Showing posts with label Sekadar Untuk Berkongsi. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Untuk Berkongsi. Show all posts
Assalammualaikum, hi readers.
Pagi jumaat yang indah ni rasa nak menaip pulak. Berhari hari dah tak update kan. Line slow + tak tahu nak story apa. So harini kita cerita pasal bersedekah la, boleh?
Macam mana cara kengkawan bersedekah?
Bila ditanya macam ni, terus zassss kita terpikir kan? Terus rasa macam, ehhh aku ni rajin ke memberi?
Kalau cara saya, setiap hari Jumaat, saya suka ke pasar malam. Sebelum keluar, saya pastikan bawa wang RM1 lebih. Macam standby dalam RM10 macam tu. Selalu kat pasar malam ni nampak mereka mereka yang dari sekolah tahfiz kut, beberapa orang minta sedekah. Selalu nya dalam 3-4 orang macam tu.
Kalau ke pasar malam, kadang saya suka jalan belakang suami. Sebab kadang suka masuk kan duit ke tabung tu senyap senyap tanpa pengetahuan dia. Hehe..
Orang kata kita bersedekah tak perlu menunjuk-nunjuk kan? Tak banyak takpe. Janji memberi.
Kadang tu suruh zara yang masukkan duit ke tabung. Dari sekarang saya cuba nak didik ZaraZhareef untuk rajin memberi pada orang yang memerlukan. Tak banyak takpe. Janji tangan tu ringan menghulur. Sometimes pass duit pada ddy dorang, suruh bagi zhareef yang masukkan. (Ddy dukung zhareef)
Saya rasa tenang sangat kalau dapat menghulur even tak banyak. Paling terharu kalau beri pada pakcik makcik yang buta penglihatan. Mereka siap kata "semoga rezeki anak dimurahkan lagi"..
Allah, lebih dari rasa tenang rasanya.
Saya selalu pikir, dalam saya menjadi dropship, rezeki yang saya hulurkan juga adalah rezeki dari customer saya. Saya anggap hulurkan sikit bagi pihak mereka. Lagipun kita tak kan jatuh miskin kerana bersedekah kan?
Orang kata, kita permudahkan je. Tak banyak takpe, dapat memberi sikit pun takpe. Selalu perasan, kalau dalam 1 hari tu saya dapat menghulur, Allah gantikan CASH!
Dia berikan customer yang ingin beli baju. Allah datangkan rezeki job untuk blog.
Alhamdulillah..
Permudahkan, walaupun dalam nilai yang kecil.
Kalau kita sedih, cuba kita hayati lagu ni..
Kita hayati liriknya..
Mendalam maksudnya..
Disebalik kekurangan kita, pasangan kita adalah pelengkapnya..
Disebalik kekurangannya, Allah izinkan kita sebagai pelengkapnya.
Jangan pernah merasakan diri itu terlalu sempurna!
Tiada seorang Manusia pun yang Allah ciptakan cukup Sempurna!
Sekiranya cukup sempurna, Kenapa Allah berikan pasangan sebagai pelengkap hidup?
Jawapannya, tepuk dada, tanya hati sendiri.
Hanya sebuah perkongsian.. Untuk diamati bersama ye.
Nota : Video hanya sekadar lampiran. :)
Betul. Fungsinya Tetap Sama!
Assalamualaikum.. Hai.. Haritu terperasan status ni.. Betul sangat kata-kata tu.. Kalau saya ni kadang nak pakai sesuatu tu, takde pun mesti nak brand brand. Pakai ikut kemampuan orang kata. Apa yang kita manpu milik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons