Showing posts with label Shopee.com.my. Show all posts
Showing posts with label Shopee.com.my. Show all posts
RIANG RIA RAYA DENGAN SHOPEE!
Dapatkan semua keperluan Raya anda daripada platform e-dagang terkemuka di Malaysia, Shopee!
Memandangkan Hari Raya yang bakal menjelang, persediaan raya seperti membersih dan menghias rumah, memastikan kereta dalam keadaan terbaik dan keperluan harian mencukupi, dan sudah tentunya membeli baju Raya dengan fesyen terkini sudahpun bermula. Sesungguhnya Shopee mempunyai segala-galanya dari rumah dengan reka bentuk terkini, kereta dan motosikal baharu, dan barangan runcit mahupun perkakas rumah, telefon pintar, pakaian dengan label fesyen selebriti dan juga tawaran makan malam eksklusif dalam kempennya “Raya Dengan Shopee”.
Sepanjang kempen yang berlangsung dari 25 April hingga 6 Jun 2019, pengguna boleh mendapat tawaran menarik dan diskaun sehingga 80% daripada 600 jenama di Shopee Mall dan 450,000 penjual, menjadikan persiapan Raya lebih menyenangkan, menyeronokkan, dan menjimatkan kos:
● 200% pulangan tunai setiap hari pada Cashback Day dipertingkatkan setiap Isnin apabila baucar dikeluarkan pada waktu tertentu untuk membolehkan bayaran balik.
● Shocking Sale setiap hari dengan tawaran serendah RM1 dengan kekerapan yang dinaikkan kepada lapan kali pada hari Rabu.
● Goyang Shopee memberi ganjaran Shopee Coins, jumlah baucar dan hadiah bernilai sehingga RM5 juta seperti telefon Xiaomi, vakum robotik dan kamera dengan lebih banyak peluang pada hari Jumaat.
● Shopee Live, platform pengaliran langsung untuk menawarkan pengalaman membeli-belah lebih interaktif dan menghiburkan, dan juga untuk membolehkan jenama dan penjual memaparkan produk mereka. Shopee Live berlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30pm dan 9.30pm, membawakan tokoh berpengaruh dan selebriti tempatan seperti Brandon Ho, Melissa Th’ng, Mark Odea, Sophia Liana, Shalma Ainaa dan Sweet Qismina.
● Shopee Quiz pada hari Isnin hingga Jumaat jam 12pm; menguji pengetahuan anda dengan menjawab lapan soalan. Pemenang akan menerima hadiah daripada habuan sehingga dua juta Shopee Coins setiap sesi.
Shopee Menyediakan Segala Keperluan Anda
Dapatkan warna-warna lipstik terbaru daripada L'Oréal, produk rambut daripada Unilever, dan produk penjagaan kulit daripada NIVEA dan Eucerin. Anda juga boleh mendapatkan kasut yang selesa dan bergaya daripada jenama seperti XES Shoes dan B.U.M Equipment sambil membeli stok Enfagrow atau Sustagen serta lampin Drypers untuk anak-anak kecil sebelum perjalanan jauh balik ke kampung. Peralatan dapur boleh dinaik taraf kepada jenama paling laris seperti
Kuali tidak lekat klasik Tefal, dan rasmikan penggunaannya dengan bahan-bahan daripada Nestle untuk membuat kuih muih Raya yang lazat. Hadiahkan ahli keluarga tersayang dengan HONOR 20 Lite, telefon pintar terkini eksklusif di Shopee; naik tarafkan komputer ibu bapa anda dengan aksesori daripada TMT supaya mereka dapat berhubung dengan anda sentiasa; atau gantikan mentol lampu datuk nenek anda yang terbakar dengan perkakas dan aksesori MR DIY.
Untuk merayakan pelancaran kedai rasmi Isetan di Shopee, gedung Jepun ini akan membawakan pelbagai produk daripada jenama terkenal kepada pengguna Shopee termasuk Naraya, Note Cosmetics, dan Jean Perry. Seramai 500 pengguna pertama akan mendapat potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM50 apabila mereka menggunakan kod ISETANRY.
Memudahkan Iftar Pada Bulan Puasa ini :
● Coffee Bean & Tea Leaf: Potongan harga sehingga 47% untuk minuman semasa Shocking Sale dari hari Isnin hingga Jumaat bermula 16 Mei 2019. Baucar hanya boleh digunakan di Lembah Klang kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
● Kenny Rogers Roasters: Diskaun sehingga 40% untuk Creamy i-Yam set makanan keluarga dari 6 Mei 2019.
● Tawaran Bufet: Diskaun 30% di Hotel Maya Kuala Lumpur, diskaun 20% di The Boulevard Hotel Kuala Lumpur dan potongan harga sebanyak RM20 di Royale Chulan Seremban.
Rumahku Syurgaku
Ceriakan Raya anda dengan rumah baharu yang dibina oleh pemaju hartanah terkenal S P Setia. Dengan harga yang bermula dari RM262,000 ke atas, S P Setia menawarkan pangsapuri, rumah teres dua tingkat dan rumah superlink yang sedia didiami di Shopee.
Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan RM688 untuk rumah kediaman pilihan mereka sebelum mengunjungi galeri jualan untuk menyempurnakan proses pembelian. Dengan pembayaran yuran tempahan ini, pelanggan dijamin bahawa unit yang ditempah mereka akan diperuntukkan di bawah nama mereka. Lapan pelanggan pertama yang berjaya membeli rumah dari kedai rasmi S P Setia di Shopee berpeluang untuk menerima rebat sehingga 25% dan baucar Shopee bernilai RM3,888, dan juga kit rumah bernilai RM5,000.
Shopee Jual Kereta & Motosikal
Tempah sebuah kereta Honda, Toyota, BMW, Ford, Hyundai, Mazda atau Mitsubishi, dan juga motosikal dari Shopee AutoMall. Shopee AutoMall membolehkan pengguna membeli pelbagai jenis kereta dan motosikal daripada superbike hingga kereta hibrid dan kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk keluarga. Pengguna akan mendapat tawaran eksklusif hanya daripada Shopee, termasuk yuran tempahan serendah RM1, kadar faedah lebih rendah 1.81% setiap tahun, rebat, hadiah percuma dan aksesori tambahan serta diskaun sehingga 29% untuk motosikal apabila membeli kenderaan melalui Shopee AutoMall. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, cari ‘AutoMall’ di Shopee.
Bergaya Dengan Baju Raya Jenama Selebriti
Rasai keseronokan menarik perhatian orang ramai apabila anda mengenakan mekap, memakai baju Raya yang cantik atau memperlihatkan wajah yang berseri dengan keanggunan produk menggunakan label selebriti nama-nama terkenal seperti Datin Hajah Fouziah Gous, Ifa Raziah, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Tyra Kamaruzzaman dan Dayang Areeda. Kunjungi kedai rasmi mereka di Shopee Celebrity Squad untuk menikmati tawaran promosi Raya yang ditawarkan.
Manfaat Rakan Kerjasama
● Maybank: Pengguna Kad Maybank Visa Signature akan menikmati 10% pulangan tunai Shopee Coins apabila membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen Raya.
● Visa (Rakan Kad Premier Rasmi): Diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 pada hari-hari tertentu.
● Muslim Pro: 200 pelanggan yang pertama akan mendapat Langganan Premium Sepanjang Hayat bernilai RM114.90 untuk hanya RM1.
● MaxMoney: Berbelanja dan dapatkan sehingga 4x lebih banyak wang tunai yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda. Tukar mata wang melalui talian dan jimat lebih banyak wang dengan pembelian baucar tunai terlebih dahulu di kedai rasmi MaxMoney di Shopee.
● Penghantaran Percuma: Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM20 dengan DHL (sekarang hingga 24 Mei) dan J&T Express Malaysia (hari ini hingga 9 Mei).
Kempen “Raya Dengan Shopee” disokong oleh iPay88, penyedia Gerbang Pembayaran Rasmi.
Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari
Saturday 24 February 2018
Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.
Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji :
1
|
Mobil & Gajet
|
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
|
2
|
Kesihatan & Kecantikan
|
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
|
3
|
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
|
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
|
4
|
Pakaian Wanita
|
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
|
5
|
Perabot & Perhiasan Rumah
|
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur
|
Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia.
Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
Thursday 15 February 2018
Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.
“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1. Pakaian Wanita : Blause, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2. Mobil & Gajet : iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3. Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4 : Kasut Wanita : Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5. Beg Wanita : Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas
Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:
Produk Paling Popular Terjual
1 Kasut Wanita : Kasut Terbuka
2 Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Set Pakaian Bayi
3 Perhiasan Rumah : Set Hadiah Tupperware
4 Kesihatan & Kecantikan : Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5 Runcit & Haiwan Peliharaan : KitKat Edisi Khas
Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.
Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
#WangWithShopee
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya sila layari : shopee.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons