keempat : sabar dengan dugaan - haa, yang ni kalau hati tak kuat, tak cekal, memang senang kut cari orang lain..sebab? 'kita tak suka la ada dugaan2 ni.. baik cari orang lain..bosan la dia ni..banyak sangat dugaan dalam hidup..' 
haa, yang camni saya tak tahu la kan ada ke tak orang camni..rasanya ada kut.. tapi kan, kalau dah kata sayang, kenapa la nak tinggalkan pasangan kita tu kerana dia diuji.. ehhh, dah kawin nanti pun Allah tetap uji kita tau.. cuma kita je tak tahu Allah nak uji macam mana.. 
*sepanjang saya dengan en.tunang pun, beberapa kali juga saya diuji.. tapi syukur alhamdulillah..Allah masih sayangkan hubungan yang telah dibina.

kelima - bila contact, ucaplah perkataan rindu & sayang : ehh, ada tak orang yang segan nak ucap rindu-rindu ni? ada ke? mesti ada kan..lagi-lagi kalau pasangan kita tu (baik lelaki @ perempuan) nak pasangan dia mulakan dulu ucap rindu..
yang ni saya rasa tak perlu tunggu sapa-sapa luah dulu.. luah je.. dia layan ke tak, belakang kira.. janji kita dah luah perasaan kita.. memang la kadang tu kita rasa segan kan..tapi kalau kita segan sesangat, pastu pasangan kita tu buat ignore, mesti dia pun ingat kita ni macam takde perasaan je kat dia..
*dulu saya masa mula2 memang segan..tapi saya luah juga..alhamdulillah disambut baik oleh en.tunang..ehh, masa tu belum tunang lagi la.. bila saya luah tu, en.tunang cakap dia tertunggu juga saya luah perkataan rindu tu.. 
see, dia nak uji saya, dia nak saya luah dulu.. dan kalau sekarang ni tak kira masa pun kalau saya nak ucap rindu, saya ucap juga..hehehehe.. :p

keenam : kekalkan hubungan yang baik - erm, rasanya semua orang pun tahu perkara ni kan.. saya tahu, kalau hubungan kita tak baik, selalu bergaduh, memang akan terkeluar juga perkataan bosan tu dari mulut.. sebab, bila kita nak mulakan sesuatu hubungan tu, tentu juga la kita nak hubungan yang harmoni kan.. baru laa perasaan bahagia tu datang dalam diri.. betul tak?
*gaduh sikit2 tu adat laa ye..kalau tak 'gado-gado sayang' tu pun tak best juga.. hehehe

ketujuh : mendengar nasihat - haa, yang ni tak la saya kata kena ikut sangat ye.. kut la pasangan kita ni jenis kepala batu, hentak kat dinding pun tak pecah, kena la juga bagi nasihat kan.. kut jenis degil, kena juga la bagi nasihat.. kalau perkara tu betul, baik kita ambik kisah.. tapi rasanya setiap nasihat tentu untuk kebaikan,kan?

*rasanya ni antara perkara-perkara yang saya cuba terapkan dalam hubungan saya untuk tidak datang perasaan bosan tu..

perkara-perkara lain tu sedia maklum la ye..
-bertolak ansur
-bertanggungjawab
-mempunyai perasaan kasih, sayang & cinta
-jangan suka berkasar @ tinggi suara tanpa sebab
-nak buat sesuatu perkara yang mungkin akan melibatkan hati & perasaan pasangan kita tu, kita kena fikir sedalam-dalamnya..
-menghargai pasangan kita seadanya..




kalau diikutkan dalam tempoh bertunang ni memang banyak dugaan..tersangat banyak..macam-macam perkara boleh jadi.. so, kita yang kena pandai handle hubungan kita tu..bukan serah bulat-bulat kepada takdir ye.. :)

dan yang paling paling & paling penting, berdoalah semoga hati awak semua kekal hanya untuk pasangan yang satu..insyaAllah.. :)




Saturday, 9 February 2013

Rawatan Professional Untuk Rambut

6:58 pm 10 Comments

Jika rambut anda kerap gugur dan makin kerap ketahuilah puncanya dan jangan biarkan masalah ini berlarutan sehingga menjadi serius. Banyak punca rambut anda gugur antaranya ialah kulit kepala anda berminyak. Setiap kali rambut anda dibasuh rambut anda semakin berminyak dan semakin gatal dan kemudian mula berkelemumur. Apabila masalah mula timbul dengan jelas, masalah lain pula akan timbul iaitu rambut anda mula gugur. Ini sudah sampai tahap bahaya di mana lama kelamaan kepala boleh menjadi botak. 

Masalah ini boleh diatasi, pada permulaan lihat kembali cara pemakanan anda. Pengambilan makanan bergoreng, panas dan berminyak boleh menjejaskan peredaran darah dan kadar perembesan minyak yang tetap. Selain itu, jarang mencuci rambut juga boleh menyebabkan peluh dan kotoran terkumpul pada folikel rambut. 

Kepada yang memakai topi ataupun tudung atau apa saja jenis yang menutupi kepala harus juga berjaga- jaga kerana ini semua boleh membantutkan peredaran darah dan dan menjejaskan rembesan minyak yang normal. Kalenjar minyak minyak yang terdapat di folikel rambut haruslah dalam keadaan terkawal jangan terlalu aktif dan menghasilkan minyak yang berlebihan kerana ini punca rambut gugur dan akhirnya menyebabkan kepala menjadi botak. 

Kepada yang mengalami masalah keguguran rambut yang serius, pastikan anda menjaga rambut anda dengan sempurna. Mintalah bantuan pada pakar dan jangan biarkan masalah semakin teruk dengan mengguna pelbagai produk rambut yang anda sendiri tidak tahu keberkesanannya. Jika rambut anda mula gugur sehingga menampakkan kulit kepala ini menunjukkan anda mengalami masalah keguguran rambut Mediterranean. Jika anda berumur sekitar 30an keguguran rambut kira-kira 20% dan akan terus meningkat pada usia 40 an iaitu 30%.

Penjagaan secara semulajadi juga penting di mana pemakanan haruslah dijaga. Elak makan makanan yang berminyak dan bergoreng. Pastikan ambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini dapat mengawal lebihan rembesan minyak. 


Bantuan pakar amat penting, kerana mereka tahu punca masalah dan akan cuba selesaikan sebelum menjadi lebih teruk. Antara jenama pakar yang amat dipercayai ialah Yun Nam Hair Care di mana mereka berjaya mematenkan formula pemuliharaaan rambut yang unggul yang diperbuat daripada ekstrak herba dan ramuan asli. Kaedah ini berkesan dan berjaya membantu mereka yang mengalami kulit kepala berminyak. Jadi, jangan biarkan masalah rambut anda semakin teruk , teruslah berjumpa pada yang pakar dan mereka sedia membantu anda daripada anda terus hilang rambut dan botak.



* kalau nak diikutkan, sekarang ni pun saya tengah mengalami masalah keguguran rambut yang banyak..tak pasti pula sebab apa.. tak tahu nak guna produk apa.. rasa-rasanya kalau nak suh pergi yun nam hair care tu, tunggu duit dari langit jatuh laa..hehehe


sumber  : SINI

Tuesday, 5 February 2013

TIP Penting Ketika Membeli Baju Baru

10:10 pm 14 Comments

Sudah menjadi lumrah manusia untuk ingin memiliki apa-apa sahaja yang kelihatan menarik, termasuklah baju. Namun, sekiranya tidak berhati-hati, sikap anda yang gemar membeli-belah boleh mengakibatkan pembaziran wang dan hal ini bertambah teruk pula sekiranya anda menyesal pula dengan baju yang baru sahaja dimiliki. 

Untuk megelakkan perkara tersebut dari berlaku, kami ingin kongsikan lima tip penting yang patut diamalkan ketika membeli baju baru.


Beri perhatian pada saiz baju yang dipilih
Saiz memang sesuatu yang paling dititikberatkan ketika membeli baju baru kerana tidak guna mengenakan baju bercorak dan berpotongan cantik sekiranya saiznya terlalu besar ataupun terlampau sendat untuk tubuh badan anda. Oleh itu, anda perlu mencuba dahulu baju yang ingin dibeli itu dan sebaiknya mintalah komen dari teman membeli-belah ataupun staf kedai. 



Pilih warna pakaian yang sesuai
Pilihan warna sangat penting kerana warna banyak memainkan peranan terhadap penampilan diri anda dan sekiranya disalah pilih, akan mengakibatkan diri anda kelihatan bosan dan lebih teruk, janggal. Pastikan warna baju yang disukai itu sesuai dengan kulit anda. Hal lain yang perlu diambil kira termasuklah warna untuk koleksi pakaian dan aksesori lain yang sudah ada di rumah serta tempat dan majlis yang ingin anda hadir bersama baju tersebut. 

Teliti jenis kain yang digunakan untuk pakaian
Apalah gunanya baju cantik sekiranya kainnya membuatkan diri anda berasa tidak selesa? Jika anda kuat berpeluh, anda patut berikan perhatian pada jenis kain baju yang dipilih untuk mengetahui sama ada ianya menyerap peluh ataupun tidak. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak! 
Memang leceh sekiranya anda perasan baju yang dibeli itu berlubang atau koyak setelah membelinya dan tidak semua kedai akan memulangkan semula wang yang diberi. Untuk mengelakkan masalah tersebut dari berlaku, pastikan setiap bahagian baju diperiksa dengan sebelum anda membelinya. 

Pastikan zip pakaian masih berfungsi
Seperti tip keempat itu, anda semestinya tidak mahu melalui kesukaran setelah menyedari zip pakaian tidak berfungsi selepas membeli pakaian tersebut. Pastikan bahawa anda juga sudah mencuba zip pakaian tersebut beberapa kali sebelum memilih unutk membelinya.




sumber >> S.I.N.I <<

Saturday, 17 November 2012

TIP MENJADI PENULIS BLOG YANG HEBAT, BERJAYA & TERBAIK

8:41 am 9 Comments
assalamualaikum..

harini sy cuma nak berkongsi sedikit tip bagaimana untuk menjadi penulis blog yang hebat, berjaya dan terbaik seperti apa yang sy tahu.
*ada silap, harap diberitahu ye*

Kat sini sy menjumpai 10 perkara. Dijemput baca bagi mereka yang sudi.

TETAPKAN MATLAMAT UNTUK BERBLOG
- Sekarang ni sesiapa pun boleh menjadi penulis blog kan. Pelajar sekolah rendah sekalipun mengenali apa itu blog. Ramai diantara blogger yang ada, kebanyakkan pelajar sekolah. 

- Dengan itu, kita yang ingin menjadi seorang blogger yang terbaik, harus mengenali siapa diri kita. Adakah matlamat kita berblog semata-mata kerana trend? Kerana mengikut kawan-kawan? Kerana suka-suka? Kerana kita rasa, kita perlu ada blog atau bagaimana..?

- Dan semua blogger punyai matlamat yang tersendirikan?.    :)

MENULIS APA YANG KITA TAHU
- Ok, sekarang kita kena tahu apa yang kita tuliskan diblog. Adakah kita berblog perlu mereka-reka cerita yang tidak pasti? Cerita yang sekadar dikatakan 'Syok Sendiri'. Atau dengan cara yang mudah kita COPY & PASTE cerita orang lain? Cerita yang disampaikan juga haruslah jalan cerita yang betul, bukan saja menarik!.

MENGGUNAKAN BAHASA YANG SESUAI
- Kita semua juga sedia maklum, sekarang dah wujud beribu-ribu atau berbillion blog di dalam web. Jadi, dalam penulisan kita juga, haruslah menggunakan bahasa yang sesuai. Penggunaan bahasa yang baik didalam sesebuah penulisan juga melambangkan penulisnya. 

- Penggunaan bahasa yang kotor, kesat, berbaur cacian dan sebagainya mungkin tidak diminati oleh mereka yang ingin membaca.
Mungkin penggunaan bahasa yang begitu boleh dikatakan sebagai hasil penulisan untuk melepaskan tekanan semata-mata.

CERITA YANG MENARIK
- Seperti 3 perkara diatas, perlu diketahui juga, penulisan yang dihasilkan juga perlu mempunyai jalan cerita yang menarik. Jalan cerita yang diolah dengan baik berkemungkinan disukai pembaca kerana penulisan tersebut mungkin boleh mendatangkan perasaan yang tenang kepada si pembaca.

FOLLOWER @ PENGIKUT SETIA BLOG
- Follower juga memainkan peranan yang penting. Ini kerana, setiap pembaca yang memasuki sesebuah blog itu, berkemungkinan akan mencari dan melihat berapa ramai yang meminati blog tersebut. Dan dari situ, mereka akan menilai tahap 'keseronokan' yang ada didalam penulisan yang sedia ada.

ISI KANDUNGAN BLOG
- Perlu diketahui juga, didalam penulisan kita itu, bukan sahaja perlu wujud cerita tentang diri kita semata-mata. Kita juga perlu menyelitkan sedikit penulisan lain. Contohnya, kita boleh berkongsi tip, info-info terkini, resepi, panduan dan sebagainya.

- Blog juga boleh dijadikan sedikit sebagai tempat perkongsian ilmu.

INTERAKSI
- Apa itu interaksi? Interaksi adalah komunikasi diantara rakan-rakan blogger yang lain. Berinteraksi sesama pembaca dan ahli blogger yang lain adalah elemen yang sangat penting. Bagaimana caranya kita perlu berkomunikasi? Caranya yang terbaik adalah, membalas setiap pertanyaan dari mereka, dan membalas komen-komen yang telah diberikan.

- Dengan cara ini, pembaca akan menghargai cara anda dan berasa senang dengan diri anda. Dan mereka akan berasa diri mereka dihargai oleh blogger tersebut.

'BLOKWALKING'
- Jalan-jalan ke blog mereka dan meninggalkan sedikit jejak kepada pembaca yang telah datang ke blog kita. Sebagai tanda dihargai.

AKTIF
- Untuk menjadi blogger yang terbaik, kita juga perlulah aktif.. bukan bermaksud dalam satu hari kita perlu menyiarkan beratus penulisan. Cukuplah jikalau setiap hari kita boleh menyiarkan dua atau tiga bahan bacaan kepada pembaca.

KUALITI ATAU KUANTITI?
- Harus diingat, dalam kita seronok menulis, kita juga perlu tahu kualiti penulisan kita. 
Kita juga haruslah menjadi seorang  blogger yang berkualiti dan bukannya berada didalam kelompok berkuantiti.




Ok lah dulu 10 tip yang sy dapat kongsikan mengikut apa yang sy tahu.. Jika ada salah dan silap sy, harap dapat diperbetulkan. :)


Sponsor

Comments