Showing posts with label Susu Fernleaf. Show all posts
Showing posts with label Susu Fernleaf. Show all posts

Friday, 12 October 2018

Susu Fernleaf, 100% Susu Terbaik dari New Zealand

9:57 am 19 Comments

 Susu Fernleaf, 100% Susu Terbaik dari New Zealand


Ramai diantara kita telah lama mengenali susu fernleaf kan? Seingat saya masa kecil lagi, susu fernleaf sememangnya telah wujud. Tak sangka penjenamaan susu Fernleaf mampu berada dipasaran sehingga kini. Malah sentiasa menjadi permintaan ramai. 

Intro :
Di Fernleaf, lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang telah menjaga hasil ternakan mereka dengan penuh dedikasi.

Di New Zealand, mereka mengusahakan ladang secara semulajadi, iaitu dengan memberikan kebebasan kepada lembu ternakan mereka untuk meragut di padang rumput yang subur.

Hasilnya, mereka memperoleh susu yang mempunyai hasil sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien yang sangat penting seperti protien yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.


Pengenalan Susu Tenusu dan Rumput :
Sebenarnya bukan semua lembu tenusu diberikan makan rumput. Namun, di New Zealand, tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik, cahaya matahari yang banyak telah menjadikan ianya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.

Ia adalah salah satu negara yang mana lembu dapat meragut rumput secara bebas, tidak terkurung dalam kandang yang mana rumput mereka adalah rumput yang berkualiti tnggi dan terbaik dari alam.

Lembu-lembu ini menghabiskan masa 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah dan secara tidak langsung mendapat kandungan Vitamin D yang sihat.



Susu Fernleaf, 100% Susu Terbaik dari New Zealand

Bercerita tentang susu Fernleaf, sebenarnya inilah kali pertama saya mencuba, rasai sendiri kelazatannya yang Mmmmmmmmmmmmmmmmm Sedap! Serius, rasa jatuh hati sangat dengan susu UHT Fernleaf ni.

Sebelum ni, apa yang saya bayangkan, Susu Fernleaf ni bukanlah susu sesedap ni. Pada logik akal, susu fernleaf ni rasa tawar dan kurang sedap. Ternyata pandangan tu jauh beza sekali.




Paling teruja dan tak sangka, anak-anak pun sukakannya! Wow sangat!.. Anak-anak boleh habiskan sekotak susu yang kecil tu sekelip mata. Serius, jatuh cinta pada rasanya.

Susu sememangnya sangat penting untuk tubuh badan kita. Seharian kita telah melakukan pelbagai perkara, tentukan kita memerlukan kalsium tambahan untuk menguatkan lagi tulang kita.
Sekalipun kita menganjak ke usia yang lebih dewasa, kita sangat-sangat perlu meminum susu pada setiap hari. Susu bukan sahaja terhad untuk golongan kanak-kanak sahaja.


Bagi saya yang agak kurang mengambil berat tentang meminum susu setiap hari ini, mungkin boleh memulakan minum susu secara sihat seisi keluarga mulai dari hari ini. Mungkin kita agak susah nak minum susu yang perlu dibancuh sendiri tu kan? Apa kata dapatkan terus yang ready untuk diminum, kerana khasiatnya juga sama.

Jika saya diberi pilihan, tentunya saya lebih sukakan susu fernleaf yang berperisa coklat. Ternyata sedap. Coklatnya yang pekat, namun tidak melekat sangat ditekak. Sangat sesuai juga untuk kanak-kanak meminumnya. Apatah lagi jika ia disejukkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.



Jangan lupa, dapatkan susu Fernleaf dipasaran sekarang untuk keluarga sihat, anda bahagia !
Anak cergas, ibu gembira!

Sponsor

Comments